Gulai atau kari memang menjadi kesukaan orang utara. Walaupun nampak simple tapi ada juga yang tak pandai nak buat kari. Lebih-lebih lagi resipi orang dulu-dulu. Penggunaan rempah giling misalnya, menambahkan aroma dan rasa lebih sedap dibandingkan dengan serbuk kari sedia ada.
Dengan rasanya rempahnya yang harum ditambah dengan rencah yang enak membuatkan rasa kari atau gulai sangat sedap. Di makan bersama nasi putih panas-panas layan, apa lagi kalau di cicah bersama roti pun sudah sedap. Jom admin kongsikan resipi menggunakan rempah giling versi orang dulu-dulu. Resipi ini di muat naik oleh Saiful Nasuha. Selamat mencuba!
Penah dak makan gulai ikan rempah giling homemade versi tok2 dulu2? Rasa dia mmg lain maciam
Rini sis masak gulai ikan jenahak + temenung rempah homemade..Tapi sis pakai blender jer
Ads
Ikut resepi step by step di bawah. TQ Kak Tini Tini halalkan resepi ni. Bahan2:
Ads
15 tangkai cabai kering *
3sdb biji rempah/ ketumbar*
1/2 sdb jintan manis*
1/2 sdb jintan putih*
Kunyit hidup sebesar ibu jari
Bawang merah 3 – 4 biji
Bawang putih 3 ulas
Ads
# bersihkan dan rebus bahan bertanda * Cara membuat:
1. Tapiskan kesemua bahan dan blend. 2. Taraa!! Done blend sebati.. air jangan banyak sangat. 3.Tumiskan macam biasa bawang merah bawang putih daun kari halba campoq 4. Masukkan rempah tadi ikut nak banyak mana.. kalau lebih boleh dalam tempat ais.. nanti nak masak boleh guna lagi.. Campurkan air sikit dan masak sampai pecah minyak. 5. Bila dah pecah minyak masukkan air asam jawa.. masak sekejap.. masukkan santan, garam, aji..Rebus sekejap.. dan masukkan bendi.. tomato.. ikan.. masak dengan api perlahan ya. 6. Siap !
.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kalau pergi ke pasar membeli ayam, pasti ada golongan yang menolak bahagian kaki ayam ini. Semuanya kerana ada yang mengatakan bahawa bahagian tersebut kotor kerana sifat ayam yang suka mengais pasir.
Mungkin ramai yang tak tahu, bahagian ayam ini mempunyai khasiat dan manfaat bahkan baik untuk kesihatan.
Ada yang suka kaki ayam ini dibuat sup, gulai dan ada juga yang suka digoreng garing. Rasanya sangat enak lebih-lebih lagi jika ianya betul-betul empuk dan kembang.
Bagi yang tidak tahu kelebihan kaki ayam, ianya mengandungi banyak kolagen yang membantu meremajakan kulit namun kadang-kadang jika tidak disiang dengan betul, ianya akan menghadirkan baunya hamis dan untuk memasaknya juga agak leceh.
Bagi menyelesaikan masalah ini, anda hanya perlu guna tip ringkas ini untuk mendapatkan kaki ayam yang empuk dan menghilangkan bau yang tidak menyenangkan.
1. Buang kotoran di kuku dan kulitnya , Rendam dalam air panas
Pastikan anda membuang segala kotoran yang ada pada kaki ayam sebelum mula memasaknya. Rendam dahulu dalam air panas untuk memudahkan proses mengupas kulit kakinya.
2. Lumur dengan air limau nipis atau cuka.
Rendam kaki ayam dalam air limau nipis atau cuka selama 15 minit sebelum dibilas bersih dengan air. Gunakan air paip atau air yang mengalir supaya kotoran dan sisa lain tidak melekat atau membuatkan rasanya menjadi pahit.
3. Rebus dengan aneka rempah
Bagi mempercepatkan proses rebusan dan kaki ayam empuk, sebaiknya gunakan periuk tekanan tinggi kerana ia cuma akan memakan masa selama 10 minit sahaja. Masukkan halia, serai, dan daun limau bagi menghilangkan bau hamis. Aroma dan rasa rempah ini akan memberikan citarasa yang tersendiri pada kaki ayam yang dimasak.
4. Masak dengan rempah pedas
Selain dari sajian sup kaki ayam, boleh juga cuba sajian yang dimasak pedas. Kelebihannya adalah ia akan menghilangkan bau hamis serta merta.
Tip Memasak Kaki Ayam Empuk
Kaki ayam memang terbukti mengandungi pelbagai nutrisi penting yang bermanfaat untuk membina kesihatan tubuh. Kaki ayam juga boleh membantu memulihkan stamina kerana keletihan, masa pemulihan selepas sakit atau operasi, memulihkan keadaan usus yang bermasalah dan mengatasi alergi terhadap beberapa makanan.
Namun memasak kaki ayam tidak boleh dilakukan secara sembarangan. Berikut ini adalah beberapa tips untuk memasak kaki ayam empuk, tidak hamis dan menghilangkan semua potensi bakteria.
1. Ambil bahagian kaki ayam. Potong paras paha bawah sehingga yang tertinggal benar-benar kaki.
2. Cuci dengan air bersih yang mengalir sehingga semua kotoran boleh keluar. Jika beli kaki ayam dari peniaga maka jangan terus memasaknya tapi cuci semula. Potong semua bahagian kuku kaki ayam untuk menghilangkan bahagian kaki yang kelihatan kotor dan menjijikkan.
3. Rebus kaki ayam dengan air panas selama beberapa minit.
4. Longkang dan hilangkan lapisan kulit keras pada kaki ayam. Lapisan kulit berwarna kuning harus dihilangkan untuk mengurangkan potensi bakteria dan kotoran yang memang tertinggal dalam kaki ayam.
5. Rebus lagi bahagian kaki ayam dan masak sesuai dengan selera anda.
6. Selalu gunakan kaki ayam yang masih segar dan baru dipotong dan jangan memasak kaki ayam yang sudah disimpan lebih dari 48 jam di dalam peti sejuk.
Manfaat kaki ayam memang cukup banyak, namun pastikan anda memasaknya dengan cara yang betul dan bersih. Kerana kaki ayam harus di cuci dengan bersih agar tidak menimbulkan bakteria yang berbahaya bagi kesihatan.
Nah, senang sahaja bukan? Sekarang anda sudah mengetahui rahsia untuk mendapatkan kaki ayam empuk dan tidak hamis. Jadi boleh mula praktikkan di dapur sendiri ya.
Hari Raya sudah hampir tiba! Suasana makin meriah, lagu-lagu raya dah mula berkumandang, dan kita semua pun dah sibuk buat persiapan dari baju baru, kuih-muih, sampul raya, sampailah ke menu istimewa untuk pagi Syawal.
Ada juga mencari resipi sate untuk hidangan raya. Nak buat sate sendiri untuk Raya tahun ni? Jom try resipi viral ni! Confirm juicy, berperisa, daah kacang dia pekat kaw-kaw!
Siap ada petua rahsia untuk buatkan rasa dia lebih sedap, lemak berkrim, dan pasti buat tetamu bertambah-tambah!
Resepi sate ayam (anggaran 130 cucuk) Bahan -Bahan
– 3 kg dada ayam dipotong dadu sedang2 jangan kecik sangat
– Lidi sate.. Rendam dalam 4jam atau lebih untuk elak lidi sate
terbakar semasa dibakar hehhehe
– 25 sudu gula pasir
– 2 sudu garam
Bahan disangai(goreng tanpa minyak)
2sudu jintan putih
3sudu jintan manis
8sudu ketumbar
Sangai bahan diatas didalam kuali jgn sampai hangus agak2 dah naik bau matikan api.
REMAH DI KISAR
Bahan-Bahan kisar
4ulas bawang kecik
8 ulas bawang putih
serai 3 batang
halia
kunyit hidup (kalau x da pakai kunyit serbuk)
lengkuas
bahan yang disangai
air secukupnya
Cara penyediaan:
Masukan semua bahan di pengisar ..kisar hingga halus
sediakan bekas letak dada ayam yang dah di potong masukan garam ,gula dan bahan yang telah dikisar.gaul sampai rata n sebati. kemudian tutup dengan wrap n masukan didalanm peti sejuk bawah dalam 2 jam untuk rasanya sebati.
PERAP 3 HARI NAK LEBIH SEDAP
Selepas 2 jam keluar dari peti ais dan mula la mencucuk .1 lidi sate sis letak 3pcs dada ayam..lepastu masukan dalam plastik simpan di peti ais atas sejuk beku untuk tahan lama Selesai cucuk lebihan perapan boleh campur dalam kuah kacang baru rasa sedap hehehehe
Sis biasa buat 3 hari sebelum nak bakar. Sebelum bakar keluarkan dulu dalam 3 jam
kalau malas nak bakar boleh jer goreng sedap jgak
RESEPI SAMBAL KACANG: Bahan-Bahan
2 cawan kacang tanah digoreng dan dikisar dengan 4cawan air.
*3 sb lada kering
*3 sb ketumbar
*2 sb jintan manis
*2 ulas bawang putih
*2ulas bawang kecik
*2 ulas bawang besar
*Lengkuas
1batang seri dititik atau diketuk
Air asam jawa
Garam
Gula
Serbuk perasa
3s sb sos cili
3sudu sos tiram
Cara-cara
1.Kisar ke semua bahan yang bertanda *.
2.panaskn minyak didalam kuali
3.minyak panas masukan serai dan bahan yang dikisar.. Tumis sehingga pecah minyak. Letak garam gula n serbuk perasa..
4.kemudian masukan kacang yang dikisar. Biarkan sambal kacang kita mendidih (kalau kurang air tambah air hehehe)
5.Masukan sos cili sos tiram n air asam jawa.. Kecik kan api sambal kacang mendidih lgi… Kemudian rasa… Rasa dah ok.. Siap la sambal kacang kita….
TIPs:nak bagi sambal kacang sedap… Rempah bahan perap sate yg lebih tu sis letak sikit ke dalam sambal kacang.. Rasa dia lg terangkat
Desas-desus hubungan cinta antara Engku Emran dan Noor Nabila yang bertiup kencang sebelum ini reda bila mana pasangan ini selamat diijabkabulkan pagi tadi.
Detik 19 Mac 2021 menjadi tarik bersejarah apabila pasangan ini sah bergelar suami isteri. Berita gembira tersebut dimuat naik menerusi Instagram ahli keluarga pasangan tersebut, mereka telah memuat naik suasana majlis pernikahan tertutup mereka.
Noor Nabila menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin. Bagaimanapun tiada dulang hantaran diberi dan dibalas pasangan pengantin berkenaan.
Jumlah wang hantaran juga tidak dimaklumkan.
Dekorasi dan pelamin direka cantik Rekateemor.
“Alhamdulillah semuanya berjalan serba ringkas dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
“Hanya dihadiri ahli keluarga, sanak saudara dan kenalan rapat sekitar 20 ke 30 orang tetamu saja.
Kita buat yang wajib saja selain bersederhana. Apa yang penting kami mahukan keberkatan. Kami pun tak merancang nak buat majlis lain selepas ini,” kata Nabila
Tidak ketinggalan berbuat demikian, Neelofa yang dilihat sempat memuat naik IG story ketika majlis pernikahan tersebut.
Dalam majlis itu, Nabila kelihatan manis dalam persalinan busana serba putih begitu juga Engku Emran yang sedang berjabat tangan untuk melafazkan akad nikah.
Keluarga baru Engku Emran dan Nabila
Nabila turut menafikan desas desus yang mereka mengikat tali pertunangan seperti digembar gemburkan sebelum ini.
“Memang kami tak bertunang seperti yang disangka. Saya mula mengenalinya sekitar Ogos tahun lalu. Waktu itu kami hanya berkawan.
“Hanya sekitar hujung tahun lalu, kami mula rapat. Malah sama sama berkongsi minat sama termasuk dalam sukan berbasikal,” katanya.
Mengenai suami, Nabila menyifatkan hubungan antara mereka mekar tanpa diduga.
“Kami pernah melalui pengalaman berumah tangga sebelum ini. Jadi masing masing sudah matang dan dah tahu apa yang diinginkan dalam pasangan hidup.
“InsyaAllah kami akan buat yang terbaik dan sentiasa ada untuk satu sama lain,” katanyaTerdahulu pasangan berkenaan sebelum ini mencetuskan tanda tanya apabila gosip mengaitkan mereka kononnya menjalinkan hubungan cinta.
Pasangan berkenaan juga masing-masing berkongsi gambar aktiviti berbasikal bersama teman lain melalui paparan foto dalam laman sosial.
Lebih disensasikan apabila foto Engku Emran yang dikatakan menyertai majlis usrah bersama Ustaz Wadi di kediaman Nabila, tular baru baru ini.
Nabila bercerai dengan pelakon Sharnaaz Ahmad, Julai tahun lalu selepas hampir setahun berdepan kemelut rumah tangga. Mereka dikurniakan anak lelaki diberi nama Jebat Jayden.
Engku Emran juga berpisah dengan Laudya Cynthia Bella, Julai tahun lalu, selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.
Terdahulu, Engku Emran berkahwin dengan aktres, Erra Fazira dan dikurniakan cahaya mata, Engku Aleesya.