Mungkin anda selalu tengok scene penceraian dalam mahkamah di drama melayu tapi bila anda sendiri berada di dalam mahkamah menyaksikan sendiri depan mata, pasti berbeza.

Ini yang dikongsikan oleh Fauzana Ismail yang menyaksikan sendiri situasi tersebut.

Jangan Sibuk Rumah Tangga Orang Lain, Nasib Kita Belum Tentu. Takut Takut Benda Tu Berbalik Pada Diri Sendiri. Deep!


Apa yang saya boleh cakap…SEBAK,SEDIH…walaupun defendan & plaintif tu xde kaitan pun dengan kita. 

Hari ni saya berpeluang menyaksikan satu penceraian berlaku antara seorang banduan yang di jatuhi hukuman penjara 20 tahun. Dia datang ke mahkamah dengan berbaju penjara berwarna biru sambil tangan bergari & diiringi 4 orang pegawai penjara.si isteri menfailkan fasakh selepas 9 tahun suami di penjarakan, suami masih ada 11 tahun lagi hukuman penjara..(waktu dia sampai dalam mahkamah anak2 datang bersalam dengan bapak dia….dengan tangan bergari dia peluk cium anak2 dia…)

Dipendekkan cerita,pada awlnya si isteri memohon fasakah..tp Setelah berbincang…hakim tanya persetujuan kedua pihak samada nak teruskan fasakh atau mahu bercerai secara fast track..mereka kemudian terus mengisi borang permohonan bercerai secara fast track dan dan permohonan fasakh dibatalkan..ketika hakim bersetuju untuk penceraian berlaku dimana hakim minta kedua2 pasangan saling bermaafan…dan di isteri datang kepada suami salam, minta maaf..minta di halalkan makan minum selama berumahtangga…dia berjanji akan menjaga anak2 sebaiknya…sambil dia minta maaf berjujuran air mata dia jatuh.

IKLAN

Mungkin bagi mereka yang tak berpeluang melihat sendiri depan mata penceraian di dalam mahkamah mereka tak kan faham situasi dan keadaan sebenar semasa penceraian berlaku… tapi percayalah….kalau anda ada peluang untuk tengok sendiri depan mata…saya yakin anda juga akan rasa apa saya rasa….tiba2 bulu roma kau akan rasa meremang bila lelaki melafazkan talak…saya menceraikan isteri saya dengan talak 1 (saya sudah pun merasai pengalaman itu 3 tahun lepas, jadi saya tau apa isteri dia rasa waktu talak dijatuhkan..dunia rasa gelap..lutut rasa lembik…badan rasa terawang awangan)

Allah…sebak rasa…tiba2 air mata terus jatuh…

Saya pinjam kata2 tuan hakim tadi
“Tidak ada seorang perempuan pun yang mahu menjadi ibu tunggal atau bahasa kasarnya janda, apabila seorang perempuan itu nekad memfailkan penceraiannya di mahkamah maka perempuan itu sudah mengumpul segala kekuatan yang ada untuk menempuh hari penceraiannya dia mahkamah”

IKLAN

“Tidak ada seorang perempuan yang datang ke mahkamah memfailkan penceraiannya di sebabkan hal yang baru berlaku semalam atau baru minggu lepas terjadi….selalunya seorang perempuan tu dah ambil masa yang lama untuk dia terus nekad dan full-hearted meneruskan permohonan penceraiannya”

Kepada kawan-kawan sekalian..jagalah rumah tangga anda…peliharalah rumahtangga kalian..bajalah ia dengan penuh kasih sayang….hargailah pasangan anda..selagi dia masih ada bersama anda…..suami itu hanya pinjaman…

jangan la kita sibukkan dengan kisah rumah tangga orang lain..orang nak kawin 2 ke nak kawin 3 ke..biarlah itu hak diorang…yang penting kita ni masing2 jaga rumah tangga kita…nasib kita belum tentu lagi…takut2 hari ni kita mengata orang..perkara tu berbalik kepada kita…itu sebab kenapa saya tak pernah keluarkan komen klw ada kisah jadi isteri no 2,no. 3 sebab saya ada ramai kawan2 yang menjadi isteri no.2.

IKLAN

Saya juga serik sebab riak pada diri sendiri…yang mana dulu saya dengan angkuh cakap pasangan saya tak akan ada yang lain….tapi kemudian sebaliknya terjadi..tu pengajaran untuk saya…bila melibatkan soal begini mulut kena jaga…sebab takut….takut benda tu berbalik pada diri sendiri. 

Jangan Sibuk Rumah Tangga Orang Lain, Nasib Kita Belum Tentu. Takut Takut Benda Tu Berbalik Pada Diri Sendiri. Deep!

entry ini ditaip semasa menunggu giliran perbicaraan saya…dari pkl 9.00 pagi -11.45 pagi saya giliran ke-19 dari 20 kes.tq defendan kerana tidak hadir ke mahkamah buat kali ke-3 berturut2 walaupun waran tangkap telah dikeluarkan….tq kerana membazirkan masa saya setengah hari di mahkamah hari ini, tq untuk segalanya apa yang awak dah buat dekat saya..semoga allah membalas seadilnya
saya izinkan entry ini dishare,tak perlu minta kebenaran.

salam sayang 
fauzana binti ismail

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI