
Cara baik pulih penyapu plastik PVC sebenarnya sangat mudah jika tahu teknik yang betul. Dalam urusan rumah tangga, benda kecil seperti penyapu pun memainkan peranan besar. Setiap hari kita guna untuk pastikan lantai bersih dan selesa dipijak anak-anak. Tapi bila penyapu plastik PVC mula kembang dan tak lagi menyapu dengan sempurna, memang rasa geram. Baru guna tak lama, dah kena beli baharu.
Sebenarnya, jangan cepat buang. Penyapu plastik PVC yang sudah kembang masih boleh dibaiki dan digunakan semula. Cara ini bukan sahaja jimat belanja dapur, malah bantu kurangkan pembaziran barangan rumah.

Kenapa Penyapu Plastik PVC Jadi Kembang?
Penyapu jenis PVC diperbuat daripada jalur plastik lembut. Bila kerap terdedah kepada haba, air panas atau disimpan dalam keadaan terhimpit, jalurnya mudah melebar dan tidak lagi rapat. Sebab itu habuk susah nak dikumpulkan walaupun sudah disapu berkali-kali.
Ramai tidak sedar bahawa keadaan ini sebenarnya boleh dipulihkan. Dengan teknik yang sesuai, jalur tersebut boleh dilembutkan semula sebagai sebahagian daripada cara baik pulih penyapu plastik PVC yang praktikal dan menjimatkan.

Langkah Cara Baik Pulih Penyapu Plastik PVC
Berikut ialah cara baik pulih penyapu plastik PVC yang boleh dilakukan sendiri di rumah tanpa kos tambahan:
- Tanggalkan bahagian kepala penyapu daripada batangnya supaya lebih mudah direndam.
- Didihkan kira-kira 2 liter air sehingga benar-benar panas.
- Rendam bahagian jalur penyapu ke dalam air mendidih selama kira-kira satu jam untuk melembutkan jalur yang kembang.
- Apabila air sudah sejuk, keluarkan penyapu dan bersihkan kotoran yang melekat menggunakan berus atau sikat halus.
- Keringkan menggunakan kipas atau pengering rambut sambil menyikat jalur supaya kembali tersusun dan lurus.
Hasilnya memang nampak berbeza. Jalur penyapu jadi lebih lembut, rapat dan mudah mengutip habuk seperti biasa. Teknik ini membuktikan bahawa cara baik pulih penyapu plastik PVC tidaklah sesukar yang disangka.

Tip Supaya Penyapu Plastik PVC Tahan Lama
Selain mengetahui cara baik pulih penyapu plastik PVC, penjagaan harian juga penting supaya ia tidak cepat rosak:
- Gantung penyapu selepas digunakan supaya jalur tidak terlipat.
- Elakkan jemur terlalu lama di bawah matahari terik kerana haba boleh merosakkan bentuk jalur.
- Jangan simpan dalam keadaan terhimpit dengan barang lain.
- Elakkan merendam terlalu kerap dalam air yang terlalu panas.
Sebagai ibu ayah, setiap penjimatan kecil sebenarnya memberi makna besar dalam pengurusan kewangan keluarga. Dengan mengamalkan cara baik pulih penyapu plastik PVC ini, kita bukan sahaja dapat berjimat, malah membantu mengurangkan pembaziran dalam rumah tangga.
Kadang-kadang, dengan sedikit usaha dan ilmu, barang yang kita sangka sudah rosak masih boleh digunakan semula. Rumah bersih, poket pun tak terbeban. Itu baru bijak urus rumah tangga!
BACA LAGI : Trend Dekor Dengan Pampas Grass, Wanita Ni Buat DIY Guna Penyapu Jadi Hiasan. Memang Menjadi, Modal RM2 Je!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di




