Bagi yang suka membuat kek, pelbagai resipi baru nak dicuba kan. Bila menjadi memang seronok sangat. Asyik membakar sahaja sedar tak sedar, oven pun dah makin kotor dan berkerak.
Bgai ibu-ibu yang nak bersihkan oven , sebenarnya ada cara mudah dan berkesan untuk menanggalkan semua kotoran tersebut dengan mudah dan pantas.
Berikut ada beberapa cara bersihkan oven atau microwave yang boleh anda cuba di rumah.
1. GUNAKAN AIR
Pertama sekali, letakkan mangkuk tahan panas yang berisi air ke dalam oven. Pasangkan oven pada suhu tinggi untuk selama 20 minit. Proses ini dapat membantu menanggalkan gris dan kerak pada permukaan oven.
Apabila ia menyejuk / suam, lapkan permukaan dalaman dengan tisu dapur / kain pengelap yang bersih. Lakukan langkah ini setiap kali anda selesai menggunakan ovensupaya ia mudah untuk dibersihkan.
Ads
2. CUKA
Campurkan 1 liter air bersama 8 sudu cuka. Celup kain dalam air cuka dan lapkan oven.Biarkan selama 15 minit dan bilaskan dengan air bersih. Kesan kehitaman akan segera menghilang.
Cara bersihkan oven sebegini paling sesuai jika anda mencuci oven dalam masa terdekat selepas ia digunakan. Cuka bukan saja bertindak menghilangkan kotoran, tetapi sifat keasidannya turut menjadi pelindung anti-kulat.
2. SODA BIKARBONAT
Boleh juga menggunakan soda bikarbonat bersama dengan sedikit cuka. Campurkan kedua-dua bahan ini dan biarkan ia menjadi pes. sapukan pes ini pada permukaan ovenyang terdapat kesan degil.
Biarkan pes ini selama 1 jam hingga 12 jam. Lagi lama lagi berkesan, bergantung kepada tahap kotoran yang terdapat pada oven. Kemudian, lapkan semula dan bilas.
Ads
4. LEMON / LIMAU NIPIS
Kalau tak ada cuka, gunakan perahan lemon atau limau nipis untuk menggantikan cara ke-3 di atas. Sifat keasidan lemon bukan saja bertindak sebagai pencuci semulajadi, tetapi turut memberi bauan segar pada oven. Campurkan bersama soda bikarbonat / baking powder dan sapukan pes ini pada permukaan oven.
Selepas dibiarkan 1 jam atau lebih, gunakan kulit lemon atau limau nipis tadi untuk menggosok kesan kehitaman atau kerak dalam oven. Kotoran degil akan tanggal dengan berkesan.
Ads
5. SPRAY CUKA
Jika masih tertinggal sedikit kesan kotoran, masukkan cuka (bersama sedikit titisan lemon jika ada) ke dalam botol spray dan semburkan pada permukaan tersebut. Biarkan seketika dan lap. Ulangi langkah ini beberapa kali.
MUDAH & BERKESAN
Demikian tadi cara bersihkan oven yang boleh anda lakukan. Boleh rujuk video di bawah untuk lebih faham.
Selamat mencuba!
Sumber: Petua Ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Peringatan buat yang mengalami masalah buah pinggang tapi teringin nak makan buah durian. Jika tidak dikawal boleh membawa maut.
Begitu yang terjadi seorang pesakit yang telah meninggal dunia akibat setelah makan hanya seulas durian.
Menurut perkongsian seorang doktor, Dr Syamirullah kandungan durian yang tinggi Potassium boleh mengakibatkan pesakit sukar bernafas.
Beliau menasihati supaya pengemar raja buah itu berpantang makan buah berkenaan.
Seterusnya ikuti perkongsian beliau.
Pesakit buah pinggang meninggal dunia setelah makan seulas durian.
Sejak seminggu dua ini, di hospital tempat saya bertugas, kami mendapati peningkatan kes-kes jantung (serangan jantung dan tekanan darah tidak terkawal), kencing manis (diabetis ketoacidosis dan paras gula tidak terkawal) yang sangat ketara. Saya sendiri selaku pegawai perubatan nefrologi (buah pinggang) menerima beberapa kes pesakit buah pinggang yang berkomplikasi sehingga ada yang terpaksa dihantar ke hospital besar, bahkan ada yang meninggal dunia.
“Makcik nak makan durian..dah sembilan tahun sejak dia disahkan menghidapi penyakit buah pinggang, dia tak pernah sentuh durian. Jadi semalam dia minta kat anak dia..makan seulas sahaja.. sedar-sedar pagi ini dah keletihan, sesak nafas, sakit dada.” ujar seorang gadis muda, sambil mengurut-urut dada ibunya yang laju.
Pesakit ini datang ke jabatan kecemasan dengan bacaan serum potassium setinggi 7.3. Rentak jantungnya (ECG) menunjukkan sinus arrest, dengan kadar denyutan jantung hanya 32 per minit. Hemodialisis kecemasan dilakukan, hanya menurunkan bacaan serum potassium untuk sementara sahaja sebelum kembali meningkat. Beliau meninggal dunia akibat kegagalan jantung (cardiogenic shock).
POTASSIUM
Ada banyak jenis mineral dan garam galian yang diperlukan oleh badan manusia. Kalsium, fosfat, magnesium, potassium, sodium adalah diantaranya. Kesemua galian dan garam mineral ini, dikawal kandungan dan kuantitinya oleh buah pinggang kita. Tidak boleh terlalu kurang, dan tidak boleh terlalu lebih.
Potassium, adalah sejenis bahan galian dan unsur elemen yang penting bagi tubuh manusia. Ia bertanggungjawab ke atas fungsi otot untuk mengecut (contraction). Kekurangan potassium, dipanggil hypokalemia, contohnya disebabkan muntah atau cirit birit yang berterusan boleh menyebabkan seseorang menjadi lemah, sengal dan lenguh seluruh badan, cramping dan muscle ache (myalgia).
Terlebih potassium pula, dipanggil hyperkalemia, boleh membahayakan nyawa kerana ia mengganggu fungsi contraction otot jantung. Hyperkalemia, adalah sebuah medical emergency yang perlu dirawat SEGERA, kerana ia boleh menyebabkan cardiac arrhythmia bahkan asystole.
Bagi orang yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang, khususnya end stage yang bergantung kepada dialisis, mereka ini tidak lagi boleh menghasilkan air kencing. Tubuh badan mereka tidak lagi boleh mengeluarkan bahan-bahan kumuh yang antaranya terdiri daripada garam mineral dan zat yang berlebihan ini. Dalam kes ini, potassium.
Umum mengetahui, bahawa antara makanan yang paling banyak mengandungi potassium, adalah pisang. 100 gram pisang, mengandungi 358 mg potassium. Yang keduanya, adalah sayur bayam (spinach). 100 gram bayam mengandungi 558 mg potassium.
Pesakit buah pinggang kena elak makan
Namun tak ramai yang mengetahui, dua jenis buah-buahan tempatan kita sebenarnya mempunyai kandungan potassium yang tinggi.
100 gram durian mengandungi 436 mg potassium, iaitu lebih tinggi dari pisang. Begitu juga dengan nangka, 100 gram nangka mengandungi 448 mg potassium, lebih tinggi dari keduanya.
Atas sebab itulah, saya menggesa kepada anda yang mengenali sesiapa sahaja sama ada ahli keluarga, jiran mahupun rakan yang menghidapi penyakit kerosakan fungsi buah pinggang, khususnya yang bergantung kepada diaisis, agar BERPANTANG buah-buahan ini. Ia boleh meragut nyawa mereka.
BERPANTANG dalam erti kata mengurangkan atau kalau boleh, berhenti terus pun tak apa. Mungkin sekali sekala hanya dalam kuantiti yang sedikit, bukannya sekaligus. Secara kasarnya, pesakit buah pinggang tetap memerlukan dietary potassium yang mencukupi, iaitu sekitar 1500 ke 2000 mg sehari. Pendek kata jika pesakit mahu makan durian, maka kurangkan makanan high potassium lain seperti yang dinyatakan di atas.
Jangan pula tengahari sudah makan gulai nangka, malamnya hendak menjamah durian pula!
Bahkan sebenarnya, KURMA yang kita selalu makan, mengandungi kandungan potassium yang jauh lebih tinggi. 100 gram kurma mengandungi 656 mg potassium, hampir dua kali ganda pisang.
Cumanya, kita lazimnya jarang mengambil kurma dalam kuantiti yang banyak mencecah 100 gram. Kita biasa makan ketika berbuka puasa dalam jumlah kiraan ganjil sahaja, kerana itu ia jarang memberi kesan kepada kita.
Namun awas, kerana mutakhir ini ada banyak produk yang memproses kurma. Ada yang dijadikan jus yang sudah tentu memekatkan konsentrasi potassium yang ada didalamnya. Ada yang menjadikannya cokelat, ada yang diproses dalam minuman seperti kopi dan sebagainya.
Tapi, kurma kan makanan Nabi? Makanan “sunnah”? Mustahil lah ia boleh bawa keburukan.
“Itula dengar sangat cakap doktor ni, doktor ni semua kan belajar ilmu dari yahudi, sampai tak reti nak bezakan mana sunnah. “
Dalam bidang toksikologi, kita ada sebuah prinsip asas yang dipanggil sola dosis facit venenum, bermaksud “the dose makes the poison.”
Kita juga ada dalam bidang farmakologi, sebuah subbidang khas dipanggil farmakokinetik yang mengkaji tentang bagaimana tubuh badan manusia memproses setiap bahan khususnya ubat-ubatan.
Setiap tubuh badan manusia secara individu, mempunyai kapabiliti tersendiri memproses setiap bahan yang ada.
Bagi manusia yang sihat seperti kita, habiskan sebijik durian pun tak apa. Kerana buah pinggang kita sihat, ia boleh mengkumuhkan dan membuang potassium berlebihan.
Tetapi bagi pesakit ESRD, ini tidak boleh bagi mereka. Mereka tidak boleh mengkumuhkan potassium, sebab itulah hatta seulas durian pun boleh membahayakan nyawa mereka.
Begitu juga dengan pesakit ESRD dan kegagalan fungsi jantung. Mereka ini, PANTANG air berlebihan.
Air, benda yang bagus bagi manusia. Bahkan kita digalakkan meminum sehingga 4 litre air sehari.
Tetapi ini, tidak benar bagi pesakit ESRD dan CCF. Mereka ini, hanya dibenarkan meminum sekitar 500ml air sahaja. Sekiranya lebih, air ini tidak dapat dikumuh keluar dan akan berkumpul di kaki sembab, bahkan sehingga ke paru-paru menyebabkan sesak nafas.
Begitu juga contoh seterusnya, nasi untuk pesakit kencing manis. Benar, nasi tu makanan berkhasiat dan berzat. Namun sudah tentulah pesakit kencing manis, tidak boleh mentekedarah nasi seperti orang sihat.
Atas sebab itulah, saya mengambil kesempatan ini menyeru kepada kita semua, agar BERHATI-HATI dengan sesetengah pihak yang bermotifkan keuntungan menjual “bahan-bahan beracun.”
Mereka ini mengambil kesempatan atas keterdesakan dan atas nama “ikhtiar” seorang pesakit, serta memanipulasi dan memomokkan dengan ketakutan ke atas “bahan kimia”.
Bahkan ada yang sanggup menggunapakai nama agama. Arwah seorang ahli keluarga saya sendiri, antara yang terpedaya, mengamalkan “kopi habbatussauda” kerana terpengaruh dengan dakwaan penjualnya bahawa ia mampu menyembuhkan penyakit darah tinggi yang dihidapinya. Beliau dihasut dengan dakwaan ubat hospital tidak boleh menyembuhkan, boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dsb, dan disuruh mengamalkan ‘perubatan sunnah’ iaitu habbatussauda. Kesudahannya, kombinasi darah tinggi yang tidak terkawal dan faktor pengambilan kaffein yang berterusan, beliau meninggal dunia akibat strok (angin ahmar).
Berhati-hatilah dengan apa sahaja yang dipanggil “natural” kerana apa yang “natural” bagi seorang, mungkin menjadi “pathological” bagi seorang yang lain.
Dapatkan nasihat doktor YANG MERAWAT ANDA, bukannya orang sebarangan, hatta saya sekalipun sering ditanya di FB “bolehkah saya ambil supplemen ini”, saya tidak akan menjawabnya kerana saya tidak mempunyai maklumat mengenai kesihatan orang yang bertanya. Saya tidak tahu fungsi buah pinggang anda normal atau tidak, fungsi hati anda ok atau tidak, apa masalah kesihatan yang anda ada.
Akhir kata, orang yang bertanggungjawab atas kesihatan anda, first and foremost adalah diri anda sendiri. Justeru buatlah pilihan yang selamat dan letakkanlah kepercayaan kepada orang yang betul. Kerana in the end, yang akan menanggung kesannya, adalah anda sendiri.
Sumber: Dr Syamirullah
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Pokok ketumbar biasa digunakan dalam masakan. Daunnya berbau kuat dan kurang digemari bagi esetengah orang.
Tetapi cukup enak apabila dimasukkan ke dalam masakan terutama tomyam, membangkitkan aroma dan menambahkan kesedapan.
Tak sangka, nak tanam nya pun mudah. Biji ketumbar dibeli dari kedai dan disemai boleh hidup subur dengan cara ini.
Jom baca perkongsian puan Rosziyana Bakar bagaimana dia menggunakan biji ketumbar Dan terus semai. Kini hasilnya pokok ketumbar hidup subur.
Pokok ketumbar@coriander. Sebelum ni, banyak kali tanam guna keratan batang tp tak menjadi.. bila tumbuh tunas baru je, batang membusuk.. kali ni, cuba semai daripada biji ketumbar (beli kt diy brand Trio).. Saya tak rendam dulu pun, terus semai.. Alhamdulillah, senang hidup dan subur.. Apa yg saya belajar👇👇👇
✅2 minggu baru tumbuh
✅Siram pagi & petang
✅Siram waktu tengahari jika cuaca panas & pokok nmpk layu(1 gelas air shj)
✅Baja 1 minggu sekali (selepas 2 minggu pindah ke pasu lain)
✅Baja ikan, air rendaman kulit bawang, air basuhan beras.
*Pokok ketumbar suka air.. tanah kene sentiasa lembab tp bukan terendam ye.
Muat naik terkini di Instagram milik pelakon versatil, Jasmin Hamid dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) setelah mengalami serangan jantung telah mengejutkan ramai peminatnya.
Suami pelakon berkenaan, Nazmir Abd Rahman dalam hantaran di akaun Instagram milik Jasmin meluahkan agar para peminat mendoakan kesihatan isternya.
Menurut semuanya, Jasmin atau nama sebenarnya Jasmiah Abdul Hamid, 48, mengalami serangan jantung buat pertama kali semalam.
“Assalamualaikum semua.. Moga Allah angkat doa kita semua untuk isteri saya Jasmin Hamid di panjangkan usianya dan sihat kembali..Aamiin”
Dalam pada itu, rakan artis dan para peminat mendoakan kesihatan Jasmin kembali sembuh.