Gaji baru je masuk seminggu, dah tinggal berapa kerat je lagi dalam bank. Tiap bulan macam tu lah. Bosan juga hadap situasi sama tiap bulan.
Kalau yang sabar, boleh lah hadap megi sebagai pengganti KFC dan Mcd. Tapi kalau jenis gelojoh memang kad kredit lah jawabnya.
Sebelum jatuh terduduk, baik korang cuba benda yang saya nak kongsi ini. Cara ini mungkin nampak old school, tapi inilah yang saya buat sejak 2 tahun lepas.
Langkah 1:
Ajak pasangan duduk bersama. Bincang dan tulis semua perbelanjaan bulanan korang. Rujuk gambar 1 di bawah. Saya ada sertakan contoh yang saya sendiri buat.
Saat ini, jangan nak kelentong lagi. Kalau spend duit untuk kereta pun tulis. Beli tudung hari-hari pun tulis. Lutsinar (transparent) antara satu sama lain.
Langkah 2:
Bandingkan perbelanjaan korang dengan gaji yang masuk setiap bulan. Kalau korang ada elaun, side income, bonus, terpulang kalau nak kira sekali pun, okay aje.
Hah macam mana gaji vs belanja? Positif atau negatif?
Kalau positif, syabas dan tahniah. Sesungguhnya anda tergolong dalam golongan yang sabar. Haha
Tapi kalau negatif, sila baca sampai habis.
Langkah 3:
Sila jenguk semula pada catatan di langkah (1) tadi. Potong dan kurangkan dekat belanja yang rasa tak perlu. Waktu ini, tepuk pipi dan sedarlah dari mimpi. Yang anda sedang menarah bukit yang tak wujud pun sebenarnya.
Langkah 4:
Setiap kali gaji, simpan dulu duit siap-siap sebelum guna. Berapa amaun yang kena simpan?
JUMLAH GAJI – (KOMITMEN + BELANJA) =SIMPAN
Katakan ada bulan yang korang dapat lebihan elaun/bonus. Tempat yang sepatutnya adalah pada simpanan. Bukan pada belanja. Faham eh?
Langkah 5:
Cari angpau raya tahun lepas. Then masukkan setiap amaun duit yang dah ditulis pada langkah 1. *1 jenis belanja = 1 sampul.
Wajib tanda besar-besar. Kang takut terseluk sampul yang salah pulak. Rujuk gambar 2.
Ini yang saya buat. Awal-awal ni, buat lah cecantik dulu. Nanti dah lama boleh lah hodoh-hodoh macam saya buat tu hahaha
Langkah 6:
Tampal kertas untuk catat “duit keluar” dari sampul. Setiap sen yang keluar wajib tulis! Lekatkan ia berdekatan dengan deretan sampul tadi. Pen jangan lupa. Nanti tercari pen sampai lupa nak catat.
Langkah 7:
Setiap kali next gaji masuk, check dan audit semua sampul. Tally atau tak dengan catatan keluar masuk.
Bagaimana jika ada duit lebihan dalam angpau?
Haaa.. Yang ini korang boleh tambah lagi 2 tabung special. Tabung derma dan tabung travel. Haa baru lah ada motivasi nak menyimpan lebih. Nak enjoy lebih kena lah berjimat lebih, kan? Hehe
Itu sahaja tips old school saya. Mudah je kan?
Apapun, ianya berbalik pada disiplin diri kita sendiri. Ini sekadar salah satu usaha kecil kita. Lebih dari itu kita serah lah pada yang Maha Kaya.
Kadang ada masanya kita terlupa untuk membuka lampu kereta ketika memandu pada malam hari. Lebih-lebih lagi tempat yang dilalui itu terang dengan lampu yang ada disekelilingnya.
Situasi ini bukan sahaja membahayakan diri, malah orang di sekeliling kita juga turut mengundang bahaya jika tidak perasan kewujudan kita.
Baru-baru ini, tular satu video rakaman dari dashcam yang menarik perhatian orang ramai apabila seorang pemandu menunjukkan satu cara yang bijak untuk menegur pemandu yang terlupa membuka lampu kereta.
Melalui video tersebut, kelihatan sebuah kereta yang muncul dari sebelah kiri masuk ke dalam simpang yang agak gelap jalannya. Sebaik sahaja pemandu itu menghampiri palang had tinggi, dapat dilihat dengan jelas dia tidak membuka lampu kereta sekaligus menarik perhatian pemandu yang berada di belakangnya. Mungkin juga kerana lampu dari kereta belakang agak cerah menyebabkan pemandu itu menyangka dia telahpun membuka lampu keretanya.
Untuk menegur pemandu yang terlupa membuka lampu kereta itu, pemandu di belakangnya kemudian memadamkan lampu keretanya. Sebaik sahaja dia menutup lampu kereta, keadaan di jalan itu menjadi gelap gelita menyebabkan pemandu tersebut segera membuka lampu keretanya sendiri.
Tindakan bijak yang dilakukan oleh pemandu ini turut menerima pujian dari netizen kerana ia antara cara terbaik untuk menegur pemandu lain tanpa perlu membunyikan hon. Kebiasaannya jika membunyikan hon, ramai pemandu yang tidak dapat ‘menangkap’ apakah maksud di sebalik hon tersebut.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut berterima kasih dengan perkongsian yang diberikan ini. Malah ada yang tidak pernah terfikir untuk melakukannya setiap kali berhadapan dengan pemandu yang tidak membuka lampu kereta semasa memandu.
Tidak semua anak membesar dengan baik dan menuruti segala kata-kata ibu ayah. Apabila berhadapan dengan situasi sebegini, adakalanya boleh membuatkan ibu bapa pening kepala dan buntu bagaimana cara untuk mengatasinya.
Memulakan dengan kata-kata yang baik adalah kunci kepada segala kebaikan. Jom cuba ikut perkongsian oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood dalam mendidik anak-anak di zaman ini. Ingatlah bahawa setiap kata-kata kita adalah satu doa!
Keluarkan Kata-Kata Baik
Sentiasa mengeluarkan perkataan yang positif buat anak-anak kita seperti anak bertuah, anak bijak, anak mama sayang, anak ayah sayang dan sebagainya. Elakkan sama sekali perkataan negatif buat anak kita ketika kita sedang marah. Takut dan dibimbangi kata-kata yang kita gunakan ini mustajab kerana ianya satu doa.
Tegur Dengan Baik
Tegurlah anak dengan penuh berhemah dan kasih sayang. Anak-anak adalah ujian dari Allah, buat ibu dan ayah bagi menilai kesabaran mereka dalam mendidik anak-anak. Jadi tegurlah mereka dengan baik, penuh berhemah dan kasih sayang. Gunakan perkataan yang paling baik dan nada lembut dalam menegur mereka.
Sentiasa Gunakan Nama Allah
Sentiasalah gunakan nama Allah dan Rasulullah. Sebagai contoh, “Anak ibu sayang Allah dan Nabi tak?” Kalau sayang Allah jangan tinggalkan solat dan jangan lawan cakap mak ayah sebab kita semua nak masuk syurga dan dapat syafaat daripada Allah SWT. Sentiasalah gunakan nama Allah dalam seharian bagi mendidik sifat mulia anak.
Banyakkan Berdoa
Kunci kepada segala kebaikan adalah berdoa kepada Allah SWT. Ibu dan ayah janganlah putus doa pada anak. Sentiasalah berdoa kepada mereka untuk terus menjadi anak yang baik, patuh pada ibu ayah dan menjadi anak yang terpuji.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap ibu bapa pasti akan berasa bangga dan gembira melihat anak mereka berjaya menamatkan pengajian di menara gading. Betapa rasa syukur itu hingga sukar untuk diluahkan dengan kata-kata.
Seakan segala penat jerih membesarkan anak dengan berkorban masa dan tenaga selama ini terbalas sudah.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Apatah lagi bila memikirkan kos pembiayaan melanjutkan pelajaran di universiti swasta, nyata bukan sikit jumlahnya. Namun sebagai ibu bapa akan kita usahakan mencukupkan keperluan demi masa depan anak-anak.
Lantaran itu, apabila melihat anak tamat belajar dan diraikan di majlis konvokesyen dengan mengenakan jubah konvo sambil menggenggam segulung ijazah adalah momen yang cukup bermakna di hati ibu dan ayah.
Begitulah juga yang cuba dikongsikan oleh pelakon dan usahawan Rozita Che Wan di akaun instagramnya apabila anak lelakinya Aniq Ezra berjaya menamatkan pengajian di Taylor’s University baru-baru ini.
“Berbaloi la mak hang berkepak caqi duit nak bayaq fees Taylor’s University … bukan sikit-sikit duit chek oiiii ..
“Tapi syukur Alhamduliilah , dengan izin Allah swt double degree dalam tangan🤲
“Dear @aniqezra I hope you will continue working hard to make yourself a completely successful man. Btw enjoy ur trip 🤗,” Kongsi Cik Ta meluahkan rasa gembiranya melihat kejayaan anaknya itu.
Meninjau di ruangan komen, peminat Cik Ta turut mengucapkan tahniah dan tumpang gembira di atas kejayaan anak keduanya itu. Malah tidak kurang juga yang menyakat dengan memberi komen mengatakan dua beranak ini ibarat kakak dan adik, betapa Che Ta begitu nampak muda dan bergaya.
“Syukur Alhamdulillah. Tahniah ibu dan anak! Mcm kakak dan adik dah ni. wowww sgt Che Ta! ❤️❤️❤️.”
“Impian setiap ibu…anak membesar dgn baik…ada pejalaran…ada ilmu dunia akhirat ..bestnyaaa anak dah besar huhu”
Rozita Che Wan berkongsi pendekatannya sebagai ibu mentua yang santai, selain mendedahkan nasihat yang sering diberikan kepada anak lelakinya demi kebahagiaan rumah tangga.