Ayam goreng menjadi kegemaran ramai anak-anak. Kalau ke pasar malam, pasti tak sah kalau tak singgah gerai yang menjual ayam goreng kan.
Memandangkan sekarang ni tengah lockdown ,nak keluar pun susah, jadi ibu-ibu cuba buat sendiri ayam goreng ala-ala pasar malam. Cukup mudah resipi yang dikongsikan oleh Afy AL Habibi. Yang penting simple dan confirm sedap.
Resepi ayam goreng singgit sebenarnya telah dikongsi oleh adik cikgu, Ben Safwan. Cikgu goreng ayam ni masa sambutan hari lahir anaknya beberapa minggu yang lalu. Cikgu terfikir nak buat menu ini sebab tahu budak-budak suka. Sedekah kat mereka. Ternyata laku keras sambutannya. Sekelip mata licin. Kenapa cikgu pilih untuk repost lagi resepinya hari ini? Salah satunya cikgu nak bantu anak-anak ibu di sini melepaskan rasa teringin nak makan ayam kepci. Menu untuk masak sendiri di rumah.
Memandangkan ekonomi kita sekarang dalam keadaan yang susah untuk dijangka masa depannya, cikgu akan cuba untuk berkongsi menu yang menjimatkan. Nak beli kepci original untuk dua tiga ketul tidak lagi memadai buat masa ini. Perlu fikir banyak kali nak keluarkan duit.
Jadi buatlah seekor ayam tapi boleh makan ramai-ramai. Sebab tu namanya singgit. Saiz ayam ini pun dikerat kecil sahaja. Haa kalau rupa ayam gorengnya macam ni, tak kata budak je suka. Orang tua pun terliur sama. Betul tak?
Resepi untuk seekor ayam
– Ayam kerat 18
– Basuh ayam sebersihnya dan toskan.
Bahagian kulit jangan dibuang untuk memberikan rasa ayam kepci sebenar.
Dalam satu bekas, masukkan dua senduk tepung bestari perisa asli. Tambahkan sedikit air. Kelikatan tidaklah terlalu cair. Tidak perlu tambahkan apa-apa perisa lagi.
Perap ayam selama lima jam.
Ads
Dalam bekas yang lain, masukkan campuran tepung di bawah:
– 500 gram tepung bestari asli Belian Online DI SINI
– 100 gram tepung gandum Belian Online DI SINI
– 100 gram tepung beras Belian Online DI SINI
Gaul rata.
Kemudian ambil seketul ayam yang sudah diperap tadi dilumur ke dalam campuran tepung tadi. Tekap sehingga mampat untuk menghasilkan salutan yang berkerak.
Ini cikgu buat satu-satu untuk sekali gus masuk ke dalam periuk masa goreng nanti.
Ads
Panaskan minyak yang penuh dalam periuk. Kenapa guna periuk? Sebab permukaan periuk yang dalam dan boleh memuatkan kuantiti minyak secara sekata. Masukkan ayam yang telah disalut tadi satu-persatu. Dalam saiz periuk cikgu gunakan di atas, cikgu cuma masukkan enam ketul sahaja setiap kali menggoreng. Gunakan api sederhana kuat. Balik-balikkan sesekali.
Angkat ayam setelah rupa ayam yang digoreng berwarna coklat keemasan.
Toskan minyak dan sedia untuk dimakan panas-panas. Nampak sedap kan? Jimat pun jimat.
Selamat mencuba.
Boleh bantu cikgu tekan butang kongsi banyak-banyak. Mana tahu amal jariah yang kecil ini sangat membantu kawan yang memerlukan. Semoga bermanfaat.
Kisah adik bernama Muhamad Syukur ini pernah dikongsikan oleh penulis pada bulan Ogos yang lalu serta turut dimuatkan di dalam Majalah Keluarga edisi November-Disember 2018.
Selepas sesi temu ramah di kediaman keluarga ini, penulis masih berhubung dengan ibu anak hebat ini. Puan hamidah Tajuddin yang merupakan presiden bagi Kumpulan Ibu Bapa Dan Sokongan Anak-Anak Kanser – KIDS, memberitahu perkembangan terbaru anak syurganya itu yang sering mengalami masalah kesihatan dan terpaksa dimasukkan ke hospital. Namun semangatnya kuat dan masih melawan penyakit kansernya.
Namun pagi tadi, penulis menerima perkhabaran, anak syurga ini sudah selamat ‘terbang’ ke syurga menemui Yang Maha Esa selepas hampir 3 minggu berada di dalam wad kerana demam. Arwah menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 2.50 pagi tadi.
Puan Hamidah menerusi Whattapp kira-kira pukul 12 : 40 pagi menyatakan Syukur sedang nazak. Perginya Syukur dengan ditemani oleh seluruh ahli keluarganya. Suasana yang menyaksikan bagaimana limpahan kasih sayang yang dicurahkan oleh ibu, ayah dan adik-beradik Syukur. Tiada berbelah bagi……
Tamat sudah perjuangan Syukur sebagai seorang pesakit Pre-B Acute Lymphoblastic Leukemia. Perjuangan yang bermula sejak dari tahun 2012 lagi, disahkan relapsed pada tahun 2016 dan disahkan juga relapsed untuk kali kedua pada tahun 2017. 6 tahun…. 6 tahun menjadi saksi kepada perjuangan seorang anak kanser. Syukur yang kami kenali sebagai seorang penghibur, pelawak, periang, pemberi semangat, penyanyi dan pelbagai lagi sudah tiada…
Berikut artikel berkenaan anak syurga hebat bernama Mohamad Syukur. Damailah adik Syukur di sana, hilang sudah segala kesakitan yang terpaksa ditanggung selama ini. Kepada keluarga arwah adik Syukur, pihak Majalah keluarga mengucapkan salam takziah. Semoga tabah dengan ujian ini.
Gembira di hati tidak terkira bila mana mengetahui diri berbadan dua. Dalam usia 39 tahun, Puan Hamidah Tajuddin memang menantikan bayi keenamnya ini. Biar sedar diri hampir menghampiri 40- an, tetapi dia teringin untuk menimang anak lagi.
“Apatah lagi sepanjang kehamilan tiada sebarang masalah membuatkan dia dan suami menyangka segalanya berjalan lancar. Sehinggalah tiba dia melahirkan. Tanpa dia tahu anak syurganya itu mengalami pelbagai komplikasi termasuklah jantung berlubang, jaundis yang teruk, jangkitan paru-paru dan yang paling terkejut apabila diberitahu anaknya Sindrown Down.
“Selepas melahirkan, suami hanya mendiamkan diri tanpa memberitahu hal sebenar. Dia hanya cakap anak okey. Esoknya saya hairan kerana menunggu suami datang tetapi tak kunjung tiba. Lalu doktor yang bertugas memberitahu hal tersebut. Waktu itu sukar untuk saya ungkapkan dengan kata-kata perasaan ketika itu. Bayangkan 13 tahun yang lalu, masalah Sindrown Down tidak terlalu ketara dibandingkan dengan sekarang.
“Jadi saya rasa tak boleh nak hadapi dan uruskan anak ketika itu. Sampaikan darah tinggi saya naik dan ditahan di wad sedangkan sebelum ini saya tiada masalah darah tinggi dan kencing manis. Bukan kerana saya menolak takdir tetapi saya tidak tahu bagaimana nak uruskan anak istimewa ini.
“Apabila petang baru suami sampai dan dia cakap memang dah tahu anak kami istimewa. Dulu waktu saya mengandung 7 bulan, suami ada mengerjakan umrah dan di depan kaabah, terlintas bayangan anak. Tetapi suami tak ceritakan pada saya. Hanya selepas anak kami lahir baru dia cerita.
“Dua hari saya tak pegang atau tengok anak ketika itu. Sehingga suami akak suruh ambil dan susukan anak. Dia nak saya rasakan apa perasaan sebagai seorang ibu. Terus saya menangis dan apabila memangku anak ini, rasa kasih sayang seorang tiba-tiba ada. Saya dakap dan cium dia dengan sepenuh hati,” ujar ibu kepada Muhamad Syafiq, Muhamad Syauqi, Muhamad Syaqir, Farah Shuhada, Farah Shahida dan Muhamad Syukur.
Umur 5 tahun sudah boleh membaca
Tambah Hamidah lagi, ketika dalam pantang dia juga tiada masalah kerana anak sangat baik cuma Syukur lebih banyak tidur berbanding menyusu menyebabkan payu daranya bengkak.
“Memang sedih dan rasa sangat sedih ketika dalam pantang. Bayangkan saya tak pantang sangat sebab keluar masuk hospital Syukur kena jaundis yang teruk. Satu hari kawan suami datang dan beritahu dia juga ada anak istimewa dan katanya tak ada masalah untuk menguruskan mereka.
“Jadi saya tetapkan azam dalam masa 0-5 tahun saya nak all out dengan anak. Saya sekolahkan dia umur 6 bulan di Kiwanis Down Syndroem Foundation. Selepas 44 hari pantang, saya ke Kiwanis, dan ke IJN serta Persatuan Sindrom Down Malaysia. Di Kiwanis ramai anak-anak yang sama dengan anak saya. Daripada situ, semangat saya kian bertambah Cuma saya sedih sebab anak orang lain hanya bermasalah Sindrown Down, anak saya siap ada jantung berlubang lagi.
“Umur 1 tahun 7 bulan anak saya menjalani pembedahan dan nampak lubang di jantungnya membesar. Alhamdulillah berjaya pembedahan tersebut. Selain itu saya juga bawa anak ke sekolah khas. Anak-anak istimewa ini susah untuk bercakap dan ambil ambil masa, jadi saya tidak harapkan sekolah semata-mata.
“Sebaliknya di rumah pun saya ajar anak. Anak-anak istimewa ini lebih mudah dan cepat tangkap kalau kita gunakan Bahasa Inggeris. Dan saya guna flash card kerana ia sangat membantu. Malah, waktu dalam pantang lagi saya sudah praktikkan. Umur 5 tahun anak saya sudah boleh membaca,” ujar Hamidah yang memberitahu tak perlu kos tinggi jika ibu bapa kreatif, sebaliknya dia menggunakan manila kad untuk buat sendiri flash card.
Anak didiagnos kanser
Reda dan mampu menerima anaknya adalah sindrown down, namun sekali lagi ujian melanda pasangan ini bila mana Syukur di diagnos kanser .
“Waktu bersekolah di Putrajaya waktu umur 7 tahun, tiba-tiba Syukur demam. Waktu itu rasa sesuatu tak kena. Lalu di bawa ke hospital selepas nampak tanda bintik-bintik merah dan lepas ambil darah, doktor tengok keputusan darahnya rendah dan itu petanda ada kanser. Selepas keluar result doktor beritahu Syukur ada penyakit Leukimia.
“Waktu di dalam ambulans nak ke HKL, saya bisik pada diri mulai hari ini, bermulalah episod anak saya sebagai pesakit kanser. Sudahlah dia sindrown down, sekarang bertambah penyakit lain. Bermula dari hari itu, Wad KK3, HKL ibarat rumah kedua kepada saya.
“Di wad kanser, rupanya ramai kanak-kanak yang menghidapi pelbagai jenis kanser. Saya berkenalan dengan ramai ibubapa pesakit kanser kanak-kanak ini dan kami seperti satu keluarga dan saling menyokong antara satu sama lain. Ramai juga dari ibubapa ini yang berdepan dengan pelbagai masaalah semasa ank-anak mereka menerima rawatan di HKL.
“Jadi, daripada situlah saya tubuhkan kumpulan sokongan kerana kasihan dengan ibu bapa yang masih muda dan tiada sumber kewangan. Dalam masa yang sama mahu beri mereka kekuatan dan tertubuhlah Kumpulan Ibu bapa dan Sokongan Anak-anak Kanser (KIDS)” ujar Hamidah sambil memberitahu sambutan diterima baik dan setakat ini sudah ada hampir orang ahli di dalam kumpulan tersebut.
IQ tinggi
Setiap kali anaknya masuk wad, hati ibu gundah gulana dan sentiasa berdoa supaya Tuhan masih panjang kan umurnya dan beri kesempatan pada dirinya untuk membesarkan anak syurganya itu.
“Walaupun dia tidak bersekolah, tetapi tahap IQ dia cukup tinggi. Tanyalah apa sahaja pasti Syukur boleh jawab. Malah, dia juga pandai Google sendiri tanpa perlu kami ajar. Waktu umurnya masuk 11 tahun, doktor cakap kansernya sudah tiada dan sebagai ibu memang gembira dan bersyukur tak terkata.
“Tapi, kegembiraan itu tak panjang apabila Syukur lagi sekali diserang kanser pada usia 12 tahun. Tuhan mahu menduga kami lagi dan doktor cakap tiada harapan. Bayangkan kimo yang perlu Syukur lakukan 3 kali ganda lagi kuat dari sebelum ini.
“Sekali buat kimo, Syukur terus dimasukkan ke ICU dengan ulser penuh di mulut, muntah darah dan sebagainya. Sedih hati sebagai ibu apabila melihat keadaan dia ketika itu. Tapi Syukur seorang yang kuat dan dia jugalah yang menjadi sumber kekuatan saya untuk melalui semua ini.
“Disebabkan dia tak boleh makan, jadi saya kisar bubur dan guna sringe suapkan dia. Bila dia tak boleh makan saya nangis dan terus dia cakap Mami Don’t Cry Mami, I’m Strong. Lepas Tu Dia Sapu Air Mata Di Pipi Saya,”cerita Puan Hamidah yang tidak dapat menahan air mata lalu menangis sebelum ditenangkan oleh anaknya Syukur yang datang memeluk dan melafazkan kata sayang pada ibunya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Suami isteri yang saling melengkapi antara satu sama lain mencerminkan sebuah keluarga harmoni.
Sering menjadi tumpuan peminat, kisah hidup pasangan suami isteri, pelakon Norman Hakim, 45 dan isterinya, Memey Suhaiza menjadi idola ramai.
Kemesraan yang dipaparkan membuatkan peminat ‘bersemut’ melihat bahagia pasangan ini.
Terbaru muat naik di Istagram milik Norman Hakim berkongsi video gelagat isterinya tidur semasa menaiki kenderaan ‘Grab’ untuk makan tengahari di sebuah gedung membeli belah di Petaling Jaya.
Norman memuatnaik video Memey lena di pehanya berserta kapsyen ringkas.
“Asal masuk grab je tido,asal tido je masuk grab..sama sangat mcm perangai @mikayladelishahakim.”
Peminat akui itu begitu sikap bila dah bergelar ibu.
Melihat video dan kapsyen pelakon berbadan sasa itu, ramai peminatnya mengakui itu adalah masa untuk seorang isteri berehat bagaikan ‘me time’ buat dirinya.
Mungkin ada yang beranggapan semua ini hanyalah kebetulan, namun mengikut kajian sebenarnya aura kehamilan ini boleh ‘berjangkit’.
Menurut satu kajian penyelidikan dari sebuah jurnal pada tahun 2014 menerusi American Sociological Association, seseorang yang mengandung ataupun mempunyai aura kehamilan juga boleh mempengaruhi kawan-kawan terdekat untuk sama-sama hamil.
Bukan itu saja, sebuah lagi penyelidikan mendapati bahawa ‘risiko’ seseorang wanita untuk hamil akan meningkat apabila lebih ramai rakan mereka yang mengandung dan melahirkan anak dalam tempoh 3 tahun terkini.
Begitupun perlu difahamkan bahawa aura tersebut hanya ‘merebak’ dan ‘berjangkit’ melalui cara psikologi, dan bukanlah secara proses biologi.
Dengan kata lain, kehamilan kawan-kawan terdekat akan mempengaruhi keinginan seseorang wanita untuk turut memiliki zuriat sendiri, walaupun sebelum itu mereka mungkin tidak terfikir untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat.
Demikian juga situasi yang dilalui oleh MUA Bellaz apabila dia tak sangka sama sekali fasa kehamilan kali ini bersama dengan kawan baik sendiri.
“Hahah betol laa org tua2 kata kwan rapat nnti pakat berjangkit pregnancy sama2 sekali hehe..ni terjadi dlm sejarah kami bertiga pregnant sekali …🤣
“Dulu 2019 skrg ni terjadi lagi 2022 haha apa2 syukur Alhamdulilahh…lebiu CIK HAYA RAHIM & Zeela Touch.” kongsi pemilik nama sebenar Nur Nabilah Zulyadaini.
Berkawan since tadika sama-sama sampai sekarang.
“Kali ni di Apit baby teruna kiri kanan dgn anak dara di tgh2 ..insyallah..apa2 pon kami mendoakan untuk smua para bakal2 ibu dapat zuriat secpt mungkin dan dipermudhkan urusan bakal2 ibu yg nk melahirkan baby nnti Amenn
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...