Sesungguhnya Isteri yang solehah adalah idaman setiap suami yang soleh.
Bila suami memandangnya terasa sejuk di hati suaminya itu dan terbina rasa kasih dan sayang.
Bila suaminya berada diluar rumah, suaminya itu akan teringat akan kebaikan akhlak isterinya dan layanan istimewa yang diterima dari isteri yang tercinta.
Ads
Ketika si suami mencari rezeki, si isteri sentiasa berpesan;
“Abang, carilah rezeki yang halal dan baik, tolonglah jaga hak kami. Kami boleh sabar jika tidak cukup makan, tetapi kami tidak sabar dan tidak mampu nak menanggung azab dari Allah.”
Begitulah seorang isteri yang solehah. Nikmat yang terbesar bagi seorang lelaki di atas dunia.
APA SIFAT ISTERI YANG SOLEHAH?
Ads
1.Tunduk kepada perintah Allah SWT, terus-menerus dalam ketaatan kepada-Nya dengan banyak melakukan ibadah seperti solat, puasa, bersedekah, dan selainnya. Membenarkan segala perintah dan larangan-Nya.
2.Selalu kembali kepada Allah SWT dan bertaubat kepada-Nya sehingga lisannya sentiasa dipenuhi istighfar dan zikir kepada-Nya. Sebaliknya dia jauh dari perkataan yang tidak bermanfaat dan membawa dosa seperti dusta, ghibah, namimah, dan lainnya.
3.Mentaati suami dalam perkara kebaikan bukan dalam bermaksiat kepada Allah SWT dan melaksanakan hak-hak suami sebaik-baiknya.
4.Menjaga dirinya ketika suami tidak berada di sisinya. Dia menjaga kehormatannya dari tangan yang hendak menyentuh, dari mata yang hendak melihat, atau dari telinga yang hendak mendengar. Demikian juga menjaga anak-anak, rumah, dan harta suaminya.
Tulisan Dato Dr. Abdul Basit Abdul Rahman di dalam buku Rahmat Allah Tidak Pernah terhenti. M/S 45
#RahmatAllahTidakPernahTerhenti
Sumber: Mohd Azli Ali
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pantang ada yang tak puas hati dengan orang, usaha lah guna bantuan ‘makhluk halus’ untuk menjatuhkan orang lain. Meskipun sekarang dunia dah maju, tetapi pemikiran seperti ini masih di takuk yang lama.
Misalnya seperti yang berlaku pada pemilik Tiktok ini, disebabkan terdengar salakan anjing dan bunyi enjin kereta yang kuat, dia terjaga daripada tidur sekitar 2.35 pagi. Apabila melihat di luar rumah, dirinya sangat terkejut apabila ada seorang wanita menabur sesuatu di hadapan pagar rumahnya ketika itu.
Biarpun sempat merakam aksi mencurigakan itu, namun pemilik akaun atau nama sebenarnya Puan Ana akui kaki dan tangannya sedang menggeletar ekoran pertama kali situasi itu berlaku di hadapan matanya sendiri.
Keesokan harinya, ketika menghantar anak pergi ke sekolah, Puan Ana sempat meninjau ‘benda’ yang ditabur oleh individu misteri tersebut. Ujarnya terdapat banyak kesan pasir serta garam ditemui di hadapan rumah, walhal sebelum ini kawasan berkenaan ada rumput hijau sahaja.
Video tersebut mendapat perhatian umum dengan peroleh 3.2M tontonan dan meninjau di ruangan komen, rata-rata meminta untuk Puan Ana berjumpa dengan ustaz untuk berubat bagi mengelak segala benda buruk berlaku. Malah, ada yang mengatakan pasir yang ditabur itu mungkin tanah kubur untuk porak perandakan keluarga.
Tampil Berkebaya Serta Berkasut Sukan Di Pusat Penamaan Calon, Nurul Izzah Raih Perhatian
Suasana hari Penamaan Calon mendapat perhatian seluruh negara. Masing-masing tampil dengan cara yang tersendiri termasuk calon Pakatan Harapan (PH) kerusi Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar.
Apa yang meraih perhatian Nurul Izzah Anwar tampil di pusat penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), di sini dengan mengenakan kebaya dan berkasut sukan.
Gaya yang bersahaja dan penuh yakin melangkah membuatkan ramai memuji gaya Naib Presiden PKR ini.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Sambil melontarkan senyuman, anak sulung Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mengenakan kebaya berwarna biru ‘turquoise’ dan kain corak batik, sedondon dengan seorang pencadangnya.
Sementelaah, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Said tiba kira-kira pukul 9 pagi dengan diiringi lebih 300 penyokong manakala calon Perikatan Nasional (PN) daripada Pas, Muhammad Fawwaz Mat Jan tiba di pusat penamaan calon berkenaan pukul 9.05 pagi.
Muhammad Fawwaz yang berbaju Melayu berwarna biru diiringi lebih 200 penyokong yang melaungkan takbir sebelum bergerak ke dewan utama.
Pada PRU15 kali ini, Parlimen Permatang Pauh bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru dengan masing-masing terdiri daripada calon parti BN; PN, PH dan Gerakan Tanah Air (GTA).
Sebuah kemalangan telah berlaku di kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, petang semalam yang membabitkan lima kenderaan iaitu Honda HRV, Proton Wira, Perodua Alza dan Perodua Bezza selain lori membawa muatan pasir, berhampiran Loji Petronas.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superitendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, kemalangan tersebut berlaku apabila sebuah lori muatan pasir hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.
Ia juga dipercayai berlaku apabila Honda HRV yang bergerak dari arah Kuantan menghala ke arah Segamat memperlahankan kenderaan kerana di hadapannya terdapat kerja pembaikan jalan raya sebelum dirempuh lori pasir berkenaan dari arah belakang.
Akibat itu, enam beranak dilaporkan maut dalam kemalangan terbabit , manakala dua lagi dirawat di Hospital Segamat akibat para di dada dan badan.
“Lori pasir berkenaan memasuki laluan bertentangan lalu merempuh pula sebuah Perodua Alza dinaiki enam mangsa yang maut itu.
Beliau mengesahkan mangsa yang maut akibat kemalangan itu adalah pemandu Perodua Alza, Amir Ruddin Ismail, 46, serta isterinya Norahimah Noor Muhamad, 43, selain anaknya Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5.
“Seorang lagi anak mangsa, Abdullah, 15, dan pemandu lori dirawat di Hospital Segamat akibat parah di dada dan badan,”maklum Ahmad Zamry.
Allahyarham selalu ingatkan soal kematian, jangan leka duniawi
Sementara itu, rakan karib sekerja kepada Amir Rudin Ismail iaitu Mohd. Noor Hamizi, 39, berkata, sejak dua minggu lalu, Allahyarham semakin kerap berbual mengenai kematian, dosa pahala serta hari pembalasan.
Malah, dia juga sering menasihatinya untuk tidak leka dengan hal duniawi dan usah melengahkan waktu solat.
“Saya tidak menyangka kata-kata dan nasihat arwah kepada saya dan rakan-rakan lain yang ada kalanya disampaikan secara santai menjadi petanda dia akan pergi buat selama-lamanya.
“Dia sering menceritakan hal dunia yang sementara, pelbagai perkara yang berlaku tanpa mengira dosa pahala yang terjadi sejak kebelakangan ini dalam masyarakat.
“Saya sudah menganggap dia seperti abang kandung sendiri. Dia juga nasihatkan supaya bersabar dan jangan bertindak di luar batasan,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Daerah Segamat (HDS), di sini pagi ini.
Mangsa Sempat Berseloroh Bergambar Bersama Tanda Kenangan
Dalam pada itu, kakak kepada Norahimah berkata mangsa sempat berseloroh untuk mengambil gambar kenang-kenangan sebelum seorang daripada mereka meninggal dunia.
“Arwah minta bergambar beramai-ramai buat kenang-kenangan sambil berseloroh mana tahu seorang daripada kita pergi dulu.
“Itulah gambar terakhir kami empat beradik dan semalam, dia sekeluarga pergi buat selamanya,” kata Norhayati Noor Muhamad.
Kali terakhir dia berjumpa dengan keluarga arwah adiknya itu pada Ahad minggu lalu ketika majlis perkahwinan adik bongsu mereka, Norahila, 36, di rumah ibu mereka di Parit Jawa, Muar dekat sini.
“Saya anak kedua dan Noorahimah rapat dengan adik bongsu (Noorahila), semasa kenduri hari itu, arwah minta bergambar beramai-ramai, dia cakap mana tahu seorang daripada kita pergi dahulu boleh buat kenang-kenangan,” katanya katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Daerah Segamat di sini hari ini.
Norhayati berkata, Noorahimah adalah seorang adik yang ceria dan periang serta ibu yang tegas.
“Sebelum dia pergi, tidak ada apa-apa tanda yang pelik berlaku, dia seorang yang ‘happy go lucky’, nak kata garang tidak cuma dia seorang ibu yang tegas,” katanya.
Amir Ruddin Ismail bapa kepada enam cahaya mata itu juga merupakan imam Masjid Ladang Tereh Utara, Kluang antara enam terkorban termasuk isteri serta empat anaknya dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan petang semalam.
Mengulas lanjut, Mohd Noor berkata, ketika kejadian Allahyarham Amir Ruddin dalam perjalanan menghantar isterinya yang turut maut untuk pulang bertugas sebagai ustazah di Sekolah Agama Ladang Kemedak di Segamat.
Katanya lagi, Allahyarham Amir Ruddin merupakan seorang yang baik dan taat pada perintah agama. Dia juga tidak menyangka bahawa teguran arwah yang kadang kala serius dan secara berjenaka mengenai soal kematian sejak akhir ini merupakan petanda ajalnya tiba.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.