Mudah & tak banyak bahan, itu antara pilihan ibu-ibu tatkala memilih resipi biskut mahupun kek untuk dibuat sempena raya nanti. Dengan situasi PKP sekarang, pasti dua kriteria ini di ambil kira kan, lebih-lebih lagi semua nak berjimat.
Bukan calang-calang orang mampu laksanakan tanggungjawab sebagai ibu dan ayah seperti apa yang keluarga ini lakukan. Dikurniakan lima orang anak lelaki, dan kelima-limanya kini berjaya menjawat jawatan profesional dan huffaz Al-Quran.
Umum mengetahui, cabaran membentuk keluarga masa kini tidak semudah yang dibayangkan. Namun pendekatan yang dibawa oleh Puan Hajah Siti Nadzrah dan pasangannya Dr Mohammad Salmi Mohd Sohod dalam melahirkan generasi huffaz Al-Quran, wajar dijadikan inspirasi buat keluarga lainnya.
Ternyata, berbekalkan didikan ibu bapa yang berterusan telah menjadi faktor utama membentuk peribadi dan sahsiah yang baik buat lima orang anaknya; anak sulong bernama Aiman Salmi merupakan seorang Peguam, anak kedua Syamil Salmi bergelar doktor, begitu juga anak ke tiga bernama Irfan Salmi juga seorang doktor, kemudian Farhan Salmi pula Pengurus di PROFAZZ Traning & Consaltancy dan yang paling bongsu Suhayl Salmi sebagai jurulatih motivasi.
Pastinya peranan ibu yang dimainkan oleh Puan Hajjah Siti Nadzrah atau lebih mesra disapa Ummi yang juga bertindak sebagai penyeri atau ‘nadi’ rumah tangga, punya rahsia disebalik semua kejayaan yang diraih oleh anak-anaknya itu.
Apatah lagi bila ditanya bagaimana seorang ibu yang mempunyai latar belakang pendidikan sekular, boleh terpanggil untuk membina keluarga hebat yang mencintai ayat-ayat Al-Quran dalam kehidupan harian anak-anaknya, nyata punya kisahnya yang tersendiri.
“Alhamdulillah, Ummi diberi hidayah dari Allah untuk membina keluarga yang setiap anak Ummi mempunyai ayat Al-Quran dalam jiwa dan diri mereka. Asalnya Ummi tidaklah reti sangat membaca al Quran. Yalah, Ummi dilahirkan bukan daripada keluarga bergelar ustaz ustazah. Ummi tiba-tiba tergerak hati dan teringin sangat nak ada anak yang hafal Al-Quran.
“Memang sejak berkahwin Ummi dan suami berjanji untuk membina keluarga dengan sebaiknya. Oleh itu kami buat pembahagian tugas, Ummi fokus dengan anak-anak dan suami lebih dalam bab mencari rezeki. Bila Ummi tidak bekerja dan sebab itu juga Ummi mempunyai banyak masa merencanakan jadual harian mereka lebih terperinci.
“Ummi dan suami mulai menanam bibit cintakan Al-Quran dalam kalangan anak-anak sejak daripada anak sulong lagi, dan dialah menjadi trendsetter dalam banyak hal membabitkan pendidikan, akhlak dan jatidiri adik-adiknya yang lain,” terang Ummi yang meletakkan dirinya sebagai mendidik anak-anak itu sebagai satu profesion utama dalam dirinya sambil tersenyum puas melihat pencapaian anak-anaknya kini.
Bahagianya Jadi Anak Emas
Mengajukan soalan pada anak bongsu, Suhayl sebagai anak bongsu di dalam keluarga tentang personaliti dan pandangannya tentang ibunya, nyata cukup istimewa jawapan yang diberikan olehnya.
“Kalau ditanya saya, antara adik beradik siapa menjadi anak emas Ummi. Saya akan kata sayalah anak emas Ummi, sebab layanan yang diberikan kepada saya memang teristimewa. Tapi kalau soalan yang sama juga ditanya pada abang-abang yang lain,semua juga mengaku merekalah anak emas Ummi. Ini membuktikan layanan sama rata Ummi pada kami anak-anaknya tidak dapat dibezakan. Hakikatnya itulah yang kami adik beradik dapat rasakan.
“Walaupun sebenarnya saya adalah anak yang nakal berbanding abang-abang yang lain. Saya jugalah yang selalu kena panggil pihak kaunseling ketika zaman persekolahan. Keputusan peperiksaan biasa-biasa sahaja dan hanya sekadar SPM jelah boleh tayang dekat orang. Tapi itu semua tidak membezakan layanan Ummi kepada saya berbanding anak-anaknya yang lain.
“Sampai satu tahap ketika hendak ambil SPM saya jadi calun OKU sebab urat lengan bahu saya putus akibat main badminton. Jadi pada waktu itu saya banyak tidak hadir ke sekolah dan masa percubaan SPM, saya gagal 5 subjek.
“Pun begitu, hari demi hari tiba-tiba hidayah itu datang untuk saya rasa ingin berubah hinggalah pada malam hari hendak menduduki peperiksaan SPM, saya tidak boleh tidur. Masa itu pukul 2 3 pagi saya tidak tidur lagi. Jadi saya keluar bilik dan nampak ada satu bilik bercahaya dan saya hampiri bilik tersebut, ingatkan siapa rupanya Ummi sedang mendoakan saya. Saya dengar sendirilah setiap doa Ummi untuk saya.
“Jadi barulah saya tahu inilah insan yang mendoakan saya daripada seorang pelajar yang nakal hingga boleh berubah. Jadi waktu tu saya berdoa betul-betullah, “Ya Allah apa-apa sahaja hasil esok ni adalah kerana asbab doa daripada mak aku”.
“Dan siapa sangka semasa keputusan SPM di umumkan saya menjadi calon SPM terbaik di sekolah tu dan semua orang terkejut dan tidak menyangka,” ulas Suhayl dengan nada sayu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Mungkin kita jarang mengungkapkan kata-kata indah atau penghargaan buat ayah kerana yang lebih dipandang adalah pengorbanan ibu.
Namun percayalah, baik ibu mahupun ayah, kedua-duanya telah berkorban jiwa dan raga dalam membesarkan anak-anak. Mungkin pendekatan ayah yang garang, tegas dan tidak banyak cakap membuatkan anak-anak lebih terarah pada ibu dalam segala hal.
Perkongsian Ustaz Ebit Lew ini cukup menyentuh hati. Memuat naik ucapan selamat hari lahir buat bidadarinya minggu lalu, pendakwah yang cukup terkenal dengan menyantuni pelbagai pihak dengan pendekatan yang lembut menyarankan anak-anak supaya menghargai pengorbanan ibu bapa.
Nikmat dapat peluk ayah tercinta. Setiap kali peluk ayah mesti ayah nak nangis sebak. Mencium ayah. Siapa ada ayah lagi jangan lupa peluk. Cium dahi, pipi mereka lama-lama. Walau dulu mungkin ada ayah garang. Tapi mereka cuma seorang ayah yang rindukan anak-anak.
Begitu juga siapa ada ibu jangan lupa ziarah mereka. Hargai adik beradik dan keluarga semuanya. Mertua keduanya yang berkorban memberi anaknya menjadi peneman dalam hidup. Begitu juga menantu yang telah menikahi dan menjaga anak kita
Tahu tak selama kita pegang tangan di dunia dengan niat dan doa nanti selamanya pegang tangan dalam syurga. Hari raya sebenar kita nanti dalam syurga
Selamat hari raya buat semua ahli keluarga. Selamat hari raya buat semua sahabatku sekalian. Hargailah mereka yang disisimu dan ahli keluarga serta orang miskin dan anak yatim.
Siapa dah takde orang tersayang jadilah orang baik dan selalu doakan ahli keluarga kita. Selamat hari raya semua. Taqabballlahu minna wa minkum. Allah sayang semua. Saya doakan buat semua sentiasa bahagia sampai syurga-ebitlew #ebitlew#Allahsayang#selamathariraya
Nak menyediakan kek tidaklah sukar seperti yang disangka. Mungkin bagi yang pertama kali buat tidak menjadi, tetapi jika berusaha 2-3 kali pasti lama-lama berjaya.
Bagi anda yang menggemari Japanese Cheese Cake atau Kek Keju Jepun, apa kata cuba resipi yang dikongsikan oleh puan AiLa yang berkongsi air tangannya menerusi page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).
Menurutnya, ini bukanlah resipi asalnya, sebaliknya selepas mencuba beberapa kali akhirnya dia berjaya.
kek keju jepun gerenti jadi….(insya Allah)
ni resepi bukan saya pemilik asal tapi saya dah cuba buat 3 4 resepi cuma yg ni elok sungguh kejadian..korang yang x pandai buat mesti jadi asalkan ada mixer dan oven..
bahan2 A ♥️8 keping keju slice.resepi asal 7 keping..saya guna cheesedale..atau boleh ganti 250g tatura cuma keju slice lagi sedap. carilah yang elok sikit..korang jugak yang nak makan kan ♥️75g butter..lebih kurang 3 sudu ♥️200ml susu segar..1 kotak susu
yang ni guna kaedah double boiler utk panaskan susu..koyak2 cheese tadi masuk sekali..kacau2 sampai sebati pastu masuk butter sampai cair….
bahan B ♥️4 biji telur gred A asingkan terus putih dan kuningnya ♥️½ sudu teh cream ot tartar ♥️75g gula kastor..utk yang x ada penimbang saya dah sukatkan siap2..dia ½ cawan lebih sikit minum petang yg ada piring macam dalam gambar tu…ye,separuh..x paham tanya je.. ♥️tepung naik sendiri 75g..lebih kurang 5 sudu makan..contoh dalam gambar. ♥️esen vanilla
yg ni tadi putih telur tu pukul sampai kembang letak cream of tartar dan gula kastor sampai kembang telungkupkan x jatuh…yg kuning tu pun pukul jugak tapi bekas asing2 lah..letak esen vanilla sikit. siap yg ni tadi masukkan bahan A dalam kuning telur tu..tapis tau…pastu kacau guna senduk je..jgn guna mixer pulak…..bila dah sebati elok masukkan tepung..pastu baru letak putih telur tadi sikit2…kacau guna senduk je manja2..jgn kasar2 tau….senang je kan….
ok nak masuk dalam loyang ni saiz 8″ just nice lah..letak kertas minyak kat bawah..tepi tu letak pun ok..saya x letak pun..jgn oles minyak kat tepi tu..kek dah masak nanti dia kecut sendiri..
guna kaedah water bath..suhu ikut oven masing2.. saya letak 160 tadi..masa saya lebih kurang sejam gak..
toping di just cream cheese,sesudu lemon,susu pekat je pukul sebati….kek ni ada orang nak beli gini rm30…sedihhhh…
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.