Apabila Allah sudah beri hidayah pada kita, hargailah ia sebaik mungkin. Demikian ungkapan yang dimuat naik oleh pelakon Adam Corrie Lee di laman instagramnya semalam.

Di dalam perkongsian tersebut, Adam Corrie juga memberikan cara atau tips bagaimana untuk kekal istiqamah berbuat baik selepas menerima hidayah.

“Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau jadikan hati Kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada Kami & kurniakanlah kepada Kami rahmat dari sisi Engkau; kerana Sesungguhnya Engkau-lah Maha pemberi (kurnia)”

“Memang sukar untuk terus istiqamah buat baik. Itulah perlunya mujahadah ( berjuang dengan bersungguh-sungguh dengan syariat)

“Kalau kita masih lemah ketika baru terima hidayah atau apabila di landa ujian, cari kawan yang boleh bantu kita sama-sama berada di landasan yang betul. pergi majlis ilmu. Jauhkan seketika dahulu kawan-kawan yang boleh pengaruh kita ke buat perkara yang tidak elok.

“Kalau kita dah kuat.. boleh dekati dan ajak mereka buat kebaikan. Percayalah.. Allah sayang kita.. tapi kita bersangka-sangka dengan Allah. kuatkan ikatan kita dengan Allah dulu.

“sedih.. tak mengapa.. itu lumrah untuk kita yang bergelar hambaNya yang lemah. sedih.. mengadu dengan Allah.. Allah nak dengar rintihan kita yang tulus  dari hati.

senyum selalu
selalu bersangka baik
insyaAllah hati tenang
.
#adamcorrie #bukanUstaz #CinaMuslim

View this post on Instagram

apabila Allah sudah beri hidayah pada kita, hargailah ia sebaik mungkin. . “Ya Tuhan Kami, jgnlah Engkau jadikan hati Kami condong kpd kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada Kami & kurniakanlah kepada Kami rahmat dari sisi Engkau; krn Sesungguhnya Engkau-lah Maha pemberi (kurnia)” . Mmg sukar utk terus istiqamah buat baik. Itulah perlunya mujahadah ( berjuang dengan bersungguh-sungguh dgn syariat) . kalau kita masih lemah ketika baru terima hidayah atau apabila di landa ujian .. cari kawan yg boleh bantu kita sama-sama berada di landasan yg betul. pergi majlis ilmu. jauhkan seketika dahulu kawan2 yg boleh pengaruh kita ke buat perkara yg tidak elok. . kalau kita dah kuat.. boleh dekati dan ajak mereka buat kebaikan. . percayalah.. Allah sayang kita.. tp kita bersangka-sangka dgn Allah. kuatkan ikatan kita dgn Allah dulu. . sedih.. tak mengapa.. itu lumrah utk kita yg bergelar hambaNya yg lemah. sedih.. mengadu dgn Allah.. Allah nak dengar rintihan kita yg tulus yg dari hati. . senyum selalu selalu bersangka baik insyaAllah hati tenang . #adamcorrie #bukanUstaz #CinaMuslim

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee) on

Perkongsian tersebut mendapat respond dari netizen yang bersetuju dengan pendapat Adam Corrie.

nuramiranasuha Ye betul.. kena cari kawan yg soleh solehah.. minta nasihat… g kuliah.. cari semangat tu… dgr kuliah agama… jgn dgr bisikan iblis…

zahraglam keyakinan itu plg penting. then bercampurgaul dgn org baik2 insyaAllah pasti xkan goyah dgn godaan syaitan 

roshios_nora Kdg2 org yg baru mendapat hidayah (kembali fitrah) lebih baik dari kami yg lahir2 dah islam. Tkasih borther @adamcorrieleeyg sentiasa ‘tazkirah’ kami😊😊😊

chentasheyla iman kita ne senipis kulit bwg, berubah lh perlahan ,, tp pasti jgn kita terburu utk melakukan segala hal , kerana ia akn dtg sifat malas utk beribadat

nikijenlo Allahuakbar. Terima kasih atas peringatan. Saling berpesan2 dan semoga kita semua tergolong dlm kalangan hamba Allah yg istiqomah ke jalanNya. Aminnnn.

ainanadhirah16 Setuju,sesungguhnya istiqomah itu susah.. namun apa bila inya berjaya,Satu kegembiraan yang tidak terduga.

Malah ada yang menyatakan ia adalah satu nasihat yang  cukup lembut dan sangat menyentuh hati.

anie_isma Ya Allah..cantik sungguh susunan bahasa..terbuka hati saya membacanya

noorfaizah_zohardin Malunya rasa..seorg yg baru islam lebih hebat dr yg lahir dgn islam…

marwahidahmohdasari Sangat setuju.. Itu dipanggil ujian.. Diberi ujian sbb allah sygkan kita… Nk tengok sejauh mana mampu untuk hadapi atau mengalah😊

eida_man1726 Aaminn..tersentuh hati..terima kasih atas peringatan nie.. semoga kite semua terus kuat beristiqamah..

Sumber: IG adamcorrielee

Tinggalkan Komen