Satu kes kekejaman rumah tangga apabila seorang wanita muda berusia 21 tahun menjadi mangsa pembunuhan di tangan suami sendiri di rumah sewa mereka di Ciwastra, Bandung, pada hari Rabu yang lalu. Kejadian kejam ini berlaku di Bandung, Indonesia.
Menurut saksi yang dikenali sebagai Kania, sebelum kejadian dia melihat suspek mundar mandir di kawasan rumah mereka.
“Kemudian selepas saya kembali semula ke rumah mereka, saya dapati titisan darah terlihat di lantai.
“Mangsa ketika itu masih hidup dan ibu kandungnya sempat datang untuk menyelamatkannya,” katanya kepada Detikjabar pada Khamis.
Tambah Kania yang juga merupakan jiran kepada mereka, sebelum disahkan meninggal dunia, mangsa sempat memanggil panggilan ibu sebanyak dua kali.
Ads
“Sebelum pergi, dia sempat memanggil ‘mamah’, ‘mamah’.
“Akhirnya mangsa meninggal dunia dipangkuan ibunya,” ujarnya.
Jelasnya, dia juga tidak dapat mengenal pasti peralatan yang digunakan suspek untuk membunuh mangsa.
Ads
“Cuma yang saya dapat lihat adalah selain darah dilantai darah juga dapat dilihat dari ruang tamu sehingga ke bilik mereka,” katanya.
Suspek dikenali sebagai D,30 sementara mangsa dikenali sebagai Siti Oktaviani.Pasangan ini baharu setahun berkahwin.
Sementara itu polis mengesahkan kejadian berkenaan dan sedang mencari pelaku yang berjaya melarikan diri selepas insiden tersebut.
“Betul telah terjadi kejadian pembunuhan suami terhadap isteri pada Rabu jam empat petang,” kata polis Buahbatu Iptu Purnomo kepada pemberita pada Khamis.
Ujarnya lagi, polis masih menyelidik motif pembunuhan berkenaan.
“Suaminya melarikan diri dan kita masih mencari suspek,” katanya. – Agensi
Siapa yang pernah duduk asrama, pasti tahu ragam dan teletah setiap rakan-rakan. Malah banyak kisah lucu akan tercipta dan itulah kenangan yang pasti akan digamit suatu hari nanti.
Bercerita pasal asrama, aspura dan aspuri ada kisah yang tersendiri.
Jika aspuri, ramai yang mengaitkannya dengan histeria kerana disifatkan perempuan sebagai lemah semangat dan aspura pula banyak mengaitkannya dengan kes buli.
Namun perkongsian dari seorang pemuda di aplikasi TikTok telah membongkar rahsia asrama lelaki.
Sebuah video yang merakamkan situasi kekecohan berlaku di sebuah bilik asrama yang bertukar panik apabila ‘dicerobohi’ oleh seekor tikus.
Suasana menjadi lebih riuh rendah apabila 20 orang pelajar yang berada dalam dorm tersebut cuba menghalau tikus tersebut namun tidak berjaya.
Situasi riuh rendah itu sempat dirakamkan oleh salah seorang pelajar yang berada di dalam bilik tersebut iaitu Muhammad Hilman Danish Mohd Liza yang menjelaskan kejadian berlaku di sekolahnya yang terletak di Selangor.
“Kejadian itu berlaku selepas prep (ulangkaji) pukul 11.30 malam tahun 2022. Waktu tu Ahad malam, kami bercadang nak gotong-royong bersihkan dorm.
“Jadi, ada sebahagian daripada kami dah gerak balik ke bilik dulu untuk buat kerja pembersihan.
Apabila kami yang lain ni sampai, nampak mereka macam sedang ‘berperang’. Jadi kami yang tak tahu cerita ni tanyalah mereka yang dah sampai lebih awal.
“Rupa-rupanya ada tikus. Tikus tu datang dari longkang dan orang yang perasan tikus tu dahulu adalah salah seorang daripada ahli dorm saya,” ujar Danish ketika dihubungi
Menurut Danish yang kini berusia 18 tahun, dia dan hampir semua rakan lain berasa takut dan geli untuk memegang binatang yang dianggap kotor itu.
Dalam masa sama, walaupun menyedari ia merupakan makhluk perosak dan membawa penyakit, mereka tidak tergamak untuk membunuh haiwan itu yang dianggarkan berukuran 20 sentimeter.
Pemuda yang berasal dari Kampung Sungai Buah, Dengkil, Selangor ini berkata, mereka mencari inisiatif lain dengan cuba menghalau keluar tikus itu menggunakan penyapu dan mop seperti dapat dilihat dalam video.
“Nak bunuh pun tak sampai hati sebab ‘dia’ pun makhluk Allah. Kami cuba halau supaya pergi ke luar bilik tapi ‘dia’ lari terlalu laju.
“Hanya dua orang daripada kami yang berani nak halau tikus tu keluar bilik. Yang lain cuma mampu kepung dari pelbagai arah supaya ‘dia’ tak lari ke celah-celah atau tempat sempit dalam bilik.
“Lebih kurang seminit jugalah kami halau dan akhirnya dia keluar sendiri hidup-hidup masuk longkang semula. Memang tak sempat pun nak tangkap masa tu,” imbas Danish.
Susulan video kejadian yang dikongsi Danish, rata-rata netizen terhibur melihat kekecohan yang tercetus di mana kumpulan pelajar itu dilihat menjerit, terlompat-lompat malah ada yang berlari tanpa arah gara-gara takut dengan haiwan tersebut.
Menurut Danish, setelah video tersebut dimuatnaik, pelbagai komen diterima.
“Saya terhibur baca komen-komen netizen. Sampai ada yang cakap ni aspura ke aspuri.
“Rupanya bila tengok balik video, memang saya rasa riuhnya dorm masa kejadian tu.
“Apa-apa pun saya anggap perkara yang terjadi malam tu antara momen manis ketika berada di asrama. Semua kenangan ni tak boleh dibeli dengan wang ringgit,” ujarnya.
Penyanyi yang sedang meningkat naik, Masya Masyitah sejak akhir-akhir ini sering diperhatikan gerak-gerinya oleh para wargamaya. Bermula dengan tuduhan yang dia sudah berkahwin, fesyen yang ditampilkan juga sering mendapat kritikan dari netizen.
Terbaharu posting dari Instagram penyanyi yang lahir dari program Ceria Popstar ini mengundang perdebatan netizen kerana, Masya atau nama sebenarnya, Siti Nurmasyitah telah memuatnaik video memakan sotong dan udang yang masih hidup dengan penuh selera ketika berada di sebuah pasar malam di negara seberang.
Manakala di bahagian kapsyen hantaran itu, Masya mengatakan dirinya sendiri tidak menyangka bahawa dia mampu untuk menikmati haiwan laut itu secara hidup-hidup.
‘Nampak mustahil sampailah ianya selesai.’
Bukan itu sahaja, turut kelihatan Masya tidak kekok untuk menghabiskan sotong hidup itu sebaik saja ianya dihidangkan oleh peniaga di pasar berkenaan.
Bagaimanapun, aksi berani Masya itu telah mendapat kecaman netizen kerana rata-rata mengatakan penyanyi berusia 23 tahun kurang peka dengan hukum agama.
Malah, mereka turut risau sekiranya tindakannya itu menjadi ikutan orang lain terutamanya yang beragama Islam.
Tindakan awak mengelirukan umat Islam yang lain. Orang mula bertanya “eh boleh eh makan sotong macam itu?” Astaghfirullah.. Bertaubat lah sis.
Tidak hanya dengan itu, ada segelintir warganet yang menyelar perbuatan Masya dengan melabelkan dirinya sebagai seorang yang pengotor kerana makan haiwan yang tidak dicuci terlebih dahulu.
Seorang lelaki tidak menyangka bahawa pasu bunga hasil dari selimut buruk dan tuala koyak yang dihasilkannya mendapat sambutan ramai sejak ianya tular.
Menurut anak kedua daripada lapan beradik itu, proses pembuatannya mengambil masa sehari di mana bahan yang telah dicelup dengan simen perlu dikeringkan.
Selimut atau tuala perlu dicelup dengan simen itu akan menimbulkan kesan 3D (tiga dimensi).
“Daripada kain atau tuala buruk tu dibuang, lebih baik lakukan sesuatu denganya,” ujarnya yang turut terlibat membuat kerja-kerja pembinaan rumah secara sambilan.
Kalau ada permintaan, saya pertimbangkan untuk menjualnya sebagai pendapatan sampingan.
“Selepas kering, saya sapu lagi satu lapisan simen untuk pasu bunga tu lebih tebal dan kukuh. Pagi buat, petang dah boleh kering selepas jemur. Bila dah kering, baru boleh cat.
Pok Lie berkata, setakat ini kira-kira 20 pasu bunga pelbagai saiz dan bentuk telah dihasilkannya, sambil menambah pada mulanya kesemuanya dibuat untuk kegunaan di rumah.
“Cuma cabarannya kalau cuaca hujan sebab pasu-pasu bunga yang disalut simen tu perlu dikeringkan terlebih dahulu,” katanya sambil menambah kebanyakan bahan terbuang diperoleh daripada keluarga dan rakan-rakan.
“Tapi bila dah susun dan jemur di luar rumah, memang mudah dilihat orang-orang kampung. Ada orang kampung nampak terus berminat nak beli.
“Sebenarnya apa yang saya lakukan ini lebih kepada kepuasan. Saya tengok macam mana orang buat di laman YouTube, dan saya buat mengikut kreativiti sendiri.
Michelle Yeoh mencipta pencapaian membanggakan apabila dinobatkan The Asian Filmmaker of the Year 2026 sempena Festival Filem Antarabangsa Busan ke-31.