Tak sangka, tepung kek beli di kedai eco pun dapat hasil sebegini elok. Bukan je sedap malah gebu hasilnya. Beli je tepung dekat kedai Eco macam dalam gambar tu.
Sedap dia boleh buat teringat sampai bila-bila tau. Orang yang tak pandai baking pun boleh buat kek Red Velvet ni. Confirm menjadi punya kalau menggunakan resepi dekat bawah ni.
Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Siti Rosnida ini.
Si Baldu merah ni sy beli Kat Eco .. gebu gebass..
hanya RM2.10 1 paket.. beli 2 paket dpt 2 biji kek ..😄 nk buat pon senang jee.. cara2 ada kt Plastik.. Guna Cheese Tatura ..pukul dgn whiping cream + susu pekat sikit … ikut manisan tekak masing².. klu nk leleh lagi letak susu full cream…
Ads
Tips kek gebu :
Pukul telur sampaii gebuuu .. telur x gebu kek jd bantat.. INGAT TU 🥴
Pukul telur dulu sampai gebu .baru masukkan gula kastor , minyak masak, tepung… mix sebati .. Sy guna acuan biru saiz kecik . baru kek jd tinggi .. leset minyak dulu pd acuan supaya kek x lekat .. Kukus sampai masak.
Diakui bukan semua antara kita ada kemahiran dan pakar membaiki peralatan elektrik yang rosak. Lainlah kalau memang ada asas dalam bidang kejuruteraan elektrik, pasti mudah sahaja untuk baiki peralatan rosak yang ada di rumah.
Tapi bagi yang tiada kepakaran, pantang peralatan tersebut tidak berfungsi mesti dibuang sahaja atau tidak pun panggil seseorang untuk membaikinya. Jika kos lebih tinggi, memang wajib beli baru jadinya.
Begitu juga jika kipas angin yang ada di rumah rosak. Memang tak tahu nak buat apa sedangkan menurut perkongsian Azreen Atiq, kipas yang rosak boleh dibaiki dengan mudah dan kebiasaannya kipas rosak disebabkan oleh 3 keadaan. Rugi kiranya jika di buang begitu sahaja.
Nak tahu lanjut, ikuti perkongsiannya.
Kipas Rosak Ada 3 Condition Je
Kipas ni saya dapat free dari rumah customer upgrade wiring..ikut kata dia sudah lebih 4,5 tahun rosak. Bila ganti baru dia suruh kita buang je yang lama ni…benda boleh repair, buat apa nak buang. Kita ‘barai’ je la dulu tengok macam mana..untung-untung boleh guna semula.
Pengalaman saya barai kipas ni, tak kira la kipas siling atas kipas meja atau yang berdiri tu, yang kata rosak ni ada 3 condition je..
Yang ni paling mudah, tukar je yang baru yang sama saiz farad dia atau yang besar sikit dari nilai asal, contoh yang lama 2uF..boleh la tukar max 2.5uF..kalau tukar besar lagi dia boleh pusing lagi laju, tapi kejap je la blow motor dia sebab terbakar. Biasa tanda-tanda kapasitor rosak ni kipas akan jadi semakin slow. select no 5 pon macam no 1 je, kalau yang tu kita check kapasitor kadang tu tinggal value 0.5uF je..memang tak larat la nk pusingkan motor tu.
Yang ni leceh sikit sebab thermo fuse ni duduk dekat dalam motor, betul-betul dekat body rotor tu..memang kena barai habis untuk tukar baru..function thermal fuse ni dia akan blow bila dah terlebih panas had terima dia.
Yang ni biasanya berpunca dari bearing rosak atau bearing jem. Lama-lama kipas jadi berat dan motor jadi panas, akhirnya thermal fuse blow..kalau kipas berdiri tu lagi leceh sebab banyak yang pakai bush bearing, bila banyak habuk dia jadi kering dan kotor time tu la jadi berat lama-lama tak larat nak pusing.
Macam kipas national yang saya barai ni kapasitor masih ok lagi yang rosak cuma thermal fuse je.
Dengan bearing dah longgar sikit..tapi sebabkan saya tak ada stok bearing, saya cuci bersih-bersih dalam petrol je, lepas tu layer grease baru, cover bearing tu cungkil guna pisau tajam je. Nanti boleh pasang balik..tapi sebaiknya tukar baru je..saiz bearing 6205Z kalau tak silap..nanti saya check balik, tak jumpa pulak gambar bearing tu.
Dah siap pasang semua kita try la on semula..alhamdulillah masih boleh digunakan lagi
Ekstra tip : Untuk menanggalkan karat yang melekat pada bilah kipas, ianya boleh digosok dengan menggunakan kertas pasir kasar gred 60.
Setelah itu barulah di spray hitam kilat Mr DIY sahaja. Mula-mula ingat nak ambik mate, tapi mate ni tak licin. Lagi cepat habuk lekat. Spray licin ni lambat sikit habuk lekat.
Pengalaman menggoreng ikan keli tentu pernah ada antara kita berdepan dengan masalah gorengan yang meletop. Tambah lagi tidak puas hati bila ikan tersebut melekat pula di kuali.
Pun begitu lain pula ceritanya daripada seorang peniaga ini, menggoreng 60 ekor ikan keli sedikit pun tiada masalah. Menurutnya ada petua yang dilakukan. Jom kita ketahui perkongsian ini.
Okeh siap 60 ekor ikan koli balado… Yang tigo ado potai tukang masak yang punyo….hehehe …
Tips goreng keli tak meletop dan tak melekat pada kuali.
1. Ikan keli basuh bersih lumur dengan limau nipis.
2. Toskan air.
3. Taruk garam kunyit, masuk dalam bekas…letak dalam peti sejuk(chiller), besok baru goreng.
In sya Allah tak meletop dan tak melekat. Sudah lebih 30 tahun saya buat, elok kejadiannya.
Sumber : Zaid Azizy Yaakob via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Buah & Daun Limau Purut Bantu Kembalikan Kesegaran Tubuh, Campurkan Dengan Air Mandian
Buah dan daun limau purut berbau harum dan bau ini membantu melegakan keletihan. Daun dan buah limau purut juga membantu menyingkirkan toksin dari badan dengan baik. Bertindak sebagai antibakteria, limau purut membantu mengatasi masalah bau badan.
Letih dan lesu. Itulah yang sering dirasakan selepas seharian sibuk bekerja. Tubuh rasa letih dan tidak bermaya. Sampai sahaja di rumah kalau boleh hendak terus tidur sahaja. Apa kata cuba mandi dengan air buah dan daun limau purut supaya tubuh berasa kembali segar.
Cara penyediaannya mandian limau purut sangat mudah. Selain buah limau purut, daunnya juga sesuai untuk dijadikan mandian bagi melegakan tubuh yang keletihan. Hasilnya tubuh kembali sengar dan bertenaga jika diamalkan sekurang-kurangnya seminggu sekali atau bila perlu.
1. Ambil 10 helai daun limau purut. Hiriskan halus-halus.
2. Ambil 5 biji buah limau purut, potong menjadi 4.
3. Masukkan kedua-dua bahan tadi ke dalam satu baldi air suam.
4. Ramaskan daun limau purut dan perah buah limau purut untuk mengeluarkan airnya.
5. Gunakan air tadi sebagai bilasan terakhir semasa mandi.
6. Ratakan ke seluruh badan terutamanya bahagian kepala dan rambut.
7. Air mandian ini akan membantu membuang toksin yang terkumpul dalam badan anda.
1. Limau purut atau nama saintifiknya Citrus hystrix yang bermaksud ‘Landak’ dalam bahasa Greek kerana batang dan rantingnya yang berduri.
2. Limau purut juga dikenali dengan beberapa nama lain diseluruh dunia seperti Keiffer lime atau Kafir lime dalam bahasa Inggeris.
3. Pokok limau purut boleh tumbuh di negara kita dengan subur jika dijaga dengan baik iaitu sehingga 30 meter tinggi.
4. Ditanam di Malaysia, Indonesia dan Thailand sejak lama dahulu sehingga sukar di kesan habitat asalnya.
5. Tanaman limau purut memerlukan kawasan lapang yang mendapat cahaya matahari penuh tanpa lindungan.
6. Limau purut dapat tumbuh dengan subur pada suhu 25 darjah celcius hingga 30 darjah celcius namun limau purut juga dapat tumbuh dengan subur pada tahap suhu yang lebih tinggi iaitu sehingga 38 darjah celcius.
7. Jenis tanah yang sesuai untuk tanaman limau purut ialah tanah 10 meter dan 10 meter berpasir dengan peratusan liat 7 hingga 27 peratus, debu (silt) 25 hingga 50 peratus dan pasir kurang daripada 50 peratus.
8. Jenis-jenis tanah andosol dan latosol sangat sesuai untuk penanaman limau purut.
9. Limau purut dapat tumbuh dengan baik pada pH tanah 5.5 hingga 6.5 dan pH optimum 6.0.
10. Kawasan yang sesuai untuk tanaman limau purut juga mesti mempunyai aras air bawah tanah pada kedalaman 150 hingga 200 sentimeter.
11.Tanaman limau purut juga memerlukan saliran yang baik dengan aras air sekitar 50 sentimeter dari permukaan tanah pada musim hujan.
12. Daun limau purut mempunyai bentuk tersendiri dengan tangkai daun (petiole) bersayap yang memberi gambaran dua helai daun yang dicantumkan hujung ke hujung. Bahagian daun ini seakan nombor ‘8’ dan berwarna hijau muda bagi daun dibahagian pucuk dan menjadi hijau gelap apabila tua.
13. Minyak pati limau purut yang mempunyai sifat-sifat antiseptik, astringen dan antibakteria membolehkannya digunakan dalam produk untuk merawat luka, lebam dan sengatan serangga berbisa.
14. Minyak pati limau purut yang dicampurkan ke dalam minyak urut pula dapat memberikan kesegaran dan merangsang perjalanan darah yang lancar pada kulit.
15. Penggunaan pati limau purut dalam air mandian terapeutik dan minyak urut juga dapat membersihkan kulit.
Batuk berpanjangan bukan sekadar masalah biasa. Kenali tanda awal penyakit Tibi, cara jangkitan merebak dan kepentingan saringan awal demi melindungi keluarga.