Kalau mengupas telur rebus dalam kuantiti yang banyak memang buat rasa stress. Maklum sahaja ia ambil masa yang agak lama dan mengupas telur bukanlah semudah yang disangka kalau tak tahu caranya.
Kalau kulit remuk dan pecah, lagi tambah sukar untuk dikupas. Adakalanya hasil kupasan telur rebus kita tidaklah cantik dan licin permukaannya. Bagaimana nak jadikan cepat, pantas dan hasilnya pun tip top? Puan Waherda Basiron berkongsi di facebooknya cara-cara memastikan telur lebih mudah dikupas. Jom kita cuba.
Hari ni Kek Da tak nak share resepi. Nak share #tips cara rebus telur supaya mudah untuk kupas tanpa cacat cela. Mudah je ..
Cara-caranya:
Ads
1. Basuh telur bersih-bersih dan masukkan terus dalam periuk. Tambahkan air.
2. Tak perlu air mendidih baru nak masuk telurnya. Terus masukkan sahaja.
3. Masukkan sesudu garam dan campurkan sesudu minyak masak.
Ads
4. Rebus lebih kurang 15 hingga 20 minit, sehingga air menggelegak.
5. Rendamkan dalam air biasa sekejap untuk hilangkan panas dan boleh terus dikupas.
Ads
SIAP!
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.
Kredit: Waherda Basiron
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Apabila anak minta nak makan kek waktu malam. Bahan asas pula tak ada terutama tepung gandum dan telur. Namun perkongsian oleh Puan HanNy Na ini sungguh inspirasi dengan menyediakan resepi penyediaan kek yang ringkas hanya menggunakan dua bahan sahaja. Menarik kan. Jom kita lihat resipi superb ini.
Saya suka makan pankek mc d.. Almost setiap hari order pankek dia. Dah try mcm2 instant pankek tapi xde yg menjadi mcm mc d.
Hari ni try resepi encik Khairul Abdullah. Mmg menjadi sama sebijik sejiban mc D. Save dah rm12 sehari. Tq Encik Khairul super daddy tu. *tips kuali kena kecik, dan panas baru tuang adunan agak tebal. Tanpa minyak.
Resepi : 1 cawan tepung gandum. 1 cawan susu segar. 2 sudu besar baking powder. 3 sudu besar gula. 1 sudu kecil garam. 1 biji telur. 1 sudu kecil esen vanilla jika sudi. 2 sudu butter/minyak masak.
Cara nak buat dia: 1. Masukkan semua bahan ke dalam blender dan kisar sampai halus sebati. Atau kalau malas nak guna blender, satukan semua bahan di dalam bekas dan pukul sebati. 2. Panaskan kuali non-stick dengan api yang perlahan. Sendukkan adunan ke dalam kuali. Tunggu sampai keluar gelembung dan balikkan. Tunggu keperangan dan angkat. Hidangkan dengan butter, maple syrup, madu, potongan buah, chocolate sauce, strawberry sauce atau apa sahaja yang berkenan di hati. Resepi di atas boleh dapat antar 6-7 biji penkek standard saiz. kalau buat kecik-kecik dapatlah banyak.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520