Cara Mudah & Berkesan Halau Bubuk Beras, Guna Microwave Je. 10 Minit Siap, Jimat Masa & Tak Membazir!

Share

Pernah tak alami masalah bubuk atau kutu beras? Nak buang rasa sayang dan pula kan, rugi lebih-lebih lagi jika beras masih banyak. Jadi, kalau nak mengatasi masalah ini, ada petua yang anda boleh cuba.

Cukup mudah tak keluar belanja pun. Caranya guna oven je. Inilah tip yang dikongsikan oleh Nurhasanah Harun

6 bulan tinggal rumah…beras pun bubuk dah berkampung….sayang nak buang sebab elok lagi…

Cara saya tak jemur sebab saya malas kuar rumah 🤣 lagipun sekarang cuaca hujan kannnnnn..

Panaskan oven sekejap,masuk beras dalam tray dan masuk oven lebih kurang 10 mnit biar betul2 panas semua beras tu..mati la bubuk sekali ulat2 dia…

Kalau tak ada oven tu boleh goreng tanpa minyak dalam kuali…sekejap ja agak2 panas..jangan goreng perang macam nak buat pekasam pulak 😅😅

Sebelum bakar…merayap je dia lari p bawahDah bakar…ayak buang bubuk..ambil yang bersihNi haaa….bukan bubuk je…segala habuk pun ada
Siapppp….dah bersih

Tip check beras masih elok atau tidak:

Macam mana nak tau beras masih elok? Cuba basuh beras kalau tak ada beras warna putih timbul banyak-banyak tu maknanya elok…kalau banyak timbul dan ringan tu cuba la patahkan beras tu…dalam dia ada ulat bubuk 😱😱

IKLAN