Bukan semua anak-anak kita mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Ada sesetengahnya mula rasa tak yakin dan takut untuk mencuba.
Sebagai mak ayah, kitalah yang perlu bertindak untuk membantu anak jadi berani mencuba.
Menurut perkongsian Mohd Fhais Salim, mak ayah berperanan penting untuk meningkatkan keyakinan dan kepercayaan anak-anak. Ikuti perkongsian beliau.
Lima cara untuk tingkatkan keyakinan diri anak-anak.
Ads
Apabila anak cakap saya tak pandai, saya tak tahu terus kita cakap ” kamu bukan tak tahu, kamu bukan tak pandai tapi kamu belum cuba. Cuba dulu buat.”
Beritahu anak, tak tahu tak mengapa tapi jangan takut untuk mencuba. Kita galakkan anak untuk berani mencuba.
Kita jangan sekali-kali marah anak. Beritahu anak dengan baik dan ajak anak untuk buat sama-sama. “Jom, mari ayah tunjukkan caranya”. Nampak mudah tapi cara ni boleh tingkatkan keyakinan anak.
Ads
Seterusnya beritahu anak, “Tak apa ibu percaya kakak boleh buat”. Kadang-kadang anak mudah rasa tak yakin pada diri. Kita tambah dan suntik sedikit keyakinan diri pada anak. Tambahkan kepercayaan pada diri anak. Insyallah membuahkan hasil.
Kelima, sudah tentulah anak perlukan latihan kerana latihan akan menambahkan kemahiran dan kemahiran inilah yang akan meningkatkan keyakinan diri anak.
Jadi, mak ayah kena sabar dan konsisten untuk sentiasa mendidik anak sehingga dia yakin pada dirinya sendiri.
Anak kita berbeza-beza. Ada yang dilahirkan dengan seribu satu macam karakter dan perangai yang berbeza biarpun dilahirkan dari satu rahim ibu yang sama. Semuanya punya karakter tersendiri.
Berkongsi jenis dan karakter anak, menerusi Webinar Penyusuan Syoknya Susukan Anak yang berlangsung pada Sabtu lalu, Master Coach Pentagon Math Sdn Bhd, Che Man berkongsi cara menidurkan anak mengikut jenis anak-anak itu sendiri samada Visual, Auditory, Kinestetik, Reading and Writing atau Flexible Kinestetik.
Jom ikuti perkongsian daripada beliau.
Kalau mak ayah dapat kenal pasti anak yang mana satu, samada visual, auditory, kinestetik, reading and writing atau flexible kinestetik, mak ayah akan dapat menetapkan cara pembelajaran anak dengan lebih baik.
Malah dapat memudahkan anak senang tidur dengan cara yang mudah. Ini tip yang dikongsikan olehnya.
Tidurkan anak mengikut karakter anak:
Visual
– Suasana bilik kena cantik lebih tepat lagi suasana hendak tidur
– Usaha untuk tenangkan anak
– Lampu jangan terang, malapkan cahaya lampu seperti mood hendak tidur
– Pilih bacakan buku bergambar sebelum tidur dan secara santai
– Suasana cantik, lama-kelamaan buat anak mudah tidur.
Auditory
– Pasangkan muzik yang tenang pada anak.
– Bunyi-bunyian segar atau ‘white noise’ antara yang disarankan untuk anak
– Pilih membawa buku cerita atau bercerita yang lembut
– Dua elemen ini boleh buat anak Auditory lebih cepat tidur
Kinestetik
– Anak dengan karakter ini memerlukan tepukan dan urutan sebelum tidur.
– Lebih tepat lagi perlu diteman sebelum tidur
Reading Writing
– Perlu tidur dengan rutin tidur tanpa berubah cthnya, tidur mesti dikatil.
– Rutin tidur yang sama
– cth minum susu seblum tidur
“Semalam, hati saya ibarat kaca jatuh berkecai ke lantai bila dengar pesanan papa memberitahu ada kanser limfoma. Memang sedih, saya tak dapat tahan air mata dan menangis sepuasnya,” begitulah perasan Serina Redzuawan, 40, selepas bapanya yang juga cef selebriti popular, Datuk Redzuawan Ismail atau Cef Wan, 66, disahkan menghidap kanser limfoma semalam.
Serina menerusi hantaran di Instagram berkata, dia tahu itu ujian Allah untuk bapanya dan mereka sekeluarga.
“Allah maha baik dan pilih papa. Sebab papa adalah insan berhati mulia, selalu bantu dan ceriakan hidup orang. Papa selalu bantu ahli keluarga dan adik-beradik. Syukur, Alhamdulillah,” tulisnya.
Serina berkata, bapanya reda atas ujian penyakit yang diterima.
“Papa reda dan tenang terima ketentuan ini. Saya bangga dengan papa! Insya-Allah sakit tanda Allah sayang, cuci dosa dan menaikkan darjat sebagai manusia.
“Ingat papa, kami semua ada, Rina, Aidid, Tristan, Isabella, Riz, adik-beradik, sahabat dan peminat semua sayangkan papa. Kami akan doakan papa kembali sihat. Terus kuat,” katanya.
Serina juga berharap orang ramai turut mendoakan kesembuhan buat bapanya dan kekuatan untuknya melawan kesakitan.
Semalam, Cef Wan mengesahkan dia menghidap kanser limfoma menerusi satu hantaran di Instagram.
“Doktor memaklumkan saya mempunyai peluang antara 70 hingga 80 peratus untuk sembuh. Kanser ini mungkin masih berada pada peringkat awal memandangkan saya masih sihat dan tidak mengalami sebarang simptom.
“Saya bakal melakukan imbasan Tomografi Pancaran Positron (PET) untuk melihat sama ada kanser itu ada merebak ke organ-organ lain,” katanya.
Menurutnya, doktor juga akan memulakan kemoterapi yang mungkin mengambil masa selama 13 minggu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mendoakan yang baik-baik buat Chef Wan. Malah, tidak lupa juga mereka memberi semangat untuk terus kuat menghadapi ujian ini.
Sumber : Instagram Serina
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tadi semasa makan malam saya bergurau dengan orang rumah, agaknya kuasa elemental apa yang diguna oleh mereka (golongan isteri) untuk membuat semua kerja kerja rumah. Beliau hanya tersenyum dan menjawab,
“Kalau ada, dah guna dah, hihi”
Tidak dinafikan wanita sememangnya hebat apabila bergelar ibu dan isteri di rumah.
Semuanya perlu diurus. Dari memasak di dapur, mengemas rumah, menjaga anak dan macam macam kerja lagi. Jika suami yang membantu pun, pasti tak semuanya dapat dilaksanakan selancar mereka.
Ya, memang banyak yang perlu dibuat. Saya sendiri tak terbuat semuanya dalam satu masa. Sedang dia boleh jaga anak, masak dan sempat lagi lipat baju. Saya memang surrender. Adeh.
Kadang bila beliau ke taklim masturat (pengajian mingguan wanita) saya hanya mampu jaga Atiq dan Ahnaf supaya baik baik sahaja. Agar mereka tidak tercedera semasa bermain. Saya hanya fokus begitu. Itu pun baby Adni tidur. Kalau dia bangun, dah tentu lagi haru dibuatnya. Jangan cakaplah nak masak, nak ke bilik air pun saya berfikir dua kali takut takut si Ahnaf terjun atas adiknya yang kecil itu.
Pernah sekali saya cubalah basuh kain, sudahnya kain itu bersemadilah dalam mesin basuh akibat saya lupa. Tergelak saja orang rumah bila tetiba suaminya nak jadi hero kain baju. Allahu, ampunkan daku kerana tidak dapat bantu isteri sebaiknya. Aku tak mampu jadi sehebat dia.
Kebetulan tadi membelek wall, terbacalah nukilan hati seorang sahabat saya menulis tentang penatnya beliau menguruskan anak dan rumahtangga.
Lalu saya titip komen berikut,
“Pernah sekali, para Sahabiyyah (sahabat Nabi di kalangan wanita) datang berjumpa Nabi SAW, bertanya tentang ganjaran mereka di sisi Allah, mereka mengadu suami mereka banyak ganjaran iktikaf, keluar di jalan Allah, ganjaran solat berjemaah dan banyak lagi ganjaran yang dijanjikan Nabi SAW kepada orang lelaki.
Sedang mereka sibuk dengan anak dan urusan rumahtangga, kerja yang banyak dari pagi hingga malam. Malam juga tidak dapat tidur kerana menjaga anak.
Nabi SAW berpaling kepada para sahabatnya dan tersenyum lantas bertanya kepada para sahabat,
“Pernahkah kalian mendengar soalan yang lebih baik daripada soalan wanita wanita ini?”
Lalu Nabi SAW menerangkan kepada para sahabiyyah bahawa setiap ganjaran yang diperolehi oleh suami mereka, semuanya juga diperolehi oleh mereka tanpa mengurangi sedikitpun pahala suami mereka.
Lalu mereka (sahabiyyah) pulang dengan senyum gembira.
Demikianlah Allah SWT meletakkan darjat ibu itu selepas Allah dan Rasul. Untuk ibu, 3 kali Nabi ulang supaya patuh akannya, sedang ayah hanya sekali”
Beliau membalas komen dengan mengatakan “Sejuk hati membacanya, terima kasih”
Malam ini kami sekeluarga akhiri cuti sempena maal hijrah dengan bacaan taklim rumah. Allah takdirkan giliran saya membaca Kitab Fadhail Amal bab 10, Semangat Keagamaan Wanita.
Maulana Zakariyya memulakan bab ini dengan kisah pengorbanan puteri yang paling disayangi Rasulullah SAW iaitu Sayyidatina Fatimah Radhiahuanha.
Amalan Zikir
Kisahnya Saidina Ali kasihan melihat isterinya itu yang melakukan kerja rumah tanpa pembantu rumah.
Sayyidatina Fatimah biasa menggunakan tangannya untuk mengisar bijian yang menyebabkan tangannya menjadi kasar. Beliau juga mengisi air ke dalam bekas yang diperbuat daripada kulit dan membawa bekas itu ke rumah sehingga meninggalkan kesan di dadanya akibat daripada tali bekas tersebut.
Pakaiannya juga seringkali kotor akibat banyak menguruskan rumah, menyapu dan sebagainya.
Sayyidina Ali telah meminta isterinya itu pergi meminta seorang hamba sahaya kepada Rasulullah SAW untuk membantunya menjalankan kerjanya.
Sayyidatina Fatimah telah pergi dan didapati ada orang berada di situ. Beliau adalah seorang yang sangat pemalu. Maka beliau pun pulang tanpa menyampaikan hajatnya itu kepada Nabi SAW.
Maka keesokan harinya, Nabi SAW sendiri telah pergi menemui puteri kesayangannya itu dan bertanya maksud kedatangannya kelmarin.
Sayyidatina Fatimah mendiamkan diri. Beliau berasa malu untuk membuka mulut.
Maka suaminya Saidina Ali telah menjawab bagi pihaknya. Lalu diceritakanlah kepada Nabi SAW kesusahan isterinya dalam menjalankan kerja kerja rumah dan maksud kedatangan isterinya itu kepada Nabi SAW.
Dalam riwayat yang lain, Sayyidatina Fatimah mengadu bahawa mereka hanya mempunyai satu alas tidur, itupun daripada kulit domba. Pada malam hari digunakan sebagai alas tidur dan siang diguna sebagai lapik rumput untuk memberi makan unta.
Maka Nabi SAW meminta supaya puterinya itu bersabar
“Wahai Puteriku, bersabarlah. Nabi Musa aalaihisalam dan isterinya memiliki hanya satu alas tidur sahaja sehingga sepuluh tahun. Itu pun hanya jubah Nabi Musa alaihisalam. Itulah yang dibentang dan mereka tidur di atasnya. Takutlah kepada Allah, hasilkan sifat takwa dan tunaikankanlah tugas dan kewajipanmu kepada Allah dan sempurnakanlah tugas tugas rumahtanggamu.
Apabila kamu hendak tidur, maka bacalah Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali dan Allahuakbar 34 kali. Amalan ini lebih baik bagi kamu daripada seorang hamba”
Sayyidatina Fatimah pun berkata, “Saya redha dengan Allah dan Rasulnya”
Allahu, kami berdua terkedu.
Saya bukan sebaik Sayyidina Ali yang sentiasa sibuk di jalan Allah SWT. Isteri pula bukanlah seperti Sayyidina Fatimah yang melaksanakan apa yang diceritakan di atas. Kehidupan kami jauh lebih senang berbanding apa yang ditanggung sahabat dan sahabiyyah dahulu.
Taklim pada malam ini lengkap dengan sebuah kisah yang memberi inspirasi kepada kehidupan rumahtangga.
Terutamanya wanita yang bergelar ibu dan isteri.
Anda mahal di sisi Allah SWT. Teruskan berbakti, insyAllah syurga tertinggi milikmu.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.