Tagline “Till Jannah” seringkali diguna pakai dalam masyarakat hari ini untuk ditujukan kepada mana-mana pasangan terutama sekali sewaktu meraikan pasangan pengantin baharu.
Nampak ‘short and sweet’ namun makna disebalik tagline ini sebenarnya begitu mendalam ertinya.
Namun, mungkin juga tagline tersebut sesuai untuk menggambarkan satu rakaman video yang memaparkan sepasang suami isteri di sebuah kedai makan.
Ads
Aada Bazly yang memuat naik rakaman tersebut dengan kapsyen yang ringkas tap mendalam maknanya. Video yang mendapat lebih 14k perkongsian itu nyata cukup menyentuh hati netizen.
DIA MENEGURKU TABAHNYA SEORANG SUAMI❤️❤️
DIA BAHAGIA SANGAT SANGAT SANGAT BAHAGIA
ADAKAH KITA MAMPU SEPERTI INI
DOAKAN URUSAN MEREKA DIPERMUDAHKAN
DUNIA&AKHIRAT❤️❤️
DADY DOK SANGGUP NK TGK MASE NIM BERHABUK DOH MATE
Ads
Di dalam video tersebut, si suami dilihat mendukung si isteri yang tidak berupaya ke motorsikal mereka. Biarpun dengan keadaan si isteri sedemikian, lelaki tersebut tidak malu bahkan cukup bersahaja mendukung isterinya tanpa menghiraukan mata yang memandang.
Netizen yang melihat video tersebut rata-rata memuji akan sikap lelaki tersebut dalam menyantuni isterinya. Malah ramai yang mendoakan kebahagian kepada pasangan suami isteri ini. Ini barulah #relationshipgoals yang sebenar!
Ads
DIA MENEGURKU??TABAHNYA SEORANG SUAMI❤️❤️DIA BAHAGIA SANGAT SANGAT SANGAT BAHAGIAADAKAH KITA MAMPU SEPERTI INI?DOAKAN URUSAN MEREKA DIPERMUDAHKANDUNIA&AKHIRAT❤️❤️DADY DOK SANGGUP NK TGK MASE NIM BERHABUK DOH MATE??
Tidak pernah tergambar dalam fikiran Michael Tong Wai Siong, 55, bahawa dia akan dipertemukan dengan takdir yang membuatnya menjadi “bapa” kepada tiga anak lelaki yang berbeza bangsa dan agama.
Namun, dalam perjalanan hidup yang penuh liku dan tidak dijangka, Michael menerima hakikat yang jauh daripada kebiasaannya. Di sebalik setiap kesedihan dan pengorbanan, kasih sayang yang terbina antara mereka mengubah segalanya, menjadikan hubungan itu lebih bermakna daripada sekadar pertalian darah.
Dikenali dengan panggilan mesra “Uncle Mike,” Michael merupakan seorang yang aktif dalam kerja-kerja kebajikan. Melalui penyertaan dalam kelab kereta dan program rumah amal, dia dipertemukan dengan tiga anak Melayu yatim piatu yang akhirnya mengubah seluruh hidupnya.
“Semasa saya pertama kali bertemu mereka, saya tidak pernah bayangkan akan jadi sebahagian daripada hidup mereka. Ia berlaku dengan begitu cepat,” katanya dengan mata berkaca.
Lebih 16 tahun yang lalu, di sebuah rumah anak yatim di Gombak, Michael dipertemukan dengan Rafei Ahmad Fauzi, seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang baru kehilangan kedua ibu bapanya. Hati Michael terusik melihat kesedihan dalam mata Rafei, dan tanpa berfikir panjang, dia membuat keputusan besar untuk membawa Rafei pulang dan menjaganya sebagai anak angkat.
Namun, kebahagiaan itu tidak lengkap. Rafei mempunyai dua lagi adik lelaki, Rasyid yang ketika itu berusia 11 tahun dan Abdul Rahman yang berusia 8 tahun. Melihat kesedihan di wajah dua kanak-kanak itu, Michael tak sanggup memisahkan mereka. Tanpa memikirkan kesukaran yang bakal dihadapinya, dia memutuskan untuk menjaga ketiga-tiga beradik itu sekaligus.
“Pada mulanya, saya hanya niat untuk bantu Rafei. Tapi bila saya lihat wajah adik-adiknya yang tak sanggup berpisah, hati saya tak boleh biarkan. Saya tak mahu mereka rasa kehilangan lebih dari yang mereka dah lalui,” katanya dengan suara yang sebak.
Kini, setelah hampir 16 tahun, hubungan Michael dengan ketiga-tiga anak angkatnya kekal erat, seperti keluarga kandung. Rafei, 29, Rasyid, 28, dan Abdul Rahman, 24, telah dewasa di bawah jagaan Uncle Mike, yang bukan hanya menjadi penjaga, tetapi seorang ayah yang penuh kasih sayang walaupun tiada pertalian darah antara mereka.
“Kasih sayang saya terhadap mereka tak pernah pudar. Walaupun kami berlainan bangsa, agama, dan asal-usul, hubungan kami jauh lebih dalam dari semua itu. Mereka adalah anak-anak saya, dan saya tidak pernah menyesal dengan keputusan yang saya buat dulu.”
Michael juga menyifatkan sokongan keluarganya sebagai salah satu kekuatan utamanya dalam menjaga ketiga-tiga beradik itu. Walaupun pada awalnya ada yang terkejut dengan keputusannya, keluarganya akhirnya menerima ketiga-tiga anak angkat itu dengan hati terbuka.
“Saya bersyukur kerana keluarga saya memahami dan menyokong keputusan saya. Mereka juga menasihati saya untuk menjaga anak-anak ini dengan penuh kasih sayang. Ini adalah rahsia yang saya simpan selama bertahun-tahun, dan tidak ramai yang tahu mengenai kisah kami,” tambah Michael.
Pada Isnin lalu, di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC), Michael diiktiraf dengan Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2024 atas dedikasinya dalam menjaga tiga anak yatim berlainan bangsa dan agama. Lebih istimewa lagi, anugerah tersebut disampaikan sendiri oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, menjadikan Michael satu-satunya penerima berbangsa Cina pada hari yang penuh makna bagi masyarakat Islam.
“Saya terharu dan bersyukur. Penghargaan ini bukan sekadar untuk saya, tapi untuk seluruh keluarga saya dan anak-anak yang telah bersama saya selama ini. Ia menginspirasikan saya untuk terus berbuat kebajikan dan membantu mereka yang memerlukan,” kata Michael dengan penuh rendah diri.
Ini bukan sekadar kisah tentang Michael menjaga tiga anak yatim. Ia adalah kisah tentang kasih sayang, pengorbanan, dan bagaimana sebuah keluarga boleh terbentuk walaupun tanpa pertalian darah. Kasih sayang sejati tidak mengenal bangsa, agama, atau asal usul, dan Michael adalah bukti hidup bahawa manusia boleh menyatukan hati yang terpisah, hanya dengan keikhlasan.
Sumber: Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Buat masa ini, topik poligami antara topik yang menjadi bualan orang ramai rentetan dari kes selebriti Malaysia baru-baru ini. Disebabkan itu, ramai pihak mula memberi pandangan masing-masing dengan mengatakan tidak salah sekiranya kaum lelaki mahu berkahwin lagi jika hendak dibiarkan mereka bergelumang dengan maksiat.
Tidak ketinggalan, bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mashitah Ibrahim memberi pandangan darinya iaitu fahaman ‘poligami’ orang segelintir pihak yang menganggap ia adalah sunnah dalam Islam adalah kurang tepat.
Poligami dalam makna kata sebenar adalah dibenarkan dengan syarat tidak berlakunya sebarang penganiayaan kepada pihak terlibat.
Ceritanya lagi, poligami itu sudah lama diperkenalkan kepada masyarakat sebelum datangnya Islam dengan memperkenalkan undang-undang bagi mengawal penganiayaan yang berlaku dalam komuniti.
“Islam tak pernah memperkenalkan poligami dan Islam tak suruh pun poligami. Sewaktu Islam datang, poligami itu sudah pun menjadi budaya kepada masyarakat ketika itu.
“Jadi, bila Islam datang, apa yang Islam buat? Islam mengawal poligami ini melalui undang-undang dan membetulkan poligami ini serta membataskan.
“Jangan kita sebut kata, asalkan Islam saja, orang fikir sunnahnya adalah poligami. Tak! Masa Islam datang, poligami dah pun ada. Islam datang dah betulkan. Bagaimana? Kalau nak kahwin, jangan ada penganiayaan,”ujarnya.
Tambahnya, tuntutan dalam Islam juga meletakkan batasan di mana kaum lelaki tidak boleh berkahwin lebih daripada empat.
“Islam bataskan tak boleh kahwin lebih daripada empat. Islam juga mengawal melalui undang-undang supaya tidak ada penganiyaan.
“Sebab itu kita tengok bila ayat yang bercakap tentang poligami ini, dia bercakap dulu tentang anak-anak yatim supaya tidak ada penzaliman,”jelasnya.
Malah, Dr Mashitah juga mengingatkan golongan lelaki untuk tidak menganggap poligami sebagai hak mutlak bagi mengatasi sesuatu masalah.
“Islam datang dan mengambil poligami ini sebagai kelonggaran dalam sebuah perkahwinan yang memerlukan poligami ini.
“Kita anggaplah poligami ini macam satu ubat bagi keluarga yang ada masalah. Jadi keluarga yang tidak ada masalah ini, makan ubat buat apa. Kalau kita masih sihat tapi makan ubat, itu namanya cari penyakit,”katanya.
Sumber: TikTok @drmashitah_official
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Biasanya bila kita bercerita tentang persiapan membeli baju raya, kasut raya dan persiapan diri yang lainnya, tentu anak-anaklah paling teruja.
Perasaannya itu tidak dapat digambar dengan kata-kata. Maklumnya dapat memilih baju dan kasut yang disukai ketika membeli belah.
Namun persiapan tahun ini, kita sebagai ibu bapa perlu faham sebaik-baiknya elakkan daripada membawa anak-anak semasa membeli belah.
Saranan dan pesanan ini juga turut dikongsikan oleh Dr. Ahmad Samhan, meluahkan kerisauannya bila melihat ada sesetengah ibu bapa tanpa gusar membawa anak-anak ke shopping complex.
Diharapkan dengan shering ini, dapat sedarkan jika adanya yang terlupa akan perjuangan kita menentang Covid-19 masih belum berakhir.
Dah kenapa bawa anak keluar beli baju raya!
Kelihatan beberapa mak ayah bersama anak-anak di shopping complex tersenyum riang sambil letakkan baju di badan anak untuk mengukur saiz.
Aku pulak rasa risau dan kasihan. Mesti mak ayah rasa ralat kalau beli baju online. Maklumlah, dah terbiasa beli baju raya mesti ukur dibadan. Bimbang tak muat la,saiz dah betul tapi ketat di ketiak la.
Tapi ingat, kanak-kanak adalah golongan yang berisiko tinggi untuk dapat jangkitan kerana imuniti yang rendah.
Adakah kita lupa kita masih belum bebas. Virus yang tak nampak dimata ini masih lagi menular di kalangan kita. Kita masih dalam fasa dilanda wabak.
Setakat ini 317 kes positif COVID-19 membabitkan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah. Daripada jumlah itu, 112 kes membabitkan kanak-kanak berusia empat tahun ke bawah dan 22 kes lagi dalam kalangan bayi berusia kurang satu tahun.
Negara kita telah mencatatkan kematian seramai 113 kematian. Walaupun belum ada kes kematian dari golongan kanak-kanak, adakah itu yang kita mahukan?
“Jika hanya kanak-kanak yang dijangkiti, ibu atau bapa yang negatif COVID-19 perlu memakai pakaian perlindungan diri (PPE) dan mengisi borang untuk menjaga anak mereka,” kata Dr Noor Hisham.
Raya memang dah dekat.Semua orang berhak untuk bergembira. Tapi berwaspadalah. Lindungi anak-anak. Elok kita boleh beraya dirumah, nanti kita terpaksa beraya di hospital.
Kita tak mahu ada kematian pertama dicatatkan dari golongan kanak-kanak. Kita mahukan anak-anak beraya dengan gembira walaupun di rumah.
Kongsikan pada mak ayah lain sebab makin ramai yang bawa anak keluar beli baju raya.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...