
Jika ada stok biji sagu di rumah apa kata kali ini kita sediakan kuih abuk-abuk sagu sebagai menu sarapan ataupun minum petang kita anak beranak. Jika ada yang tidak kenal, kuih abuk-abuk ini adalah sejenis kuih orang dulu-dulu dan sangat mudah untuk disediakan.
Andai belum pernah mencuba sendiri untuk meyediakannya, ikut sahaja resipi yang dikongsikan oleh Mas Cotek ini atau lebih mesra membahasakan dirinya sebagai opah di media sosial. Ternyata kuih abuk-abuk yang dikongsikannya begitu sempurna kejadiannya, nampak sungguh menyelerakan.
Jadi tunggu apa lagi, jom kita masuk dapur dan sediakan menu istimewa ini untuk dinikmati seisi keluarga.
ABUK- ABUK SAGU
BAHAN-BAHAN
2 cawan sagu-beli online DI SINI
1/2 biji kelapa parut
1 sudu teh garam
4 keping gula melaka-beli online DI SINI
(gula merah pun boleh)
Daun pisang dilayur secukupnya
ARTIKEL BERKAITAN :
- Bubur Som Som Sagu Lembut Bergedik & Nak Jadikan Sagu Cantik Dimasak Begini Opah Ni Kongsi Caranya!
- Sagu Gula Melaka, Begini Tipnya Nak Pastikan Sagu Sebiji-biji Tak Melekat!
- Kuih Sagu, Kuih Lama Nostalgia Dulu-dulu. Begini Nak Buatnya Dengan Sempurna!
CARANYA
1.Basuh sagu, toskan
2.Kemudian gula melaka dicincang halus/ketepikan
3.Setelah itu gaul sagu, kelapa parut dan garam
4.Bentukkan kelongsong daun pisang (seperti kon)
5.Masukkan 2 sudu besar sagu ke dalam kelongsong
6.Masukkan pula 1 sudu besar gula melaka tadi
7.Kemudian masukkan lagi campuran sagu sehingga memenuhi kelongsong
8.Kemaskan dan kukus selama 15 minit
- Siap
NOTA:
Jika ingin buat kuih abuk-abuk pandan, blend 10 helai pandan/tapis jadikan dalam 1 1/2L air pandan.
Selepas sagu dibasuh rendam dalam air pandan selama 2 hingga 3 minit. (Boleh masukkan sedikit pewarna hijau jika suka)
Akhir sekali tos sagunya
SELAMAT MENCUBA
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club