Jika ditanya pada seorang wanita tentang penjagaan kecantikan wajah, tentu ada satu perkara rutin yang biasa dilakukan untuk pastikan kulit wajah kekal bersih dan berseri. Paling ringkas akan melakukan penjagaan asas dengan mencuci wajah setiap hari dengan menggunakan produk-produk tertentu yang ada dipasaran.
Dan tidak dinafikan, wanita juga gemar menggunakan masker untuk tujuan penjagaan kecantikan dan kesihatan kulit wajah. Ini sebagaimana yang dilakukan oleh Puan Dura dan yang menariknya dia memilih untuk menghasilkan sendiri maskernya iaitu dengan menggunakan Tepung Kacang Kuda!
Mungkin kedengaran agak janggal bagi yang tidak biasa, namun tahukah anda menurut Dura masker kacang kuda ini telah lama diamalkan oleh wanita pakistan mahu pun india. Untuk itu ayuh kita semak detail perkongsiannya petua ini untuk manfaat bersama.
Buat sendiri face mask dari bahan celah kabinet dapur je. Saya beri nama dia #DIY#instant_whitening_facemask sebab lepas pakai muka boleh jadi lebih cerah berseri gittew. Pakai bedak pun rata je. Ishh memang bestlah haihh.
Ads
Elok sangat untuk buang sel mati, bulu-bulu halus di muka, kurangkan lebihan minyak di muka, cegah jerawat dan jeragat. Ini petua lama dari Wanita kaum india dan pakistan untuk kecantikkan kulit.
Patutlah retis bollywood lawo-lawo kan? Hehe. Ok jom tengok bahan apa yang perlu dan cara buat.
Bahan-bahan :
Ads
1 Sudu besar tepung kacang kuda(gram flour)
1 sudu besar rose water/susu
1 sudu kecil jojoba oil/olive oil
Ads
Dan video ini ada cara bagaimana membuat bancuhannya dan terus boleh dipakai kewajah.
Bebanan sara hidup keluarga pada masa kini yang dirasakan kian meningkat, tentunya lebih terkesan ditanggung oleh suami yang mencari nafkah. Apatah lagi, jika keluarga besar, pasti besar jugalah perbelanjaan yang harus diperuntukkan.
Lantarana itu, seorang usahawan El Azman berkongsi realiti sebenar perbelanjaan seorang suami. Bayangkan dengan gaji RM3000, tidak sampai hujung bulan wang gaji habis dibelanjakan untuk keluarga tercinta. Itulah realitinya!
Suami dapat gaji bersih RM3,000.00 terus buat internet banking bayar:
– Bil air RM30.00
– Duit rumah RM700.00
– Duit kereta RM700.00
– Bil telefon suami dan isteri RM200.00
– Bil elektrik RM170.00
– Ansuran motor kapcai RM150.00
– Yuran Tuisyen anak RM150.00
– Tukar RM150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan.
Jumlah keseluruhan habis dibelanjakan RM2,250.00.
Lalu berbekalkan duit baki gaji RM750.00 balik ke rumah jemput isteri dari tempat kerja, terus disambut dengan isteri satu soalan,
‘Hari ni hari gaji abang kan? Jom pergi beli barang dapur. Banyak dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah malam nie! Sebab I tak laratlah nak masak hari nie.. Lagipun, bebudak pun esok hari Sabtu cutikan?’.
Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.
Sampai di rumah disambut pula dengan anak yang bongsu..
‘Ayah.. Cikgu adik cakap hari Isnin, Cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yang baru..”
Isteri spontan menyampuk..
‘Mintak kat ayah.. Ayah baru dapat gaji..’
Sambil itu, anak yang sulung pula mencelah..
‘Ayah.. Kakak pun nak duit RM30.00 hari Isnin nie.. Untuk beli Buku Rujukan.. Dah dekat nak periksa nie..’
Si suami terus mengeluarkan RM50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong. Tinggal baki gaji RM700.00 (Baru hari pertama terima gaji tu..!!!).
Kemudian, selepas maghrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk makan dan berbelanja barang dapur. Sebelum itu suami singgah isi minyak kereta RM50.00 (Baki gaji RM650.00) langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dengan bil makan berjumlah RM50.00 (Baki gaji RM600.00).
Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dengan jumlah RM250.00 (Baki gaji RM350.00) untuk beli barang kering dan RM50.00 (Baki gaji RM300.00) untuk beli barang basah.
Setelah semuanya selesai, pulanglah keluarga tersebut ke rumah dengan suami hanya tinggal gaji yang baru dapat pagi tadi sebanyak RM300.00 sahaja.
Maka tidurlah si suami dengan mata yang terkebil-kebil mengenangkan baki duit (yang tinggal baki hanya RM300.00 dari jumlah gaji bersih RM3,000.00) dalam beberapa jam sahaja dapat gaji tadi.
Esoknya, pagi Sabtu, isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi. Suami pun pergilah beli dengan modal RM5.00 dan surat khabar RM1.50 (Baki gaji RM293.50).
Manakala menjelang petang, si isteri dan anak-anak ajak suami jalan-jalan di Pasar Malam Jalan TAR sempena Malam Minggu. Si suami ikutkan juga dalam keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak-anak. Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak RM30.00 (Baki gaji RM263.50).
Sesampai di Jalan TAR, si isteri berkenan dengan Tudung Bawal berharga RM15.00 minta dibelikan. Suami pun keluarkan duit bayar (Baki gaji RM248.50) .
Kemudian bila ke depan sedikit, bahagian pakaian kanak-kanak pula nampak baju tidur anak-anak yang berharga RM15.00 sehelai. Isteripun selamba berkata..
‘Bang.. Baju tidur bebudak ni pun dah lusuh. Belikan diaorang yang baru ni. Murah jer.. RM15 hengget..’
Suami pun keluarkan lagi RM30.00 untuk baju tidur anak-anak (Baki gajiRM218.50).
Lalu terus pulang ke kereta untuk balik kerumah bersama-sama. Tetapi dalam perjalanan nak pulang, anak-anak merengek dahaga dan lapar, mintak singgah di kedai makan untuk makan malam. Sang ayah kesiankan degan rengekan anak pun singgah lah di Kedai Makan Tomyam dan makan dengan membayar RM30.00 lagi. Jumlah keseluruhan baki yang tinggal selepas 48 jam dapat gaji ialah RM218.50.
Esok hari Ahad. Isteri suruh pergi kedai pagi-pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi. Suami bermodalkan lagi RM7.00 dan RM1.50 untuk suratkhabar. Tinggallah duit gaji genap RM210.00.
Malamnya pulak, beri pada isteri RM150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta!!!
Maka bermulalah pagi hari Isnin si suami dengan berbekalkan modal baki gaji hari Jumaat kelmarin sebanyak RM60.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat, serta menghitung hari lagi untuk ke 25 hb/26 hb yang akan datang samada sampai atau tidak?
Selang seminggu selepas itu, pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung. Suami katakan dengan muka sedih…
‘… Tidak ada modal. Tinggal baki gaji RM60 hengget je nak buat modal hidup sampai hujung bulan nie…’
Lalu isteri menjawab dengan sinis..
‘.. Kalau ajak balik kampung saya je, tak de duit.. Kalau ajak balik kampung saya je, Abang kata tak de duit.. Mana pergi duit gaji abang selama ni? Tak kan lah baru seminggu gaji tinggal baki 60 hengget? Sudah tak berduit.. Abang ada simpan pompuan lain ke..?”
Terpinga-pinga suami.. Confused..!! Blurred..!! Nak dijawab, jadi perang.. Nak diceritakan yang sebenar nanti, disalahkan balik, kata kita mengungkit hanya sebabkan belanjakan tudung RM15.00 tu.
Begitulah realiti kehidupan seorang suami yang penyabar demi melaksanakan amanah dan tanggungjawab.
p/s: Kepada yang masih bujang, sudah bersediakah anda untuk menghadapi situasi sebegini?
Masa Depan Itu Dibeli Oleh Masa Sekarang.
sumber : El Azman
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memasuki hari ke 19 umat Islam berpuasa, pasangan sama cantik sama padan ini dilimpahi kegembiraan bila mana anak kedua mereka lahir petang semalam.
Berita gembira tersebut dikongsikan oleh Hairul Azreen menerusi laman instagramnya. Menurut pelakon Paskal dan juga Hero ini, isteri kesayangannya Hanis Zalikha selamat melahirkan bayi perempaun pada jam 5.59 petang semalam.
Turut dimuat naik di dalam posting berkenaan adalah gambar si kecil yang diberi nama Alisa Aisyah Binti Hairul Azreen.
Assalamualaikum saya dengan penuh rasa kesyukuran ingin berkongsi berita gembira,Di bulan ramadhan ni isteri saya Hanis selamat melahirkan cahaya mata perempuan kami, Alisa Aisyah Binti Hairul Azreen petang tadi 5.59pm ,
Dua2 anak Daddy lahir hari Jumaat, Thank you Mommy @haniszalikha Thank you sayang Thank you my bam bam
Perkongsian itu menerima lebih 380,000 ‘likes’ selepas dimuat naik di samping lebih 10,500 komen daripada netizen dan rakan-rakan artis.
Antara rakan-rakan artis yang menulis komen ucapan tahniah di Instagram Hairul ialah Mira Filzah, Elfira Loy, Achey, kaka Azraf,Aeril Zafril, Shukri Yahaya dan ramai lagi.
Rata-rata memuji wajah anak kedua pasangan ini seiras abangnya Yusuf.
Sebelum ini Hairul sendiri ada memuat naik gambar sewaktu dirinya masih kecil yang nampak seiras dengan Yusuf.
Bukan selalu dapat menikmati Nasi Tomato kan. Kalau dulu pergi rumah kenduri tak sah kalau tak ada menu yang satu ni. jadi, kalau ibu-ibu nak cuba tukar hidangan seisi keluarga yang lebih istimewa, apa kata cuba buat sendiri Nasi Tomato.
Lengkap dengan Ayam Masak Merah dan juga Dalca. Jadi jom kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Tahrunnisah Jali.
Resepi Nasi Tomato Nasi
2 cawan beras basmathi
2 1/2 cawan air
sedikit halia
1 1/2 biji bawang besar sederhana saiz potong dadu
2 ulas bawang putih potong dadu
bahan penumis,( kayu manis, cengkih dan bunga lawang)
3 sudu besar tomato paste
1 kiub pati ayam
sebatang serai diketuk
1/2 cawan susu cair
1 sudu besar minyak sapi
dan sedikit minyak tuk menumis
garam
hiasan daun pudina dan bawang goreng
Caranya
1. Bersihkan beras basmathi dan rendam sekejap
2. Dalam Kuali ..panaskan minyak dan minyak sapi, masukkan bawang besar, bawang putih dan halia serta bahan penumis
3. Tumis sehingga naik bau…masukkan tomato paste, serai, kacau sebati..
4. Kemudian toskan beras dan masukkan dlm rice cooker dan masukkan bahan tumis tadi serta air…dan garam.. tanak seperti tanak nasi..dah masak baru kacau perlahan2 supaya nasi tak patah2 ye…
## sukatan air bergantung pada beras yg digunakan… Jika basmathi biasa 1 cawan beras airnya 1 1/2 cawan Ayam Masak Merah
1/2 ekor ayam dpotong kecil
2 biji bawang besar saiz sederhana*
3 ulas bawang putih*
sedikit halia*
2 sudu besar cili kering yang telah direbus dan di kisar
2 sudu besar tomato paste
2 sudu besar sos cili/sos tomato
garam
gula
minyak utk menumis
dan bawang besar dipotong bulat tuk hiasan
caranya
1. ayam dipotong kecil dan dibersihkan serta ditoskan dan digoreng garam kunyit.
2. kisar bawang besar, bawang putih dan halia
3. Tumis bahan kisar dan lada sehingga pecah minyak..tumis biar agak lama dgn
api perlahan
4. masukkan tomato paste, sos cili/sos tomato
5. dah agak2 kering masukkan gula dulu dan masukkan air sedikit dan perasakan
dgn garam
6. masukkan bawang besar yang dipotong bulat nipis. Resepi Dalca daging, hati dan paru lembu dan sayur
300 gm daging lembu dipotong kecil
hati lembu dipotong kecil
paru lembu (diptong dan direbus terlebih dahulu biar empuk)
2 biji bawang besar sederhana saiz
3 ulas bawang putih
3 sudu rempah dalca
1 mangkuk santan
sedikit halia
sedikit air asam jawa
bahan penumis
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.