Ruang belajar yang selesa dan memberikan keseronokkan untuk anak-anak wajar diberi perhatian ketika ini. Memandangkan sekarang anak-anak tengah melalui pembelajaran secara online atau Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Bukan mudah sebenarnya untuk anak-anak melalui norma baharu ini, justeru sebagai ibu bapa kena mengambil inisiatif untuk membuatkan anak-anak selesa dan fokus.
Saudara Md Zaki ini berkongsi caranya yang tersendiri dalam ‘membeli jiwa anak-anak. Dia mengambil inisiatif dengan DIY meja belajar untuk kegunaan tiga orang anaknya sewaktu PdPR. Memang simple tapi berbaloi dengan hasilnya dan paling penting jimat kos memandangkan tak payah upah orang.
Alhamdulillah siap 3 set meja belajar kanak-kanak
Assalamualaikum admin, sekadar perkongsian saya berkenaan membuat meja belajar anak2 secara DIY…sebagai bapa, kita hendaklah memastikan keselesaan anak2 belajar di musim PDPR ini…Ruangkan sedikit masa untuk DIY…..InsyaAllah semoga dipermudahkan segala urusan kita semua..
Cara membuat:
step 1 : membuat lakaran
Ads
step 2: membuat lukisan menggunakan perisianstep 3: lukisan ceraianstep 4 : membina Jig supaya kerja welding lebih senang dan cepatstep 5 : pemasangan percubaan
catatan: memotong besi pakai mesin ni ye….kalau guna grinder, tidak digalakkan..bahaya
Sekali lagi duit simpanan dalam caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh dikeluarkan. Ada yang dah ready untuk keluarkan wang untuk kegunaan mereka akibat bencana alam yang berlaku di negara kita tempoh hari, ada juga yang pindahkan wang dari KSWP ke simpanan sedia ada dan ada yang berkira-kira untuk keluarkan.
Malah, ada satu lagi sebab orang keluarkan wang KWSP iaitu ambil kesempatan ini untuk jadikan wang tersebut sebagai modal untuk berniaga.
Namun, nak buat sesuatu semestinya kita kena tanya pada yang lebih pakar. Lebih-lebih lagi benda yang menggunakan wang dan walaupun berapa nilainya, dalam zaman masa kini meskipun RM1 pun berguna untuk semua.
Haaa nak tahu sesuai ke tidak digunakan sebagai modal berniaga? Jom kita lihat apa kata penasihat kewangan, Saifull Suratmin dalam perkongsiannya baru-baru ini.
Mula Bisnes Dengan Duit KWSP: Saya Tidak Ambil Semua, Saya Guna RM1,000 Sahaja. Boleh ke?
1. Sudah ada ilmu nak buat bisnes itu?
Nilah paling utama. Nak buat bisnes itu mesti ada ilmu bisnes itu. Bukan bermaksud kalau nak buka kedai makan mesti pandai masak. Banyak sahaja kedai makan yang pemiliknya tidak pandai masak tapi kedai makan itu sangat berjaya.
Maksud ilmu bisnenya ialah kita mesti ada ilmu mengurus bisnes itu. Kita mesti tahu nak beli apa dulu, siapa nak diambil bekerja dahulu, bagaimana nak design menu dan macam mana kita nak tarik pelanggan. Kalau belum ada ilmu ini baik pergi belajar, berkuli dulu dengan orang yang pandai tentang bisnes itu.
2. Siapa yang nak urus bisnes itu?
Kalau kata memang nak buat bisnes itu, siapa kita nak lantik untuk urus bisnes itu. Kalau kata kita nak berhenti kerja untuk buat bisnes itu, dah fikir masak-masak?
Dalam masa tiga tahun, 93% bisnes tutup. 7% yang tinggal itu, dalam masa lima tahun 95% tutup bisnes. Kita mesti ambil masa untuk membuat perancangan bisnes itu. Bila dah ada perancangan, dah ada orangnya nak buat, barulah buat bisnesnya. Itupun belum dijamin berjaya.
Ya kita bukan Tuhan nak pastikan ini berjaya itu tak berjaya yang penting kita mesti rancang.
3. Kita boleh jamin kita tak jatuh cinta pada bisnes itu?
Bila dah jatuh cinta pada bisnes itu, bisnes itu rugi pun kita sanggup tambah lagi duit untuk pastikan bisnes itu boleh berjalan.
Kesudahannya, bisnes itu semakin rugi, simpanan semakin habis dan akhirnya kita semakin menambah hutang. Mulanya memang kita guna RM1000 sahaja, hujung-hujung bukan sahaja RM10,000 sampai simpanan lain habis kita guna.
Ada satu lagi pesanan, kalau ini sahajalah duit yang ada, jangan guna duit ini untuk bisnes. Gunalah duit ini untuk survive.
Apabila berpeluang duduk di rumah waktu PKP, pasti ramai yang tak melepaskan peluang bersama famili dalam membuat macam-macam aktiviti kan.
Inilah masanya untuk mengeratkan lagi hubungan, kalau sebelum ini masing-masing sibuk dengan urusan sendiri.
Demikian juga dengan aktres cantik manis, Fasha Sandha. Dalam satu perkongsian di laman instagramnya, isteri kesayangan Aidil Aziz ini memuat naik video dia mendekorasi bilik anak-anaknya.
Project PKP 2.0 Alhamdulillah bangga dapat buat sendiri semuanya 😂 😍 Penat tapi berbaloi… Dapat siapkan bilik anak2 dan bilik kucing2. Now masa untuk fokus pada pengambaran drama terbaru. ❤️
Jom siapa yang dirumah tapi takde idea nak buat apa, boleh ikut kami. 💜 #iburayfalrayshaaisha #iburayfalraysha
Selain bilik anak, Fasha juga turut menghias bilik kucing yang dipeliharanya. Menurut ibu kepada 3 cahaya mata ini, dia gembira dapat menyiapkan bilik anak dan kucing sebelum kembali aktif di set penggambaran.
Rata-rata warganet berkongsi pandangan mengenai perkongsian Fasha itu.
Kehidupan memang penuh dengan cabaran dan halangan. Namun begitu, jejaka ini membuktikan bahawa semangatnya tidak akan putus walau apa cabaran yang dihadapi. Bak kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Aizam telah memuatnaik video di TikTok yang menceritakan kisah hidupnya baru-baru ini dengan kapsyen, “Roda mula berputar” yang menjana sebanyak 400,000 tontonan.
Rupanya, Aizam adalah bekas pramugara syarikat penerbangan, AirAsia, selama 10 tahun tapi diberhentikan kerja pada Jun 2020 disebabkan pandemik Covid-19.
Satu demi satu dugaan melanda Aizam.
Dalam satu temubual bersama Mstar, dikatakan bahawa Aizam juga mengusahakan bisnes jual barangan kraftangan dari Bali, Indonesia, sebagai pendapatan sampingan ketika masih berkhidmat sebagai pramugara. Malangnya, bisnes tersebut mengalami kerugian sekitar RM100,000.
“Sambil saya bekerja sebagai pramugara, saya suka beli barang dari negara asing yang susah didapati di Malaysia untuk dijual balik. Saya memang ada syarikat untuk bisnes ni yang mana saya juga menjadi pembekal barangan kraf untuk negara Jepun. Tapi disebabkan Covid-19, perniagaan saya tak jalan. Nak hantar barang ke Jepun pun kos penghantaran jadi mahal. Jadi bermula dari situlah saya alami kerugian besar dan pada masa sama hilang pekerjaan,” ujar Aizam.
Setelah hilang sumber pendapatan, Aizam menjual ayam bakar di tepi jalan kawasan Subang Jaya, Selangor untuk meneruskan kehidupan.
Sambil itu, dia turut menjual daging dan kambing bakar sejuk beku yang mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan dan membuka sebuah kedai makan yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan.
Malangnya, nasib tidak menyebelahi Aizam apabila kejadian banjir pada Disember 2021 merosakkan segala produk jualannya.
“Bayangkan saya hilang kerja, berniaga tepi jalan tak boleh sebab Covid-19, buat makanan frozen pula habis rosak produk sebab banjir dan macam-macam lagi dugaan saya tempuh. Saya cuba minta bantuan untuk pulihkan balik bisnes tapi tak terima sebarang pertolongan. Mungkin sebab waktu tu saya pun baru mula berniaga tak sampai setahun. Sampai bulan puasa tahun ni pun saya masih bergelut untuk berniaga akibat banjir hari tu. Saya usahakan buat recovery (pemulihan) tapi tetap gagal,” katanya.
Kerugian buat kali kedua yang dialami membuatkan Aizam terpaksa menjual segala aset dan harta bendanya.
Tanpa diduga, Aizam sekali lagi diuji apabila ibunya pula meninggal dunia pada 19 Julai 2022, hanya seminggu selepas dia pulang ke kampung di Pahang, berniat untuk tinggal bersama ibunya bagi mencari idea untukpulih kehidupan.
“Kononnya saya balik kampung untuk pulihkan semangat. Tak sangka pula ibu meninggal lepas seminggu saya berada di sana. Saya tak boleh terima keadaan tu, ia berlaku dengan sangat pantas. Saya betul-betul rasa dah tak ada harapan nak pulih… hutang pun banyak. Saya hanya tinggal sehelai sepinggang saja waktu tu,” luah Aizam.
Aizam telah mengongsikan di TikTok bahawa dia diajak untuk menjadi rakan bisnes sebuah “cafe” cawangan ketiga yang bakal dibuka.
Walaupun sudah tidak memiliki sebarang harta atau simpanan, Aizam menerima pelawaan rakannya itu sebagai permulaan untuk dia bangkit semula.
“Lepas kematian ibu, saya memang dah putus harapan nak teruskan hidup. Walaupun ibu baru meninggal, tapi orang tetap cari saya nak kutip hutang. Saya alami tekanan perasaan dahsyat waktu tu. Mereka tak peduli pun saya tengah bersedih. Bila kawan ajak buat bisnes sama-sama, saya setuju saja. Saya bawa RM100 saja, itu pun duit pinjam daripada abang pergi ke Kuala Lumpur. Saya naik kereta kancil yang usang bersama kucing-kucing saya. Rumah sewa pun ‘koboi’ saja tak survey dulu sebelum menyewa” jelas jejaka itu.
Kini, Aizam sudah membuka sebuah restoran yang menyajikan pelbagai aneka makanan seperti “pastries” dan masakan panas di Bukit Damansara, Selangor.
“Saya nasihatkan kepada semua yang sedang diuji, kita kena tahu dugaan tu datangnya dari Allah jadi kita kena reda. Jangan mudah putus asa. Bersedih tu boleh cuma carilah jalan untuk bangun semula,” kata Aizam lagi.