Selain kenaikan kes Covid-19, kes serangan virus influenza juga dilihat semakin meningkat di negara kita. Sekolah menjadi tempat utama penyebaran pelbagai virus di kalangan anak-anak kita.
Atas dasar itulah, imun anak-anak semakin perlu ditingkatkan untuk menepis semua virus ini. Apa mak ayah nak buat?
Perkongsian dan tip tingkatkan imun dari Dr Mazliana Mazlan ini mak ayah perlu ikuti sebagai pencegahan awal. Usahakan untuk kekal sihat dan cergas.
Influenza. Siapa yang dah pernah kena je tahu betapa perit nak lalui kan, terutama kalau datang sekali dengan sakit sendi satu badan. Sekarang musimnya. Hati-hati ya korang, terutama anak kecil, yang ada asthma, ibu mengandung. Lima saranan untuk anak-anak.
1. Bila anak balik sekolah atau taska, bersihkan diri anak dulu. Mandi dan tukar baju baru.
Sentiasa ajar anak untuk jaga kebersihan diri. Sebelum makan kena basuh tangan. Buat rendaman magnesium setiap petang, atau 3 kali seminggu. Bukan je kuatkan imun anak, tapi juga bantu mudahkan tidur malam anak.
Ads
2. Kuatkan imun anak, dengan makanan berkhasiat dan berkualiti. Sup tulang, singgang, bone broth, kerapkan dalam seminggu.
Elakkan dan kurangkan makanan tinggi proses yang boleh tambahkan keradangan dalam tubuh anak. Roti, biskut, susu, makanan favourite anak ni, sebenarnya kurang sesuai ambil tiap hari.
Ambil makanan tambahan yang boleh beri kesan penyembuhan, contoh minyak kelapa, minyak zaitun, madu, habbatussauda’. 80% imun dari usus anak. Jaga usus, baiki usus, anak akan makin kuat imunnya.
3. Kerapkan bawa anak bermain di tanah, di bawah cahaya matahari. Bermain di luar, bukan je buat hormon happy anak meningkat, tapi imun anak pun makin kuat.
Kurangkan screen. Lebih banyak kesan buruk dari kesan baik untuk kesihatan tubuh, otak dan jiwa anak. Radiasi dan blue light beri kesan pada tubuh, ketagih dan sensori beri kesan pda otak, dan paling penting apa anak tengok dan dengar dari screen, membentuk jiwa dan hati mereka.
Ads
4. Bila anak tak sihat, demam, batuk, selsema, elakkan ke sekolah.
Antara simptom influenza; demam, sakit tekak, batuk, selsema, sakit kepala, sakit badan, letih, lemah. Bila demam panas dan suhu terlalu tinggi, atau demam berpanjangan, bawa anak ke klinik untuk pemeriksaan.
Batuk sampai berlekuk dada dan sesak nafas pun, jangan lengah ke klinik atau hospital. Magnesium mungkin membantu waktu ni, bukan sebagai ubat, tapi untuk bantu penyembuhan dan kurangkan komplikasi.
Baiki usus dan dalaman juga, dengan minyak kelapa, minyak zaitun, madu dan habbatussauda’, cari yang berkualiti untuk kesan yang optimum.
5. Bila diuji dengan influenza, doa Allah bantu kita redha dengan ujian yang diberi. Nabi kata, sedekah juga boleh jadi ubat. Banyakkan sedekah, niatkan untuk penyembuhan anak kita.
Ads
Sakit dan sihat itu dari Dia, bukan sebab kita jaga makan minum, amalkan gaya hidup sihat ataupun tidak. Tapi usaha jaga makan dan amalkan gaya hidup sihat, ini adalah dituntut dalam Islam.
Kuatkan imun anak, ini kuncinya. InsyaAllah risiko berjangkit makin kurang, penyembuhan dan kesan sampingan juga cepat beransur reda.
Terpaksa bertugas ke luar negara di ketika masih menyusukan bayi memang memeningkan kepala. Jangan bazirkan waktu dan reziki yang diberi, sebaliknya simpan dan bawa balik sahaja susu perahan itu pada anak.
Bagaimana caranya? Tak susah jika anda tahu caranya yang tepat. Kaunselor laktasi, Pn Nad Masrom berkongsi tip buat ibu-ibu.
TIPS TRAVEL SAMBIL BAWA SUSU PERAHAN (EBM)
Saya share dulu peralatan penyusuan untuk pam susu yang perlu dibawa jika outstation/travel luar negara.
Yang saya bawa:
1. Handsfree
2. Rechargeable breastpump Numom 2 unit
3. Ice pack 2 unit
4. Storage bag 40 pcs
5. Cooler bag 2 unit
6. Powerbank 2 unit
7. Extension
8. Charger / Universal plug (oversea sahaja)
Cadangan barang lain yang perlu dibawa (mengikut keperluan):
1. Manual pump
2. Cooler box (ni penting)
3. Surat khabar (untuk alas bahagian bawah supaya tak basah sangat)
4. Garam (untuk tabur pada ais supaya tahan lama)
5. Soletip + gunting
6. Ais (boleh buat sendiri atau beli – kat luar negara ais biasanya mahal).
7. Marker (nak tulis di cooler box, storage bag dll)
8. Diaper baby (in case nak buat DIY ice pack)
9. Nursing cover (jika perlu)
Ada yang tanya, macam mana nak bawa susu naik flight. Baca info di bawah.
➡️ Untuk penerbangan domestik (dalam negara) biasanya tiada masalah untuk bawa susu naik sebagai hand carry ke dalam flight.
➡️ Untuk penerbangan antarabangsa, jika hendak bawa naik flight, perlu ikut polisi yang ditetapkan. Setiap negara, ada polisi tersendiri. Boleh buat bacaan mengikut jenis penerbangan masing-masing.
Q: How can passengers prepare for security checks at the airport? (Boleh rujuk di komen untuk jawapan).
Untuk saya sendiri, sebelum pelepasan antarabangsa (kastam dan imigresen), saya dah pam susu dulu. Dan saya bawa 2 plastik x 3oz. Setiap pack tidak melebihi 100 ml. Dan jumlah tidak melebihi 1000ml. Jadi memang tiada masalah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Waktu terbaik timbang berat badan dalam bulan Ramadan. Bulan Ramadan adalah masa yang dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Selain menunaikan ibadah puasa, ramai juga mengambil kesempatan untuk mengamalkan gaya hidup lebih sihat, termasuk mengawal berat badan.
Waktu Terbaik Timbang Berat Badan Dalam Bulan Ramadan
Namun, ada satu persoalan yang sering timbul: bilakah waktu terbaik untuk menimbang berat badan dalam bulan Ramadan? Jika anda pernah menimbang berat pada waktu yang berbeza-beza dalam sehari, pasti anda perasan bahawa bacaan timbangan boleh berubah-ubah.
Ini kerana berat badan dipengaruhi oleh faktor seperti pemakanan, hidrasi, dan metabolisme tubuh. Oleh itu, memilih waktu yang tepat untuk menimbang berat adalah penting bagi mendapatkan bacaan yang lebih konsisten dan tepat.
Waktu paling sesuai untuk menimbang berat badan dalam bulan Ramadan adalah sebelum bersahur, iaitu sebaik sahaja bangun tidur. Ini kerana perut masih kosong dan badan belum menerima sebarang makanan atau minuman, menjadikan bacaan lebih stabil dan hampir sama dengan berat badan sebenar anda.
2. Elakkan Timbang Berat Selepas Berbuka
Selepas berbuka puasa, badan dipenuhi dengan makanan dan minuman yang boleh menyebabkan bacaan berat badan meningkat secara sementara. Selain itu, badan juga menyimpan lebih banyak air selepas seharian berpuasa, yang boleh menyebabkan kenaikan berat badan sementara. Oleh itu, menimbang berat selepas berbuka mungkin tidak memberikan gambaran sebenar tentang perubahan berat badan anda.
3. Timbang Pada Waktu Yang Sama Setiap Hari
Jika anda ingin memantau berat badan sepanjang Ramadan, pastikan anda menimbang pada waktu yang sama setiap hari. Contohnya, jika anda memilih untuk menimbang sebelum sahur, lakukan perkara yang sama keesokan harinya. Ini membantu mendapatkan bacaan yang lebih konsisten dan tepat.
Berat badan boleh berubah setiap hari disebabkan faktor seperti kandungan air dalam badan, jumlah makanan yang diambil, dan tahap aktiviti fizikal. Oleh itu, jangan panik jika berat badan naik sedikit. Fokus kepada pola pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang konsisten untuk mendapatkan hasil jangka panjang yang lebih baik.
Dalam bulan Ramadan, waktu terbaik untuk menimbang berat badan adalah sebelum sahur, ketika perut kosong dan badan dalam keadaan rehat. Elakkan menimbang selepas berbuka kerana bacaan mungkin tidak tepat akibat pengambilan makanan dan minuman. Paling penting, jangan terlalu terikat dengan angka di atas timbangan. Fokuslah kepada gaya hidup sihat dan kesejahteraan tubuh anda sepanjang bulan yang mulia ini.
Tren hari ini dilihat ramai antara kita mula suka menyertai acara larian bersama keluarga. Pastinya aktiviti aktif dan sihat seperti itu memberi manfaat. Malah tidak dinafikan ia juga boleh dijadikan salah satu cara bonding bersama keluarga dengan lebih menyeronokkan.
Pun begitu, semua maklum bila melakukan aktiviti aktif seperti itu tentu sahaja badan akan berasa sakit-sakit. Jadi apakah cara anda untuk redakannya?
Di sini ada dikongsikan tip yang boleh membantu untuk pulihkan kesakitan tersebut yang dikongsikan oleh saudara Mohd Azuan Asmuni.
Jom baca apa saranannya.
RECOVERY…
hari ni saya nak sharing kan macam mana cara untuk RECOVERY…korang tau apa itu recovery?.. Sebab apa kita nak kena recovery?…recovery ni adalah pemulihan..terapi @ rawatan untuk anggota badan kita yang sakit² selepas kita buat aktiviti yang berat @ lasak…sepanjang korang berkecimpung dalam dunia larian mesti korang pernah rasa sakit lutut….sakit sendi & sakit otot kan….sampaikan nak naik tangga pun korang rasa sakit…nak berak pun rasa susah sebab nak mencangkung (kannnn) lagi-lagi bila lepas game…kena pulak full marathon…tak pun training hard…meh kita belajar buat pelan-pelan macam mana nak buat recovery…recovery ada bnyak cara…..
1 – JOGGING
kalau peha korang sakit lepas game @ training…joging adalah cara paling mujarab untuk hilangkan sakit peha tu….bila korang nak buat?…sehari selepas korang buat aktiviti….korang jog lah pelan² 30-40minit….masa nak start tu memang sakit sikit…tapi korang tahan je dulu….nanti dah panas dia akan hilang…tak percaya buat lah sendiri….
2 – BERENANG , BERENDAM AIR @ AIS..
cara yang ni pun bagus…bila lepas kita buat aktiviti urat² kita…otot² kita dia akan mengembang @ menarik…sebab tu kita rasa sakit…sebab apa saya cakap berendam ni bagus…bila korang berendam lama² otot korang akan sejuk dan kecut balik..dia akan balik kembali normal…
3 – BERBASIKAL..
yang ni biasanya khas utk yg sakit lutut….tp klau tak sakit lutut pn bagus juga…..korang tak taukan berbasikal ni adalah terapi paling bagus utk sakit lutut….yang man sakit lutut tu blh cuba….jangan cuba sehari dua je…mana nak datang kesannya…kalau boleh korang amalkan lagi bagus…
4 – MASSAGE
klau korang nak tau dalm dunia sukan terutama geng² elite…dia org amal kn sport massage selepas dia orang training yang berat² @ selepas berlumba…
5 – TIDUR
Tak kan tidur pun nak kena bagi tau juga….tidur yang cukup adalah rehat yang paling bagus sekali….bila korang tidur cukup badan korang mesti rasa segarkan….jadi pastikan sebelum & selepas buat aktiviti tidur korang tu sentiasa mencukupi….
Selamat mencuba & selamat belajar….sayangi lah badan korang kerana badan kita nak pakai lama…lagi satu nak pesan…klau injurt tu buat² lh berehat dulu jangan sibuk nak bantai g game pulak…takut lagi teruk nanti…berlari untuk kesihatan bukan untuk cari sakit…
Gadis kudung kaki dan tangan terharu dapat sambung pengajian. Kekurangan fizikal bukan penghalang buat seorang remaja perempuan dari Kampung Padang Setebu, Kuala Berang untuk meneruskan impian dalam bidang kemahiran.