Lahir anak sulung perempuan, kedua perempuan, ketiga pun perempuan. Tentunya ramai pasangan dalam situasi ini menaruh harapan besar agar kelahiran anak seterusnya adalah lelaki.
Namun rezeki cahaya mata itu ketentuan Tuhan, ada yang dimakbulkan hajat beroleh anak lelaki tapi ramai juga yang tetap dianugerahkan anak perempuan.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud :
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah,kesusahan dan kesenangan mereka,nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”
Daripada Aisyah r.a. dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya :
“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik,nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)
Daripada ayat-ayat ini kita boleh melihat betapa kelebihan memiliki ramai anak perempuan. Apatah lagi jika ibu bapa menjaga serta mendidiknya mengikut landasan yang betul dan anak itu sendiri patuh pada suruhan agama. Ia boleh menjadi pelindung ibu bapa daripada api neraka.
Sebenarnya anda patut rasa bangga. Paling penting, jangan sesekali rasa tertekan bila anda tidak punya anak lelaki seperti orang lain. Yang anda perlu yakini, rezeki setiap orang berbeza-beza. Ada orang yang hanya memiliki anak lelaki kesemuanya dan ada pula yang bertuah memiliki kembar sepasang dan sebagainya. Semua ini bergantung kepada rezeki daripada Allah.
Antara kelebihan yang anda perlu tahu adalah:
1. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, para malaikat akan beristighfar untuknya.
Ads
2. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.
3. Mempunyai tiga orang anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
4. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
5. Ibubapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takut akan Allah dan orang yang takut akan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
6.Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Bayangkan kesemua anak perempuan anda yang setiap hari mendoakan ibu dan bapanya.
7. Apabila ibu dan bapa diuji dengan sesuatu perkara daripada anak-anak perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
Ads
8. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
9. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
Bagaimana Seorang Ayah Patut Didik Anak Perempuan
1. Seorang ayah mesti tunjukkan contoh tauladan dan sikap yang baik buat anak perempuannya.
2. Ajar anak perempuan menjadi anak yang sopan serta pandai menjaga akhlakdirinya.
3. Menutup aurat? Ini hal yang sangat penting ayah kena lakukan. Wajib!
Ads
4. Tunjukkan contoh bagaimana menjadi orang yang menghormati orang lain serta pandai menjaga hati orang lain ketika bercakap.
5. Ayah harus ajar anak perempuan jadi lebih kuat, percaya dan yakin pada diri sendiri.
6. Walaupun anak perempuan nampak manja dan agak penakut tetapi penting untuk seorang ayah menanamkan kata-kata semangat supaya jadi lebih berani.
7. Ketika anak perempuan mula belajar berjalan, ayah kena jadi lebih kuat dalam memberikan kata-kata semangat supaya anak berani melangkah walaupun berisiko untuk jatuh.
8. Anak perempuan memang anak yang manja. Mereka suka disayangi dan dimanjakanwalaupun sudah besar. Ayah, jangan lupa tentang hal ini!
9. Sentiasa berikan mereka perhatian, konsisten ucapkan ‘ayah sayang kamu’, percayalah anak perempuan anda akan membesar menjadi anak yang berjaya dan bahagia.
10. Ayah wajib jadi pelindung setiap saat hingga akhir hayatnya!
Sumber: My info
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menyambut hari raya korban bermakna ada yang melakukan amalan korban untuk disedekahkan kepada golongan yang memerlukan.
Namun yang menjadi persoalan adalah mengenai daging korban yang dibawa ke tempat lain.
Ikuti lanjut perjelasan oleh ustaz Dr. Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil.
HUKUM PINDAH DAGING KORBAN
SOALAN:
salam ustaz.betul ke daging korban tak boleh bawa keluar dari negeri korban?contoh sy korban di melaka,nak bawa balik daging korban ke selangor
JAWAPAN:
1) Menurut ulama mazhab Syafi’i, tidak semua daging korban haram dipindahkan dari kawasan seseorang itu bermukim. Yang dimaksudkan daging yang haram dipindahkan adalah bahagian daging yang wajib disedekahkan kepada fakir atau miskin. Perkara ini dijelaskan oleh Sheikh Syato al-Bakri di dalam karyanya Iʿānat al-Ṭālibīn:
ويمتنع نقلها أي الأضحية مطلقا سواء المندوبة والواجبة والمراد من المندوبة: حرمة نقل ما يجب التصدق به منها
Maksudnya: Dilarang memindahkannya, iaitu daging korban sama sekali sama ada korban sunat atau wajib, dan maksud korban yang sunat ialah haram memindahkan daging yang wajib disedekahkan daripadanya.
2) Menurut mazhab Syafi’I juga, wajib disedekah daging korban sunat yang mentah walaupun sedikit kepada fakir atau miskin, iaitu si pengorban tidak boleh makan atau ambil kesemuanya. Jika tidak ibadat korban dianggap tidak sah dan hanya menjadi sedekah biasa sahaja. Hal ini dinyatakan di dalam kitab Mughni al-Muhtaj:
Maksudnya: Menurut pendapat yang muktamad, wajib sedekah sebahagiannya(daging korban) walaupun dengan bahagian yang sedikit daripada dagingnya yang mana ia boleh dianggap sebagai penamaan sedekah kepada fakir miskin.
3) Kadar yang wajib disedekahkan ialah menurut kadar yang sesuai dan masuk akal walaupun untuk seorang yang miskin sekalipun, sebagai contoh sedekah setengah kilogram daging kepadanya. Sebahagian ulama mazhab Syafi’i meletakkan piawaian kadar daging yang wajib disedekahkan ialah kadar yang boleh mengenyangkan seorang fakir miskin.
4) Daging korban yang haram dipindahkan di sisi mazhab Syafi’I berdasarkan kaedah qias daripada hukum haram memindahkan harta zakat luar dari kawasan mukim. Perkara ini juga ditegaskan di dalam kitab Iʿānat al-Ṭālibīn:
وقضية قوله كالزكاة أنه يحرم النقل من داخل السور إلى خارجه، وعكسه
Maksudnya: Poin kenyataannya(penulis matan) “seperti zakat” bahawa ia(daging korban) haram dipindahkan dari dalam pagar/sempadan (kawasan mukim) ke luar darinya(pagar), dan begitu juga sebaliknya.
5) Kesimpulannya, daging korban wajib atau sunat wajib disedekahkan secara mentah dengan kadar yang minimun kepada fakir miskin sekurang-kurangnya seorang. Kadar wajib sedekah itu mestilah mengikut kadar yang sesuai sebagai sedekah, sebagai contoh setengah kilogram atau satu kati untuk seorang fakir miskin. Manakala daging yang haram dipindahkan daripada kawasan mukim ialah daging yang wajib disedekahkan kepada fakir miskin.
7) Manakala selebihnya, iaitu daging yang diperuntukkan untuk makanan pengorban dan ahli keluarga serta hadiah kepada saudara mara dan sahabat handai (bukan fakir miskin) harus dipindahkan dari kawasan bermukim.
Wallahu A’lam
Sumber: Dr. Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Semua orang mahu dilimpahkan
rezeki. Dengan keyakinan semua rezeki ditetapkan Allah SWT, ia boleh menyelamatkan kita daripada kebimbangan.
Malah dikatakan rezeki melimpah jika berbuat baik pada ibu bapa dan isteri. Sebaliknya ada yang berbuat demikian rezeki berkurang.
Ikuti penjelasan ustazah ini.
Sandarkan pada Allah
Terbaca keluhan dari warga net tentang kesempitan hidup yang dialaminya.
Semua kebaikan yang dia buat seperti beri duit tiap bulan pada mak ayah, solat, buat baik pada isteri tidak mendatangkan rezeki malah hidupnya makin susah.
1. Masih segar pesanan guru saya, kita buat kebaikan bukan kerana kita baik tapi kerana kita hamba Allah SWT. Kita solat bukan kerana kita warak tapi kita hanyalah seorang hamba yang hina dina di sisi Allah. Setiap ayat Quran yang kita baca kita hafal bukan semata-mata untuk dapat fadhilatnya tapi sebab kita sentiasa perlukan petunjuk hidayah Allah SWT. setiap doa yang kita baca, kita amalkan bukan kerana syifa’nya sahaja tapi kerana kita bergantung harap pada Allah.
Betulkan niat.. Setiap amal, ibadah, sedekah dan kebaikan yang kita lakukan jangan harap balasan meterial semata-mata. Allah tidak pernah janjikan duit yang berkepuk-kepuk, hidup yang kaya raya dan mewah, pangkat yang tinggi tapi Allah janjikan pahala dan syurga.
2. Kita bagi duit pada mak ayah bukan kerana mahu rezeki yang lebih besar dan melimpah tapi kerana mereka telah lama bersabar dan mengekang kemahuan kerana ingin membesarkan kita. Pengorbanan mereka memang tidak ternilai dengan duit yang kita hulur, perhatian dan kasih sayang yang kita bagi tapi sekurang-kurangnya kita berusaha untuk jadi anak yang soleh solehah.
Betulkan niat..Hulurlah duit atau bantuan sebanyak mana yang kita mampu dan jangan mengharapkan balasan daripadanya kerana ia membuatkan usaha kita tidak bernilai langsung.
3. Buat baik pada isteri bukan kerana ia boleh membuatkan hidup kita senang tetapi Allah janjikan ketenangan. Isteri adalah amanah, sedih jika layani isteri baik-baik kerana mengharapkan Allah ganjarkan sesuatu. Bila tidak dapat apa yang diharapkan maka layanan yang baik akan bertukar sebaliknya.
Betulkan niat.. Kita berumahtangga bukan kerana kita mahu rezeki daripadanya tetapi kerana kita takut kepada Allah. Berbuat baik pada isteri itu salah satu cara untuk kita taat dan tunduk pada Allah. Rezeki akan bertambah dengan izin Allah dengan asbab Ketaatan dan keikhlasan kita.
4. Berhentilah mengkritik setiap apa yang kita tak dapat, orang tu dapat. Yang baik rezeki, yang pada pandangan kita nampak tidak baik juga adalah rezeki. Bila kita mengharapkan lebih dari apa yang kita ada, kita mesti sanggup memberi sebanyak mana yang kita mampu. Jangan kedekut, lokek dan berkira nak korbankan waktu istirehat kita untuk Allah, wang ringgit untuk agama, masa dan kelapangan untuk tanggungjawab kita sebagai khalifah.
Luangkan masa, bangun malam solat tahajjud, puasa sunat, bersedekah, santuni anak isteri, buat baik pada ibu ayah. Jadikan ia sebagai amalan, lama kelamaan ia menjadi darah daging dan bersedialah menerima syurga Allah SWT.
Kita bukan sesiapa.. Kita hanyalah hamba.
Kredit: Aminah Mat Yusoff
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memanfaatkan dengan ‘memasukkan’ data-data positif pada anak-anak sebelum mereka tidur, itu lazim kita lakukan.
Ini memandangkan kita tahu ketika minda anak-anak berada pada separa sedar, setiap apa yang dibisikkan mampu mempengaruhi diri seseorang dari segi kesan fizikal atau emosi.
Hal yang sama dikongsikan oleh Najmi Nawawi dan turut mengingatkan beberapa perkara yang mungkin kita terlupa untuk buat pada diri sendiri.
Ini perkongsiannya.
Ramai yang sudah amalkan. Sebelum anak mereka tidur, dijadikan waktu terbaik untuk install segala perkara yang positif dalam minda anak-anak. Bisik terus pada telinga anak-anak, saat anak-anak mengantuk.
“Maryam budak yang baik.”
“Aisyah ialah anak solehah.”
“Maryam dengar cakap daddy mommy.”
“Aisyah sangat pandai dan bijak.”
Yang ramai orang tidak amalkan, ialah bisik pada diri sendiri. Untuk dapatkan hasil yang terbaik, ingat 3 langkah ini.
Pertama PENGAKUAN
“Najmi ialah seorang daddy yang baik.”
“Najmi seorang daddy yang bersabar.”
“Najmi parent yang baik untuk Maryam & Aisyah.”
“Najmi, daddy yang sangat bertanggungjawab.” inline_image_preview.
Kedua BAYANGKAN
Letakkan diri kita dalam pengakuan tadi. Bayangkan kita melaksanakan. Bayangkan Najmi tengah jaga anak-anak. Najmi tengah peluk anak-anak dan Najmi tengah didik anak-anak dengan penuh kesabaran. Cuba buat bayangan visual se-detail yang mungkin.
Ketiga RASAKAN
Letakkan diri kita dalam keadaan yang telah berjaya. Seronok. Bahagia. Bersama anak-anak. Senyum dalam kebahagiaan yang sebenar-benarnya. Saat ini, matlamat sudah tercapai. Seolah-oleh kita telah berjaya reset dan rewire minda kita.