Apabila dapat duit gaji ramai yang merungut tidak dapat membuat simpanan. Dengan alasan pelbagai jenis perbelanjaan yang kena diselesaikan sehingga gagal untuk menyimpan.
Sebenarnya ada cara ‘paling kedekut’ yang boleh digunakan untuk bantu kita menyimpan duit setiap bulan.
Nak tahu caranya, ikuti perkongsian Marlia Ramli pengalamannya yang sanggup displin diri untuk memastikan dapat menyimpan duit setiap bulan. Moga menjadi inspirasi buat semua.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
1 – Akak graduated ketika usia muda remaja. Terima ijazah pada tahun 2004, umur 22 tahun. Mana tak nya, siang malam kejar pointer, amik paper banyak-banyak setiap semester. Sebab akak nak cepat-cepat bekerja. Akak tahu, lagi lambat bekerja lagi banyak kerugian masa yang akak tanggung.
2 – Tiga bulan sebelum tamat belajar akak dah hantar resume ke banyak-banyak tempat. Tak kira le kilang ke, pejabat ke, kedai perabut ke. Dan semuanya akak mohon kat KL. Sebab akak tahu, lubuk pekerjaan adalah KL. Akak perlu mulakan kerjaya di bandar yang besar. Peluang lebih banyak!
3 – Akak dengan muka tak malu minta pensyarah tolong ajarkan cara buat resume walaupun belum tamat belajar. Memandangkan time tu akak muda remaja, pensyarah lelaki yang bujang itu pun dengan senang hati sudi membantu.
4 – Lepas dua minggu akak dapat interview kat KL. Dengan yakin nya, akak bawak beg siap-siap. Mak dan abah yakin akak pasti dapat kerja masa interview. Mana tak nya, seminggu akak hafal dialog dan buat persediaan untuk temuduga. Pulun sungguh! Dan alhamdulillah akak memang dapat pekerjaan pertama sebagai Sales Support Coordinator.
5 – Jawatan ini tak de kaitan dengan subject yang akak belajar. But, who cares? Janji dapat kerja rezeki yang halal. Jual CCTV dan alarm system. Ketuk pintu pejabat dan pujuk orang beli produk. Fuh! Tebal kulit muka tak yah cerita. Balik opis prepare proposal, slide material dan esoknya jumpa lagi potential clients. Muka perlu sentiasa senyum sebab hari-hari buat presentation.
6 – Taraf jawatannya cam atas sikit daripada Kerani Am walaupun punya ijazah. Malu tak penting asalkan rezeki halal. Gaji? Basic RM1,500. Dan akak paksa saving minimum RM250 bersamaan 16.66% setiap bulan. Komisen sales, elaun dan insentif bulanan akak tak guna. Semuanya humban ke saving. Punya lah kedekut!
7 – Tapi saving RM250 x 12 bulan = RM3,000 adalah sedikit. Akak perlukan 10 tahun (tidak termasuk dividen) baru dapat sentuh wang tunai RM30,000. Lambat eh! Maka akak tersedar bahawa tak kira bagaimana akak mengikat perut dan cari pendapatan kedua, gaji kecik sangat susah nak diurus. Perlu korbankan banyak perkara.
Ads
8 – Maka, setahun kemudian akak mula berfikir cara kapitalis. Tingkatkan skills dan cari pekerjaan yang lebih tinggi. Usung resume dan sasarkan setiap kali kenaikan gaji 30% hingga 50% gaji. Dan kenaikan gaji itu tidak disentuh. Akak lambakkan ke saving dan mulakan pelaburan.
9 – Ianya matematik mudah. Jika bergaji RM1,500, akak perlu mengikat perut untuk saving RM250 dan ianya cuma mencecah 16.66%. Increment tahunan cuma dalam purata 5% bersamaan RM75 hengget.
10 – Tapi jika bergaji RM3,000, saving sebanyak RM1,500 hingga RM1,750 adalah mudah. Dan ianya adalah 50% daripada pendapatan. Caranya? Waktu bergaji RM3,000, akak kekalkan cara hidup gaji RM1,500. Dan saving membiak dengan cepat. Increment tahunan jika 5% dah RM150. Okay la tu buat cover kos inflasi tahunan.
11 – Nak lagi cepat join saja ASBF. Tukarkan wang kepada harta sebenar atau asset. Beli rumah seawal usia. Perlahan-lahan bunuh semua hutang jahat. Kekalkan cara hidup sengkek bila pendapatan bertambah. Simpan, labur, simpan dan labur. Biar nampak miskin daripada bergaya yang papa.
12 – Ya, ini kisah 13 tahun dahulu. Waktu itu jawatan akak level officer. Atas sikit daripada kerani. Akak belajar bahawa ratusan ribu sahabat lain juga punya ijazah. Tak de beza dan istimewa pun punya ijazah di zaman sekarang. Yang membezakan cuma cara berkomunikasi, presentation skill, positive attitude, menjaga hubungan baik dengan bos dan sanggup bermuka tebal demi rezeki yang halal.
13 – Yang paling penting English communication. Di private sector grammar tak penting. Hentam je cakap, lama-lama jadi pandai. Mat Salleh pun grammar berterabur, kita yang makan belacan acah-acah nak jaga grammar. Last-last malu nak bercakap. Last-last lambat pandai. Ntah apa-apa ntah! Ceh!
14 – Kalau ada kawan yang kutuk English kita berterabur dan kita ini pembodek bos, tinggalkan kawan tersebut. Kawan si kaki kutuk yang melemahkan semangat ibarat virus. Perlahan-lahan mereka akan memasuki minda dan menjamah semangat. Jangan dekat dengan mereka ini.
15 – Paling akak ingat masa kerja HR Executive kat sebuah kilang. Bos akak Chinese lady dan GM nya Singaporean. Ianya 10 tahun lepas. Waktu tu akak muda, communication berterabur. Tapi sorry la, jangan harap akak nak cakap Melayu. Sebab akak nak bos akak speak English dengan akak. Daripada reply mereka akak belajar dan improved my communication skill. Eksekuihhh me! Haha…
Ads
16 – Walaupun English akak tak sehebat bos Singaporean, akak usahakan juga bercakap dengan bos dan tiru slang beliau. Buat saja segala kerja yang bos bagi. Hati memang sakit sebab rasa cam bos ambik kesempatan. Tapi setahun di situ jawatan akak naik daripada HR Executive kepada Senior HR Executive. Dan akak dapat kenaikan gaji hampir 15% time tu. Senyum sampai telinga! Juma’ati Paizu dan Anita Azrinawati E-Shoppe tentu tak lupa ni 😁
17 – Maka, akak faham bahawa perkara penting dalam kerjaya adalah hard work, usaha, hubungan baik dengan bos dan deliver result. Asalkan ada tugasan kerja, buat je. Jangan beremosi dan jangan buat perangai. Muka selalu senyum, barulah rezeki berani mendekat.
18 – Lagi satu, dalam pekerjaan tak perlu setia sangat. Jika memang tak de passion dalam pekerjaan, bos tak bagi peluang, bonus suam kuku dan increment terkadang ada terkadang tak ada, tak payah tunggu lama-lama. Buang masa juga tenaga. Namun, pastikan diri bersedia dengan skills dan lompat pasaran pada kadar kenaikan 30% hingga 50%.
19 – Akak berpendapat bahawa jika bergaji kecik banyak benda perlu korbankan untuk wujudkan simpanan. Mungkin perlukan pendapatan kedua, tingkatkan skill dan cari pekerjaan lain. Contohnya jika bergaji RM1,500, jenuh la cari pendapatan kedua korban masa dan ikat perut. Nak saving RM1,000 sebulan pun jenuh.
20 – Namun jika bergaji RM3,000, saving bulanan RM1,500 bukanlah sesuatu yang mustahil atau susah sangat. Kekalkan gaya hidup, belanjakan RM1,500 dan saving baki lagi 50%. In fact kalau pemalas, tak perlu pun cari pendapatan kedua. Balik kerja, lepak je main game. Bulanan masih saving RM1,500.
21 – Karang mesti ada yang cakap, mana cukup RM1,500 belanja bulanan. Kalau yang dah kahwin, ada anak juga isteri. Pampers, susu, ubat bagai. Adoii sayangku sahabat. Jangan lurus sangat. Jika dah berkahwin, pendapatan suami isteri gabungkan saja dan uruskan dengan berhemat. Gaji suami belanja keluarga, gaji isteri simpan dan labur. Suami tak kira isteri pangkat Manager, nafkah jangan abai kerana hukumnya wajib. Baru rezeki berkat, rumahtangga bahagia.
22 – Akak cuma beri contoh perbandingan antara gaji RM1,500 dan RM3,000. Anda boleh sesuaikan antara gaji RM5,000 dan RM10,000. Atau RM15,000 dan RM20,000. Gaji anda, pandai-pandai la buat pengiraan. Manalah akak tahu berapa gaji keluarga anda. Dah nama pun contoh.
23 – Maka, duhai anak muda yang berijazah juga berdiploma. Sentiasa rajin berusaha dalam kerjaya. Jangan malu. Dapatkan pekerjaan yang di level bawah dulu. Dengan pengalaman, anda akan meluaskan idea juga pemikiran. Dan anda akan tersedar bahawa gaji besar lebih mudah diurus jika berdisiplin.
24 – Hari ini ada pasangan yang dah belasan tahun bekerja dengan sepasang anak. Walaupun saban tahun increment best dan bonus lima angka, namun mereka kekalkan hidup kekal sederhana dan kurangkan gaya. Mereka tahu hanya itu caranya untuk mampu bersara muda.
Ads
25 – Ehh lagi satu… Gaji kecik ke gaji besar ke, kalau jenis boros dan tak minat menabung, ke laut lah juga. Lesap semua gaji sebulan. Lagi pula, hidup kita adalah dalam kawalan kita. Maka, kitalah yang tentukan!
26 – Oh ya, ada anak Bujang yang mengadu. Dah lima tahun bekerja masih belum punya enam bulan dana kecemasan. Maka, akak contengkan saja contoh perbelanjaan anak muda yang bujang jika bergaji RM1,500.00. Sesuaikan mengikut kehidupan masing-masing.
27 – Mak aiiih! Susahnya nak atur belanja jika gaji kecik! Haa… sebab itu lah akak cakap GAJI BESAR LEBIH MUDAH DIURUS. Kalau gaji kecik, nak tak nak perlu bawa bekal, drive kereta kecik, naik public transport, cari pendapatan kedua, sewa bilik dan potong segala perbelanjaan.
28 – Tak kira gaji besar atau kecik, dengan disiplin, dijamin paling lewat 3 tahun bekerja dah punya 6 bulan dana kecemasan. Kalau suka, ikut saja. Kalau tak suka, abaikan ia. Aiman tak kesahhh.
Kasih sayang seorang abang kepada adiknya tidak pernah pudar. Pemergian adik bongsu tersayang pada 12 Jun akibat kemalangan meninggalkan kesan mendalam di hati pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki.
Yang berkongsi kesedihan kehilangan adiknya, Jefri Adzman Aksan, beliau menitipkan ucapan sempena ulang tahun arwah adiknya. luahanan dalam instagramnya bahawa tidak menyangka akan memandikan jenazah adiknya.
“Happy birthday adik… tiap-tiap tahun abg nyanyikan lagu birthday utk adik, tapi lagu birthday adik tahun ni abg dendangkan surah al-fatihah …”
A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on
Jefri…23 jun, hari ni… harijadi adik. Yeop abg sulong. Kau adik bongsu. Yeop dulunya berfikir “syukur aku ada adik lelaki yang jika yeop pergi dulu ada seorang yg boleh uruskan jenazah yeop, mandikan jenazah yeop dan bantu keluarga yeop di saat pemergian yeop”.
PERANCANGAN YANG MAHA BERKUASA
Tapi ternyata apa yg kita rancang dan fikirkan, bukanlah perancangan YG Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui…Bila yeop memandikan adik, pilu rasa di hati kerana pada yeop ini tak sepatutnya berlaku. Jef kau punya harapan dan perancangan yg sangat hebat utk masa depan mu. Kita pun merancang pelbagai projek utk memperbaiki kedudukan keluarga kita. Tapi sekarang perjuangan mu sudah berakhir. Tiada lagi perlu kau fikirkan dan risaukan. Yeop rasa lost kejap kerana kehilangan orang kanan yeop yg yeop sentiasa boleh harapkan. Kau sentiasa penuh keceriaan dan positivity yg kita akan berjaya bersama dan sebenarnya kau banyak mengajar yeop macam mana sebenarnya utk ‘live my life’.
PENGAJARAN JANGAN BERTANGGUH UNTUK BERSAMA KELUARGA
Semenjak pemergianmu barulah aku banyak mengenali kebaikan kamu sehingga aku kagum, bangga dan sedikit jealous. Walau bagaimana busy kau dik, you always have time for your family and people in general. Aku tabik kau dik, pasal pada abg itulah kelemahan abg. Balance tu… Berat kepada kerja sehingga kurang bersama family… Kau ajar abg, benda yg paling penting adalah mengekalkan silaturrahim dan ukhwah dalam hidup kita ni. Kita semua nak berjaya untuk family tapi selalunya meninggalkan family yg nak kita bahagiakan tu sehinggalah satu hari kita sedar yg kita sudah tidak ada masa. Kita tangguh-tangguh masa bersama keluarga dan satu hari Allah ambil masa tu dari kita. In Shaa Allah abg akan ingat pengajaran ni sampai bila bila dik. I love you so much and happy birthday. Semoga Allah menjaga roh mu dan roh mummy dan menempatkan kamu berdua bersama roh-roh orang yg beriman. Jaga mak dik. Nanti kita jumpa balik. Terimakasih adik ku yg sangat ku sayangi semoga kau tenang di sana, Terimakasih Allah SWT kerana meminjamkan jefri kepada kami utk 35 tahun. Sesungguhnya dia menjadi cikgu kepada kami abg dan kakak-kakaknya… Al-fatihah. Happy Birthday dik. #happybirthdayjefriadzman
Bermulanya musim persekolahan, pelbagai karenah anak-anak dapat dilihat waktu ini. Ada yang teruja, gembira, tak sabar dan tak kurang juga yang takut, murung, dan sebagainya lagi.
Namun, kisah adik yang baru memasuki tahun satu ini sedikit istimewa. Biarpun diri tidak sihat, namun semangat dan tkad untuk bersekolah menyebabkan dia sanggup melalui segalanya.
Adik Hazim Hafifi ini mengidap Sakit Buah Pinggang yang kronik. Menerusi catatan ibunya Khairatul Azni di facebook, si anak nampak teruja untuk ke sekolah.
Perkongsian gambar dan cerita tentang Hazim yang memulakan sesi orientasi membuatkan ramai yang sebak dan terharu dengan keadaannya itu.
Adik yang sekolah tapi kita pulak risau lebih lebih. Semoga kaki tangan kuat utk berjalan, menulis, melukis. Dia excited nak ke sekolah, bagi peluang merasa ke sekolah.
Bila bergurau kata xyah g skolah la dik, dia nangis.
Semoga Hazim Hafifi dipanjangkan umur dan diberi kesihatan berpanjangan.
Hazim penghidap ESRF (End Stage Renal Failure) iaitu sakit buah pinggang tahap kronik didiagnos ketika berumur 9 bulan. Start dialisis ketika berumur 1 tahun 6 bulan.
Demi memastikan anaknya selesa dan dapat belajar dengan baik di sekolah, si ibu sanggup nak membelikan kerusi baru untuknya. Ini kerana kerusi yang sedia ada tidak sesuai dengan tahap ketinggian Hazim.
Menurut ibunya lagi, walaupun dia tidak sihat, namun tetap mahu melakukan aktiviti yang sama seperti kawan-kawannya.
Semoga dipermudahkan urusan adik kecil ini untuk menuntut ilmu dan diberi kesembuhan penyakitnya itu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Keluh kesah rakyat yang berhadapan dengan kesusahan akibat Pandemik Covid-19 mula mendapat perhatian pihak atasan.
Terbaru, dalam satu perkongsian di laman facebooknya, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berpendapat prosedur operasi standard (SOP) perlu dikaji semula secara holistik dan berasaskan data yang sahih.
Dalam titah baginda juga berkata, tindakan ‘mengurung’ rakyat yang sudah hampir dua bulan tidak lagi relevan memandangkan statistik Covid-19 harian masih mencatatkan jumlah kes yang tinggi.
Saya telah berjumpa dengan YAB Datuk Haji Hasni Bin Mohammad, Menteri Besar Johor, YB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, EXCO Pelancongan, Belia dan Sukan, dan YB Dato’ Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor pada hari ini (4 Julai 2021). Dalam perjumpaan tersebut saya telah menitahkan agar kerajaan negeri mempercepatkan lagi pelaksanaan inisiatif-inisiatif melawan pandemik Covid-19 yang kini dalam keadaan yang kritikal.
Jelas baginda lagi, statistik kes yang tidak menunjukkan penurunan manakala rakyat semakin tertekan sehingga mengalami masalah kesihatan mental dan fizikal yang teruk.
Sehingga kini, statistik Covid-19 masih menunjukan jumlah kes harian yang tinggi. Rakyat kini sudah dikurung hampir dua bulan dan saya bimbang rakyat kini mengalami masalah kesihatan mental dan fizikal yang teruk. Di samping itu, masalah sosioekonomi juga tertimbul akibat situasi ini yang berpanjangan. Saya berpendapat bahawa SOP patut dikaji semula secara holistik dan berasaskan data yang sahih. Setakat mengurung rakyat sudah tidak lagi relevan.
Dalam pada itu, TMJ turut meminta supaya rakyat disaring secara meluas dan diberikan vaksin secepat yang mungkin.
Penggunaan ‘rapid test kit’ dan test kit peribadi juga perlu diperkenalkan secepat mungkin untuk semua orang dan digunakan secara meluas khususnya untuk sektor-sektor yang penting selain daripada para barisan hadapan, khususnya sektor kritikal yang melibatkan pemprosesan ubatan, bahan makanan dan barang keperluan asas. Rakyat juga patut disaringkan secara meluas dan divaksinasi secepat mungkin.
Saya juga telah menitahkan agar proses vaksinasi untuk Bangsa Johor dipercepatkan melalui pelbagai inisiatif, termasuk untuk kerajaan negeri Johor memperolehi vaksin secara pembelian terus. Dengan ini, saya berharap kita akan berjaya mengatasi pandemik ini. Allah Peliharakan Sultan.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
Jom sertai pertandingan Pilihan Keluarga Bulan Ini. Caraya mudah, klik sahaja link INI atau imbas QR code yang ada di poster. Hadiah menarik menanti anda!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tragedi pelajar UPSI, Nur Ain Najwa tak boleh tengok bas, dengar bunyi enjin dari jalan raya boleh buat sesak dada. Gadis berusia 23 tahun yang merupakan salah seorang mangsa yang cedera dalam kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), dekat Gerik, Perak pada 9 Jun lepas itu juga masih tidak dapat melihat video atau gambar mana-mana bas di dalam telefon bimbitnya.