Buat kudapan makan sambil menonton atau berborak, tak sedar boleh habis sebalang ni. rasanya yang pedas di tambah dengan kerangupan pasti buat anak-anak tertarik. Nah cuba resipi Kacang Botak yang dikongsikan oleh Are Peace. Selamat mencuba!
Buat kudap kudapan sambail tgk cerita pkul 6….hehehe Resipi Kacang Botak
Bahan-bahan
400g kacang tanah
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sb serbuk cili
2 sb gula
3 sk garam
2 biji telur
1 sk ajinamoto
1 kiub ikan bilis
5 sb tepung gandum
1 sb tepung beras Cara membuat:
Ads
1. Bersihkan kacang tanah. Jangan basuh terlalu lama.. lepas basuh trus keringkan… jemur bawah matahari sampai kering…. (sy keringkan dalam over je sekejap)
2. Campur semua bahan yang disediakan (kecuali tepung) di dalam bekas dan gaul sebati..
Ads
3. Masukkan tepung gandung dan tepung beras. Gaul sampai sebati. 8. Panaskan minyak dan goreng hasil sebatian tadi dengan api sederhana.
Ads
9. Pastikan ia keperangan tetapi tidak terlebih garing.
10. Semasa menggoreng, buih buih di atas minyak akan terbentuk. lepas masukan kacang itu terus kacau jng berhenti untuk elakan kacang tu melekat……
goreng sehingga masak siappp….
senang je…..
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sup sayur cendawan antara resepi sup KURUS yang diamalkan oleh wanita ini sejak 13 tahun. Menurut Khairuzetti Zaini, itu adalah rahsia bagaimana untuk mendapatkan bentuk badan yang slim pada usia yang nak cecah 40-an kelak.
“Rahsia nya sup sayur cendawan buat 3-4 kali seminggu.. boleh campur dengan sayur sawi jepun. Jom slim macam zaman dulu-dulu.. ( berat badan dapat maintain 45kg + anak 4 + umo 39 ) selamat memasak semua,”ujar Zetti.
Menarik kan? Tak susah, bahan-bahan yang digunakan pun mudah untuk didapati.
RESEPI SUP KURUS YANG DAH AMAL SELAMA 13 TAHUN
BAHAN A
4-5 ulas bawang putih tumbok pecah
( khasiat: bakar lemak + buang kolestrol )
2 biji cili api hijau tumbuk pecah
( khasiat: bakar lemak )
2 batang serai diketuk ( khasiat: awet muda + membakar lemak + membantu sistem pencernaan + membuang angin dlm badan )
1 sudu besar minyak jagung
BAHAN B
-100gm isi ayam potong halus ( rendam dengan tepung gandum selama 1/2 jam bg hilang lendir ayam ) + rendaman ke 2 rendam dgn air garam 10 minit then cuci bersih nak buang kesan ubat antibiotics dicucuk pd ayam )
-1.5L air tapis
BAHAN C
Sawi
Cendawan tiram (khasiat: awet muda )
Gula Kelapa perang ORGANIC secukup rasa
Garam Bukit Himalaya (pink) secukup rasa
CARA-CARA
1. Panaskan periuk, masukkan minyak masak
2.Tumis bahan A sehingga kekuningan.
3.Masukkan isi ayam. Gaul sehingga separuh masak. Masukkan air, bagi mendidih.
4.Kemudian, masukkan cendawan tiram.. masak sehingga cendawan lembut dan masukkan sawi.. terus tutup api.. sawi akan masak layu sendiri dengan haba masakan tadi.. bila dah suam sikit masukkan gula perang & garam bukit.
5. Amalkan sup kurus ini 4 -5 kali seminggu.. buat selama 3 bulan.. nanti kurus bagitau … Makan ni je.. insyaAllah selim melim laju.
Kehidupan rumah tangga yang harmoni dan bahagia diperoleh andai suami dan isteri saling melengkapi antara satu sama. lain. Saling menghargai segala pengorbanan pasangan baik ketika susah mahupun senang
Perkongsian dari guru terkenal Mohd Fadli Salleh ini cukup menyentuh hati. Betapa beliau cukup menghargai isteri sehingga sanggup menyimpan sesikit demi sedikit wang untuk membeli barangan kemas sempena hari ulang tahun perkahwinan mereka.
Aku perasan, gelang emas pandora yang aku belikan pada puan isteri tahun lepas, jarang dia pakai. Aku pun tanya lah,
“Kenapa jarang pakai gelang tu?”
“Gelang tu nanti saya pakai bila anak dah besar sikit. Saya suka gelang tu. Tapi susah bila anak kecil ni. Boleh luka anak pula,” balas puan isteri.
Aku angguk je lah. Dah dia kata gitu. Sampai satu masa, puan isteri ada bertanya,
“Bang. Kalau kita trade in gelang tu kemudian ambil gelang lain okey ke tak?”
“Terpulanglah. Abang tak kisah. Tapi bukan awak suka gelang tu ke?” tanya aku balik.
“Suka tu memang suka. Tapi dah jarang pakai. Baik tukar yang lain. Nantilah saya simpan duit sikit-sikit. Ada rezeki saya tukar lain bang ya. Tukar yang selesa pakai sikit,” balas puan isteri.
Aku angguk kepala sahajalah. Nak kata apa.
Namun sejak dari itu aku dah set nak kena hadiahkan dia satu hat baru ni. Tambah-tambah anniversary kami bulan Jun.
Nak bayar sedebuk sesak juga. Maka aku main kutu. Hihi.
Ya main kutu dengan kawan-kawan Fb. 4 slot aku ambil setiap bulan tau dengan dua orang berbeza. Satu slot RM100 ja. Bukan kutu kategori orang ada-ada. Ni kutu kategori rakyat marhein ja.
Punya la merancang nak bagi hadiah kat isteri sampai main kutu.
Hari ini aku ajak puan isteri pergi redeem baucher BATA. Beli kasut untuk anak-anak kata aku. Untuk dia pun dapat sekali.
Keluar dari kedai BATA aku tarik masuk Kedai Emas Hj Yunus ni. Kedai ni la aku selalu bawa puan isteri biasanya. Banyak pilihan dan harga berpatutan.
“Eh nak ke mana ni bang?” tanya isteri bila aku tarik ke kedai emas. Mulut dah senyum simpul dah. Ah perempuan. Gitu la deme nih. Buat-buat tak tahu kan?
“Meh la tengok-tengok gelang. Cari yang selesa awak pakai,” ujarku.
Bersinar mata puan isteri.
Aku lepaskan dia pergi memilih mana yang dia berkenan. Bila nampak susah dia nak pilih sebab ada baby Ali atas dukung, anak aku dukung pula.
Ha, pergi la pilih dengan bebas.
Usai memilih dia panggil aku.
“Bang, yang pattern jagung ni cantik juga kan?”
Aku angguk kepala dan mengiyakan.
“Kak. Kalau saya tolak gelang ini tukar dengan hat tu berapa kena tambah?” tanya puan isteri pada tuan kedai.
Baru tuan kedai nak pegang gelang emas puan isteri, aku cakap,
“Tak payah tolak hat ni. Simpan. Pakai sesekali. Lagi pun cantik pattern pandora tu. Ambil je yang baru ni. Abang hadiahkan sempena anniversary nanti,” kataku pada puan isteri.
Puan isteri pandang aku dengan terharu. Dia genggam tangan aku dan tanya,
“Tak apa ke? Abang ada duit ke?”
“Ada. Abang dah sediakan lama dah untuk awak,” balasku.
Tuan kedai memerhati drama ini dalam senyuman. Nasib baik bulan puasa. Dalam kedai orang pula. Kalau takkkkk… Haha.
Hari ini, puan isteri aku senyum sepanjang perjalanan pulang. Tu tengah buat air untuk berbuka pun dengan senyuman.
Untuk melihat senyuman itu, aku rela menyorok derita. Untuk membuat isteri dan anak-anak bahagia, aku rela melakukan apa sahaja.
Kerana beliaulah wanita kedua yang setia bersama aku saat jatuh bangun dan sukar senang selain ibuku yang mulia.
Untuk dia dan anak-anak, aku rela persembah nyawa. ❤️
#MFS
– Cinta yang menghidupkan –
.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Selepas banjir surut, tentunya semua mangsa banjir akan berasa sedih melihat keadaan rumah yang dipenuhi lumpur, tidak dengan itu semua barang yang ada di dalam rumah tunggang langgang, peti ais dan mesin basuh ada yang terbalik dan sebagainya yang melibatkan kerosakan dan kemusnahan harta benda.
Hal ini pasti ramai yang kecewa dan tertanya-tanya adakah masih ada barang-barang yang boleh diselamatkan walaupun sudah beberapa hari terendam dalam air banjir?
Berkongsi info tentang cara terbaik untuk menyelamatkan peti ais atau mesin basuh yang terendam dalam banjir, seorang pemilik akaun tiktok iaitu @halimrina8988 berkongsi video yang cukup bermanfaat ini.
Menurut perkongsiannya di dalam video ini, dia ingin membantu orang ramai yang tidak tahu cara bagaimana untuk pastikan peti ais yang terendam di dalam banjir masih boleh diselamatkan jika mengikuti langkah-langkah yang dikongsikan di dalam video terbut.
Lelaki ini juga mengingatkan orang ramai agar jangan terus on peti ais tersebut. Tindakan tersebut boleh membahayakan diri bahkan akan berlakunya kerosakan lebih teruk pada peti ais tersebut akibat terjadinya letupan di bahagian plug elektrik.
Oleh itu langkah terbaik yang boleh anda lakukan adalah biarkan sahaja peti ais tersebut selama seminggu. Pastikan bahagian pcb board tidak diusik agar air dapat kering sepenuhnya.
Pun begitu, jika ingin ‘usik’ bahagian tersebut untuk tujuan dikeringkan, lelaki ini nasihatkan selepas 3 hari baru lakukan proses tersebut.
Meninjau di ruangan komen, ramai yang mengucapkan terima kasih dengan perkongsian bermanfaat daripadanya.
Harap buat mangsa banjir, dapat praktikkan tip ini untuk pastikan barangan elektrik dapat digunakan semula di dalam keadaan selamat.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...