Cendawan kukur atau kulat sisir sebenarnya boleh ditanam hanya dengan menggantungnya di depan rumah. Paling ‘best’ bila hasil tanaman boleh dituai seawal tujuh hari selepas ditanam.
Cara Tanam Cendawan Kukur, Boleh Gantung Depan Rumah
Cendawan kukur memang sedap dibuat gulai. Manis rasanya. Bagaimanapun memang susah hendak mencari orang yang menjual cendawan kukur. Ada masa cari merata di pasar pun tak jumpa. Kalau sudah suka sangat makan eloklah kita tanam.
Mungkin ada yang tak tahu, cendawan kukur ini sebenarnya kita boleh tanam sendiri. Tujuh hingga lapan hari sudah boleh kutip hasil. Beli saja bongkah dengan benih cendawan di kedai atas talian kemudian tanamlah mengikut langkah seperti yang dikongsikan oleh Ahmad Fadhirul Fitri ini.
1. Beli bongkah benih cendawan kukur ini di kedai atas talian.
2. Bila SUdah terima bongkah, toreh plastik bongkah dengan pisau tajam secara menegak. Buatlah 4-5 torehan di sekeliling bongkah. Nanti cendawan akan keluar di bahagian yang ditoreh.
3. Letak bongkah ini di kawasan redup. Jangan bagi kena cahaya matahari secara terus. Boleh gantung pada dahan pokok mangga kemudian letak di beranda/balkoni juga.
Ads
4. Siram pagi dan petang.
5. Hari ke 7 atau 8 sudah boleh tuai. Boleh buat masak lemak atau goreng.
Lazimnya jika sesebuah kediaman tidak memiliki kabinet dapur pasang siap, tentu sahaja akan menggunakan kabinet asas yang sedia ada dijual di kedai perabot untuk melengkapkan ruangan dapur.
Pun begitu, andai sudah lama diguna pakai keadaan almari tersebut tentu sahaja akan terlihat tidak cantik dan ada juga terjadi tombol kabinet tercabut biarpun struktur asasnya masih kukuh.
Pun begitu, jika hendak dibuang terasa sayang pula disebabkan masih boleh digunakan. Namun bila niat dihati mahu ruangan dapur nampak cantik sempurna dengan kabinet yang cantik, apa kata ambil idea yang dikongsikan oleh Mohd Azrul ini.
Siapa sangka kabinet yang nampak lama apabila diberi sentuhan olehnya, terus nampak mewah.
Ini perkongsiannya.
Saya beli kayu shiplap mdf saiz 2 inci di shoppe..potong ikut saiz pintu almari.
– gam kan di pintu
– cat
– handle spray warna gold beli di DIY
Ekstra Tip
Sebelum cat cabinet..gosok pakai kertas pasir..
saya buat frame kat pintu gune mdf..kemudian baru cat hitam dan spray handle kaler gold.
Siapa kata duduk rumah sewa tak boleh nak menghias. Asalkan tidak keterlaluan dan mengundang marah tuan rumah, tak salah kan. Lagipun yang nak duduk dalam rumah tu kita kan. Pasti tuan rumah pun suka dan gembira lihat rumah mereka dijaga baik.
Masalah tikar getah selalu koyak memang menghantui ibu-ibu. Nak nak lagi jika ada anak yang lasak. Ada juga tikar getah yang jenis tak tahan lama. Bagi puan Muaz Diyana itu antara masalah yang dialami di rumah sewanya. justeru, dia mengambil keputusan untuk menggantikan tikar getah dengan cat epoxy.
Buat sendiri lagi mudah dan jimat modal. Bukan susah pun kan, nak tahu caranya jom baca perkongsian ini siap dengan tip lagi. Memang terbaik!
No More Tikar Getah💠 Assalamulaikum Sahabat deko, Just nak share dekat you all tips macam mana tak perlu guna tikar getah lagi. Rumah sewe kami bersimen sahaja. So kami ambil inisiatif sendiri untuk buang tukar getah yang leceh tu. Nak kene tukar setiap tahun. Bersemut bawahnya, berair, leceh.
Ingat walaupun rumah sewe jangan kedekut dan berkira nak jaga rumah orang. Kita jaga rumah orang, suatu hari nanti kita dah ada rumah untuk disewekan, insyaAllah penyewa kita jaga rumah kita. Tuan rumah tak nak pasang tiles, tak pelah. Kita cat bagi cantik.
Sebelum tu jom follow instagram rumah kami: http://www.instagram.com/casadeena Banyak tips diy lain yang kami kongsikan. Jangan lupa follow ok!! Kami guna cat Epoxy ni untuk selesaikan masalah tikar getah yg high maintanance tu. Kenapa kami pilih epoxy cat putih? 1. Epoxy ni cat nya untuk industrial work place biasanya,so tak licin dan nampak kemas. 2. Lantai tak sejuk dah dan tak mudah berpasir. 3. Senang nak mop dan sapu. 4. Warna putih nampakkan ruang lapang dan besar jangan risau tak mudah kotor sebab senang nak lap permukaan nya.
. Kami dah pakai lebih 4 bulan so memang recommended. Tips masa nak cat: 1. Korang kene kosongkan perabut atas lantai. 2. Better korang buat part by part. Sikit-sikit sebb nanti nak jalan susah. 3. Nak keringkan ambil masa 16jam. 4. So bila bahagian yang dh dicat tu dah kering, cat pula bahagian yang dh korang lopongkan untuk laluan tu. 5. Jgn letak perabut berat selepas dah kering. Tunggu 24jam then baru kemas balik. Takut tanggal catnya. 6. Tips akhir, jangan kedekut cat, buat tebal sikit so lebih cantik dan lambat nak terkopek.
Cat Epoxy jenis: NIPPON PAINT Kene beli hardener dia sekali ok. Tong kecil tu, sila rujuk gambar. Cost: 1 cat + 1 hardener RM86 Ratio: 1set cat boleh buat utk 150sqft.
Mana nak beli cat? Kedai Hardware, banyak pilihan warna. Ok tu jer tips yang nak dikongsikan, semoga bermanfaat. Dekat gmbar ada tunjuk cat code dan hardener yang kami gunakan. Anything just comment if ada pertanyaan ok. Saya sudi berkongsi. Happy dekor😊😊 . . #casadeena #deenakakidekor
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Fasa kesukaran hidup yang dilalui oleh sebilangan besar antara ahli keluarga kesan daripada pandemik Covid-19 ini wajar didepani dengan sikap yang positif.
Biar ada ketua isi rumah yang telah kehilangan punca rezeki, isteri dan anak-anak perlu bijak memainkan perananan agar sama-sama terus bangkit dengan usahakan pelbagai cara demi mencari sesuap nasi untuk anak beranak.
Senario ini dikongsikan sendiri oleh doktor ini tentang beberapa kisah yang terjadi di kliniknya.
Jom kita baca agar perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk kita bangkit bersama bagi merancakkan ekonomi keluarga.
Sepanjang PKP (hingga sekarang), setiap hari ada sahaja pesakit datang ke klinik mengadu hilang kerja atau pendapatan seisi rumah berkurang sampai tak cukup nak sara hidup.
Kebanyakan mereka datang untuk pemeriksaan kesihatan untuk jadi penghantar makanan. Sebahagian pula datang untuk ambil suntikan vaksin tifoid, untuk mula meniaga makanan.
Apa yang buat saya rasa ralat adalah; ada antara mereka ni yang dah berumur lebih separuh abad. Paling tua yang saya jumpa adalah pakcik berumur 56 tahun. Dah ada cucu dah.
“Cucu dah nak start taska. Ayah dia belum dapat kerja tetap, sekarang kerja GrabPanda. Duit tak cukup nak bayar taska,” kata pakcik tu.
Ayah mana yang sanggup lihat anak susah, inikan pula seorang datuk nak lihat cucu dia ada kekangan nak sambung sekolah. Sebab itu pakcik ni nak kerja jadi penghantar makanan juga. Nak bantu anak dan cucu.
Sedih bila membayangkan pakcik ni kena ke sana ke mari, redah panas dan gerimis untuk hantar makanan dari kedai-kedai ke rumah-rumah, demi untuk pastikan cucu boleh pergi taska nanti.
Seorang lagi emak, diajak oleh anaknya yang berumur 16 tahun untuk ke klinik. Budak tu nak menjual nasi lemak di hadapan rumah untuk bantu tambah pendapatan mereka sekeluarga.
“Saya kata dekat dia, nak jual depan rumah je, tak payahlah nak inject (suntikan tifoid). Lainlah nak ambil lesen meniaga,” kata emaknya, sambil buat muka tak puas hati.
“Kita nak jual makanan, kenalah ambil. Tak kisahlah nak ambil lesen ke tak. Benda ni kan untuk elak kita sebarkan penyakit pada orang, bukan untuk lesen,” jawab anaknya.
“Masalahnya, injection ni mahal! Faham tak?” balas maknya.
Saya tak tahu nak sokong yang mana. Si anak, bagus sudah pemikirannya. Keselamatan pembeli perlu diutamakan. Si emak punya keengganan pun ada asasnya. RM70-80 tu bukan nilai kecil.
Entahlah…
Ini antara cerita, daripada berpuluh-puluh masalah yang saya dengar dan saksikan sendiri sepanjang PKP ni. Tak tahu nak tolong bagaimana dah. Paling-paling kos pemeriksaan dan suntikan tu, saya bayar kepada klinik guna duit saya sendiri.
Tak bolehlah saya tak caj, kerana klinik saya pun nak hidup juga. Ada kos nak ditanggung, ada pekerja nak dibayar. Jadi, klinik caj pesakit, tapi saya yang bayar dari poket saya. Biar saya tanggung, bukan klinik.
Klinik saya pun terkesan juga dengan keadaan semasa. Gaji saya pun dipotong 50%. Namun, Alhamdulillah masih bolehlah meneruskan hidup, ada simpanan, ada sumber pendapatan lain.
Pendek kata, semua orang terasa impak daripada wabak COVID-19 ni, namun setiap orang lain dugaannya. Ada yang masih mampu berdiri, ada yang jatuh tersungkur ke tanah.
Sama-samalah kita bina semula ekonomi kita.
Kita sokong perniagaan di kawasan rumah kita, di kawasan tempat kerja kita. Utamakan perniagaan kecil-kecilan, berbanding perusahaan mega. Utamakan perniagaan tempatan, berbanding luar negara.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.