Ikan masin sememangnya menu penyedap ketika makan. Apa lagi kalau digandingkan bersama kari ikan dan dilengkapkan lagi dengan ulam dan sambal belacan. Memang bertambah makan dibuatnya. Sedap lagi terangkat!
Jika membeli ikan masin di kedai, adakalanya kita terasa was-was, bimbang cara penyediaannya tidak bersih dan terlalu masin. Jika itu yang menjadi kebimbangan kita ada baiknya kita buat sendiri ikan masin di rumah. Tak susah pun. Ini tiga perkara yang perlu kita tahu.
1. Buat Ikan Masin Tahan Lama & Sedap
Bahan:
Ikan masin
Garam
Cuka
Caranya:
1. Selepas ikan masin dibasuh bersih, toskan seketika supaya tahan lebih lama.
2. Susun ikan di dalam bekas dan taburkan garam.
3. Renjiskan sedikit cuka makan di atasnya.
4. Kemudian masukkan ikan ke dalam peti sejuk dan perap selama 5 hingga 6 jam.
Ads
5. Selepas itu keluarkan dan anda bolehlah jemurkan ikan masin tersebut.
Cara ini juga buat ikan masin tidak dihinggapi lalat ketika menjemurnya.
2. Cara Goreng Ikan Masin
Bagi memastikan ikan masin dimasak sempurna tanpa tertanggal kepala atau ekornya, cuba lakukan petua mudah ini.
Bahan:
Ikan masin
Tepung gandum
Ads
Caranya:
1. Basuh ikan masin dengan bersih.
2. Kemudian salutkan ikan dengan tepung gandum.
3. Lebihkan salutan pada bahagian ekornya.
4. Kemudian barulah digoreng seperti biasa.
Ads
3. Cara Hilangkan Masin
Ikan masin kalau terlalu masin boleh ikut cara ini. Mudah sahaja.
Caranya:
1. Rendam ikan masin dengan sabut kelapa selama 2 jam.
2. Kemudian, basuh dan jemurkan di tengah panas.
3. Ketika hendak menggoreng, rendam ikan masin di dalam bekas berisi air garam.
4. Garam yang direndam dalam air tersebut akan menyerap semula garam daripada ikan masin tersebut.
Nak tanam Pokok Ketumbar dengan cara yang mudah dan ada hasilnya? Nah admin kongsikan kaedah yang cukup mudah yang dimuat naik oleh Eddy Rusdi Abdullah.Beli benih yang timbang kilo jer, balik rumah ikut tip ini.
Ramai cakap tanam ketumbar ni susah! Tapi kalau kena cara, siram dengan betul, tanah yang ok, tempat yang baik. InshaAllah menjadi. Merimbun sakan dia!
TIPS TANAM POKOK KETUMBAR
1. Beli ketimbar secara kilo dan timbang dan semai di dalam bekas kecil. Rendam dulu dlm 1jam.
2. Tanam biji benih janganlah terlalu dalam. Sekitar 1 cm dalam dan tutup nipis.
3. Siram dua kali sehari agar media sentiasa lembab.
4. Biasanya 7 hingga 14 hari untuk biji benih ketumbar bercambah.
5. Apabila sudah bercambah janganlah terlalu gopoh untuk pindah terus. Tunggu sehingga ada 3-5 helai daun sebenar.
6. Untuk penyiraman, elok siram sekali sehari. Ketumbar tidak suka tanah terlalu lembab. Takut akarnya akan mudah reput akibat air terlebih.
7. Untuk pembajaan, tabur baja milagro untuk hasil yang berganda! Saya pakai baja organik je.
8. Ketumbar boleh dituai daunnya apabila berumur sekitar 1 bulan selepas tanam dalam pasu. (Atau ikut kesesuaian)
.:. Jika dibiarkan lama, ketumbar akan mula mengeluarkan bunga pada umur 3 bulan selepas tanam. Kalau ingin tuai biji, boleh la biarkan bunga itu. Namun jika ingin daun sahaja, potong bunga itu setiap kali ia muncul.
Selamat mencuba. Saya pun ambik tips dri kwn2 lain dan saya cuba. Alhamdulillah menjadi. Full video cara tanam disini : https://youtu.be/mX__WZ8Ki1E
Nak rasa kelainan dalam Kek Pisang ibu-ibu, mungkin boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Walaupun mungkin sama dengan resipi kek pisang biasa, tapi ditambah dengan bahan-bahan lain membuatkan ia nampak ala-la premium. Bukan tu jer, sedap pula bila dipandang.
Jom kita cuba resipi Kek Pisang Coklat level kluster kayangan yang dikongsikan oleh Ekin Majid. katanya resipi asal diperoleh dari saudara Rushdi Lazim
disebabkan pisang ayah sis bagi aritu dah lebam2,nak buang sayang,nak buat cekodok rasa tekak xnak mkn cekodok… hahhaha tekak nak makan ala kluster kayangan… hahha giteww..tapi bajet xberapa nak ada ni… 🤐😝😜 so terjadi lahhhhh…guna apa yang ada KEK PISHANG CEKELAT KLUSTER KAYANGAN by Rushdi Lazim tq abam rushdi atas resepi sy dah cuba tapi pakai apa yang ada kat rumah je.. sedap… rasa kek pisang versi kluster kayangan 😂😂
yg bulat2 emas tu ising ball je hahah saja nak nampak cantik sebab kacang xde.. so campak la kat atas tu..
jom tengok resepi di gambar seterusnya
Bahan bahan
4 biji pisang
120g gula perang
115g butter
120g buttermilk ( 1/2 cup susu fresh + 1/2 sudu makan cuka) satukan dan biarkan
Esen vanila
Bahan kering
160g tpung gandum
25g serbuk koko
1tsp baking powder
1/2tsp soda bikarbonat
1/2tsp garam
80g belgian callebout chox (xde sy pakai choc chip je, pakai choc dlm resepi lagi sedap 👍🏻👍🏻)
30g walnut (sy xpakai sebab xde, pakai yg ada kat rumah je, klu ada lg sedap)
Sedikit belgian choc & walnut untuk topping (sy pakai choc chip je
Cara membuat:
Cairkan butter ketepikan dulu.
Lenyekkan pisang.
Saya gaul pakai spatula je, xde pakai mixer
Campur gula gaul, masukkan butter gaul, dan masukkan buttermilk gaul lagi.
Masukkan bahan kering dan gaul.
Masukkan adunan dlm bekas utk dibakar
Tabur topping yang dh digaul dengan sedikit tepung gandum supaya timbul.
Bakar suhu 150-160c 40-45minit (**ni resepi asal tapi saya lama bakar anggaran 1jam 20minit 160c,mungkin ikot size oven memasing) cucuk ngn lidi tgk dah masak ke belum. Siap!!
Loyang saya pakai ni size 6 inch
tabur topping jangan lupa salut tepung gandum dulu ya,kalau tak, memang hilang ditelan zaman topping tu.
sedappp jommmm cuba moist2 gitu
cantik laa hehhehe, korang kalau banyak pisang xtau nak buat apa dah, boleh la cuba buat kek pisang ni pula nnt…
Jika mahu cari barang-barang murah, banyak yang ditawarkan di SINI
Resipi yang mudah jadi pilihan buat ibu-ibu kerana tak perlu nak ambil masa lama untuk menyediakannya. Janji sedap dan disukai sekeluarga.
Kalau hari ini, tak tahu nak sediakan apa untuk minum pagi, ibu-ibu boleh cuba Apam Kampung Gula Merah ni. Terbangkit kembali memori waktu kecil-kcil dulu kan.
Bukan tu je, resipi ni juga cukup senang kerana tak guna banyak bahan.
Nak tahu caranya, jom lihat perkongsian dari Puan Cahaya Suriayang berkongsi resipi di grup Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM). Selamat mencuba!
Apam kampung gula merah
Sangat mudah
Tak banyak bahan
Tapi sedap
Bahannya
3 cawan tepung gandum
1/2 paket yis mauripan
1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan gula merah
2cawan air
Jika adunan agak pekat boleh tambahkan1/2 cawan air lagi
Cara
Didihkan air dengan gula merah dan gula pasir.
Tapis air gula suam ke dalam bekas ..lagi baik jika bekas yg bertutup…masukkan yis tuggu kembang kemudian masukkan tepung gandum yang telah diayak sedikit2 hingga habis
Kacau rata…tutup bekas dan biarkan bancuhan naik 2x ganda…kacau lagi untuk buang angin
Masukkan dalam acuan kesukaan yang telah dioles minyak masak..isikan separuh bahagian dan tggu hingga naik penuh semula baru kukus dalam masa 7-8mim…jika kukus dalam loyang kena kujus lama sikit dalam 1/2 jam
Sejukkan…sediakan kelapa parut putih
Sedia dihidang
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Sepanjang tempoh KPK ini ramai pakar...