Ketika bulan puasa, antara salah satu buah yang cukup popular dan berada di ranking nombor satu pastinya buat tembikai. Mungkin juga kerana rasanya yang ringan, manis dan banyak air menjadikan buah ini digemari oleh semua peringkat usia.
Tak hanya golongan tua, bayi berusia satu tahun pun cukup gemarkan buah yang satu ini. Kalau makan pasti tak cukup sepotong. Kita yang dewasa apatah lagi. Itu kisahnya buah tembikai.
Pun begitu kesalahan memilih buah tembikai selalu menjadikan kita kecewa ketika menyuapkan ke mulut. Bukan sahaja tak manis, malah ada tembikai yang sedikit masam tanpa rasa apa-apa. Memang sedih dibuatkan bila terkena tembikai seperti ni. Anak-anak pun mulalah merungut.
Takut anak merungut lagi, ini tip untuk memilih buah yang satu ni. Pastikan anda tak kecewa lagi ya.
1. Kulit Licin
Pastikan kulitnya licin dan sekata. Elakkan membeli buah tembikai dengan kulit yang tidak sekata dan berkerak. Ia petanda buah yang kurang baik.
2. Periksa Pangkal
Pastikan pangkal dihujungnya sedikit besar, padat dan gemuk. Periksa juga tangkainya samada ia telah kering atau masih muda. Jika kering, ia petanda buah telah matang dengan baik dan isinya lebih manis.
Ads
3. Pilih Jantina
Jangan tak tahu bahawa buah tembikai juga mempunyai jantinanya. Tembikai jantan saiznya lebih besar, lonjong dan mempunyai banyak air berbanding tembikai betina yang berbentuk bulat tetapi isinya lebih manis. Terpulang anda mahu yang mana.
4. Kenali Warna Kuning
Kebiasaannya tembikai akan berwarna sedikit kekuningan di bahagian bawahnya. Pastikan anda memilih tampuk kuning pekat hingga berwarna oren kerana ia menandakan buah cukup matang dan masak dengan baik. Elakkan memilih tampuk buah yang kuning keputihan.
Ads
5. Tepuk Buah
Tepuk sedikit beberapa kali pada seluruh buah dan jika ianya berbunyi seakan-akan kosong, maka ia sudah benar-benar masak dan manis.
Ads
6. Warna Merah Berseri
Jika sudah dibelah pula, pastikan warnanya merah berseri dan tidak pucat. Bijinya pula perang tua atau hitam, bukan berwarna putih.
7. Periksa Saiz
Saiz juga mainkan peranan samada ia manis atau tidak. Pilihan terbaik dalam memilih tembikai adalah tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Paling penting, tembikai yang matang akan lebih berat dari ukurannya. Jadi pilihlah yang berat sedikit!
Selamat memilih. Pastikan pilihan anda tidak mengecewakan anak-anak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa sangka, kegembiraan berkumpul beramai-ramai bersama anak menantu dan cucu adalah kali yang terakhir bila mana keluarga ini kehilangan insan yang tersayang dalam satu kemalangan semalam.
Siti Khadijah Haron yang maut dalam kemalangan tengah malam tadi sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Tinggi, Pahang selepas berkumpul dengan ahli keluarga mentuanya di Alor Setar, Kedah. Mangsa bersama suami, Nor Azry Mohd Rosddin, 34, dan tiga anak mereka pulang ke kampung suaminya sejak Isnin lalu.
Bapa mentuanya, Mohd Rosddin Hasbullah, 62, berkata, dia tidak menyangka majlis keluarga diadakan itu merupakan kali terakhir dia bersama menantu dan cucunya.
Menurutnya, dia mengetahui kemalangan meragut nyawa menantu dan cucunya itu selepas dihubungi Nor Azry kira-kira jam 12 tengah malam tadi. “Nor Azry bersama keluarganya pulang ke kampung untuk meraikan majlis keluarga sejak Isnin lalu. Majlis itu diadakan di rumah anak ketiga dan kami semua berkumpul di situ. Keluarga lain bercadang untuk pulang ke rumah masing-masing pagi ini. “Bagaimanapun, Nor Azry dan keluarga menyatakan mahu pulang semalam kerana mahu menguruskan hal persekolahan anak sulungnya. Saya kemudiannya menerima panggilan dari Nor Azry mengatakan mereka terlibat kemalangan dan isteri serta bayinya meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di perkarangan Unit Forensik Hospital Sungai Bakap. Sementara itu, adik Nor Azry, Mohd Amirul berkata, mereka sekeluarga sempat ke Padang Besar, Perlis sebelum bergerak pulang kira-kira jam 8.30 malam.
Dia berkata, kakak iparnya tidak menunjukkan perubahan besar namun menuruti semua kemahuan anaknya ketika membeli-belah di Padang Besar. “Tak ada perubahan yang ketara, cuma dia banyak bercakap. Dia hanya menuruti semua kehendak anaknya. Kali terakhir kami mengetahui mengenai mereka ketika menghantar gambar di Whatsapp keluarga menyatakan mereka singgah makan di Bukit Mertajam. “Menurut abang (saya), ketika kejadian kereta mereka sedang berhenti kerana terdapat kerja membaiki jalan di lebuhraya namun tiba-tiba kenderaan mereka dirempuh sebuah treler,” katanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Banyak cara untuk kita menjaga kesihatan selain mengamalkan cara hidup sihat ada juga di antara kita suka mengamalkan petua lama yang menggunakan bahan-bahan alami. Pun begitu, jarang-jarang juga kita ketahui adanya petua dari negara Syria untuk penjagaan kesihatan dan di sini dikongsikan untuk info bersama. Bolehlah dicuba!
Alhamdulillah saya dapat satu ilmu dari sahabat Arab Syria. Katanya ini amalan atau petua orang-orang lama di syria untuk jaga kesihatan mereka.
Mereka claim sangat membantu untuk mencegah pelbagai penyakit terutama masalah Kolesterol, masalah gout, gastrik. Sebagai anti kanser, untuk penghadaman, hati berlemak dan paling bagus untuk memberi tenaga.
Ini saya baru simpan 1 minggu. Untuk kesan paling bagus simpan 30-40hari. Insyaallah mudahan asbab beri kesihatan dari petua orang lama.
Setiap negara pasti ada petua untuk jaga kesihatan dan mencegah dari pelbagai penyakit.
Cara makan:
Hari ke 41. Ambil satu sudu minyak zaiton dan makan buah tin, apricot dan Walnut ketika perut kosong.
Tak dinafikan bilik air dan tandas antara ruang yang wajib diberi perhatian. Apa tidaknya, di sini juga tempat pembiakan bakteria. Tidak hairanlah ada antara ibu-ibu yang mengeluh kepenatan apabila membersihkan tempat ini.
Menerusi perkongsian kkney01 di Tiktok, dia hanya menggunakan penyembur dan menunggu sekitar 5 minit sebelum dilap dan dibilas dengan air.
Cukup mudah dan tak perlu menyental. Hasilnya memang awesome.
Nak tahu caranya, ikut langkah ini:
Guna spray (dibeli di Shopee), spray dan biarkan selama 3-5 minit.
Lap dengan kain bersih. Tak perlu sental kuat-kuat dah.