Cendawan kukur atau kulat sisir sebenarnya boleh ditanam hanya dengan menggantungnya di depan rumah. Paling ‘best’ bila hasil tanaman boleh dituai seawal tujuh hari selepas ditanam.
Cara Tanam Cendawan Kukur, Boleh Gantung Depan Rumah
Cendawan kukur memang sedap dibuat gulai. Manis rasanya. Bagaimanapun memang susah hendak mencari orang yang menjual cendawan kukur. Ada masa cari merata di pasar pun tak jumpa. Kalau sudah suka sangat makan eloklah kita tanam.
Mungkin ada yang tak tahu, cendawan kukur ini sebenarnya kita boleh tanam sendiri. Tujuh hingga lapan hari sudah boleh kutip hasil. Beli saja bongkah dengan benih cendawan di kedai atas talian kemudian tanamlah mengikut langkah seperti yang dikongsikan oleh Ahmad Fadhirul Fitri ini.
1. Beli bongkah benih cendawan kukur ini di kedai atas talian.
2. Bila SUdah terima bongkah, toreh plastik bongkah dengan pisau tajam secara menegak. Buatlah 4-5 torehan di sekeliling bongkah. Nanti cendawan akan keluar di bahagian yang ditoreh.
3. Letak bongkah ini di kawasan redup. Jangan bagi kena cahaya matahari secara terus. Boleh gantung pada dahan pokok mangga kemudian letak di beranda/balkoni juga.
Ads
4. Siram pagi dan petang.
5. Hari ke 7 atau 8 sudah boleh tuai. Boleh buat masak lemak atau goreng.
Bagi anda yang nak kurangkan masalah habuk memenuhi lantai, apa kata cuba tip yang dikongsikan oleh saudara Hong Guan. Caranya cukup mudah dan tak banyak modal, hanya gunakan kertas A4 dan masking tape sahaja.
Salam semua warga sekalian. Sekadar nak kongsi petua tebuk dinding. Selalunya saya buat satu sampul kertas pakai kertas A4 lipat2 dan masking tape lekat dekat bawah lubang yg nak tebuk utk kumpul pasir yg keluar masa drill.
Boleh pakai sampul surat, beg plastik, apa2 je yg boleh kumpul pasir. Macam ni tak payah nak sapu atau bersihkan lantai lepas drill. Habuk/pasir semua terkumpul dalam sampul buang je kat tong sampah.
Lagi satu tip, saya lekatkan magnet kecik beli kat Daiso di tepi cordless drill utk pegang skru lebihan, boleh pasang skru berterusan tanpa ulang alik naik turun tangga. Harap bermanfaat.
Hari-hari pasti ada saja menu baru, rakyat Malaysia sememangnya kreatif dalam mengolah makanan, Bukan setakat main reka saja-saja, menuini memang menjadi bualan ramai sehinggakan ramai mencubanya dan terbukti ianya memang sedap, kena dengan tekak melayu lah orang kata!
Kita mesti biasa dengan suhun kan? lagi-lagi kalau masak sup kentang bersama suhun, wajib menggunakan mee suhun ini. Kebiasaannya suhun ni orang akan hidang sebagai sebagai ‘side dish’ dan letak sedikit saja dalam lauk seperti sup kentang, nasi ambeng dan sebagainya. kadang-kadang makan suhun begitu saja pun memang tak puas.
Tetapi resepi kali ini, kita akan jadikan suhun itu sebagai makanan utama. Kalau orang melayu biasa dengan suhun, tapi zaman moden sekarang di kedai runcit sudah sudah ada mee kaca (Glass Noodle). Rasa dua jenis mee ini tidak jauh beza, Glass noodle lagi kenyal dari suhun. Kalau dekat rumah tak ada Glass Noodle, boleh juga gunakan suhun. Tiada masalah
Resepi ini dikongsikann oleh pengguna Tiktok zamakmal, kali ini kita ikut style abang zam ok..
Bahan-Bahan
-Suhun/ Glass Noodle secekak penuh
-Chilli flakes 2tbsp (or chilli powder)
-Cili Padi 4-5btg
-Garlic 3-4 ulas
-Bawang Merah atau ganti daun Bawang
-Minyak Masak 4tbsp
-Sos Tiram 1tbsp
-Kicap Cair 1tbsp
-Cuka 1tsp
-Garam, Gula dan serbuk perasa oily tekak
-Minyak Bijan
-Kicap Manis
-Lobak Merah
-Timun
-Crab stick
-Daun Ketumbar
-Shitake mushroom
-Beef Bacons (optional)
-Kacang Tanah
-Bijan
Cara-cara
Makanan ini boleh hidangkan begitu saja, tak perlu masak atas kuali.
Untuk tambahan, boleh kenakan degan telur separuh masak, memang ngam sangat!
Kalau keliru, Boleh rujuk pada video ya. mudah saja
video
Lepasni kalau jemu untuk masak masakkan yang sama, nak cuba resepi baharu, boleh cuba resepi ini ya.
Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Perkongsian bapa bernama Basri Husin pasti memberi inspirasi kepada orang lain baik yang normal mahupun Orang Kelainan Upaya untuk mengejar cita-cita dan berjaya tanpa menjadikan kekurangan diri sebagai satu penghalang.
Semangat dan dorongan isteri antara pembakar semangat buat bapa kepada dua anak ini. Jom baca kisah lelaki ini. Semoga kita mendapat manfaat daripada kisah hidupnya ini yang mungkin berkerusi roda tapi bukan biasa-biasa.
KALAU TIDAK BUAT UNTUK DIRI SENDIRI, BUATLAH UNTUK ANAK-ANAK
Takdir berkerusi roda sudah lama ku terima. Masakan tidak, banyak aktiviti setelah berkerusi roda aku ceburi. Dari memandu, berskuba sehinggalah umrah. Semuanya boleh dilakukan.
Namun untuk kembali menulis tesis amatlah sukar. Hendak menjeling tesis pun malas apatah lagi hendak menyiapkan saki-baki bab penulisan.
2 Semester berlalu begitu sahaja. Aku daftar agar tidak luput pencalonan. Aku daftar kerana nak ambil hati semua orang. Padahal tesis tidak berjalan. Aku tidak menulis pun!
Aku masih mencari kata-kata sakti. Kata-kata yang melonjak motivasi diri. Yang mendorong dengan tindakan. Bukan yang sekadar khayalan.
Segala pujukan dan kata-kata dorongan orang sekeliling aku terima. Tetapi tidak dapat dijelmakan dalam bentuk tindakan.
Seperti biasa, isterilah tidak jemu-jemu memujuk. Sehinggalah suatu hari, pujukan itu berbentuk sentapan. “Baba,buatlah tesis”. Lantas aku segera jawab “buat apa nak buat tesis lagi, aku kan dah lumpuh, ”. Sungguh beremosi aku pada haritu. Tak tahu entah kenapa.
Riak isteri sudah berbeza, tutur katanya sedikit tinggi tetapi tersentap terus ke dalam jiwa. “Ye memang awak dah lumpuh, jadi buat sesuatu yang buat anak bangga, memang kaki awak tak boleh begerak, tapi otak awak boleh pakai lagi”.
Beliau meneruskan leterannya, kali ini kata-katanya luar biasa. “Kalau tidak buat untuk diri sendiri, buatlah untuk anak-anak”. Beliau terus ke dapur meninggalkan aku dengan kata-kata tersebut.
Tersentak!
Sambil melihat anakku diruang tamu, air mataku tiba-tiba bergenang.
Kata-kata ini sungguh keramat diungkapkan oleh isteri. Ia bagaikan satu dorongan untuk terus berusaha demi kepentingan anak-anak. Memang itulah yang aku cari, sekiranya aku tak nak buat untuk diriku, buatlah demi anak-anak. Biar mereka membesar dengan penuh semangat dan motivasi. Motivasi yang tidak akan melumpuhkan semangat mereka kerana mereka mempunyai bapa yang bersungguh-sungguh untuk masa hadapan mereka.
Ia juga sebagai senjata dan persediaan sekiranya kawan-kawan ingin buli mereka berdua. Berkerusi roda tapi bukan biasa-biasa.
Pada usia Humaira dan Firdaus yang masih muda. Mereka tak mengerti apa-apa yang mengapa babanya berkerusi roda. Aku yang berkerusi roda tidak di anggap sebagai orang sakit. Kerana aku mengubah pemikiran mereka. Berkerusi roda tapi boleh buat apa sahaja. Dari memandu, pergi umrah sehinggalah berskuba. Namun aktiviti tersebut sekadar aktiviti biasa.
Menghabiskan PhD akan membuat mereka lebih bangga.
Saat paling menggembirakan anak-anak adalah apabila aku kembali memandu dan menghantar mereka berdua ke sekolah. Wajah mereka bertukar ceria.
“Yay!!! Baba hari ini Baba hantar saya ke sekolah”. Pernah aku bertanya, “Humaira malu ke Baba hantar pergi sekolah? Nanti kawan-kawan cakap “ayah awak cacat” pakai kerusi roda.”
“Tak! Saya suka, Ayah saya walaupun pakai kerusi roda dia buat PhD di UM.” Kata-kata ini ku ingat kembali.
Aku dapat rasakan, dia akan kecewa sekiranya aku abaikan pengajian. Semangatnya pasti luntur pada masa hadapan.
Itulah antara semangat untuk aku siapkan pengajian walaupun pada mulanya selepas lumpuh dah taknak lagi pandang tesis. Mereka mengajar dan memberi semangat kepada diriku sebagai seorang bapa yang perlu memikul tanggungjawab membesarkan mereka walau apapun perkara yang terjadi.
Aku sedar aku perlu menjadi hero kepada mereka. Hero untuk masa depan mereka. Hero dalam membesarkan mereka.
Menyedari hakikat ini, langkah demi langkah aku teruskan tanpa menoleh kebelakang. Terus fokus pada kajian. Biar sedikit kesusahan pada hari ini, membawa erti yang besar pada mereka.
Kini, mereka boleh berbangga. Walaupun berkerusi roda banyak benda boleh dilakukan. Yang paling penting memori ini akan berkekalan.
Terima kasih buat isteri yang menyentap jiwaku. “Kalau tidak buat untuk diri sendiri buatlah untuk anak-anak”.
Beginilah perasaan apabila keluar dari dewan konvokesyen selepas majlis graduasi PhD 2018 di UM. Diberi penuh penghormatan dan sokongan. Selalunya pergerakan wheelchair dilakukan sendiri, tetapi hari ini semuanya diraikan dengan rasa penuh hormat. Suatu moment yang sukar untuk dilupakan.
Posted by Basri Husin on Saturday, October 20, 2018
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.