Mi goreng antara menu kegemaran yang menjadi pilihan ketika bersarapan mahupun makan malam. Nak nak lagi kalau cara gorengannya ala basah, pasti menarik selera untuk menjamahnya.
Untuk ibu-ibu yang nak dapatkan mi goreng basah yang cukup sedap, nah admin kongsikan resipi dari Ieda Roslida ini.
Bahan- bahan :
Ads
1 bungkus mi kuning- bilas & toskan.
10 ekor Sotong dibersihkan potong dan tos..
1 paket Fish ball dibersihkan potong dan tos
1 ikat Sayur sawi jepun dibersihkan potong dan tos..
1 biji tomato dibersihkan dan dibelah 6 ..
4 sudu besar cili kisar
5 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap pekat
5 sudu besar Kicap manis
2 sudu besar kicap mee
1 cawan air putih
2 sudu besar minyak masak untuk menumis…
Bahan-bahan tumbuk
10 biji cili api
3 ulas bawang putih
Tumbuk bagi pecah ataupun sampai lumat
Cara-cara :
Ads
Panaskan kuali, masukkan minyak 2 sudu besar.
Dan tumiskan cili kisar ngan bahan2 tumbuk tadi sampai garing sedikit.
Masukkan Sos cili, sos tiram,sos ikan,kicap pekat,kicap manis ,kicap mi, dan masukkan sotong dan fish ball dan masukkan air putih 1 cawan kecil.
Masak dan kacau bagi sebati… masukkan sayur dan kacau-kacau lagi. Kemudian, masukkan mi kuning dan tomato… kacau bagi sebati dan masak.
Musim panas begini tentu ada yang berasa tidak selesa dan tubuh badan pula mudah diserang penyakit.
Umpamanya paling kerap dirasakan adalah tekak terasa perit, sakit dan seterusnya penyebab hilang selera makan.
Jadi apa perlu buat?
Di sini ada dikongsikan petuanya untuk meredakannya dan sekali gus kembali pulih seperti sediakala.
Ni Air Panas Bercampur Garam
Dua hari lepas saya gunakan air ni la untuk hilangkan sakit tekak ( sore throat) mak saya. Tak sampai 1 hari dah hilang dah sakit tekaknya.
Siap makan seafood lagi semalam sebab selera makan dah kembali pulih
Caranya mudah je :
1. Ambil segelas air panas coway tu. Jangan panas sangat. Adjust sampai suam sikit.
2. Campurkan setengah sudu garam.
3. Kacau perlahan.
4. Berkumur sebanyak 3-5 kali. Bukan berkumur biasa tapi gargle, iaitu berkumur dengan mendongak ke atas.
5. Sebaiknya berkumur sebanyak 4 kali sehari.
6. Tertelan sikit sikit air garam tu takpe sebab air garam tu ada efek hydration untuk tubuh yang dah hilang banyak cairan semasa demam.
Berkumur air garam ni bukan cuma untuk sakit tekak ( sore throat ) je. Berkumur air garam ni juga bagus untuk rawat :
+ ulcer/lepuh mulut biasa
+ anak yang ulcer mulut sebab HFMD
+ sakit gigi
+ mencegah Upper Respiratory Tract Infection ( URTI )
Apa pun kumur garam ni bukan ubat atau antiviral tau. Ia cuma memberikan kelegaan ( symptomatic relief ) sementara dan bersifat preventif untuk jangkitan kat area mulut dan tekak tu.
Air garam tu kan bersifat “magnet” kepada air disebabkan ketumpatan garam yang tinggi. Jadi garam ni akan “tarik” air daripada tisu di sekeliling tekak dan mulut tu. Secara tak langsung kuman pun terbasuh sekali.
Cuba la buat kat anak anak yang sakit tekak untuk kembalikan selera makan mereka cuba la sendiri.
P/s : Bagitahu juga kat mak ayah yang belum tahu ye.
Mood untuk menyambut 1 Syawal kian terasa dan tentunya kita mak-mak ni sibuk juga untuk merancang menu untuk disediakan di pagi Raya untuk memenuhi selera anak-anak dan suami tercinta.
Kalau ikutkan, macam-macam permintaannya ada yang hendak makan lemang bersama rendang dan ada pula teringin menikmati keenakan nasi impit bersama kuah kacang dan kuah lodeh. Kalau boleh semuanya kita ingin tunaikan, barulah meriah Hari Raya!
Jadi untuk penuhi selera seisi keluarga, bukankah bagus jika ada teknik untuk menyediakannya dengan cepat dan mudah? Seperti perkongsian daripada Cik Azz di blog peribadinya, kakazz.blogspot.com,bilamana Cik Azz buat lontong menggunkan plastik aiskrim!
Difahamkan bila buat nasi impit dengan cara ini ianya lebih mudah untuk dipotong dan menjimatkan. Kos tidaklah mahal mana berbanding bila beli yang segera. Malah apa yang paling penting cepat pula masa untuk memasaknya. Senang kerjakita, tidaklah perlu duduk lama di dapur untuk buat persiapan juadah Raya.
Jadi bolehlah dicuba untuk Raya tahun ini dengan menyediakan Nasi Impit Aiskrim.
Bahan-bahan:
Beras
Daun pandan
Air
Plastik aiskrim Malaysia
Caranya:
1. Cuci dulu beras, lepas tu toskan dan biarkan beras tu kering supaya senang nak masukkan ke dalam plastik aiskrim ni. Boleh gunakan calung ataupun masukkan beras dalam jug air yang plastik yang ada muncung tu.
Isikan separuh plastik je atau kurang sikit dari separuh. Jangan isi lebih sebab nanti beras tu padat dan keras. Hujung plastik tu aku lipat sekali dan lipat lagi sekali, lepas tu aku stepler.
2. Lipat dua plastik airkrim tadi dan tekan-tekan dengan garfu. Tekan kuat biar sampai tembus ke belakang. Nak cucuk dengan lidi satay pun boleh, janji ada lubang.
3. Beginilah rupanya lepas dicucuk dengan garfu.
4. Masukkan nasi impit ke dalam periuk yang besar. Masukkan juga dua helai daun pandan yang disimpul supaya nasi impit tu wangi.
5. Rebus hingga nasi impit tu masak.
6. Kenapa nak kena rebus nasi impit tu dalam periuk besar.? Tengok la nasi impit tu apabila sudah keras, panjang, kan? Jadi kenalah besar periuknya. Seperti biasa, lalukan nasi impit yang dah masak di bawah air paip dan toskan di dalam tapisan.
7. Beginilah rupanya nasi impit aiskrim yang sudah siap direbus. Senang untuk dipotong, lagi kemas buat macam ni.
Sakit melahirkan anak tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Kepayahan mengusung perut 9 bulan hanya yang bergelar ibu sahaja memahami situasi tersebut.
Sebagai suami seharusnya menghargai segala pengorbanan isteri mereka dari awal sehingga lahirnya zuriat anda.
Perkongsian dari Muhammad Hassan ini cukup bermanfaat terutama buat para suami di luar sana terutama bagi isteri yang baru bersalin.
Memang suami perlu banyak bersama isteri di awal berpantang dan penyusuan. Bukan soal luka bersalin,luka ni akan baik dengan sendiri. Tetapi suami bantu jaga isteri agar emosinya tidak tertanggu dan semakin teruk.
Bantu isteri ke tandas,
Bantu isteri banyakkan berjalan,
Bantu isteri susukan anak,
Bantu isteri tukar lampin anak,
Bantu isteri mandi,buang air,
Bantu isteri makan dan masakkan untuk si dia.
Sebenarnya ini amalan mak ayah tok nenek kita dahulu. Ayah kita dulu jaga semua adik beradik 12 orang,sentiasa bantu mak sehinggakan suapkan makanan. Ini sifat kasih sayang mak ayah kita didik dan tunjuk kepada kita supaya sayang isteri lebih dari diri sendiri.
Apa perlu suami buat?
Dapatkan:
-Ikan yang segar
-Sayuran kampong
-Ayam kampong
-Telor ayam kampong
-Daging lembu segar
Pantau luka .
-Bantu isteri bergerak, berjalan terutama ke tandas. Jangan biarkan mereka terbaring sahaja. Berjalan atau bergerak boleh bantu lancarkan darah dan elakkan DVT(Darah beku disalur darah).
-Pastikan isteri minum air mineral dengan cukup.
Ambil tahu:
-ILMU PENYUSUAN,cari posisi bayi ketika menyusu.
-Amalan@Pantang larang ketika isteri berpantang
-ingatkan isteri makan ubat yang disediakan oleh doktor
-Jadual pemeriksaan bayi dan ibu diklinik
-Basic urutan untuk ibu berpantang.
-Cara berbedong/bekong
-jamu/vitamin/ubatan untuk ibu berpantang dan selepas.
Suami kena selalu peluk isteri,ucap terima kasih sayang lahirkan anak kita,terima kasih sebab sabar menahan sakit. Kucup dahi isteri. I love sayang,abang sayang sayang,lemparkan senyuman sehingga cecah telinga dan doa depan isteri.
Ya Allah ini isteri saya,berikan dia syurga,berikanlah dia ganjaran pahala,berikanlah dia kesihatan yang baik,jauhkan dia dari segala penyakit. Suami wajib doa untuk isteri,ucap kata yang baik,tanya ada apa yang boleh kita bantu isteri.
Insyaallah jika kita(suami) sering ucap perkataan yang baik-baik isteri akan seronok,isteri akan tenang.
Dan suami juga perlu faham tanda-tanda isteri melalui fasa post-portum period. Jika ada tanda selalu menangis,termenung,tiba-tiba pukul anak ini perlu dirujuk ke hospital atau dapatkan nasihat doktor.
Mudahan berkat kasih sayang suami isteri lahirnya anak soleh solehah.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.