Kesan kekuningan pada pengisar disebabkan banyak mengisar herba seperti kunyit dan sebagainya membuatkan pengisar menjadi kekuningan. Bagaimana cara tepat membersihkannya?
Perkongsian petua dari saudara Norhasbul Md Nor ini mak-mak kena cuba. Hasilnya mesin pengisar kembali jadi putih bersih tanpa sebarang kesan kekuningan lagi.
*Tak perlu lagi beli mesin pengisar yang baharu kan? Pengisar yang lama dan nampak seperti baru beli!
Bahan-bahan:
Beras satu genggam
Limau nipis – 2 biji
Sedikit garam
Air sedikit
Ads
1.Campurkan kesemua bahan ini di dalam pengisar/blender.
2.Kemudian kisarkan bahan-bahan tersebut sehingga hancur.
3.Menariknya, selepas kisaran pertama dah boleh nampak perbezaan sebelum dan selepas mesin pengisar tersebut.
Ads
Selain dari petua menggunakan bahan-bahan di atas, ada juga cara lain bagi menghilangkan kesan kuning dan bau dalam pengisar dengan menggunakan garam, sabun pencuci pinggan seperti Sunlight dan cuka.
M. Nasir dan Marlia Musa berangkat ke tanah suci tunai haji. Datuk M. Nasir bersama isterinya, Datin Marlia Musa memulakan perjalanan suci ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah haji, melengkapkan rukun Islam kelima.
Perjalanan penuh makna ini dikongsikan menerusi satu klip video di Instagram, yang memperlihatkan pasangan ini tiba di lapangan terbang dengan diiringi oleh ahli keluarga yang turut menghantar mereka berlepas.
Perkongsian tersebut dimuat naik oleh pengguna Instagram yang dikenali sebagai Siella Zamri, yang turut mendoakan agar segala urusan ibadah haji pasangan berkenaan dipermudahkan dan mendapat ganjaran haji yang mabrur.
Difahamkan, M. Nasir dan Marlia Musa sebelum ini telah mengerjakan umrah pada tahun 2024, dan kini tiba giliran mereka melangkah ke tahap seterusnya – satu perjalanan yang bukan sekadar memerlukan ketahanan fizikal, tetapi juga kekuatan rohani yang tinggi.
Walaupun tidak ramai mengetahui mengenai keberangkatan mereka, video ringkas yang dikongsikan Siella cukup untuk menyentuh hati ramai. M. Nasir dan Marlia kelihatan tenang sewaktu tiba di lapangan terbang, penuh tawaduk, seolah-olah membawa ribuan doa dalam hati mereka.
Dalam kapsyen video tersebut, Siella menitipkan ucapan penuh doa:
“Semoga segala urusan Datuk dan Datin di Tanah Suci dipermudahkan Allah. Moga setiap ibadah diterima dan dikurniakan haji mabrur. Doa kami sentiasa mengiringi langkah kalian, Insya-Allah.”
Meskipun M. Nasir bukanlah seorang yang aktif di media sosial, beliau sempat memuat naik semula foto kenangan sewaktu di lapangan terbang menerusi InstaStory miliknya.
Selain pasangan ini, antara selebriti tempatan lain yang turut menunaikan haji pada musim ini termasuklah pelakon Bella Dally bersama suaminya.
Lahir anak sulung perempuan, kedua perempuan, ketiga pun perempuan. Tentunya ramai pasangan dalam situasi ini menaruh harapan besar agar kelahiran anak seterusnya adalah lelaki.
Namun rezeki cahaya mata itu ketentuan Tuhan, ada yang dimakbulkan hajat beroleh anak lelaki tapi ramai juga yang tetap dianugerahkan anak perempuan.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud :
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah,kesusahan dan kesenangan mereka,nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”
Daripada Aisyah r.a. dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya :
“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik,nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)
Daripada ayat-ayat ini kita boleh melihat betapa kelebihan memiliki ramai anak perempuan. Apatah lagi jika ibu bapa menjaga serta mendidiknya mengikut landasan yang betul dan anak itu sendiri patuh pada suruhan agama. Ia boleh menjadi pelindung ibu bapa daripada api neraka.
Sebenarnya anda patut rasa bangga. Paling penting, jangan sesekali rasa tertekan bila anda tidak punya anak lelaki seperti orang lain. Yang anda perlu yakini, rezeki setiap orang berbeza-beza. Ada orang yang hanya memiliki anak lelaki kesemuanya dan ada pula yang bertuah memiliki kembar sepasang dan sebagainya. Semua ini bergantung kepada rezeki daripada Allah.
Antara kelebihan yang anda perlu tahu adalah:
1. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, para malaikat akan beristighfar untuknya.
2. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.
3. Mempunyai tiga orang anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
4. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
5. Ibubapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takut akan Allah dan orang yang takut akan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
6.Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Bayangkan kesemua anak perempuan anda yang setiap hari mendoakan ibu dan bapanya.
7. Apabila ibu dan bapa diuji dengan sesuatu perkara daripada anak-anak perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
8. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
9. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
Bagaimana Seorang Ayah Patut Didik Anak Perempuan
1. Seorang ayah mesti tunjukkan contoh tauladan dan sikap yang baik buat anak perempuannya.
2. Ajar anak perempuan menjadi anak yang sopan serta pandai menjaga akhlakdirinya.
3. Menutup aurat? Ini hal yang sangat penting ayah kena lakukan. Wajib!
4. Tunjukkan contoh bagaimana menjadi orang yang menghormati orang lain serta pandai menjaga hati orang lain ketika bercakap.
5. Ayah harus ajar anak perempuan jadi lebih kuat, percaya dan yakin pada diri sendiri.
6. Walaupun anak perempuan nampak manja dan agak penakut tetapi penting untuk seorang ayah menanamkan kata-kata semangat supaya jadi lebih berani.
7. Ketika anak perempuan mula belajar berjalan, ayah kena jadi lebih kuat dalam memberikan kata-kata semangat supaya anak berani melangkah walaupun berisiko untuk jatuh.
8. Anak perempuan memang anak yang manja. Mereka suka disayangi dan dimanjakanwalaupun sudah besar. Ayah, jangan lupa tentang hal ini!
9. Sentiasa berikan mereka perhatian, konsisten ucapkan ‘ayah sayang kamu’, percayalah anak perempuan anda akan membesar menjadi anak yang berjaya dan bahagia.
10. Ayah wajib jadi pelindung setiap saat hingga akhir hayatnya!
Sumber: My info
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bersempena Bulan Ramadan yang bakal disambut oleh umat Islam esok, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu perutusan khasnya meminta semua rakyat meneruskan usaha memerangi virus Covid-19.
“Ramadan kali ini tak kurang istimewanya. Malah bagi saya ia lebih istimewa buat kita semua. Sejak lebih sebulan yang lalu, kita berjihad melawan covid 19. sepertimana ibadat puasa, kita dikehendaki berjihad melawan hawa nafsu. Kita lalui satu tempoh yang banyak menguji kesabaran dan daya ketahanan kita.
Kita masih belum menang dalam perang menentang COVID 19. Tetapi saya yakin insyaAllah kita akan menang. Yang penting ialah jihad dan istiqamah. Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, tingkatkan jihad kita memerangi COVID 19. Teruslah istiqamah
dengan usaha kita.
“Tak mengapa Ramadan kali ini kita tak pergi ke bazar Ramadan. Tak makan nasi beriyani, murtabak atau juadah kuih-muih yang kita suka. Yang penting kita selamat daripada wabak COVID 19. Kita lihat secara positif. Mungkin inilah peluang yang Allah berikan kepada kita untuk mengamalkan sebenar-benar ibadah puasa. Kita berbuka puasa dan bersahur sekadarnya. Makan masakan isteri kita dan tidak membazir. Kalau masakan tak jadi pun tak apa. Boleh post dalam grup Facebook ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ni’.” ujar perdana Menteri lagi.
Dalam pada itu, Perdana Menteri turut meinta rakyat untuk sama-sama berdoa ke hadrat Allah s.w.t, mudah-mudahan di akhir jihad melawan COVID 19, kita juga akan diberikan kemenangan, kesihatan dan keselamatan daripada wabak penyakit ini.
“Tetapi, pengorbanan yang anda lakukan ini telah membuahkan hasil. Pertamanya, anda dan keluarga terselamat daripada jangkitan COVID 19. Keduanya, anda juga menyelamatkan orang lain daripada terkena jangkitan. Ketiganya, anda semua menyumbang kepada usaha membendung penularan wabak COVID 19 dalam masyarakat dan negara kita.
Hari ini, kes-kes baharu COVID 19 telah berkurang dengan ketara. Daripada ratusan kes baharu setiap hari di awal perintah kawalan pergerakan dilaksanakan, Alhamdulillah pada hari ini kita bersyukur kerana kes-kes baharu telah menurun kepada puluhan kes sahaja.
InsyaAllah, dengan usaha-usaha yang sedang giat dilakukan oleh para frontliners kita, dan disiplin anda semua mematuhi PKP, kita akan dapat mengurangkan lagi kes-kes baharu COVID 19 ke tahap yang paling minima, dan membendung sepenuhnya penularan wabak ini,’ jelas beliau lagi.
“Kita boleh berjemaah di rumah bersama keluarga… Jika tidak sekarang, bila lagi…”
Tak mengapalah kita tak dapat mendirikan solat terawih secara berjemaah di masjid. Mungkin ini peluang yang Allah s.w.t. berikan kepada kita untuk berjemaah bersama keluarga di rumah.
“Jika tidak sekarang, bila lagi. Kita jadi imam, anak dan isteri jadi makmum. InsyaAllah, ganjaran pahala dan barakah yang kita terima tidak kurang besarnya.
“Mudah-mudahan dalam bulan Ramadan ini yang mulia ini akan membawa rahmat kepada kita semua. Banyakkan berdoa kepada Allah, mohon pertolongan daripada-Nya, insyaAllah kita semua akan dilindungi daripada sebarang musibah, amin ya rabbal alamin,” kata Perdana Menteri lagi.
#SyukurBersama
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di