Tidak semua antara kita berpeluang memanjakan diri di Spa untuk mendapatkan perawatan wajah dan kecantikan tubuh badan. Apatah lagi bila sepanjang masa asyik sibuk mengurus anak-anak dan keluarga hinggakan terlepas pandang untuk mengambil berat tentang penjagaan wajah hingga menyebabkan terlihat kusam dan kulit berjerawat.
Jadi apa kata lakukan perawatan dan penjagaan kecantikan di rumah dengan menggunakan bahan-bahan sedia ada sahaja. Ianya jauh lebih mudah dan selamat bahkan kesannya juga tidak menghampakan.
Umpamanya, mungkin sebelum ini asam jawa hanya digunakan di dalam masakan namun hakikatnya sejak zaman berzaman lagi ia telah digunakan dengan pelbagai cara dan tidak dinafikan bagus untuk perawatan kecantikan.
Nak tahu bagaimana kaedah dan caranya, di sini dikongsikan untuk sama-sama amalkan. Jom semak.
Menggunakan Asam Jawa Untuk Kecantikan, Boleh Cuba Untuk Selulit Juga.
Asam Jawa juga terkenal dalam petua dan perubatan tradisional.
1. Tanggalkan sel kulit mati
Asam Jawa mampu untuk menanggalkan sel kulit muka yang telah mati. Caranya ialah sapukan Asam Aawa pada wajah dan biarkan selama lebih kurang 20 – 30 minit. Sambil menunggu ianya kering, anda boleh mengurut kulit wajah supaya sel-sel kulit yang mati tersebut turut tertanggal. Kemudian, bilas dengan air bersih.
Ads
2. Hilangkan Jerawat
Bancuh 3 biji atau 3 sudu besar Asam Jawa dengan air panas. Tunggu sehingga bancuhan sejuk sebelum menapisnya untuk menagsingkan bahan-bahan yang tak diperlukan. Air bancuhan yang telah ditapis itu dijadikan air pencuci muka pada setiap pagi.
3. Cerahkan kulit
Bancuh Asam Jawa dengan air panas. Kemudian ambil serbuk kunyit dan gaulkan bersama air bancuhan Asam Jawa tadi. Sapukan keseluruhan wajah dan badan. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih.
4. Hilangkan selulit
Untuk masalah ini 4 bahan utama diperlukan iaitu Asam Jawa, lemon, bakin soda, dan gula. Campurkan bahan-bahan ini dan gaulkan sehingga sebati. Kemudian sapukan di bahagian kulit yang bermasalah tersebut. Urut ikut arah jam. Biarkan selama 10 minit. Akhir sekali bilas denan menggunakan air suam.
Ads
Selain untuk tujuan kecantikan, asam jawa juga bagus digunakan sebagai alternatif untuk meredakan eczema mahu pun mengurangkan rasa mual.
5. Rawat Eczema
Ambil segenggam daun asam jawa (daun ya , bukan buah..!) dan kunyit hidup sebesar ibu jari. Tumbuk dan kisar 2 bahan ini sehingga lumat. Kemudian sapukan ke bahagian kulit yang bermasalah.
6. Pening rasa nak muntah
Ambik segenggam asam jawa, bawang kecik 3 biji ditumbuk (jangan hancur) dan air bersih 1/2 cawan. Campurkan kesemua bahan diramas hingga sebati. Dah boleh sapu dikepala.
Tidak dengan itu, penggunaan asam jawa juga bagus untuk diamalkan bagi anda yang ingin menurunkan berat badan, meningkatkan tenaga dan awet muda, nak tahu detail petuanya ada dikongsikan DI SINI
Ini memandangkan rahsia keintiman rumah tangga bukan sekadar memiliki wajah yang cantik dan bentuk badan yang langsing, tetapi bagaimana cara menjaga dalaman diri juga sesuatu yang perlu diambil berat oleh wanita bergelar isteri. Jadi tidak salah kiranya amalkan petua-petua ini untuk kebaikan diri.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tipu la kan kalau orang tak mengimpikan bentuk badan yang kurus dan langsing kan?
Zaman sekarang ni, nak kurus ada banyak cara boleh buat tau! Cuma terletak kat diri la nak kurus dengan cara macam mana.
Bagi yang boleh bersabar, mereka akan mulakan dengan kaedah paling asas, iaitu jaga makan dan bersenam.
Malah, ada juga yang mengambil jalan pintas untuk kurus dengan mengambil makanan tambahan untuk menyekat selera makan dan semestinya mengamalkan pemakaian korset dek terjebak dengan iklan luar.
Korset merupakan pakaian yang direka khas untuk membuatkan perut dan pinggul tampak lebih langsing berbanding biasa.
Sebenarnya korset ini bukanlah alat pembakar lemak di dalam badan, sebaliknya ia hanya menolak lemak daripada bahagian perut ke atas dan ke bawah untuk menjadikan bentuk badan tampak lebih menawan.
Dalam erti lain, pemakaian korset ini hanyalah untuk menyorok gumpalan lemak sahaja!
Tapi, tahukah anda, pemakaian korset ni mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan si pemakai? Nak tahu lebih lanjut, jom ikuti perkongsian dari Public Health Malaysia ini.
Lebih ketat, lebih bahaya
Ramai yang sangka dengan pemakaian korset akan memperbaiki postur anda, hakikatnya pemakaian korset ketat untuk jangka masa panjang akan akibatkan otot belakang tubuh menjadi lemah dan memburukkan masalah sakit pinggang. (Melainkan dengan nasihat doktor untuk pesakit tulang belakang)
Pemakaian korset juga akibatkan tulang rusuk dihimpit dan kapasiti paru paru berkurangan sebanyak 30-60%! Untuk jangka masa panjang akan berlaku radang didalam paru paru yang menyebabkan masalah pernafasan kronik.
Sistem penghadaman akan terhimpit menyebkan asid dari perut naik ke esofagus menyebabkan gejala GERD. Bayangkan, jika terlalu ketat, saluran darah ke organ penting akan terganggu. Apa akan terjadi pada buah pinggang dan hati?
Anda mungkin memakai korset untuk kegunaan majlis majlis tertentu dan untuk jangka masa pendek sahaja. Untuk memakainya dalam masa yang panjang, ia adalah satu penderaan dan penginayaan kepada tubuh yang sangat menyedihkan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mungkin ramai yang tidak tahu kegunaan berus gigi selain membersihkan gigi. Memetik laman Lifehacker, cara paling mudah dan efisien untuk skrub bibir anda adalah menggunakan berus gigi! Ya cara ini dikatakan sangat berkesan untuk menanggalkan sel-sel kulit mati pada bibir. Jom semak bagaimana caranya.
Caranya:
1. Sapukan lip balm atau Vaseline pada berus gigi.
2. Gosok pada bibir anda dengan lembut.
3. Bilas dengan air suam dan lapkan dengan tuala.
4. Lakukan 2 kali seminggu agar bibir tampil lebih lembut, cerah dan juga mungil.
5. Selain Vaseline, anda boleh menggunakan campuran gula dan juga madu untuk memberus bibir anda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Penggunaan halba untuk dijadikan minuman yang diamalkan boleh menurunkan berat badan ramai telah mencubanya dan diakui memang berkesan. Bukan sahaja badan jadi slim, malah kesihatan dalaman wanita juga turut terjaga.
Pun begitu, mungkin ada yang langsung tak terfikir untuk menjadikan lebihan halba yang direndam tersebut boleh dijadikan sebagai scrub kecantikan wajah mahu pada badan. Sekali gus tidaklah membazir penggunaan halba tersebut,mulanya diminum dan kemudiannya dibuat scrub pula.
Oleh itu, bagaimana untuk menghasilkan scrub tersebut?
Melalui perkongsian Sumaiyah Abdullah ini, diharapkan dapat memberi manfaat. Jom ketahui langkah dan cara penyediaannya.
Bahan-bahan dapat kat dapur je.
1- Halba
2- Putih telur
Cara-cara :
1- Kisar halba sehingga menjadi serbuk.
2- Masukkan serbuk halba ke dalam putih telur.
3- Kacau rata.
4- Sapu kat muka atau tangan.
5- Biarkan kering.
6- Bilas dengan air suam.
Amal seminggu sekali. Boleh rasa keanjalan kulit kat situ. Trust me. ?
Untuk penggunaan harian, Ciksu amal 3 kali sehari sebagai ganti facial foam. Caranya basahkan muka, pastu sapu serbuk halba kat muka. Gosok perlahan-lahan ke seluruh muka lebih kurang 3 minit. Kemudian, bilas. Terasa kulit begitu anjal sekali. Best sangat. Kalau nak campur dengan foam yang korang guna sekarang pun boleh jugak. ?
Khasiat halba untuk kulit.
Biji halba mengandungi protein, vitamin C, niasin, kalium, dan diosgenin (yang merupakan sebatian yang mempunyai ciri-ciri yang serupa dengan estrogen). Komponen-komponen aktif lain dalam halba adalah alkaloid, lisin dan L-tryptophan serta saponin.
Serbuk halba ni dapat membantu melembutkan kulit serta mengelakkan kulit menjadi kering. Untuk masalah jerawat mujarab sangat tau.
NAMUN ada juga kaedah lain yang dikongsi di media sosial iaitu dengan teknik halba di masak dengan minyak zaitun untuk mendapatkan minyaknya yang boleh mencantikkan dan melembutkan kulit. Nak tahu cara penyediaanya jom semak.
Bahan-bahan:
1. 50G halba (di kisar lagi bagus)
2. 100ML minyak zaitun
Cara Buat :
Masak dengan api yang perlahan selama 20 minit.
Kacau lawan jam sambil niat baik baik.
Biarkan sejuk.
Perap masuk dalam botol semalaman. Lagi lama perap lagi bagus.
Kemudian tapis ambil minyaknya. Simpan dalam botol pump supaya mudah nak pump minyak tu. Simpan suhu bilik boleh tahan 5 bulan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di