Jika dilihat pada gadis-gadis lain seusia dengannya, pasti jauh perbezaan. Sedang rakan-rakan memilih untuk bergerak terus dalam dunia digital namun gadis ini memilih untuk mendalami seni budaya tradisi bangsa uang cukup dicintainya.
“Secara jujurnya, saya memang berminat dengan seni budaya tradisi bangsa kita yang tinggi nilai estetikanya.
“Saya meminati seni silat dengan menyertai Pertubuhan Silat Seni Gayung Malaysia kira-kira 10 tahun lalu semasa di tingkatan satu,” katanya.
Amira yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Utama Sungai Buloh, Selangor berkata, hatinya tertarik pada silat setelah melihat abangnya melakukan tarian silat ‘bunga tanjung’.
Jelasnya lagi, rentetan itu, dia terus aktif dengan aktiviti persilatan dan menyertai pelbagai pertandingan silat.
“Saya mula aktif semasa di sekolah dengan mempelajari seni ‘tarian’ dan buah persilatan.
“Pada masa sama, saya menyertai pertandingan silat semasa peringkat sekolah hingga universiti.
“Saya turut bertanding dalam Sukan Institut Pengajian Tinggi (SUKIPT) pada tahun lalu dan berjaya memperolehi gangsa menerusi silat olahraga puteri kategori kelas B,” katanya.
Amira menjelaskan, silat sudah sebati dengan dirinya dan seni itu banyak mengajarnya tentang disiplin dan memantapkan ukhuwah sesama insan.
Anak kepada pasangan Amri Hassan, 61, dan Zabedah Mohamad, 61, itu menambah, silat adalah aktiviti yang menyihatkan dan mampu memberi stamina bagi menjalani kehidupan seharian.
“Saya juga gemar melakukan aktiviti ‘outdoor’ bersama rakan-rakan di kawasan semula jadi seperti tepi sungai dan bukit.
“Aktiviti sedemikian membolehkan saya meredakan stres setelah penat menghadiri kelas yang memerlukan tumpuan 100 peratus,” katanya.
Menjawab pertanyaan tentang isu kebebasan bersuara dalam kalangan pelajar universiti, Amira berkata, golongan tersebut wajar diberi hak melontar pendapat selagi tidak bercanggah dengan undang-undang.
Katanya lagi, mungkin ada perkara yang terlepas pandang oleh pihak di atas, namun disedari oleh golongan pelajar.
“Jadi, kami mahasiswa akan bersuara tentang perkara tersebut.
“Biarlah siswa diberi peluang dan ruang untuk memberi pendapat kepada pihak terlibat.
“Namun, platform yang digunakan perlulah terkawal dan kondusif,” katanya lagi.
Mengulas mengenai artis dan yang digemari, gadis manis itu memberitahu, dia amat meminati lagu tradisional nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris.
Ads
Untuk segmen lakonan, gadis periang itu berkata, dia begitu menggemari drama dan filem lakonan pelakon Beto Kusyairy.
“Minat dalam bidang seni dan teknologi maklumat bukan sesuatu yang pelik pada era digital ini.
“Kita boleh menonton YouTube pada bila-bila masa untuk melihat video dan lakonan artis yang kita sukai dari seluruh dunia.
“Namun, menikmati hiburan biarlah berpada-pada, jangan sampai hilang fokus kepada pelajaran,” katanya.
Katanya, sebagai seorang pesilat, dia juga meminati tarian tradisional seperti zapin, mengumpul busana Melayu dan membaca buku sejarah tentang Tanah Melayu.
“Hobi-hobi tersebut turut disertai minat membaca novel dan menyanyi,” ujarnya.
Peminat pasukan Liga Perdana Inggeris, Manchester United itu berkata, minat terhadap bidang sains komputer telah mendorongnya menyimpan cita-cita untuk bergelar pembangun perisian yang berjaya pada suatu hari nanti.
Ads
Namun buat masa ini, dia ingin melengkapkan pengajian semasa yang masih berbaki satu semester.
“Sebagai orang muda, jangan bazirkan masa dengan perkara-perkara tidak berfaedah.
“Inilah masa untuk kita menuntut pelbagai Ilmu.
“Bagaimanapun, jangan kita menuntut ilmu akademik sehingga lupa tentang adat dan budaya.
“Ini kerana nenek moyang kita kaya dengan harta intelek bangsa yang dipelihara zaman-berzaman,” jelasnya.
Akhir bicara, Amira menitipkan pesanan kepada para belia supaya jangan terlalu mengejar kemajuan teknologi.
Ujarnya, adat dan budaya bangsa juga perlu dipelihara supaya tidak ditelan arus kemodenan.
“Sukar Dibayangkan Bila Pasangan Menemui Allah Dulu, Yang Tinggal Pasti Kesunyian.”
Luhur dari hati seorang suami. Demikian yang boleh diungkapkan dengan perkongsian dari, Pakar Sakit puan Terkenal, Dr Hamid Arshat di laman facebooknya.
Selama 47 tahun bergelar suami isteri, ini antara nasihat dan pedoman yang dikongsikan oleh Dr Hamid dan baik untuk dipraktikkan oleh setiap pasangan lain jika mahu rumah tangga kekal bahagia.
“Alhamdulillah kita berdua capai umur 72 tahun, dikurniakan kesihatan, keimanan dan kebahagiaan hidup bahagia bersama selama 47 tahun. Semoga terus dirahmati dan diberkati Allah.
Bila sudah berumur, kita semakin sensitif dan mudah tersinggung, mudah marah dan konflik mudah timbul. Ini boleh mengancam kehormonian dan keutuhan hubungan suami isteri. Sedangkan lidah mudah tergigit, ini pula suami isteri.
Jangan suka mengungkit hal-hal yang lepas, khususnya yang negatif, tak sedap didengar, mengguris perasaan serta menimbulkan kemarahan.
Bila pasangan kita naik suara, berang, tak mahu mengalah, lari keluar, elakkan perang mulut, jauhkan diri agar sejuk hati. Begitu juga bila isteri berleter, larikan diri. Saya mengalah, surrender. No argument. Ha, ha, ha. Laugh it off.
Makanlah saja yang isteri masak, kalau sedap puji dia. Kalau tak sedap telan saja, buat tak tahu. Jangan bersuara. Tak guna bertengkar. Life too short.
Kalau pasangan kita tidur berdengkur, jawa kata ngorok dan ganggu kita nak tidur, lari pergi tidur diatas sofa. Ha, ha ha. Bila dia terkejut dan tengok pasangan tiada sebelah, paniklah dia mencari2. Lawak saja.
Saya lihat orang perempuan tak jemu-jemu membeli belah, kalau untuk beli keperluan dapur saya faham, tapi untuk beli lain-lain saya pun tak faham. Tak apalah biar dia pergi shopping till she drops, saya tunggu sambil minum kopi dan baca newspaper atau lainlain. Tak boleh komen apa dia beli. Ha, ha, ha……
Sebenarnya dalam umur macam kita, yang penting ialah companionship. Teman sejati, sehidup dan semati. Siapa pergi dulu Allah sahaja yang mengetahui. Dulu sudah sibuk bela dan besarkan anak-anak, sekarang kita perlukan privacy pula. Walau macam mana keadaan, hidup berdua dirumah sendiri tetap seronok dan menggembirakan. Tapi suka anak-anak dan cucu-cucu datang kerumah untuk makan bersama. Sukar dibayangkan bila pasangan menemui Allah dulu, yang tinggal tentu kesunyian.
Tudung antara koleksi yang paling banyak dikumpul oleh wanita yang berhijab. Namun, satu masalah yang selalu melanda adalah di mana nak menyimpan tudung terutama yang rajin membeli. Lebih-lebih lagi kalau ruang agak terhad.
Jika nak tudung tersusun kemas dan tidak diletakkan merata-rata, boleh cuba buat almari khas untuk tudung anda. Saudara Shafiq Abdul Hamid kongsikan caranya dengan menggunakan paip PVC dan plywood.
Buat ibu-ibu yang nak menjimatkan ruang dan dalam masa yang sama memudahkan ketika nak dipakai, apa kata cuba cara ini.
Projek buat almari tudung. Terbaik idea ni 😍 Saiz paip pvc putih 4 inci.. boleh lah try buat
Mempunyai anak kecil di dalam rumah sememangnya menuntut penjagaan yang cukup rapi. Lebih-lebih lagi ruang yang boleh mendatangkan kemalangan atau kecederaan buat mereka. Antaranya termasuklah ruang dapur dan bilik air. Sememangnya bilik air antara ruang yang cukup sensitif dan ibu bapa kena alert terutama lantainya yang licin boleh menyebabkan anak-anak terjatuh dan sebagainya.
Perkongsian ibu bernama Hani Mynismungkin boleh dijadikan panduan. Beliau mengubahsuai tandas supaya menjadi lebih child friendly!
Ayuh kita lihat bagaimana hasilnya. Mana tahu boleh try di rumah sendiri. IDEA PENSTORAN BILIK AIR (CHILD-FRIENDLY)
Alang2 setiap hari Selasa hani buat deep cleaning bilik air, hani kongsi idea penstoran yg ada dalam bilik air.
Biasalah selalu berangan nak ada bilik air spa-like gitu, tapi memandangkan ni satu satunya bilik air kat rumah sewa ni, Hani pastikan bilik air ni praktikal untuk kita orang sekeluarga (terutamanya untuk budak bertuah Aqil ?) So deep cleaning bilik air hn merangkumi:
spray clorox dalam mangkuk tandas. Sementara buat kerja lain, clorox tengah menjalankan tugasnya dgn jayanya. 2) Bersihkan lantai dan dinding dgn magic span
3) Spray cermin dengan pencuci cermin
4) Bersihkan dalam sinki dengan magic span
5) Rendam mainan Aqil dengan dettol + air panas
6) Bersihkan rak sabun
7) Bersihkan mangkuk tandas Dah siap. Total masa: tak sampai 20 minit (tak smpai setengah jam pun sbb hari2 masa mandi kita jirus gosok2 lap2 sikit mana yg patut ?)
P/s: Maaf kalau gambar sensitif (bilik air kan? ?) tapi hanya berkongsi idea penstoran. Kalau deko2 tak cantik mana pun bilik air ni hahaha
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Digilis lori simen ketika berhenti di lampu isyarat, warden penjara maut. Seorang warden penjara maut dalam tragedi menyayat hati apabila motosikal ditunggangnya digilis sebuah lori simen ketika berhenti di lampu isyarat di Lebuh SPA berhampiran persimpangan pusat pelupusan sampah Sungai Udang petang semalam.