Malang tak berbau… Gara-gara memakan cendawan busut goreng, sembilan sekeluarga yang menetap di Kampung Nyiur, Paka Terengganu mengalami keracunan makanan hingga terpaksa dikejarkan ke hospital.
Nurul Musfirah Ghazali, 32, dan suami serta tujuh daripada lapan anak mereka yang berusia empat hingga 13 tahun mengalami muntah-muntah sebelum sebahagian daripada mereka rebah tidak sampai sejam selepas menikmati cendawan busut goreng sebagai hidangan tengah hari.
Selepas beberapa hari kejadian.
Alhamdulillah Syukur…hari ini Allah jentik hati ini untuk taipkan kisah yang menyayat hati terjadi kepada sekeluarga adik perempuan mokcik 😢, iaitu dia bersama suaminya dan 8 orang anak²nya. Semua anak²nya masih kecik²…
Jam 3 ptg kami dapat berita bahawa sekeluarga mereka telah keracunan cendawan 🍄, keadaan kritikal dan berada di klinik kesihatan. Mokcik pun apalagi… sepantas kilat capai kunci kereta. Bersama Mok Bonda ke klinik kesihatan. Sampai di klinik kesihatan terlihat ambulans kat depan. Hati ni berkata adik ada kat dalam tu. Bila Mok Bonda check memang betul. Semuanya dah lembik…dah masuk air.
Adik perempuan mokcik hanya mampu tengok anak² nya tergolek menahan sakit. Dirinya sendiri sudah tiada daya upaya. Kurang dari satu jam kejadian tersebut, racunnya merebak begitu cepat. Hanya dengan 4 kuntum cendawan beracun je. Perut mereka terasa panas dan terbakar. Isi perut dimuntahkan terus. Sehingga tiada apa pun lagi makanan yang ada. Akhirnya dimuntahkan pula darah. Dengan buih² di mulut mereka. Allahu Rabbi..
Muntah tanpa henti.
Mokcik follow ambulans rapat² untuk ke hospital Dungun. Mulut x henti² minta agar Allah pulihkan semuanya. Sampai di hospital Dungun. Mokcik terus park kereta dan ke ambulans tersebut. Adik perempuan dan 4 org anaknya ada kat dalam. Sakit teramat. Muntah x henti. Allah je tahu perasaan mokcik time tu. Adik perempuan dah x larat sgt² dah tu. Mokcik pimpin dia untuk ke tandas. Terasa badannya tu ringan nak jatuh je. Sorang² ke tandas hospital. Akhirnya tandas tu adik perempuan dan anak²nya je yang conquer. Manakala suaminya dan anak² yang lain, ambulans dah ambik lebih dulu ke hospital Dungun.Keadaan kritikal
Keadaan mereka kritikal. 3 hari lepas ada kejadian yang sama jugak. Tapi mereka lewat ke hospital. Allah takdirkan dia meninggal dunia di hospital yang sama. ICU yang sama. Bila adik perempuan mokcik sampai… mokcik tengok para doktor berusaha sebaiknya. Terima Kasih buat kesemua unit barisan hadapan di ICU Dungun. Jasamu semua hanya Allah lah yang membalasnya dengan sebaik-baiknya pembalasan 🥰. Alhamdulillah…
Mokcik dan Mok Bonda tidak berganjak. Kami tetap di situ sehinggalah…jam 12 tengah malam. Kami tunggu results yang positif.
Dan Alhamdulillah Syukur Ya Allah 🤲…
Allah kurniakan keajaiban 😭😭😭
Ads
Maha Baik Allah…
Maha Suci Allah…
Maha Besar Allah…
Keadaan kesemuanya dah stabil dan akan dimasukkan ke wad. Sujud syukur mokcik dan Mok Bonda. Hanyalah Allah tahu perasaan kami masa tu.
Dan hari ini kami ke rumah adik perempuan. Kami nak tengok cendawan yang mereka masak tersebut. Bonda dah pesan… bila x pasti tanyalah Bonda dulu. Jangan sembarangan makan je. Hanya dengan 4 kuntum sahaja!
Racunnya itu begitu kuat.
Mereka terselamat dengan izin Allah. Asbab tindakan cepat adik perempuan mokcik. Bila lihat anak² yang dan tergolek sakit perut dengan katanya perut terbakar. Disertai pula adik perempuan dah terasa pening. Allah sayang. Allah uji. Allah cinta.
Ads
Semoga kita semua beringat. Gambar dibawah tu adalah cendawan yang mokcik snap pagi tadi masa ke rumah adik. Dan gambar itu adalah gambar anak perempuan nya yang dah stabil setelah bermuntahkan darah.
Ayat adik mokcik…
“Terima Kasih kakngah…saya ingatkan saya dah mati😭. Saya hanya mampu tengok anak² je masa tu. Tapi saya sikit pun x mampu nak tolong mereka.”
Allahu Rabbi…
Itulah dia kisah sekeluarga yang keracunan cendawan. Sekeluarga di ICU. Dan sekeluarga di wad.
Sepanjang tempoh PKP, tentunya ibu ayah melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga.
Waktu ini adalah waktu emas untuk keluarga merapatkan lagi hubungan. Jika sebelum ini tidak dapat melakukan aktiviti bersama akibat kekangan masa, jadi waktu PKP inilah kita rebut peluang untuk bersama keluarga.
Menerusi perkongsian FB, wanita ini berkongsi aktiviti bersama keluarga.
Ikuti perkongsiannya.
Kami cuba untuk menjadi ibuayah yang terbaik buat anak-anak. Inilah peluang terbaik yang Allah bagi untuk mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga. Setiap aktiviti dilakukan bersama. Solat sama-sama, main sama-sama, belajar sama-sama (time anak belajar makayah buat kerja opis la kan), tengok tv sama-sama, masak sama-sama (berdasarkan menu yang sesuai).
Jika anda belum mulakan aktiviti bersama ahli keluarga, ayuh mulakan. Tiada istilah sudah terlambat. Hargai masa yang takkan ada U-turn.
Anda dah tengok cerita “Mak, nak peluk boleh? “. Kalau belum, saya sarankan anda tengok. Boleh search kat youtube.
Kalau cakap mengenai wajah yang cerah, putih dan gebu, rasanya semua wanita inginkan wajah putih mulus. Produk di pasaran dengan bahan pemutih antara yang berjaya menjadikan wajah semakin cerah.
Wajah putih gebu selalunya diimpikan semua wanita. Lebih-lebih lagi bila wanita yang sibuk dengan urusan anak-anak dan langsung tidak ada masa untuk fikirkan soal cantik.
Sambil sibuk melayan anak, ibu-ibu kena cuba petua ini yang dikatakan membantu buat kulit lebih cerah dan licin. Tak perlukan kos yang mahal, semua bahan dirumah boleh anda aplikasikan di kulit wajah.
SCRUB KUNYIT
Skrub kunyit boleh anda aplikasikan di wajah untuk mendapatkan hasil kulit yang lebih cerah dan mulus. Ambil kunyit hidup bersama garam serta sedikit beras dan kisah hingga lumat. Kemudian sapukan ke seluruh wajah seperti memakai masker. Biarkan kering seketika dan selepas itu sentallah wajah dengan gosokan perlahan bagi menanggalkan segala bintik hitam. Wajah juga tampil lebih cerah.
PUTIH TELUR
Telur bermanfaat untuk melembapkan kulit. Selain itu, putih telur berfungsi untuk menganjalkan kulit. Cara yang sangat mudah iaitu dengan menyapu putih telur di wajah umpama memakai masker. Biarkan seketika dan basuh bersih. Tidak hanya menganjal dan mencerah, putih telur juga sangat berkesan untuk mengeluarkan bintik-bintik hitam di atas hidung.
LEMON
Lemon memang sangat banyak manfaatnya pada tubuh dan wajah. Lemon dikatakan sangat baik untuk mengeluarkan sel kulit yang mati dan menjadikan kulit putih secara semula jadi. Gunakan air perahan lemon untuk membersihkan wajah setiap pagi dan malam untuk mendapatkan hasil yang maksimum. Jadi, lemon kena sentiasa ada di rumah.
AVOKADO
Avokado kaya dengan vitamin E dan berfungsi untuk membantu mencerahkan kulit wajah. Ambil isi avokado dan sapu di bahagian wajah seperti masker seminggu sekali. Selain itu, avokado juga boleh menghilangkan kulit berminyak dan menghilangkan jerawat.
TOMATO
Tomato juga digunakan untuk mencerahkan kulit. Tomato boleh mengeluarkan sel kulit yang mati pada wajah. Gunakan masker tomato di malam hari dan bilas dengan air suam di pagi hari. Setiap hari melakukannya boleh mencerahkan kulit secara semula jadi dari dalam.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Betapa besar ujian dirasakan bagi sesiapa pun, andai dianugerahkan anak istimewa dalam keluarga. Pada logik akalnya, kita akan merasakan menjaga anak-anak yang normal tentu lebih ringan urusannya berbanding berdepan untuk membesarkan anak istimewa.
Dikatakan juga hanya dengan ‘tiket’ sabar dan redho akan mampu menjadikan sebuah keluarga itu lebih tabah melalui ujian tersebut. Hal yang sama juga diungkapkan oleh Ustaz Mohd Rifqi apabila dia sendiri melalui ujian dianugerahkan anak down sindrom.
Bersempena bulan Oktober merupakan bulan kesedaran Down Sindrom, Ustaz berkongsi rasa di akaun fbnya untuk sedikit sebanyak memberi inspirasi buat keluarga lain yang berdepan ujian anak istimewa.
Semoga perkongsian ini juga dapat menyedarkan kita tentang erti cinta luar biasa.
OKTOBER ADALAH BULAN KESEDARAN DOWN SINDROM
Apabila Allah anugerahkan kita anak down sindrom, sebenarnya Allah hadiahkan kita peluang. Peluang untuk benar-benar memahami erti sabar dan redha. Bila kedua-kedua sifat ini menempati hati, datang pula sifat baru yang bernama syukur.
Alhamdulillah, jika seseorang itu tahu akan nikmat anak syurga ini, pasti setiap mereka mendambakan anak sebegini wujud di kalangan keluarga mereka.
Kenapa?
Merenung wajah anak menerbitkan rasa sayang yang unik. Itulah yang saya rasakan bila menatap kesemua anak saya kali pertama mereka menjengah dunia. Perasaan yang sama, kasih yang sama.
Tapi, bila Doktor menyatakan “anak ustaz mungkin down sindrom” setelah seminggu dilahirkan, renungan dan tatapan saya ke wajah sucinya bukan lagi menerbitkan semata-mata kasih dan sayang tetapi Allah hadirkan perasaan lebih dari itu.