Siapa sangka, rumah yang biasa yang nampak usang dan suram bertukar ceria jika pemiliknya seorang yang kreatif dan suka kepada kedamaian sebuah rumah.
Rumah walaupun bukan milik sendiri, tetapi rumah sewa bukan alasan untuk menidakkan kita menjadikan kediaman itu cantik.
Begitulah yang dilakukan oleh pasangan ini susun atur rumah menjadi sebuah rumah idaman yang bersih dan selesa. Malah bilik air berdaki pun di sental dengan bersih. Semua nampak baru!
P/S: Cuba LIHAT NI untuk kemudahan idea dekorasi rumah!
IKUTI PERKONGSIAN
Ads
Assalamualaikum ahli group…Nak share rumah kecil kami rumah jenis teres. Deco yang tak seberapa,dinding dan ruang rumah pun banyak kosong,takde sofa sebab nak rumah nampak luas,hias slow-slow ikut bajet yang ada rumah ni bos suami bg utk pekerja duduk,walaupun bukan rumah sendiri…kitorg tetap deco n hias,baru la selesa nk duduk…Sblm ny pekerja bujang duduk n slalu bertukar ganti,so banyak sangat barang dalam rumahnya dan keadaan memang tak terurus masa kami masuk,kalau suami berhenti keje nanti harap-harap lah orang baru jaga elok-elok rumah ni.
Barang-barang dalam dalam rumah ada barang dari Eco,Ikea,Mr Diy,Shopee.
Biasanya jika membuat transaksi ke akaun tabung haji daripada akaun bank, anda akan dikenakan caj sebanyak RM1.00 untuk setiap transaksi kan?
Untuk mengelakkan anda dicaj RM1.00 untuk setiap transaksi berjaya, anda boleh cuba membuat bayaran menggunakan JomPAY atau aplikasi THiJARI. Tak tahu macam mana? Ikuti langkah di bawah, senang sahaja!
CARA TRANSFER DUIT KE AKAUN TABUNG HAJI TANPA KENA CAJ RM1
Kalau sebelum ni guna online banking nak transfer ke akaun Tabung Haji, ada caj RM1 pada setiap transaksi. Saya ada akaun sendiri, akaun isteri dan akaun 5 orang anak. Setiap kali transfer ni saya bayar RM7 tanpa sedar.
Bukanlah berkira RM7 tetapi kalau ada cara nak buat online transfer secara percuma, buat apa bayar? Petang ini saya call Tabung Haji melalui 0362071919 dan saya beritahu staf Tabung Haji saya cuba-cuba buat cara guna JomPAY tu. Ikuti langkah di bawah.
1. Log masuk ke online banking kita (perbankan internet)
2. Pilih JomPAY
3. Isi maklumat transaksi
*Biller Code – 60228
*Biller Code Name – “Tabung Haji-Deposit”
*Ref-1 – Nombor Akaun TH (15 digit)
*Ref-2 – (Kosongkan)
*Amaun (RM) – (Isikan nilai)
4. Teruskan hingga selesai
Hanya akaun TH yang aktif akan dikreditkan, atau sebaliknya duit akan dikembalikan. Duit akan masuk ke akaun Tabung Haji kita dalam masa beberapa jam, staf Tabung Haji beritahu lebih kurang 1 hari bekerja. Bukan masuk terus. Cara ini percuma dan tiada caj langsung tapi risau pula apabila baki tu lambat update.
Selain menggunakan cara JomPAY, boleh juga menggunakan aplikasi THiJARI kerana tiada caj masuk dan duit juga terus masuk tanpa perlu menunggu.
Gunakan fungsi ‘Pindahan’ atau ‘Fund Transfer’ dalam aplikasi THiJARI sama ada di smartphone atau di website. Yang ini saya share pada gambar step by step ye.
1. Log masuk ke THiJARI. Jika belum ada akaun, sila daftar/register new user.
2. Pilih ‘Menu’ > ‘Fund Transfer’ atau ‘Pindahan’.
3. Pilih ‘Transfer Bank to TH Account’ > Pilih akaun yang kita nak depositkan duit.
Di sini ada akaun saya sendiri, dan anak-anak.
4. Masukkan butiran seperti jumlah dan seumpamanya. Terus pilih Bank mana yang kita nak gunakan, kita akan dibawa ke online banking bank kita sepertimana bank pilihan kita.
5. Teruskan transaksi hingga menerima notifikasi ‘Transfer Successful’. Selesai.
Duit akan terus masuk ke akaun Tabung Haji kita secara automatik. Tak perlu tunggu apa-apa. Check terus di bahagian akaun Tabung Haji tu, terus dapat lihat pertambahan simpanan di situ.
Tiada caj tambahan atau caj tersembunyi. Alhamdulillah sangat best. Moga bermanfaat.
Memelihara haiwan dianjurkan dalam Islam namun pemiliknya hendaklah menjaga dengan baik kepada haiwan peliharaannya. Penjagaan hendaklah diberikan secukupnya agar haiwan tersebut dapat meneruskan kehidupannya dengan baik.
Ketika ditemubual oleh wartawan Majalah Keluarga, Baharim Abu Bakar memaklumkan memelihara sebanyak 21 ekor kucing yang disifakan bagaikan anak-anaknya. Suami kepada Nur Hanariawati dan bapa kepada tiga orang anak iaitu Nur Fatihah, Nur Farihah dan Muhammad Farhan Iman, begitu teruja apabila berkongsi cerita mengenai kisah hidupnya bersama kucing-kucingnya.
“Saya dan isteri anggap kucing-kucing saya ini umpama anak sendiri. Gelagat mereka memang menghiburkan kami. Kami amat sayang mereka. Hilang segala tekanan seharian. Gelagat mereka memberikan kegembiraan buat kami. Mereka juga amat manja. Jika waktu malam, memang ada yang akan tidur sekatil dengan kami. Memang kami akan berhati-hati takut ada yang terpijak.
“Jika bersempatan saya akan membawa kucing-kucing ini menaiki kereta. Bawa mereka pusing-pusing sekitar taman perumahan kami. Mereka semua duduk diam.
“Bagaikan anak sendiri, kami memberikan mereka nama dan setiap nama itu berdasarkan karektor mereka. Contohnya, Cici disebabkan kami lihat jiwanya lembut, Jojo pula sikapnya suka bermain dan happy go lucky dan Aladdin pula bersikap seperti ketua yang menjaga kawasan,” ujar Baharim Abu Bakar yang menyebut sebahagian nama kucing-kucingnya sambil membelai lembut anak bulus yang berada disisi.
Jadi ‘bidan’ dan CPR
Memilik kucing dengan jumlah yang banyak sudah pastinya memerlukan komitmen yang tinggi supaya haiwan peliharan ini dijaga dengan sempurna termasuk aspek kebersihan dan pemakanan.
“Setiap pagi sebelum saya keluar bekerja, saya akan pastikan lantai rumah dicuci, bekas najis dibersihkan serta menyediakan makanan kepada kucing-kucingnya.
“Manakala tugas isteri pula lebih kepada pengurusan kucing apabila ada yang demam dan hendak beranak. Saya masih ingat, pernah kucing-kucing kami serentak demam. Isteri merawat kucing-kucing tersebut sehingga perlu bangun dua, tiga pagi untuk memberi air agar tidak alami kekurangan air.
“Isteri saya juga bagaikan ‘doula’ kucing-kucing kami yang hendak beranak. Pernah kucing beranak songsang, sehingga anaknya kena diberi CPR.
“Saya bersyukur, kami berkongsi hobi yang sama meminati kucing. Anak-anaak pula memang tidak lepas peluang bermain dengan kucing-kucing setelah pulang dari sekolah. Kami juga bahasakan diri dengan panggilan ‘ayah’ dan ‘ibu’ bersama semua anak bulus kami ini,” ujarnya yang memperuntukkan RM1 ribu setiap bulan bagi pengurusan kesemua kucing-kucingnya.
5 tahun tak balik kampung beraya
Memelihara haiwan yang manja dan comel ini rupanya memerlukan komitmen yang tinggi. Bagi Baharim, selama lima tahun, ahli keluarganya tidak pulang beraya di kampung semenjak memiliki kucing yang banyak. Juga pada masa yang sama turut menjalankan perniagaan menguruskan kucing atas nama Katsumi Cat yang memberikan perkhidmatan menjaga kucing, grooming dan cat grab.
“Saya bersyukur ibu saya memahami situasi yang saya tempuhi. Selain menjaga kucing sendiri, saya juga menguruskan kucing pelanggan saya. Ibu saya pernah datang ke rumah melihat saya mencari rezeki.
“Bagaimana pun, jika kami pergi bercuti, paling lama hanya tiga hari sahaja. Dalam tempoh ketiadaan kami, ada adik kami yang akan datang memberikan makan kepada kucing-kucing tersebut,” katanya.
Kematian Aladdin jadi tular
Terdahulu, kisahnya kucing kesayangan Baharim telah menjadi tular ekoran rakaman video beliau sedang menangisi kematian kucing tersayang bernama Aladdin. Isterinya yang memuat naik video di laman sosial Katsumi Cat, tidak menyangka menjadi viral.
“Aladdin begitu istimewa buat kami. Kematiannya seharusnya tidak berlaku, namun akibat kecuaian dirinya, Alladin tersepit pada suatu besi sehingga menyebabkan tulang tengkoknya patah.
“Ia adalah kucing yang diberikan oleh seorang teman.Ketika diserahkan kepadanya, Aladdin berusia lima bulan. Beberapa bulan yang lalu, Aladdin mati pada usia mencecah tiga tahun.
“Saya masih ingat setelah isteri menelefon saya untuk pulang segera setelah berlaku kejadian itu. Menurut isteri, ada mendengar seakan berlaku pergaduhan antara Aladdin dengan seekor kucing peliharan kami.
“Setelah balik, saya dapati Aladdin sudah tidak bermaya. Matanya hanya memandang saya ketika itu hinggalah nafasnya yang terakhir.
“Saya akui tidak dapat menerima kematiannya kerana sebelum saya keluar, Aladdin sihat dan ceria. Untuk kenangan, saya telah tanamnya dihalaman rumah kami,” jelasnya mengimbau kenangan.
Sumber: Majalah Keluarga
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berkenalan sejak 20 tahun lalu ketika dibangku sekolah lagi, suami isteri ini adalah contoh pasangan cinta monyet yang kekal sehingga ke jenjang pelamin.
Ajak Shiro dan isterinya, Afifah Amin mula berkenalan ketika di tingkatan 1. Daripada kawan sehingga kepada suami isteri, kini sudah 10 tahun pasangan ini melayari alam rumah tangga dengan dikurniakan 3 cahaya mata.
Kisah tersebut dikongsikan oleh Ajak menerusi laman instagramnya sebelum ini.
Biarpun bergelar selebriti, namun Ajak Shiro merupakan seorang suami dan bapa yang cukup penyayang.
Tidak hairanlah, sesekali dia memuat naik gambar bersama isterinya Afifah dengan kapsyen yang cukup sweet. Terbaru, Ajak memuat naik satu video yang memaparkan dia memeluk isterinya dengan kapsyen:
“Suami kalau perlu kekuatan, peluk je isteri…Insyaallah..tak percaya cuba peluk..tapi bini koranglah..bukan bini aku,” tulis Ajak Shiro.
Yunos Laith sekali lagi mencuri perhatian apabila penyanyi, komposer dan pengarah terkenal, Yusry Abdul Halim berkongsi momen istimewa sempena sambutan ulang tahun kelahiran mereka...