Siapa yang tak kenal dengan pelakon Azah Aziz yang popular era 90-an. Sejak berhijrah ke luar negara mengikuti suaminya tidak lagi aktif dalam bidang hiburan tanahair. Namun pelakon legend ini tetap mempunyai peminatnya tersendiri.
Terbaru menerusi Instagram milik, penyampai radio dan pelakon, Sharifah Shahirah yang lebih mesra dengan panggilan Shira telah muat naik video berjumpa dengan Azah Aziz di sebuah cafe di ibu kota.
Dengan kapsyen ringkas, sudah lama tidak berjumpa rakan dari luar negara telah meraih perhatian peminat.
“Bila ko jumpa kawan ko dari canada @azahmontreal @therockchilliqueen.”
Video berdurasi 35 saat itu telah mengembalikan nostalgia peminat kepada pelakon yang berusia 49 tahun itu.
Awet muda
Dalam pada itu, ramai yang memuji kecantikanya walaupun sudah berusia. Malah ada juga rindu kepada lakonannya suatu ketika dulu.
Riak wajah dan kemesraan jelas terpancar kerinduan dua sahabat baik ini setelah sekian lama tidak berjumpa.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
Ads
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Bintang Kecil:Pening kepala melihat telatah adik-adik BK kumpul marshmallow tapi kecoh satu kampung dibuatnya. Agaknya siapa yang menang cabaran kali ini? Mari kita saksikan.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila kita ditimpa malang,business jatuh, hutang keliling pinggang, kena fitnah, kawan-kawan semua pulau, suami curang, dan isteri tak bagus. Pastinya setiap yang berlaku ada sebabnya. Jom semak perkongsian puan Felinna Fattah. Deep!
Apa perlu buat?
Muhasabah pada diri, tengok solat kita , tgk aurat kita, tgk mulut kita, tgk apa kita buat pada ibu bapa kita.
Hidup kita ini atas sebab diri kita, Allah tegur kita melalui masalah agar kita kembali pada Nya. Percayalah. Jika kita takank hijrah. Taknak berubah.
Sampai bila bila ketenangan takkan sampai pada kita, kejayaan akan menjauhi kita. Maka kita terpaksa hidup dengan lebih susah utk berjaya.
Kita malas solat sbb penat, tapi kita akan lebih penat kerja siang malam tanpa henti sbb kita tak dak matlamat selain hanya kaya dunia.
Kita malas tutup aurat sbb panas, tapi kita akn lebih sakit dengan air mata melalui masalah masalah yg tak pernah habis.
Kenapa kita nak pilih jalan susah? Sedangkan yg mudah sudah tersedia.
Semoga kita menjadi insan yang diberkati dalam kehidupan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lalat adalah serangga yang cukup sinonim dengan benda yang kotor. Paling ditakuti bila lalat ini hinggap pada makanan, dah pasti akan tercemar dan jika dimakan boleh memudaratkan kesihatan seperti mengalami cirit birit.
Tapi masalahnya lokasi kegemaran lalat berkumpul adalah di bahagian kita menyediakan makanan iaitu dapur. Jadi bagi mengelakkan lalat dari berleluasa di dapur lakukan perkara ini:
1. Tuang air dalam bekas dan masukkan bunga cengkih. Biarkan ia terdedah di ruang dapur anda. Lalat yang berterbangan akan keluar dengan sendirinya dari dapur anda.
2. Boleh juga gunakan daun kari. Kibaskan daun ini pada lalat yang berterbangan di dapur. Kemudian letakkan daun kari dalam gelas yang berisi air di sudut meja makan. Cara ini dapat menghalau lalat yang suka hinggap di meja makan.
3. Ambil beberapa tangkai daun belimbing dan kibaskan pada lalat yang berada di atas meja makan.
4. Satu lagi cara yang biasa digunakan adalah mengggunakan menyalakan lilin. Letakkan lilin tersebut berhampiran hidangan. Sila pastikan lilin itu diletakkan di tempat yang selamat, sebaik-baiknya di dalam tin kosong.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pertama kali dalam sejarah negara, apabila majlis pernikahan dilaksanakan secara online.
Itulah situasi yang dikongsikan semalam bila mana Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melaksanakan Majlis Akad Nikah satu pasangan pengantin secara atas talian (online), ekoran kekangan pergerakan akibat wabak COVID-19.
Majlis pernikahan pertama secara online melalui sidang video itu membabitkan pasangan pengantin, Muhammad Don Haadi Don Putra, 29, dan Nahdatul Aishah Mohd Sharif, 29, disempurnakan dalam sekali lafaz.
Majlis diadakan di rumah pengantin perempuan di Bandar Baru Wangsa Maju, Setapak, manakala pengantin lelaki pula berada di Setiawangsa pada jam 10.10 pagi tadi. Menariknya, majlis itu hanya mengambil masa 15 minit sahaja.
Bapa pengantin perempuan, Mohd Sharif Khamis menjadi wali pernikahan dengan kehadiran saksi.
Majlis bersejarah yang turut disiarkan menerusi Facebook Live Berita AlHijrah itu disaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail.
Majlis nikah online itu selaras dengan ketetapan terbaru JAWI pada 17 April lalu yang memberi kelonggaran kepada pasangan yang memperolehi Kebenaran Berkahwin daripada JAWI untuk melaksanakan akad nikah secara sidang video (video conference) berdasarkan garis panduan dan borang permohonan ditetapkan.
Antara negara melaksanakan nikah online ekoran penularan wabak COVID-19 adalah Emeriyah Arab Bersatu (UAE). Kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu hingga 28 April depan bagi mengekang penularan COVID-19 di negara ini.
Kes bayi yang dibekukan serta tular kerana tidak dikebumikan awal jenazahnya mendapat perhatian ramai. Tak kurang juga yang mula tertanya-tanya apakah jenis tidak cukup sifat yang dialami anak kecil itu.