Siapa sangka pelajar ini yang menjadikan ibu bapa sebagai inspirasi bagi megejar impian dalam hidup telah mengusik jiwa Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad, Tan Sri Tony Fernandes sehingga menghadiahkannya tiket penerbangan kepada keluarga pelajar berkenaan.
Penuntut Diploma Pengajian Islam Dakwah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Muhammad Rifqi Saipul Nizam, 18, berkongsi impian untuk membawa ibu, Mariam Daud, 44, dan bapanya, Saipul Nizam Jusof, 44 ke Makkah dalam sesi soal jawab di program Executive Talk bersama warga universiti berkenaan petang semalam.
Ads
Terdahulu, anak sulung ini merupakan orang pertama yang mengajukan soalan bertanyakan rahsia kejayaan dan sumber inspirasi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad, Tan Sri Tony Fernandes. Namun tidak menyangka perkongsian ini memberikan rezeki yang tidak akan dilupakan seumur hidupnya.
Ads
“Saya tanya apakah inspirasi beliau hingga boleh membuka syarikat penerbangan. Saya turut kongsikan yang inspirasi saya adalah emak dan ayah, setiap hari saya tengok gambar mereka dan memasang hajat untuk bawa mereka berdua ke Mekah.
Ads
“Selepas habis sesi itu, Tan Sri panggil saya ke hadapan dan mengumumkan untuk menghadiahkan tiket penerbangan buat saya, emak dan ayah ke Mekah. Beliau mengatakan saya telah beri inspirasi dan membuatkannya gembira,” katanya.
Sumber dan gambar: Utusan Online
Begitu juga halnya dengan perkongsian kali ini daripada Puan Cik Puan Auni ini, gara-gara hendak melihat anak perempuannya nampak cantik, lalu dipakaikannya gelang emas di kiri dan kanan tangan. Siapa sangka lain pula yang terjadi setelah beberapa bulan anak itu memakai gelang tersebut.
Penantian menunggu second baby setelah 4 tahun.. Alhamdulillah dapt baby gurl diberi nama Puteri Alice Kayyisa.. Ciwi baby gurl x yh ckp lah sebagai seorg ibu mesti nak berdandan ank pompn kan tpi..baca smpai hbs.
Bagi Alice pakai gelang dari umuq dia 3 bulan.. Setiap bulan ejust saiz gelang dia.. Gelang tu boleh gerak-gerak kat tangan.. Tapi bulan lepas saja rasa nak pi cuci gelang Alice sbb nampak berdaki.
Apa yg jd bila buka gelang Alice?
Tangan Alice mengecil kat pergelangan tanggan. Walaupun gelang tu boleh gerak-gerak.. Jadi Auni dah fobia nak bagi pakai.. Nasib la buka nk cuci, kalau tak..tak taw apa jadi..Allah gerakan hati untuk buka.
Lepas kejadian Auni bawak Alice pi klink cek tangan dia, Doc cakap jangan bagi baby pakai gelang, rantai, anytg sbb ganggu tumbesaran baby.. Baby membesar waktu lena dia..Allah seriat darah dengar.. Kalau la x buka cuci tentu lagi teruk jadi.
Tu tanggan Alice dah semakin sembuh.. Gambaq tanggan tu gambaq harinie.. Ok dah tangan tak mengecil. Gelang ni nampaknya simpan saja la.. Tunggu Alice besaq sikit baru Mommy bagi pakai atau x pakai dah..
Biasalahh sintom mak-mak nak anak dara segak comey. Nampk comey pakai emas, pakai headband. Rupanya bila jumpa doc x elok banyak kesan sampingan kalau kita cuai x amk tgk. Sumpah dah fobia.
Jangan judge Auni, sebab auni pn x taw akibat dia.. mybe ada yg pakai x jd apa2.. ada yg senasib mcm Auni.. Niat nk share agar ramai dpt info ni dan x terima nasib mcm ni.. Tak da niat nk menunjuk.. Cma sebagai mak2 memang x dnafikn xcted bila dpt baby gurl mulalah nk berhias2.. X salh pn cma kita jgn lalai ja.. Nseb Allah gerkan haty untk buka , klw x.. Hmm x tw nk ckp
Auni Harap Ibu2 Muda DiLuaq Sana bolh terima dgn haty terbuka atas perkongsian yg terjadi kpd ank Auni sendiri..Kalaulah kita taw bnda tu buruk mana mungkin kita buat.. Auni pun x tw tp lpass jd kat diri sndri baru ada ilmu..Apa pn tq kpd yg Positif Kongsilah dgn rakan2, X salah Pakai.. Cma kena alert sentiasa …
Nak buat BBQ di rumah tentu kena tahu perapan yang sedap untuk menjamu ahli keluarga. Selain beli perapan di kedai atau secara talian terus, apa kata buat sendiri di rumah.
Menariknya perapan ini menggunakan bahan yang mudah tapi lazat.
Ikuti perkongsian ini.
Resepi BBQ Kambing Bahan: 12 slice daging kambing (lamb),katanya jangan beli mutton, mutton ni daging kambing yang agak tua. Bahan Perapan: 5 – 6 sudu besar Lada hitam 1/2 cawan Madu (lebih pun sedap juga, tapi gula perlu kurangkan) 1/2 cawan Sos Cili 1/2 cawan Sos tomato 1/2 cawan sos BBQ Lea Perrins Gula dan sedikit garam.
Cara:
Lada hitam ditumbuk agak kasar (tapi jangan kasar sangat), abang saya tak tumbuk.., dia pusing-pusingkan jer lesung batu tu.
Dalam mangkuk, satukan sos cili, sos tomato, madu, lea perrins, lada hitam, gula dan garam. Ia akan ada rasa-rasa asam boi sikit. Kalau tak sampai rasa macam asam boi tu. Tambahlah mana-mana yang kurang. Gaul rata dan masukkan daging kambing.
Perap sekurang-kurangnya 4 jam, lagi lama lagi elok. Panggang menggunakan arang.
Nota: Selain kambing, boeh juga diperap dengan daging lembu atau ayam. Cuma untuk ayam.., abang saya masukkan sedikit kicap pekat. Selamat mencuba!
Kredit: Dr. G, Delihayat Kitchen
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebab tanah macam-macam perkara boleh jadi, ada sahaja yang tidak puas hati dan sekali gus bergaduh adik beradik kalau tidak sepakat. Hatta bab nak pegang atau simpan geran pun boleh jadi isu. Ini sepertimana yang dikongsikan oleh peguam ini.
BERGADUH SOAL SIAPA YANG PEGANG GERAN TANAH. BAGAIMANA PENYELESAIANNYA?
Masalah ini selalu dihadapi oleh penama-penama dalam geran kongsi pemilikan bersama.
Apa dia? Bergaduh fasal siapa yang patut pegang geran tanah.
Isu ni kecik je sebenarnya. Tapi disebabkan tak de ilmu, benda kecik pun boleh jadi bahan untuk berbalah satu sama lain.
Banyak saya dapati hanya satu pihak sahaja yang “konker” pegang geran. Bila orang lain nak pinjam geran untuk sesuatu urusan, bukan main kerek nya dia.
Konon takut geran hilang lah. Takut nanti tak pulang balik lah. Macam-macam alasan lah diberi nya. Macam lah geran tanah tu boleh bawak mati dalam kubur.
Sebenarnya, isu siapa yang patut pegang geran tanah tu tak penting pun. Dan tak sepatutnya pun dijadikan bahan untuk berbalah.
Asalkan nama anda ada didaftarkan dalam geran tersebut sebagai pemilik berdaftar, dari segi perundangan hak dan kepentingan anda akan sentiasa dilindungi oleh undang-undang. Jadi apa nak takut kalau tak pegang geran sekalipun.
Habis tu nanti kalau dia seorang saja yang pegang geran, kalau saya nak jual atau buat pindahmilik kepada anak saya macam mana? Banyak jugak yang tanya soalan ni.
Sebenarnya tak de masalah, kalaulah sekiranya pemilik bersama yang pegang geran tu tak kasi pinjam geran untuk anda uruskan urusan pindahmilik, anda sebenarnya boleh tulis surat kepada pejabat tanah memaklumkan yang anda ingin melakukan urusan pendaftaran pindahmilik tetapi pemilik bersama yang pegang geran tersebut enggan serahkan geran tanah asal tersebut kepada anda.
Pejabat tanah boleh arahkan pemilik bersama yang pegang geran asal tanah tadi menyerahkan geran tanah asal tersebut kepada pejabat tanah untuk tujuan di atas. Sekiranya pemilik bersama tadi enggan beri kerjasama, pejabat tanah boleh keluarkan
GERAN PENDUA untuk membolehkan urusan pendaftaran pindahmilik tadi dilakukan.
Bukan itu sahaja, pemilik bersama yang degil tak nak serah geran tanah asal tadi boleh diambil tindakan undang-undang seperti didenda atau dipenjara.
Kemudian ada juga yang tanya. Tak boleh ke pejabat tanah keluarkan satu geran seorang kepada setiap pemilik bersama? Baru lah senang.
Dalam Kanun Tanah Negara menyatakan dalam satu masa, hanya satu Suratan Hakmilik Asal (Geran Tanah Asal) sahaja akan dikeluarkan untuk satu bidang tanah.
Ertinya, setiap satu tanah hanya akan ada satu geran asal sahaja. Dia tidak akan jadi 10 geran atau 20 geran untuk satu tanah, walaupun penama dalam geran itu melebihi seorang.
Jadi soal siapa nak pegang geran asal tu pakat-pakat lah anda selesaikan secara baik.
Dalam Kanun Tanah Negara tak de pun menetapkan syarat-syarat siapa yang patut pegang geran untuk tanah geran pemilikan bersama ni.
Cuma dari segi amalan kebiasaannya, mungkin pemilik bersama yang mempunyai bahagian terbesar yang akan pegang geran. Pun begitu ia tidak semestinya begitu. Boleh sahaja kalau nak dibuat penggiliran siapa yang pegang geran.
Misalnya tahun ni Pak Abu pegang geran. Tahun depan Pak Karim. Begitulah seterusnya sampai semua pemilik bersama dalam geran tu merasa pegang geran asal tanah tersebut.
Tetapi kalau masih nak bergaduh jugak, simpan sahaja lah geran asal tanah tu kat pejabat tanah.
Kalau korang nak tahu, Pejabat tanah ada sediakan perkhidmatan menyimpan geran asal bagi sesuatu tanah. Cara ini lebih baik dan lebih selamat. Geran pun selamat. Tak payah nak bergaduh soal siapa nak pegang geran lagi.
Kalau mana mana pemilik bersama ada sebarang urusan nak buat berkenaan tanah tersebut seperti nak buat urusan pindahmilik bahagian dia kepada anak dia misalnya, boleh terus ke pejabat tanah dan petugas di pejabat tanah akan dapatkanya untuk anda. Selepas selesai urusan tersebut, pejabat tanah akan simpan dan jaga geran tersebut bagi pihak anda.
Aduhai..benda kecik pun nak gaduh..buat malu saja.
Inilah pentingnya ilmu perundangan hartanah. Kalau takde ilmu pasti semua tindakan kita akan berdasarkan emosi dan perasaan.
Urusan tanah ni kalau nak selesai guna emosi dan perasaan, memang tak kan selesai lah jawabnya. Sebaliknya nak selesai kena ikut lah Undang-undang. Undang-undang tanah di negara kita ni bukan semalam baru kerajaan gubal. Dah ada sejak merdeka lagi. Jadi ia antara Undang-undang yang boleh dikatakan lengkap dan detail di negara kita.
Pendek kata, jika anda faham undang-undang, insyaallah semua masalah berkenaan tanah akan dapat diselesaikan dengan baik.
Wallahuaklam.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.