Cara Buat Creamy Cheezy Butter Prawn Yang Sedap Macam Makan Kat Restoran. Sekali Buat Gerenti Jadi Dengan Resipi Ni!

Share

Teringin nak buat sendiri Udang Butter tapi bimbang tak menjadi. Nah cuba resipi yang cukup mudah ini. Bukan sahaja rasanya yang enak dan berlemak dari butter, menu ini pasti menarik selera seisi keluarga.

Caranya cukup simple dan pasti jadi. Jom cuba resipi Creamy Cheezy Butter Prawn hasil perkongsian dari puan Suzana Othman‎. Selamat mencuba!


Creamy Cheezy Butter Prawn 

Ramai yang masih belum pass masak menu ni kan? Tak susah pun nak masak cuma nak buat jerami telur tu kalau silap percaturan boleh gagal. Sepatutnya nak lebih mudah faham kena buat video tapi kita nak cepat, tak sempat nak shooting video bagai. Harapnya uolls dapat tangkap apa yg ingin di sampaikan. Tak faham boleh tanya tapi mungkin lambat sikit kita balas sebab tengah kebizian.

Oh ya, ini resepi butter prawn gaya kita tau. Kalau uolls xsuka susu cair, boleh ganti dgn santan kotak. Kalau tak suka cheese, tak nak letak pun takpe.

Lihat langkah demi langkah dengan menekan klik pada gambar⬇️⬇️⬇️

Bahan-bahan creamy cheezy sause:
4ulas bawang putih-cincang
4tangkai daun kari
Cili api ikut kepedasan-potong
Butter
1sk serbuk lada sulah
1sk gula
1sk serbuk pati ayam
4keping cheese (tiada dalam gambar)

Cara membuat:

  1. 1kg udang dibersihkan. Taburkan dgn garam dan serbuk kunyit. Tambahkan satu senduk tepung bestari dan sedikit air. Gaul rata.

2. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng udang hingga masak. Tos dan ketepikan. Jangan overcooked tau. Kalau nak tau udang yg dimasak sempurna, udang tu bentuk C bermaksud cooked. Kalau udang jadi bentuk O maksudnya overcooked.

3. Panaskan minyak dan butter. Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan daun kari dan cili api.

4. Masukkan susu cair, serbuk lada sulah, gula dan serbuk pati ayam. Tak perlu tambah garam.

5. Masukkan kepingan cheese. Kita guna jenama Emborg.

6. Apabila sauce dah menggelegak masukkan udang.

7.Gaulkan udang hingga sebati dengan sauce tadi. Tutup api dan ketepikan.

8. Dalam mangkuk lain pukul 4butir kuning telur.

9. Panaskan minyak dan setengah biji butter dalam kuali. Bila minyak dah cukup panas, perlahankan api. Guna senduk seperti dalam gambar.

10. Angkat mangkuk tinggi-tinggi, tuangkan telur perlahan-lahan kemudian kacau dengan laju membentuk bulatan. Kacau laju-laju tau untuk dapatkan jerami telur yg halus.

11. Masak sebentar hingga minyak berbuih. Tutup api.

12. Tuangkan telur ke dalam penapis besi macam ni. Nak guna penapis santan yg besi tu pun boleh. Tekan telur guna senduk tadi untuk turunkan minyak ke bawah.

13. Toskan dengan tisu dapur utk menyerap minyak yg berbaki.

14. Masukkan udang dalam pinggan. Taburkan telur di atasnya. Sedia untuk disajikan

15. Creamy Cheezy Butter Prawn🍤🧀

 

 

 

IKLAN