Bebanan sara hidup keluarga pada masa kini yang dirasakan kian meningkat, tentunya lebih terkesan ditanggung oleh suami yang mencari nafkah. Apatah lagi, jika keluarga besar, pasti besar jugalah perbelanjaan yang harus diperuntukkan.
Lantarana itu, seorang usahawan El Azman berkongsi realiti sebenar perbelanjaan seorang suami. Bayangkan dengan gaji RM3000, tidak sampai hujung bulan wang gaji habis dibelanjakan untuk keluarga tercinta. Itulah realitinya!
Suami dapat gaji bersih RM3,000.00 terus buat internet banking bayar:
– Bil air RM30.00
– Duit rumah RM700.00
– Duit kereta RM700.00
– Bil telefon suami dan isteri RM200.00
– Bil elektrik RM170.00
– Ansuran motor kapcai RM150.00
– Yuran Tuisyen anak RM150.00
– Tukar RM150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan.
Jumlah keseluruhan habis dibelanjakan RM2,250.00.
Lalu berbekalkan duit baki gaji RM750.00 balik ke rumah jemput isteri dari tempat kerja, terus disambut dengan isteri satu soalan,
‘Hari ni hari gaji abang kan? Jom pergi beli barang dapur. Banyak dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah malam nie! Sebab I tak laratlah nak masak hari nie.. Lagipun, bebudak pun esok hari Sabtu cutikan?’.
Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.
Sampai di rumah disambut pula dengan anak yang bongsu..
‘Ayah.. Cikgu adik cakap hari Isnin, Cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yang baru..”
Isteri spontan menyampuk..
‘Mintak kat ayah.. Ayah baru dapat gaji..’
Sambil itu, anak yang sulung pula mencelah..
‘Ayah.. Kakak pun nak duit RM30.00 hari Isnin nie.. Untuk beli Buku Rujukan.. Dah dekat nak periksa nie..’
Si suami terus mengeluarkan RM50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong. Tinggal baki gaji RM700.00 (Baru hari pertama terima gaji tu..!!!).
Kemudian, selepas maghrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk makan dan berbelanja barang dapur. Sebelum itu suami singgah isi minyak kereta RM50.00 (Baki gaji RM650.00) langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dengan bil makan berjumlah RM50.00 (Baki gaji RM600.00).
Ads
Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dengan jumlah RM250.00 (Baki gaji RM350.00) untuk beli barang kering dan RM50.00 (Baki gaji RM300.00) untuk beli barang basah.
Setelah semuanya selesai, pulanglah keluarga tersebut ke rumah dengan suami hanya tinggal gaji yang baru dapat pagi tadi sebanyak RM300.00 sahaja.
Maka tidurlah si suami dengan mata yang terkebil-kebil mengenangkan baki duit (yang tinggal baki hanya RM300.00 dari jumlah gaji bersih RM3,000.00) dalam beberapa jam sahaja dapat gaji tadi.
Esoknya, pagi Sabtu, isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi. Suami pun pergilah beli dengan modal RM5.00 dan surat khabar RM1.50 (Baki gaji RM293.50).
Manakala menjelang petang, si isteri dan anak-anak ajak suami jalan-jalan di Pasar Malam Jalan TAR sempena Malam Minggu. Si suami ikutkan juga dalam keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak-anak. Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak RM30.00 (Baki gaji RM263.50).
Ads
Sesampai di Jalan TAR, si isteri berkenan dengan Tudung Bawal berharga RM15.00 minta dibelikan. Suami pun keluarkan duit bayar (Baki gaji RM248.50) .
Kemudian bila ke depan sedikit, bahagian pakaian kanak-kanak pula nampak baju tidur anak-anak yang berharga RM15.00 sehelai. Isteripun selamba berkata..
‘Bang.. Baju tidur bebudak ni pun dah lusuh. Belikan diaorang yang baru ni. Murah jer.. RM15 hengget..’
Suami pun keluarkan lagi RM30.00 untuk baju tidur anak-anak (Baki gajiRM218.50).
Lalu terus pulang ke kereta untuk balik kerumah bersama-sama. Tetapi dalam perjalanan nak pulang, anak-anak merengek dahaga dan lapar, mintak singgah di kedai makan untuk makan malam. Sang ayah kesiankan degan rengekan anak pun singgah lah di Kedai Makan Tomyam dan makan dengan membayar RM30.00 lagi. Jumlah keseluruhan baki yang tinggal selepas 48 jam dapat gaji ialah RM218.50.
Esok hari Ahad. Isteri suruh pergi kedai pagi-pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi. Suami bermodalkan lagi RM7.00 dan RM1.50 untuk suratkhabar. Tinggallah duit gaji genap RM210.00.
Ads
Malamnya pulak, beri pada isteri RM150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta!!!
Maka bermulalah pagi hari Isnin si suami dengan berbekalkan modal baki gaji hari Jumaat kelmarin sebanyak RM60.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat, serta menghitung hari lagi untuk ke 25 hb/26 hb yang akan datang samada sampai atau tidak?
Selang seminggu selepas itu, pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung. Suami katakan dengan muka sedih…
‘… Tidak ada modal. Tinggal baki gaji RM60 hengget je nak buat modal hidup sampai hujung bulan nie…’
Lalu isteri menjawab dengan sinis..
‘.. Kalau ajak balik kampung saya je, tak de duit.. Kalau ajak balik kampung saya je, Abang kata tak de duit.. Mana pergi duit gaji abang selama ni? Tak kan lah baru seminggu gaji tinggal baki 60 hengget? Sudah tak berduit.. Abang ada simpan pompuan lain ke..?”
Terpinga-pinga suami.. Confused..!! Blurred..!! Nak dijawab, jadi perang.. Nak diceritakan yang sebenar nanti, disalahkan balik, kata kita mengungkit hanya sebabkan belanjakan tudung RM15.00 tu.
Begitulah realiti kehidupan seorang suami yang penyabar demi melaksanakan amanah dan tanggungjawab.
p/s: Kepada yang masih bujang, sudah bersediakah anda untuk menghadapi situasi sebegini?
Masa Depan Itu Dibeli Oleh Masa Sekarang.
sumber : El Azman
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila banyak sangat bekas ‘tipuware’ di rumah dan tak tahu nak buat apa, elok kiranya untuk digunakan dalam projek tanaman hidroponik seperti yang dikongsikan oleh D’Pro A’nas ini.
Nyata tidaklah sukar penyediaannya dan bolehlah dipraktikkan.
Ini perkongsiannya.
Jangan buang bekas-bekas kosong yang dah digunakan..Sayang tau..banyak kegunaannya.
Masih ada kawan kita yang ingin Mengetahui antara cara-cara BerHIDROPONIK..
Saya SHAREKAN buat My Lovely kawan-kawan mengembangkan minda tambah pengetahuan.
SEMAIAN HIDROPONIK MENGUNAKAN COCOPEAT SISTEM SUMBU / WICK.
Bahan-bahannya ;
1. Bekas tupeware / Botol Mineral / Botol Cola yang tak digunakan lagi atau apa-apa bekas yang boleh menakung air.
2.Kain Microfaber atau apa-apa kain yang boleh menyedut air.
Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap di sebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan.
SIAPA YANG MENGALAMI DISLEKSIA
Disleksia melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina atau bangsa. Disleksia biasanya boleh diperturunkan daripada ibu bapa kepada kanak-kanak.
JENIS-JENIS DISLEKSIA
Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu;
1. Disleksia visual (penglihatan)
Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengingat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik
2. Disleksia auditori (pendengaran)
Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh dislaksia auditori
3. Disleksia visual-auditori
Kesukaran membaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio
PUNCA-PUNCA DISLEKSIA
a) Keturunan atau genetik
Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun
.
b) Biologi
Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosakan ini minimum)
c) Kematangan
Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangnya pada banagian tertentu dalam sisitem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak permepuan. Kelewatan kematangan pada kank-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia
CIRI-CIRI DISLEKSIA
1. Di peringkat pra sekolah mereka mungkin :
a) Lambat bertutur
b) Mengalami kesukaran sebutan atau rima
c) Sukar menulis nama sendiri
d) Payah mengenal bentuk atau warna
e) Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya
2. Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin :
a) Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira
b) Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas
3. Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) :
a) 15 dengan 51
b) “was” menjadi “saw”
c) ‘b’ dengan ‘d’
4. Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut
5. Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘hari ini’ , ‘esok’
6. Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan
7. Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah
LANGKAH MEMBANTU KANAK-KANAK DISLEKSIA
a) Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal bagi tujuan menanganinya.
b) Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi.
c) Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi
d) Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan.
e) Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu bapa
f) Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika.
g) Mengamalkan suasana kasih sayang serta bersikap prihatin dalam mengekalkan suasana harmoni
h) Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik
i) Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri
j) Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai dll.
Tiada yang lebih menbanggakan ibu bapa bila mana melihat anak-anak mengecapi kejayaan.Bagi anak-anak pula, inilah masanya untuik mereka membalas jasa dan pengorbanan orang tua yang selama ini mendidik dan membesarkan anak-anak sehingga sampai ke tahap ini.
Bagi pelakon bernama Nazeera Sardi, kejayaan menamatkan pengajian sekali gus menggenggam segulung ijazah dalam bidang Pengurusan Perniagaan (Pemasaran) adalah hadiah istimewa untuk ibunya.
berkongsi momen indah tersebut menerusi laman instagramnya, Nazerra dalam kapsyennya mengatakan selain gembira dengan kejayaan tersebut, dia juga sedih kerana arwah ayahnya tidak dapat menyaksikan kejayaan tersebut.
Di dalam perkongsian tersebut juga, Nazeera turut memuat naik satu video ibunya menangis melihat kejayaannya itu.
Don’t cry Mak, This is too small compare to your love. This is for you. I hope u are happy because i’ve planned to make u happy and proud forever . Abah.. I wish u were here. I miss you ? Al fatihah,” tulis Nazeera di kapsyennya.
Selain ibu bapa, Nazeera turut berterima kasih kepada ahli keluarga yang lain kerana selama ini sentiasa menyokong dan menjadi tulang belakang padanya.
Di dalam perkongsian tersebut, para pengikutnya turut mengucapkan tahnaih dengan kejayaan tersebut dan menyatakan dia adalah contoh yang sesuai untuk perumpamaan “Beauty with brain” kerana walaupun bergelatr selebriti namun mampu menghabiskan pengajian dan memperoleh keputusan yang baik.
chentahannah ❤️ hargai setiap saat terindah…. gunakan kebijaksaan yg sewajarnya…. jgn ada sifat ego yg negatif….. sentiasa rendah diri… respect org….. dan apa saja yg baik-baik..??? loveyou @nazeerasardi ❤️❤️
nonie_moklas_official Sebak tgk vid your mother ? I rasa touching betul tgk pic korang semua. Jelessssss
Bekas isteri Safee Sali syukur dapat hak penjagaan Anak, selesai dengan persetujuan bersama. Perasaan syukur dan kelegaan menyelubungi Fitria Elfina Maharip, 44, apabila mahkamah memutuskan hak penjagaan anak diberikan kepadanya.