Pelakon dan hos, Elly Mazlein memuatnaik sebuah video yang memaparkan gelagat anak lelaki, Haider Mateen yang sangat manja dan rapat dengannya.Video yang di ambil ketika selebriti ini dan keluarga pergi bercuti baru-baru. Haider yang sedang dipangku oleh Elly Mazlein memeluk dan mencium pipi ibunya tanpa henti. Biarpun hanya nampak sisi wajah anak lelaki namun rata-rata geram melihat gelagatnya itu.
Selain gelagat Haider, turut kelihatan di dalam video tersebut adalah anak perempuan Elly iaitu Putri Sara Sefhia yang sedang mandi di kolam bersama papanya, Mohamad Azlan Che Nuh.
Sememangnya Sefhia cukup manja dengan papanya kerana sebelum ini banyak dikongsikan keakraban dua anak beranak ini.
Ads
menerusi kapsyennya, Elly turut menguarakan pertanyaan kepada pengikutnya adakah anak lelaki sememangnya sangat manja dengan ibu.
Kematian adalah perkara yang pasti dilalui oleh setiap manusia. Malah Rasulullah menyuruh kita mengingati mati kerana mati itu pasti. Tidak kira walau di pelusuk dunia mana sekalipun kita berada, ia pasti datang.
Namun sebagai umat Islam pastinya menanam cita-cita untuk menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan yang baik atau husnul khatimah.
Melalui perkongsian ustaz, Muhammad Muhammad Rafieudin Zainal Rasid sungguh bermanfaat untuk kita muhasabah diri agar kita mengingati mati yang pastinya datang tanpa kita ketahui.
IBRAH DARI 3 KISAH KEMATIAN!
“Saya ingin berkongsi 3 kisah kematian yang berlaku semalam.. Sementara menunggu giliran konsultasi bayi saya bersama doktor di klinik pakar kanak-kanak di Melawati yang terlalu lama, lebih 3 jam! Maka ada banyak masa untuk menaip ceritera.
KISAH 1 Seorang lelaki tua berusia lingkungan 70-an meninggal dunia setelah 2 tahun terlantar sakit. Ketika menguruskan jenazahnya di sebuah masjid, saya mendapati bibirnya terlalu kering sehingga mengelupas.
Anaknya mengatakan arwah ayahnya itu ada penyakit paru-paru berair dan dia tidak boleh makan dan minum melalui mulut. Hanya susu sahaja yang dimasukkan sebagai makanannya melalui perut yang telah ditebuk dan disumbatkan dengan tiub. Allahurobbi.
Arwah tersebut lumpuh dan tidak boleh berkata-kata. Hanya mampu memberi isyarat melalui mata dan sesekali mengalirkan air matanya. Paling menyedihkan, dia menanggung perit sakitnya itu selama 2 tahun.. Bayangkan 2 tahun tekaknya kering tanpa air dan makanan. Allahuakbar.. ???
Pengajaran yang dapat saya kongsikan adalah betapa nikmat sihat itu sangat wajib kita hargai dan mensyukurinya. Berapa ramai di antara kita yang tidak bersyukur dan menggunakan nikmat sihat dengan sebaik-baiknya? Bila Allah swt ambil nikmat itu, barulah kita menyesal dan sanggup berkorban wang ringgit untuk mendapatkan nikmat sihat itu kembali.. Allah.. Allah.. Marilah sama-sama kita menghargai nikmat sihat itu sebaiknya..
KISAH 2 Selesai menguruskan jenazah dalam kisah 1 di atas, saya menunggu waktu solat Jumaat di masjid yang sama. Datang seorang lelaki yang merupakan ahli jawatankuasa masjid berkenaan berkongsi kisah bahawa dia baru pulang dari menziarahi arwah anak saudara perempuannya yang berusia 17 tahun yang meninggal dunia kerana terjatuh dalam bilik air di rumahnya ketika mahu mengambil wuduk pada jam 11 malam (Khamis).
Dia menceritakan sebelum kejadian, arwah dalam keadaan sihat seperti biasa sehinggalah dia ke bilik air rumahnya dan tiba-tiba jatuh tergelincir dan kepalanya terhantuk ke dinding sebelum badannya terhempas ke lantai dengan kuat.
Ketika dalam perjalanan ke hospital, arwah masih sedar tetapi tidak dapat berkata-kata selain kejang beberapa kali sehinggalah disahkan meninggal dunia tidak sampai beberapa minit di hospital. Innalillahi wainnailaihi rojiiun..
Begitu pantas kematiannya tanpa siapapun dapat menduga ajalnya pada malam itu sedangkan siangnya masih sihat dan ceria. Pengajaran besar yang dapat kita ambil bahawa mati itu tidak mengira sama ada kita dalam keadaan bersedia ataupun tidak dan tidak mengira sama ada dalam keadaan sihat ataupun sakit.. Allahurobbi..
KISAH 3 Berlaku tengah malam tadi sekitar jam 12:30 malam saya mendapat mesej dari ‘whatsapp group’ kejiranan saya bahawa salah seorang jiran tetangga kami meninggal dunia di rumahnya.
Arwah seorang wanita berusia lewat 50-an meninggal dunia di sisi anak-anak dan menantunya saat sedang leka menonton televisyen bersama-sama. Anaknya bercerita bahawa ibunya itu tidak ada sakit yang serius atau kronik dan sebelum kejadian arwah masih lagi dalam keadaan sihat dan dapat berbual mesra bersama ahli keluarganya.
Namun, detik ajal tiba tepat pada waktu yang dijanjikan tanpa terlewat walau sesaat. Tiba-tiba ibunya bersandar di bahu anak perempuannya. Anaknya menyangka si ibu ingin bermanja atau bergurau tetapi keadaan menjadi kecoh apabila ibunya terus menggigil kekejangan. Setelah bantuan CPR dilakukan oleh anak-anaknya, ibunya tetap pergi bertemu Illahi dalam keadaan yang tiada siapa yang menjangkakannya.
Inilah di antara kisah-kisah kematian yang wajib kita ambil iktibar agar bersedia sentiasa. Ketahuilah, sesungguhnya mati itu tidak mengira.. Usia TUA ataupun MUDA, Harta KAYA ataupun MISKIN, Pangkat TINGGI ataupun RENDAH, Badan SIHAT ataupun SAKIT dan dalam keadaan kita BERSEDIA ataupun TIDAK..
Mati itu boleh berlaku kepada sesiapa saja secara tiba-tiba.. Mungkin esok, lusa ataupun selepas ini giliran kita hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.. Kita yang hidup ini hanya mampu mengharapkan HUSNUL KHOTIMAH, kematian yang baik.
Mudah-mudahan begitulah hujung pengakhiran kita nanti. Aameen…”
Pernah dengar tak, ‘duit isteri tetap duit isteri, duit suami tu adalah duit isteri’. Pernah? Kalau diikutkan itulah kebenarannya dalam Islam. Tetapi zaman sekarang ni, kebanyakan isteri dah bekerja dan sesetengah tu gaji mereka lebih tinggi dari suami.
Malah, mereka juga ada yang tidak berkira untuk membantu suami dalam bentuk wang hal menguruskan rumah. Tetapi, jangan sampai suami lupa tanggungjawab seorang lelaki sekecil mana pun mereka perlu beri nafkah pada isteri seperti perkongsian di bawah ini.
Dah Berlambak Duit, Takkan Nak Kena Bagi?
Isteri kaya, suami gaji 3500 isteri gaji 14 ribu,
“Dia pun dah berlambak duit dia ustaz, takkan saya nak kena bagi lagi?”
Tetap wajib bagi nafkah kepada isteri dia. Makanan, pakaian, tempat tinggal, alatan kebersihan dan rawatan. Tetap Allah akan soal si suami tadi.
Tetapi selalunya, wanita-wanita yang solehah bertanggungjawab ni, dia akan bawa keluar duit dia untuk mengimbangi dan mengurangkan kesusahan dan keperitan si suami mengeluarkan menanggung nafkah tadi. Selalunya macamtu, kebanyakkannya macamtu.
Selama Ni Isteri Bantu Kewangan Keluarga, Itu Pun Nak Cari ‘Nombor 2, 3’
Maka suami-suami, ayah ayah, abang-abang, hargailah isteri-isteri yang sudah 18 tahun, 24 tahun, 11 tahun. 60 peratus dia yang bawa keluar.
70 peratus perbelanjaan kedua keluarga dia yang bawa keluar. Ada tuan-tuan berbelas-belas tahun, 70 peratus isteri yang bawa keluar. Tu pun jangan duk cari lagi kat luar nak nombor 2, nombor 3.
Hasbunallah wani’mal wakil.
Memang muka tak malu sangatlah si suami yang tidak menghargai isteri yang mengurangkan beban ketua keluarga tadi.
Tetap Beri Nafkah Walaupun Isteri Lebih Kaya
Jadi, kalaupun kaya si isteri, maka suami tetap wajib keluar nafkah, kecuali isteri kat
“Takpa bang, yang mana rawatan saya, barang dapur,…. takpa”. Isteri sendiri sebut. Kita pun hidup bersama. InsyaAllah pakat-pakat berdoa menjadi pasangan suami isteri sampai dalam syurga. Yang tu yang terbaiklah.
Suami-suami yang kadang anak dah ada seorang, anak dah 2 orang, masih tidak berkerja.
Suami Tak Bertanggungjawab
Ada tuan-tuan. Jenis suami yang macamni. Dia memang jenis yang takda tanggungjawab. Dan selalunya yang jenis macamni pandai bercakap.
Suami yang jenis macamni selalunya pandai bercakap, Tuhan bagi. Macam-macamlah ayat. Putar situ putar sini. Sedar-sedar 3 tahun dah tak buat bekerja. Isteri bekerja, dia lepak buang masa, main game, baca surat khabar. Tu saja.
Hasbunallah wani’mal wakil.
Tiap-tiap hari itu dikira sebagai melakukan dosa kepada Allah swt.
Elak dari perkena serangan jantung, jom ikuti perkongsian dari Dr Zubaidi ni!
Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Penyanyi Ayu Damit, 33, meluahkan rasa syukur kerana berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah buat kali kedua untuk menunaikan ibadah umrah.
Mengakui ini adalah rezeki dari Yang Maha Esa tatkala dunia masih lagi berdepan pandemik Covid-19, dia bagaimana pun bersyukur kerana suami memahami dan mengizinkan untuk pergi.
“Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana saya sekali lagi dijemput untuk tunaikan umrah bersama rakan-rakan.
“Selepas beberapa kali hajat ke sana tertunda, saya anggap ini adalah rezeki walaupun tanpa ditemani suami.
“Meski suami tidak dapat pergi bersama kerana ayah mertua tak sihat dan kebun cili serta kacang panjang sedang membuahkan hasil, tapi saya mendapat izinnya juga. Bertuah dikurniakan suami memahami.
“Bagi saya, saham akhirat lebih utama, apatah lagi beberapa kali hasrat ini (umrah) terpaksa ditunda. Apabila diberitahu sudah dapat tarikh tetap daripada pihak agensi, saya amat teruja.
“Saya pun sudah menjalani ujian saringan Covid-19 dan keputusannya negatif. Sekali lagi, inilah namanya rezeki. Saya pun memang dah lama pasang niat dan tak mungkin menolaknya,” ujar pelantun lagu Hanya Di Mercu ini lagi.
Menurut Ayu, walaupun tarikh umrah bertembung dengan beberapa tawaran persembahan nyanyiannya, namun dia menolak secara baik.
“Walaupun terpaksa menolak tawaran persembahan kerana umrah ini, tapi apabila pulang nanti saya dah ada beberapa tawaran undangan lain yang menanti.
“Inilah rezeki saya dan aturan Allah itu sudah sedia cantik. Sekarang, peluang saya tumpukan perhatian kepada ibadah dan saya akan doakan yang baik-baik buat kita semua, insyaAllah,” katanya.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.