Semua orang tahu sifat seorang perempuan perlukan kasih sayang, perhatian dan sokongan dari seorang lelaki.
Ayah merupakan lelaki pertama yang hadir dalam hidup seorang anak. Bukan hanya berperanan sebagai hero, malah ayah sangat penting bagi seorang anak perempuan kerana mereka akan dijadikan contoh dalam kehidupan mereka.
Jangan sesekali letakkan jurang antara ayah dan anak perempuan sedari kecil, ia akan beri impak pada mereka bila besar nanti. Nak tahu apa yang anak perempuan harapkan dari seorang ayah? Jom tengok perkongsian dari Redza Zainol ini!
5 Perkara Yang Anak Perempuan Inginkan dari Ayahnya
1) Nak ayah yang boleh melindungi mereka.
Mereka perlu rasa 2 perkara ini iaitu rasa percaya dan rasa selamat ketika bersama ayah.
– Rasa ni diperoleh bila mereka tak disakiti.
– Rasa tak takut tinggal serumah dengan ayah.
– Anak rasa lebih selamat bila ayah bertutur dengan suara yang lembut.
2) Nak rasa keberadaan seorang ayah.
IKLAN
Ayah yang terlalu sibuk bekerja dan mengabaikan anak perempuan akan buat dirinya rasa tak disayangi. Luka emosi dan trauma itu akan mereka bawa hingga ke alam dewasa.
Paling sedih, bila anak perempuan anggap dirinya tak bernilai di mata ayah.
Sebab tu penting untuk kita ada “Special Time” dengan setiap anak.
✔️ Luang masa selama 15 minit sehari dah boleh buat anak tersenyum sepanjang malam.
✔️ Pada hujung minggu, boleh dibuat beberapa kali dalam sehari.
IKLAN
✔️ Masa ni kita fokus hanya untuk diri kita dan anak.
✔️ Aktiviti pula biarlah ditentukan oleh anak.
Anak perempuan yang banyak bermain bersama ayah sejak kecil, dia tak kekok membuat aktiviti bersama ayahnya walaupun sudah remaja.
3) Mereka nak ayah yang kagum dengan idea dan pendapat mereka.
– Anak perempuan akan rasa mereka bijak di mata ayah.
– Rasa mereka ada nilai diri yang tinggi.
– Mereka nak ayah yang beri pujian ikhlas dari hati.
IKLAN
4) Mereka nak didengari.
Mereka suka bila ayah tanya apa yang mereka fikirkan atau apa impian mereka.
Cuba fahami dunia dari kacamata anak perempuan kita. Bila anak rasa diri dia didengari, kemungkinan untuk dia dengar apa yang kita mahu katakan pula adalah lebih tinggi.
5) Belajar cara lelaki bergaul dari ayah.
Anak perempuan belajar bergurau, belajar menyelesaikan konflik dan belajar berbincang tentang perkara yang serius dalam keadaan yang tenang.
Ayahlah orang paling penting untuk anak perempuan bina “Self-Esteem” dirinya.
Jika ibu ialah tempat anak perempuan berasa paling selamat, ayah pula akan mengangkat anak perempuannya hingga dia terbang setinggi-tingginya.
Ibu bapa mana yang tidak seronok malah tentunya berasa bangga dan bersyukur, anak masih kecil sudah lancar menghafal ayat-ayat al quran dan hadis berserta terjemahannya. Sungguh, sejuk perut ibu yang mengandung!
Malah tidak dinafikan, kita sebagai orang dewasa juga akan turut rasa terpegun dengan kepetahan anak kecil ini yang begitu lancar mengucapkan ayat al quran dan hadis.
Ini sepertimana perkongsian video yang dirakam secara spontan untuk simpanan peribadi kemudian dimuat naik diakaun twitter milik Nurul Hanisah Mohd Kamaruddin ini. Siapa sangka video rakaman yang dibuat oleh ibu saudara kepada adik comel yang petah melafazkan beberapa hadis berserta terjemahannya ini menarik tumpuan warganet untuk menontonnya dan terus di ulang kicau hingga menjadi viral.
Wan Adriana atau mesra dipanggil Nana, merupakan anak sulung kepada pasangan bertuah Puan Sufia Wahidah dan suaminya Wan Mohd Nor Ariza Wan Bakar.
Menurut apa yang dikongsikan di Harian metro, keluarga ini menetap di Sibu Sarawak. Menyentuh tentang perkembangan positif anaknya itu, sebenarnya telah dapat dilihat sejak dihantar ke tadika Islam untuk mendapat pendidikan awal Januari lalu.
Terdahulu, sebelum dihantar ke tadika, Nana sebenarnya lebih suka menyanyi dan cepat mengingati melodi serta lirik lagu yang didengarinya. Namun, dia kini lebih gemar membaca surah dan hadis serta perubahan itu dapat dilihat dalam tempoh singkat iaitu selepas lapan bulan belajar di tadika berkenaan.
“Menurut gurunya, Nana antara murid yang cepat belajar dan terbukti apabila sudah menghafal sembilan daripada 20 hadis terdapat di dalam silibus pelajaran selain surah Tiga Qul, al-Fatihah, ayat Kursi dan 1,000 Dinar.”
Tambah Sufia, dia juga tidak sangka rakaman video anaknya membaca hadis dimuat naik di Twitter, baru-baru ini tular sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.
Sementara itu, suaminya, Wan Mohd Nor Ariza Wan Bakar, 29, turut gembira dan tidak sangka Nana dapat menghafal surah dan hadis dalam tempoh singkat.
“Saya dan isteri bercadang menghantar Nana ke tadika tahun depan tetapi mengubah fikiran dengan mendaftar masuk ke tadika lebih awal iaitu pada Januari lalu kerana melihat kesungguhannya untuk belajar.
“Alhamdulillah, dia dapat menyesuaikan diri dan setiap kali pulang ke rumah, Nana akan membaca dan mengulangi apa dipelajarinya di tadika termasuk hadis seperti mana dilihat dalam video berkenaan.
“Terima kasih kepada guru yang mendidik anak saya dan berdoa semoga dia (Wan Adriana) menjadi anak solehah, pintar serta membanggakan keluarga,” katany
oleh anak saudara saya, Nurul Hanisah Mohd Kamaruddin, 22, Jumaat lalu, untuk simpanan peribadinya dan dimuat naik di Twitter sekadar untuk berkongsi kebolehan Nana.
Ibu ayah nak didik anak ini bukan sahaja hal sopan santun, beradap, pintar akademik tetapi juga ambil tahu hal pendidikan seksual.
Ini kerana anak-anak ini mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Salah didik dan pendedahan akan memberi kesan kepada daya pemikiran dan tingkah lakunya.
Ia termasuk sikap ibu bapa tentang aurat. Malah dalam Islam juga turut menyentuh mengenai hal ini.
Ini kerana ada segelintir ibu bapa tanpa sedar bahawa menukar pakaian dihadapan anak akan memberi kesan buruk kepada imaginasi anak-anak.
Sebagaimana perkongsian saudara Akhi Fairuz yang berkongsi kisah apabila seorang anak lelaki dengan bersahaja mengaku melihat ayahnya berbogel ketika memakai pakaian di hadapanya.
Moga kisah ini menjadi ikhtibar bersama.
“Budak lelaki tu cakap masa kecil beliau selalu nampak si ayah menanggalkan tuala selepas mandi, berbogel dan pakai seluar dalam depan anak.
Mak ayah fikir, alah budak lagi, bukan depa tahu apa pun walau buka pakaian depan anak. Namun mereka tak sedar perbuatan mereka tu tersimpan dalam minda separa sedar anak.
Nak dijadikan cerita, bila meningkat usia, budak ni terjebak pula dengan pornografi. Bila tengok yang biasa, beliau mula beralih kepada video lucah sama jantina, gay.
Mula-mula beliau rasa janggal, tapi lama kelamaan rasa biasa. Dia tengok porn gay pun sebab suka tengok zakar lelaki, dari zaman kanak-kanak dah biasa ayah buka pakaian depan anak.
Bila sambung belajar ke sekolah asrama, senior suruh berbogel dan melakukan onani dihadapan mereka pula.
Mula-mula rasa tak selesa, keliru, lama-lama rasa seronok. Otak terus triggered memori masa kecil tengok ayah tak berpakaian.
Rasa-rasa apa yang terjadi kepada budak lelaki ni sekarang?” Soal kawanku.
Aku mendiamkan diri.
“Budak tu jadi gay?” Aku bertanya kembali kepada rakanku.
“Ya!”
Kelu tidak terkata.
*****
TAKE NOTE YE IBU AYAH
Kawan-kawan yang baik hati,
Ini adalah salah satu kisah yang berlaku kepada anak-anak kita. Masyarakat hanya melihat output; gay, lesbian, pengkid, biseksual, zina, unwed pregnant, baby dumping.
Namun disebalik semua itu tersimpan pelbagai kisah kompleks yang sukar untuk dirungkai. Berselirat!
Sebagai mak ayah, banyak yang perlu kita pelajari dan jaga. Benar, mereka anak kita. Namun, ia bukan syarat untuk kita berbogel atau separa bogel dihadapan mereka.
Aurat antara kita dan anak-anak perlu dititikberatkan. Mohon sangat agar tuan puan tidak berseluar dalam atau berbikini sahaja di hadapan anak-anak.
Bagaimana Kita Nak Educate Anak Mengenai Private Part, Bad Touch, Safe Touch, Malu, Kalau Kita Sendiri Tak Tunjuk Contoh Yang Baik Di Depan Mereka?
Kau tahu, anak kecil akan meniru apa yang dilihat. Segala perilaku kita akan dipamerkan kembali oleh anak-anak.
Kau Pemarah, Mereka Akan Cepat Marah. Kau Suka Pukul Mereka, Mereka Akan Memukul Orang Lain Pula Hatta Kau Lakukan Hubungan Intim Antara Suami Dan Isteri Pun Mereka Akan Ikuti.
Cikgu tadika ada sampaikan kisah ini kepada saya, cikgu sekolah rendah pun ceritakan juga. Siap ada kes seorang budak tadika share kawan A to Z jimak yang dilakukan oleh mak bapaknya bila dibuat depan anak.
Itu belum lagi yang raba kawan dalam kelas, cium mulut kawan, meliwat dalam tandas, main ‘rogol-rogol’.
Kau rasa apa yang budak-budak ni lakukan asbab nafsu atau hanya mencontohi perbuatan yang pernah dilihat di depan mata?
Menyebut tentang hal ini, teringat saya akan satu kisah. Seorang budak disoal siasat cikgu sebab bertindak lucah terhadap kawan sekelas.
Bila Cikgu Tanya, Dia Jawab Biasa Tengok Parents Buat Macam Tu. Kata Ayahnya, Ini Cara Ayah Tunjukkan Kasih Sayang Kepada Mak.
Kata-kata itu dikunci kemas dalam fikirannya. Bila ditanya guru kenapa cium mulut, raba dan peluk kawan perempuan, kanak-kanak ini menjawab, “Saya suka dia. Ini cara saya tunjukkan kasih sayang kepadanya.”
Innalilahi Wainna Ilaihi Rajiuun.
Mak ayah, caknalah perkara ini ya. Jangan sekali-kali kita tanamkan mindset, tak apa, buka pakaian depan anak masih kecil lagi. Mereka tak tahu apa-apa.
Sudahlah anak diberi gajet seawal usia kecil, kemudian tidak dipantau pula. Anak kecil ini dibiarkan hanyut dengan youtube hinggalah mereka bertemu dengan video tidak berbaju.
Bukan senang nak jadi mak bapak ni, apatah lagi zaman serba canggih begini. Segala ilmu untuk mendidik anak-anak wajib dipelajari.
Ajar Anak Mengenali Tubuh Badan, Fungsinya. Anak Perlu Tahu Fungsi Zakar Dan Faraj. Tanamkan Rasa Malu. Pisahkan Tempat Tidur. Jangan Melucah Depan Anak.
Jadilah guru pertama mendidik anak tentang hal-hal seksualiti, bukan porn, bukan pula rakan sebaya anak kita.
Gali lagi ilmu dan praktikkan. Mudah-mudahan anak kita terhindar dari zina, homoseksual, seks luar tabie, menjadi mangsa sex grooming, pedofilia, dicabul dan dirogol.
Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH
Sepanjang bulan ramadan ini, selain mendidik anak-anak untuk berpuasa, ibu ayah juga boleh mengajar dan membetulkan ibadah lain anak-anak seperti solat, sedekah dan ibadah sunat lain. Jom ikuti perkongsian menarik dalam Keluarga Talk Puasa Mendidik Jiwa Keluarga Sakinah bersama panel, Pendakwah Bebas, Ustazah Nur Aqidah
E-KELUARGAGADER : TEROKA & REALISASI IMPIAN ANAK @ KIDZANIA
CIta-cita apa yang sesuai untuk anak-anak ye? Kalau nak tahu, jom sama-sama kita jejalah apa yang ada di Kidzania.
Bintang Kecil: APA ITU NUZUL QURAN
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Ibu bapa mana tidak gembira dan bahagia tatkala melihat anak-anak yang selama ini ditatang bagai minyak yang penuh kini sudah punya keluarga sendiri. Segala pengorbanan membesarkan mereka dari kecil sehingga dewasa berbalas bila mana raut kebahagiaan melatari wajah si anak.
Apatah lagi jika membabitkan anak perempuan. Umum mengetahui, menjaga anak perempuan bukanlah semudah yang disangkakan. Kita juga sering mendengar orang tua-tua dulu berpesan, nak jaga dan didik anak perempuan ini bukan mudah berbanding dengan anak lelaki. Perlu beri perhatian lebih! Namun bila melihat mereka berjaya dan bahagia itu sudah cukup buat seorang ibu. Mungkin itu juga yang dirasai oleh Puan Faizatul Akmar Hisan, ibu kesayangan pelakon dan hos terkenal Mira Filzah. Melihat ketiga-tiga anak perempuannya kini sudah pun bahagia dan mempunyai suami yang boleh membimbing mereka, wanita ini sudah bahagia.Luahan rasa ibu ini menerusi laman instagramnya cukup menyentuh hati.
Alhamdulillah syukur kepada Allah, segala puji bg Allah, tuhan yang mentadbir sekelian alam. Yg maha pemurah lagi maha pengasih. Dgn izin dan rahmatNYA telah melengkapkan keluarga kami. Dari 3 anak perempuan ENGKAU telah mengurniakan kami 3 anak lelaki serta diserikan dgn kehadiran seorang cucu. Terima kasih Ya Allah , kurniaanMU amat besar kpd hambamu yg kerdil ini. Moga ENGKAU terus melindungi kami, membimbing kami dan menunjukkan jalan yg lurus kepada kami.
Kpd anak2 mak @ainfarhanah16_ @mfmirafilzah @ainafadhilah serta anak2 lelaki mak @izzathamdan12 @wanemirastar @mhmdafxf … mak abah syg kalian… jaga agama, jaga diri dan jaga keluarga Mak doakan semua anak2 mak bahagia dunia dan akhirat. Pesanan mak * bahagia bukan memiliki segalanya, tp kebahagiaan sebenar apabila KITA MENCINTAI APA YG KITA MILIKI DAN layari bahtera rumahtangga dengan sederhana kerana RUMAHTANGGA YG SEMPURNA ADALAH RUMAHTANGGA YANG TIDAK MENGHARAPKAN KESEMPURNAAN
Selama ini kita tentu selalu bercakap dan memeluk anak tetapi kita tidak tahu rupa-rupanya ada teknik yang betul melakukan hal tersebut mengikut jantina anak.