Ads

Luar Biasa, 8 Pasangan Kembar Daftar Masuk UIAM Serentak!

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mencipta satu lagi sejarah apabila buat pertama kali menerima seramai lapan pasangan kembar sebagai mahasiswa baharu secara serentak bagi sesi kemasukan tahun ini.

Kehadiran mereka mencuri perhatian warga kampus apabila menjadi sebahagian daripada hampir 5,000 penuntut baharu yang mendaftar di Pusat Asasi UIAM kampus Gambang dan Kuantan untuk memulakan perjalanan dalam dunia pengajian tinggi.

Lebih menarik, lapan pasangan kembar tersebut terdiri daripada tiga pasangan kembar lelaki dan lima pasangan kembar perempuan yang bakal mengikuti pelbagai bidang pengajian mengikut minat dan cita-cita masing-masing.

Luar Biasa, 8 Pasangan Kembar Daftar Masuk UIAM Serentak!
Gambar hiasan: Facebook Office of the Campus Director, IIUM Kuantan

UIAM Terima 8 Pasangan Kembar Kerana Suasana Islamik Menjadi Pilihan

Bagi pasangan kembar Siti Nur Damia Tasnif Luqman dan Siti Nur Dania Tasnim, 18, mereka mengakui amat bersyukur dan teruja apabila impian untuk melanjutkan pelajaran di UIAM akhirnya menjadi kenyataan.

Menurut Siti Nur Damia Tasnif, mereka menjadikan UIAM sebagai pilihan pertama kerana tertarik dengan suasana kampus yang menitikberatkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian.

Katanya, budaya pemakaian menutup aurat, kuliah agama serta penekanan terhadap batas pergaulan antara pelajar lelaki dan perempuan menjadi faktor utama mereka memilih universiti tersebut.

Ads

“Selain pendidikan akademik, kami turut berpeluang menimba ilmu agama yang disediakan pihak UIAM. Di universiti lain mungkin suasananya agak berbeza.

“Faktor berkenaan mendorong saya dan adik menjadikan UIAM sebagai pilihan pertama melanjutkan pelajaran,” katanya yang berasal dari Klang, Selangor.

Beliau turut menjelaskan bahawa sokongan dan dorongan daripada ibu bapa menjadi pembakar semangat untuk mereka terus mengejar cita-cita.

Pasangan kembar itu juga sepakat memilih jurusan Sains Fizikal sebagai langkah awal menuju impian masa depan.

Janji Kepada Ibu Bapa Menjadi Motivasi

Sementara itu, pasangan kembar Elya Dania Azman dan Elya Diana, 18, turut melahirkan rasa syukur kerana berjaya diterima masuk ke universiti pilihan mereka.

Walaupun tidak ditempatkan di bilik yang sama, keadaan tersebut tidak sedikit pun mengganggu fokus dan semangat mereka untuk berjaya.

Ads

“Walaupun tidak dapat tinggal bersama dalam satu bilik, namun itu tidak melemahkan semangat dan tumpuan kami untuk berjaya dalam pelajaran.

“Matlamat kami selepas ini adalah berusaha memburu cita-cita, seterusnya mengotakan janji kepada ibu dan bapa,” katanya yang ditempatkan di UIAM kampus Gambang.

Kedua-duanya turut memasang impian besar untuk menceburi bidang kejuruteraan kimia dan perubatan selepas menamatkan pengajian.

Sokongan Keluarga Jadi Kekuatan

Bagi pasangan kembar Nur Dhia Danisha Muhammad Yusri dan adiknya, Nur Adini Darwisya, kejayaan menjejakkan kaki ke universiti menjadi detik paling bermakna buat keluarga mereka.

Nur Dhia Danisha memilih jurusan Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, manakala adiknya memilih bidang Kejururawatan.

Mereka mengakui sokongan serta doa daripada ibu bapa menjadi antara faktor utama yang memberi kekuatan untuk memilih UIAM sebagai destinasi melanjutkan pelajaran.

Ads

UIAM Terima 8 Pasangan Kembar Buat Kali Pertama

Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti, Pusat Asasi UIAM kampus Gambang dan Kuantan, Nazira Zubir berkata, kemasukan lapan pasangan kembar secara serentak merupakan rekod baharu bagi universiti tersebut.

“Tahun lalu kita hanya menerima lima pasangan kembar. Namun hari ini kita menerima lapan pasangan kembar membabitkan tiga pasangan lelaki dan lima pasangan perempuan.

“Masing-masing empat pasangan belajar di UIAM kampus Gambang dan empat pasangan lagi di UIAM kampus Kuantan,” katanya.

Semoga langkah pertama mereka di UIAM menjadi permulaan kepada lebih banyak kejayaan pada masa hadapan, sekali gus mengharumkan nama keluarga serta universiti.

BACA LAGI : Pasangan Kembar Empat Teruja Masuk Sekolah, Semangat Bangun Awal Pagi!

Sumber : Harian Metro

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

Didi Astillah Sah Bergelar Isteri, Terima Mas Kahwin RM300 Pada Hari...

Didi Astillah sah bergelar isteri kepada Muhammad Nur Fiqrat Ismat Diniey dalam majlis akad nikah yang berlangsung pada Hari Asyura dengan menerima mas kahwin sebanyak RM300.