Siapa yang tidak kenal dengan Neelofa, selebriti, usahawan, dan ikon fesyen terkenal di Malaysia.
Dikenali bukan sahaja kerana bakatnya dalam dunia hiburan, tetapi juga kejayaannya dalam bidang perniagaan, Neelofa kini semakin menonjol dalam peranannya sebagai seorang ibu.
Setelah bergelar ibu, kehidupannya lebih tertumpu kepada keluarga, dan terbaru, dia berkongsi pengalaman membeli barang keperluan di pasaraya, mencuri perhatian ramai dengan gaya keibuan yang semakin terserlah.
Neelofa menerusi perkongsian di Instagram (IG), video berdurasi lebih 1 minit itu memaparkan sedang mengambil bahan-bahan makanan kering dan basah.
Apa yang menarik perhatian, Neelofa turut menggunakan dua buah troli untuk kelengkapan bahan-bahan tersebut siap disusun kemas.
Ads
Biasalah, bila mak-mak masuk grocery, niat asal nak beli beberapa barang je, tapi akhirnya macam-macam masuk dalam troli. Dari barang dapur, keperluan rumah, sampai kudapan anak-anak semua diborong!
Apa yanh buat netizen terkejut, bukan sahaja troli tetapi resit pun jangan cakaplah, panjang berjela!
Ads
Ads
Meninjau diruangan komen meluahkan teruja melihat bekas pengacara meletop itu membeli barang dapur
Sumber: IG Neelofa
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kemalangan di Mesir, 8 pelajar Malaysia cedera, Wisma Putra beri bantuan. Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah dan Education Malaysia Egypt (EME) sedang memantau rapi situasi membabitkan lapan pelajar Malaysia dari Universiti Al-Azhar yang terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke Port Said, Mesir.
“Pegawai Education Malaysia Egypt segera melawat pelajar itu di Hospital As Salam Port Said untuk memberikan bantuan dan menilai keadaan mereka,” menurut Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut kenyataan itu, lima daripada pelajar itu mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.
“Tiga lagi yang sedang dalam pemerhatian akan dipindahkan ke Hospital Sayed Galal di Kaherah untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.
Wisma Putra memaklumkan bahawa Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah sudah memberikan sokongan kepada pelajar itu dan akan terus memantau keadaan dengan teliti mereka bagi memastikan kesejahteraan mereka.
Bagi bantuan konsular, pihak terbabit boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah di 10, Street 261, Maadi, Kaherah, Mesir.
Selain itu, pihak kedutaan boleh dihubungi melalui talian +20 225174210 dan kecemasan (selepas waktu pejabat) di +201 200276388 atau melalui e-mel mwcairo@kln.gov.my.
“Kementerian akan terus menyediakan maklumat terkini sekiranya perlu,” menurut Wisma Putra.
Education Malaysia Egypt dalam satu catatan di akaun Facebook miliknya menyatakan kemalangan kereta yang menimpa lapan orang pelajar Malaysia itu berlaku kira-kira 12 tengah hari semalam.
Lima pelajar itu ialah Muhammad Firdaus Yacob, Muhammad Adli Fitri Mohd Anuar, Shahrul Aiman Jaafar, Muhammad Zulfiqar Ahmad Tarmizi dan Muhammad Hazieq Badrisyah Norhamedon mengalami luka-luka ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.
Selain itu, tiga lagi pelajar, Muhammad Zafri Abdul Rasyid, Muhammad Sulhi Nazri dan Muhammad Rais Zafran Muhammad Shuhaimi telah dibawa ke hospital Sayed Galal untuk rawatan lanjut.
Ibu sedih anak cacat kekal, mangsa kebakaran ketika bermain dengan rakan. Seorang ibu meluahkan kesedihannya di media sosial apabila anaknya mengalami kecederaan serius akibat insiden kebakaran yang dipercayai berpunca daripada perbuatan rakan sendiri.
Menurut perkongsiannya, kejadian malang itu berlaku ketika seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan bermain api di dalam longkang menggunakan petrol yang dibawa sendiri dalam botol. Tindakan itu menyebabkan api menyambar kawasan sekeliling dan terkena anaknya yang berada berdekatan ketika itu.
“Salah seorang budak tu bermain api dalam longkang sambil bawa botol berisi minyak petrol. Minyak tu memang dia sendiri yang beli. Masa dia simbah petrol, api terus marak dan terkena anak saya yang sedang bermain,” tulisnya menerusi ruangan komen.
Apa yang lebih memilukan, menurut ibu itu, ketika anaknya sedang bergelut menahan kesakitan, seorang lagi budak menolak mangsa dan individu sama didakwa menyimbah petrol sekali lagi. Akibatnya, api semakin marak dan menyebabkan bahagian rambut, tangan, telinga dan kaki anaknya melecur teruk.
Anaknya hanya berjaya diselamatkan apabila pakciknya tiba di lokasi dan memadamkan api menggunakan bajunya sendiri.
Kini, mangsa telah menjalani tiga kali pembedahan dan mengalami kecacatan kekal pada kedua-dua belah kaki. Dia tidak lagi mampu berjalan seperti biasa dan memerlukan rawatan berkala di Hospital Ipoh setiap minggu.
Menurut ibu itu lagi, meskipun kejadian sudah berlaku lebih tiga bulan, tiada sebarang tindakan diambil terhadap individu terlibat. Kes dilihat seperti digantung tanpa sebarang penyelesaian.
“Dah lebih tiga bulan. Anak saya dah jalani tiga pembedahan. Sekarang kami ulang-alik ke Hospital Ipoh setiap minggu. Dia tak boleh berjalan, kakinya rosak kekal disebabkan tindakan tidak bertanggungjawab,” ujarnya sebak.
Beliau turut berharap agar kisah ini dapat disebarkan kepada umum supaya nasib anaknya mendapat perhatian dan keadilan dapat ditegakkan.
“Fokus sekarang nak rawat anak dulu. Semoga Allah beri kesembuhan, dan semoga urusan kami juga dipermudahkan. Saya nak bekerja semula, tapi keadaan belum mengizinkan,” katanya lagi.
Si ibu merayu agar pihak bertanggungjawab tampil menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya agar kejadian seumpama ini tidak berulang pada kanak-kanak lain.
Tular video yang memaparkan anak jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri sedang melakukan kerja pembungkusan barang-barang tempahan pelanggan secara online.
Menerusi video yang dimuat naik oleh isteri Alif, Datin Sri Nur Shahida di Instagram, puteri sulungnya iaitu Qadejah El Zahra dilihat sedang memberi arahan cara pembungksan yang betul kepada adiknya, Ibraheem Adham atau mesra disapa Baem. Qadejah atau mesra disapa Cess membebel apabila melihat adiknya Baem tidak melakukan kerja dengan betul.
Menerusi kapsyen, Shahida memaklumkan anak keduanya itu, Cess seorang yang teliti sebaliknya pula dengan Baem.
Dalam pada itu, Shahida juga meluahkan rasa syukur mendapat tempahan barang jualan sehingga memerlukan bantuan anak-anaknya.
“Bila Cikgu @qadejah_terlajaklaris garang sangat ajar adik dia Baem buat kerja. Qadejah ni jenis teliti kalau buat kerja mesti nak perfect. Bekerja pulak dengan Baem yang banyak main dari buat keje. Memang kena bebel la.”
“Alhamdulillah hari ni paling busy sebab nak siapkan packing untuk 20 ribu parcel. Syukur diatas rezeki yang melimpah ruah ni. Anak anak cuti awal sempena Deepavali, memang kena turun la ke office bantu sedikit sebanyak.”- Shahida di Instagram
Gelagat kedua orang anak pasangan usahawan ini mencuri perhatian netizen yang kagum dengan cara dua beradik biarpun bergelar orang kaya.
Kelihatan Cess tidak kekok membungkus barang yang ditempah mana kala Baem dikaitkan adik yang nakal.
“Anak no 3 datin.. tak syok r keje seyes²..xpe baem..acik memahamimu.”
“Style kakak qadejah macam mak dia sangat.”
“Bagusnya, satu family berkerjasama. Semoga business semakin maju.”
“Cer kira berapa kali kakak dia sebut baim..baim…”
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.