Tak sangka, rupanya hujung keratan sayur ada manfaatnya. Kalau sebelum ini anda terus buang keratan tersebut, lepas ni simpan dan tanam. Lihat hasilnya nanti.
Inilah yang dikongsikan oleh wanita ini yang menunjukkan cara nak tanam pokok sawi sendjri menggunakan keratan sayur tersebut. Perkongsian dibuat menerusi laman facebook puan Puan Oggy Bungsu.
Cukup mudah caranya dan menggunakan keratan sayur tersebut beserta tanah, tetapi menjadi. Tiga hari sahaja sudah nampak hasilnya.
Hehehe.. Saja try test tanam guna keratan untuk sawi. Eh, jadilah pulak. Harap membesar dengan baik ye.. Jauh² ya ulat…
Cara tanam:
Ads
Sediakan tanah di dalam bekas yang siap dilubangkan untuk memastikan saliran baik dan tanah sentiasa lembap. Tapi bukan banyak air.
2. Selepas dipotong keratan sawi, rendam seketika di dalam air paip biasa lebih kurang 30 minit.
Ads
3. Kemudian, terus tanam pada medium yang disediakan. Jangan tanam terlalu dalam. Pastikan bahagian yang berdaun (pucuk) tidak terlindung oleh tanah.
Ibu ayah mana yang tidak bimbang apabila anak perempuan semakin meningkat dewasa. Tidak lama lagi bakal mempunyai suami.
Justeru dalam tempoh itu, ibu ayah terutamanya si ayah perlu menjadi role model terbaik buat anak perempuan.
Layanan baik seorang ayah kepada anak perempuan akan menjadi rujukan kepadanya bahawa itulah yang sepatutnya dilakukan oleh seorang lelaki.
Sebagaimana perkongsian DrRizal Abu Bakar mengenai peranan seorang ayah untuk mendedahkan anak perempuan mengenai layanan baik yang seharusnya dilakukan oleh seorang lelaki agar anak tidak tersalah pilih sebagai teman hidup.
Ikuti perkongsian beliau.
Ayah kena rapat dengan anak perempuan. Penting untuknjadi role model. Sebab tulah saya selalu temankan Maryam.
Anak perempuan perlu tahu bagaimana seorang lelaki patut melayan seorang perempuan. Ayahlah yang akan letakkan standard itu.
Dalam konteks ini sayalah yang cipta standard itu untuk Maryam.
In future, kalau si anak berkawan dengan lelaki dia akan tahu lelaki itu baik atau tidak. Dia dah ada point of reference. Dia dapat buat keputusan yang baik.
Lisa Nichols pernah ceritakan perkara yang sama. Masa umur dia 13 tahun ayah dia bawa dia keluar. Dia pakai dress ala princess. Happy sangat dia waktu itu.
Bila masuk kereta si ayah tolong bukakan pintu. Begitu juga keluar dari kereta. Sama juga ketika nak duduk. Si ayah akan tarik kerusi.
Ketika pulang ke rumah si ayah bukakan pintu untuk Lisa. Tetapi saat Lisa mahu masuk ke rumah, ayahnya pegang bahu Lisa. Dia berhenti. Pandang wajah ayahnya.
Ayah si Lisa sebut “ Lisa apa yang ayah tunjukkan pada kamu adalah cara bagaimana seorang lelaki patut melayan seorang perempuan. Ayah dah tunjukkan caranya. Kamu merasainya. Tugas kamu pada masa hadapan untuk pilih lelaki yang betul. Terserah pada kamu bagaimana kamu memilihnya. Waktu itu ayah tidak ada suara lagi,”
Lisa angguk. Mungkin tanda faham. Apa yang si ayah buat sangat luar biasa. Dia berikan pengalaman berharga buat Lisa. Dia rasa bagaimana dirinya dihargai. Bagaimana sepatutnya dia dilayan.
Saya tidak sampai peringkat seperti ayah Lisa Nichols. Budaya mereka berbeza. Budaya kita lain pula caranya.
Saya guna bahasa. Gunakan nada suara. Gunakan bahasa badan untuk letakkan standard itu. Masukkan cara fikir yang berbeza.
Kalau si ayah tidak rapat dengan anak perempuan, lelaki lainlah yang akan jadi point of reference. Pada waktu itu, apa sahaja dilakukan oleh si lelaki , itulah dianggap sebagai standard.
Jangan tersalah pilih lelaki
Kalau lelaki itu kaki pukul dan kaki herdik, si anak perempuan akan anggap begitulah caranya perempuan dilayan. Mereka terima keadaan itu. Walaupun itu tidak benar.
Mereka akan terperangkap. Menderita. Dilayan sebagai hamba.
Saya pernah buat clinical work di rumah remaja mengandung luar nikah. Ada beberapa rumah yang sempat saya kunjungi.
Saya dapati ada satu perkara yang sangat konsisten pada remaja remaja ini. Mereka tidak ada role model lelaki di rumah.
Di atas sebab kekosongan ini, mereka cari kasih pada lelaki lain. Malangnya mereka tertipu.
Pada ayah ayah yang ada ada perempuan, pastikan anda rapat dengan anak. Jadikan diri anda sebagai point of reference. Biar anda jadi model terbaik untuk dia.
Menerusi satu perkongsian di laman Tiktok, tular klip dimana Fazura menaiki sebuah kereta baru milik pekerja beliau. Klip tersebut menjadi perhatian netizen apabila sikap lemah lembut dan pandai mengambil hati pekerja beliau membuatkan ramai yang ingin bekerja bersama beliau.
Fazura yang kini bergelar isteri dan ibu kepada seorang anak perempuan itu sememangnya datang dari keluarga yang berada namun sikap rendah diri beliau itu membuatkan beliau dipuji.
Mengikut sumber yang diperoleh netizen, baru baru ini salah seorang pekerja beliau baru membeli sebuah kereta baru dan hal ini menjadi kecoh apabila Fazura menaiki kereta tersebut dan memuji ketekunan para pekerja beliau sehingga dapat membeli sebuah kereta.
Beliau yang merakam klip tersebut menyatakan ingin mengambil berkat dengan usaha para pekerja beliau dan hal ini membuatkan ramai terhibur dengan kecomelan dan sikap sporting yang dimiliki oleh Fazura.
Sifat tanggungjawab seorang founder jelas terpampang dalam diri Fazura dan membuatkan ramai yang ingin menjadikan beliau satu ikon hijabista yang berjaya.
Apa apa pun para peminat mendokan yang terbaik buat Fazura agar dapat meneruskan perjalanan dalam bidang perniagaan dengan begitu baik serta dapat menjadi seorang isteri dan ibu yang terbaik buat keluarga tercinta.
sumber : sinarViral
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kelibat pelakon Intan Ladyana meraih perhatian ramai apabila ‘baby bump’ mula kelihatan biarpun empunya diri sebelum ini tidak berkongsi sebarang maklumat berkenaan kehamilannya.
Perkongsian video tersebut dimuatnaik pelakon Dazrin Kamarudin di mana dia berkunjung ke kedai karpet bersama suaminya, Harris Alif.
“Thanks for coming guys @intanladyana @harrisalif,” tulis Dazrin menerusi kapsyennya.
Video berdurasi 15 saat ini menampakkan pasangan suami isteri ini sedang menari mengikut trend tarian diplatform Tiktok. Dalam video tersebut, perut Intan ketara menampakkan perubahan.
Dalam pada itu, rata-rata warganet teruja dan mengucapkan tahniah buat pasangan suami isteri ini.
Untuk rekod, Intan Ladyana,39, dan Harris, 22, telah selamat mendirikan rumah tangga pada bulan Februari yang lalu. Kisah cinta mereka telah mendapat perhatian warga maya berikutan jarak usia antara kedua-duanya yang agak jauh iaitu 17 tahun.
Sebelum ini khabar angin mengenai kehamilan Intan Ladyana hangat diperkatakan. Tidak mengiyakan atau menidakkan tentang kehamilan isterinya, Harris dalam laporan Kosmo memaklumkan andai sudah sampai waktu yang sesuai dia sendiri akan membuka mulut.
Harris atau nama lengkapnya, Nor Harris Alif Nor Rashidi, 22, berkata, buat masa sekarang, dia tidak mahu terlalu memperincikan desas-desus berita tersebut.
“Minta maaf, kalau boleh saya tak nak komen apa-apa sangat tentang isu itu (Intan sudah hamil). Cukuplah orang mendoakan yang baik-baik sahaja buat isteri saya.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.