Takdir Allah mendahului segalanya. Seorang pelajar semester akhir di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu, yang bercita-cita menjadi ustazah, pergi menghadap Ilahi dalam satu kemalangan tragis di Kilometer 16, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, pada pagi Rabu.
Dalam kejadian sekitar jam 6.45 pagi itu, Nur Alya Fatnin Mohd Mawardzi, 22, bersama tiga rakan lain sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke IPG. Malangnya, kenderaan jenis Proton X50 yang dinaiki Allahyarham dirempuh oleh sebuah treler, mengakibatkan kejadian yang meragut nyawanya.
“Seluruh warga IPG dan IPGMKSM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarhamah Nurul Alya Fatnin, pelajar 10 PISMP PAI 2 yang kembalinya ke rahmatullah.
“Marilah kita mendoakan dan menyedekahkan al-Fatihah agar beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” kongsi TikTok rasmi IPGMKSM.
HAFIZAH 30 JUZUK AL-QURAN
“Arwah seorang anak yang sangat baik dan dia adalah hafizah yang sudah menghabiskan hafazan 30 juzuk al-Quran,” kata ibu arwah
Menurut ibu Allahyarham, Azizah Harun, 63, anak bongsu daripada lima beradik itu sedang dalam perjalanan pulang ke IPG selepas menyertai lawatan ke Indonesia bersama pensyarah dan rakan-rakannya.
Azizah berkata, Allahyarham sempat membalas mesej WhatsApp bapanya, Mohd Mawardzi Akhir, 65, sekitar jam 6.29 pagi tadi, yang bertanya mengenai lokasi mereka ketika itu.
Ads
Azizah memaklumkan bahawa pada sekitar jam 7.58 pagi, mereka menerima panggilan daripada rakan Allahyarham yang memaklumkan tentang kemalangan yang berlaku. Setelah itu, keluarga segera bergegas ke Hospital Gua Musang untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Menurut Azizah lagi, anak bongsunya itu sepatutnya menduduki peperiksaan akhir pada keesokan harinya sebelum merancang untuk menghabiskan cuti bersama keluarga di rumah mereka di Bukit Panau, Tanah Merah, Kelantan.
Meninjau di ruangan komen, rakan-rakan mengucapkan takziah dan mendoakan Allahyarham.
“Hafizah 30 juzuk al-Quran, orang yang baik. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman.”
“Tak sempat bergelar ustazah. ALLAH lebih menyayanginya. Takziah untuk keluarga.”
“Al-Fatihah buat arwah anak solehah Alya (al-hafizah). Semoga ditempatkan di syurga tertinggi, aamiin.”
Ads
@ipgmksm Seluruh warga IPGM dan IPGMKSM mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Nurul Alya Fatnin, Pelajar 10 PISMP PAI 2 di atas kembalinya beliau ke Rahmatullah pada hari ini. Marilah kita bersama-sama mendoakan dan sedekahkan Al-Fatihah agar beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Alfatihah. #pelajaripg#takziah#pismp#MIZANIS#fyp♬ original sound – Zee القرآن
TRELER GAGAL DIKAWAL
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo, memaklumkan bahawa siasatan awal mendapati treler jenis Volvo yang dipandu seorang lelaki berusia 28 tahun sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Lipis, Pahang menuju ke Gua Musang semasa kejadian berlaku.
Ads
“Setibanya di lokasi, pemandu treler tersebut hilang kawalan dan merempuh dua kenderaan, iaitu Perodua Axia dan Proton Saga.
“Treler itu kemudian melanggar bahagian belakang sebuah Perodua Axia dan Proton X50 yang berada di bahu kiri jalan,” katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa impak pelanggaran tersebut mengakibatkan pemandu Proton X50 cedera di bahagian kepala, manakala penumpang hadapan hanya mengalami kecederaan ringan.
Beliau menjelaskan bahawa penumpang belakang di sebelah kiri mengalami kecederaan pada bahagian pinggul, manakala seorang lagi penumpang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Kemalangan yang berlaku pada awal pagi itu melibatkan 13 individu, termasuk pemandu treler.
Superintenden Sik Choon Foo turut memaklumkan bahawa kes tersebut sedang disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana pemanduan secara melulu sehingga menyebabkan kematian.
Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan insiden ini diminta untuk menghubungi talian 09-9121222 bagi membantu siasatan lanjut.
Baru sahaja Kementerian Pendidikan (KPM) membenarkan semula pelaksanaan aktiviti luar yang sebelum ini ditangguhkan berikutan cuaca panas. Namun semalam kita dikejutkan dengan berita yang ada seorang pelajar tingkatan tiga mengalami strok haba ketika menyertai aktiviti larian.
Hal ini mendapat pelbagai reaksi dan antaranya yang meninggalkan komen awal di facebook Sinar Harian berkenan berita tersebut adalah Cikgu Fadli Salleh yang tidak asing lagi buat kita semua.
“Aduh. Baru je KPM benarkan aktiviti luar. Murid-murid baru je gembira, dapat berita gini tak sedap hati nak buat aktiviti luar masa PJ ni. Main bawah bangunan je la sementara ni. Seram” Itu antara komen awal daripada Cikgu Fadli Salleh bila terbaca berkenaan paparan berita ada seorang pelajar mengalami strok haba ketika menyertai aktiviti larian yang dilaksanakan oleh pihak sekolah.
Ini sekali gus turut menarik perhatian ramai ibu ayah yang turut bimbang dengan keselamatan anak-anak mereka yang dikatakan bakal terlibat dengan aktiviti merentas desa di beberapa sekolah.
Pelajar Alami Strok Haba, Gara-gara Aktiviti Larian
Memetik berita yang dikongsikan Sinar Harian, Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata, pelajar lelaki berusia 15 tahun itu dibawa ke Hospital Pekan selepas mengalami simptom suhu badan terlampau melebihi 39 darjah Celsius, degupan jantung meningkat selain percakapan dan fungsi otak terjejas.
Menurutnya, pelajar tersebut diberi rawatan hidrasi dan sokongan sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.
“Pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) HTAA dan keadaannya semakin stabil,” katanya melalui satu kenyataan pada Rabu.
Dr Nor Azimi berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dan mengehadkan aktiviti di luar dalam cuaca panas.
“Gunakan pelindung diri dan sentiasa mengekalkan tahap hidrasi untuk mengawal-atur suhu badan.
“Sentiasa awasi gejala keletihan dan strok haba dan segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya mengalami gejala penyakit akibat cuaca panas,” katanya.
Lelakimenangis akibat terkandas bersama jenazah bapa mentua di tepi jalan, kenderaan dipandu rosak. Hajat seorang lelaki untuk membawa bapa mentuanya tinggal bersama tidak kesampaian selepas kenderaan yang dinaiki mereka berdua rosak di tepi jalan.
Lelaki itu yang dalam perjalanan dari Sandakan ke Bongawan, Papar, pilu selepas terkandas bersama jenazah bapa mentuanya di jalan simpang Kota Belud pada Ahad akibat kenderaan mereka rosak.
Lelaki Menangis Kerana Terkandas Bersama Jenazah Bapa Mentua Di Tepi Jalan, Kenderaan Dipandu Rosak
Kejadian itu dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook Mohd Ariff Ahmad menerusi hantarannya beberapa jam lalu.
Malah, pemilik akaun tersebut juga telah membuat video secara langsung selama lebih 40 minit mengenai keadaannya yang sedang terkandas bersama jenazah bapa mentuanya.
“AL-FATIHAH UNTUK BAPA MENTUA…BARU MAHU BAWA DI KAMPUNG BERSAMA KAMI, RUPANYA MENINGGALKAN KAMI SEMUA.
Menurut perkongsiannya, lelaki tersebut mahu membawa bapa mentuanya menetap di kampung tetapi telah meninggal dunia dalam perjalanan dan mereka terkandas akibat kenderaan yang dipandunya rosak.
“(Kami) dari Sandakan dalam perjalanan pulang ke Bongawan, pam brek bocor terkandas beberapa jam sini. Kami berdua saja sekarang membuatkan air mata mengalir,” tulisnya.
Kalau makan nasi takdak sambai belacan rasa lagu mana tak tau. Sambai belacan ulam perghhh memang bertambah nasi.
Kakyana nk share cara kakyana buat sambai belacan. Ni style mak tok kakyana. Apa apa pun sambai belacan ni belacan main peranan penting. Dapat belacan sedap sedap la sambai tu.
Cara ada kat gambar. Cara kakyana tau… ikut selera dan citarasa ampa.
Bahan :
Cabai melaka
Belacan – bakar
Asam jawa
Gula
Garam
Cara Membuatnya :
Cabai melaka (nak campur cabai hidup yang merah pun boleh tapi kakyana ikut style mak tok n mak mentua depa suka pakai cabai melaka ja lagi marvelousss) , belacan (wajib bakaq baru umphhh), asam jawa (pakai yg biji ni lagi sedapp walaupun ada yg. ready use tpi untuk sambai umphhh pakai yg biji ni lagi terangkat) , gula garam.
Haaaa ni asam jawa biji ni. Nampak x kakyana boh aiq panas sikit lepas tu ramai nak ambik air dia.. Pekatt kann pekat ni sedapp nihhh.
World Quran Convention 2025 mengetengahkan tema ‘Trade With Allah’ berasaskan Surah Al-Saff sebagai panduan utama solusi ekonomi Islam global. Program dua hari ini membuka ruang memahami keseimbangan antara spiritual dan ekonomi moden.