Lama tak merasa makan nasi kenduri dan antara menu yang dicari adalah nasi minyak yang dimakan bersama acar rampai.

Jom cuba buat menu ini bagi menambah kelazatan menu hidangan keluarga.

ACAR RAMPAI
Bahan-bahan:

5 biji timun muda potong memanjang, bahagian tengah dia tak payah ambil
2 biji lobak merah

 

IKLAN

 

Cara buat :
Rendam dengan 2 sudu kapur makan 30-40minit sebelum masak untuk bagi rangup, kemudian bilas dan toskan.

IKLAN

Cara Buat Acar Rampai Nak Pastikan Terasa Rangup Ini Tipnya!

SAMBAL ACAR
Bahan-bahan:
1 cawan minyak
15 ulas bawang putih-jika besar belah dua
10 biji bawang ros
2 biji bawang besar-dikisar
3 inci halia-dikisar
3 sudu cili kisar
3 sudu biji sawi
2 sudu makan serbuk kari daging
2 sudu makan serbuk kari ikan
1 sudu serbuk kunyit
4 sudu makan cuka
Sos tiram & sos cili
Gula

IKLAN

Cara buat :

1.Panaskan minyak masak kemudian masukan 15 biji bawang putih (kalau besar potong 2)

  1. Masukkan juga bawang ros, dan tumis sekejap.
  2. Kemudian masukan bawang besar yang telah dikisar, bersama halia kisar dan cili kisar.

4 Masukkan biji sawi dan  tumis sampai wangi.

  1. Kemudian masukan serbuk kari daging, serbuk kari ikan, kunyit.
  2. Masukan air dan tumis sampai pecah minyak.

7.Kemudian masukan cuka makan, sos tiram sikit, sos cili sikit. Masukan gula dan perasa (acar ni kena manis-manis masam).

  1. Masak sampai agak pekat dan tutup api. Bila dan suam baru masukan sayur tadi, boleh tambah setengah genggam bijan sangai ataupun kacang goreng tumbuk.https://youtu.be/dUpt50y0xaQARTIKEL MENARIK :

     

     

    Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

    Cara Buat Acar Rampai Nak Pastikan Terasa Rangup Ini Tipnya!

     

     

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI