Selain digunakan dalam masakan, rupanya halba juga bermanfaat untuk kesihatan. Apabila digabungkan dengan kurma merah dapat membantu mencantikan kulit.

Untuk yang berjimat tak nak keluarkan kos banyak  boleh cuba petua mudah yang dikongsikan puan Adibah Razali ini. Selain itu banyak lagi khasiat Halba dan kurma merah untuk wanita. Jom cuba!

Cantikkan Kulit Dengan Air Rebusan Halba & Kurma Merah. Murah & Mudah, Wanita Ni Kongsikan Caranya

 

PETUA CANTIKKAN KULIT DENGAN AIR HALBA DAN KURMA MERAH

Bahan-bahan:
Halba – 2 sudu besar
Kurma merah (kurma cina) – 7 biji
Gula perang (tak letak pun takpe) – secukup rasa
Air untuk merebus – 2 liter

Cara-cara membuatnya:
1. Bersihkan halba dan kurma merah.
2. Rebus halba dan kurma merah dalam 2 liter air sehingga biji halba kembang.
Lagi kembang lagi bagus. 
3. Tutup api dan biarkan sekejap. Dah boleh minum.

IKLAN

* Masa rebus tu kalau korang nak masukkan terus gula perang pun boleh.

Masa nak minum baru buh gula perang tuh.

Cantikkan Kulit Dengan Air Rebusan Halba & Kurma Merah. Murah & Mudah, Wanita Ni Kongsikan Caranya

Banyak sangat khasiat air rebusan halba dan kurma merah ni. Diba sendiri dah amalkan sebulan dan nampak kulit makin licin giteww ?

7 KHASIAT AIR HALBA DAN KURMA MERAH UNTUK WANITA:

IKLAN

1. Mencuci darah kotor seterusnya mencantikkan kulit dari dalam.
2. Mengatasi masalah senggugut atau ketegangan ketika haid.
3. Menguatkan fungsi rahim. Merangsang dan menyuburkan rahim, sangat bagus untuk yang nak ikhtiar hamil.
4. Mengetatkan dan meremajakan rahim.
5. Mengaktifkan kelenjar susu dan memperbanyakkan susu badan.
6. Meningkatkan saiz payudara secara semulajadi.
7. Meningkatkan keanjalan kulit (awet muda) secara semulajadi.

Banyak kan manfaat yang korang boleh dapat? ?

Nak buat pun sangat lah senang. So tunggu apa lagi, selamat mencuba.

 Ibu mengandung tak digalakkan minum air ni.

IKLAN

ARTIKEL MENARIK: “Daripada 7.8 Billion Manusia, Kamu Bertakhta Di Hati.” Aksi Malu-Malu Heliza Bikin Terhibur, Sweetnya Ucapan Suami

ARTIKEL POPULAR: “Ditanya Nak Hadiah Apa, Saya Cuma Nak DOA.” Suami Dedah Sebab Pilih Heliza, Resepsi Dihadiri Ilmuan, Alunan Al-Quran & Tazkirah

“Selepas 35 Tahun, Bertemu Jua Pemilik Tulang Rusuk.” Mas Kahwin Senaskhah Al-Quran, Heliza Helmi Selamat Bergelar Isteri


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI