Dalam usaha mendidik anak sudah pastinya memerlukan ilmu pengetahuan yang cukup. Bagi umat Islam, contoh teladan yang terbaik adalah Nabi Muhammad Rasulullah SA.W.
Sebagaimana yang dikongsi oleh Dr Ahmad Sanusi melalui perkongsiannya di laman facebooknya.
1. Ceritakan pada anak lelaki bahawa Rasulullah itu berperwatakan jantan, bukan berpenampilan pondan macam artis K-Pop. Pernah suatu ketika terdengar satu pekikan di Madinah yang membuatkan penduduk Madinah menjadi gempar.
Anas bin Malik menceritakan bagaimana ramai lelaki bergegas untuk mendekati bunyi tersebut. Sesampai di sana mereka mendapati Rasulullah dengan pedangnya telah sampai dan Baginda berkata:
لم تراعوا لم تراعوا فقال النبي صلى الله عليه وسلم وجدته بحرا يعني الفرس
“Jangan bimbang semua, jangan bimbang. Aku mendapati kuda ini (punca kepada bunyi tadi). (HR al-Tirmizi).
Hadith ini menggambarkan kejantanan Rasulullah. Keluar seorang diri dengan pedangnya, mencari punca yang menjadi ketakutan penduduk Madinah.
2. Ceritakan kepada anak lelaki bahawa Rasulullah itu adalah panglima perang yang memimpin kurang lebih 29 peperangan. Baginda sejak usia yang muda telah menyertai peperangan Fijar (sebahagian riwayat menyatakan usia Baginda 14, 15 atau 20 tahun). Sabda Rasulullah:
كنت أنبل على أعمامي
“Aku membantu pakcikku dalam menyediakan anak panah buat mereka (dalam Perang al-Fijar).” (Ibn Kathir, Bidayah wa al-Nihayah).
3. Ceritakan juga pada anak lelaki bahawa Rasulullah dengan kejantanan Baginda, beliau sangat memuliakan serta menyantuni wanita. Dalam sebuah perjalanan, Rasulullah pernah membawa Anjashah sebagai jurupandu unta buat isteri-isteri Nabi.
Ketika melihat Anjasha membawa unta dengan laju Rasulullah mengarahkan Anjashah supaya memperlahankan unta tersebut kerana khuatir situasi tersebut boleh menyakiti isteri Baginda yang berada di atas tunggangan tersebut. Sabda Rasulullah:
“ Perlahan sedikit wahai Anjashah, sesungguhnya (diatas tunggangan itu adalah wanita yang seperti) kaca-kaca (yang dimaksudkan adalah para isteri Baginda).”
4. Dalam ketegasan Baginda sebagai pemimpin, Baginda juga adalah seorang yang gentleman. Ceritakan pada anak lelaki bahawa Rasulullah menyantuni isteri-isteri Baginda.
Menurut Anas bin Malik, beliau pernah melihat Rasulullah menyediakan tempat duduk (lapik tunggangan) buat Sofiyyah supaya beliau dapat duduk dalam keadaan yang selesa. Baginda juga duduk sedikit supaya Sofiyyah boleh memijak lutut (kaki) Baginda untuk dia naik ke atas tunggangannya.
Moga Allah membimbing para pemuda kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa dapat menduga rupanya setelah 20 tahun pasangan kembar ini dapat pula adik lelaki kembar. Pastinya ini sesuatu yang cukup menggembirakan buat seluruh keluarga.
Yuliyani dan adiknya merupakan kembar seiras dan mereka dilahirkan pada Oktober 2001.
Pada September 2021, mereka menyambut kelahiran adik lelaki yang juga merupakan kembar, namun tidak seiras.
Kelahiran itu menjadikan perbezaan Yuliyani dengan adik kembarnya adalah 20 tahun, namun itu tidak menghalang mereka mempunyai ikatan kasih sayang yang akrab.
“Tidak sangka kami akan menerima adik kembar 20 tahun kemudian, namun itukan rezeki dari Allah SWT, kami menerimanya dengan penuh kesyukuran,” katanya.
Yuliyani turut memuat naik gambar dan video bersama adik kembarnya dalam akaun Tiktok serta meraih perhatian banyak pengguna media sosial itu.
Sehingga semalam, video itu ditonton lebih lima juta pengguna TikTok dan mendapat ‘like’ lebih 300,000.
Selain itu, Yuliyani turut menerima pelbagai komen yang mendoakan mereka menjadi keluarga bahagia dan diberi kesihatan yang baik.
Gadis itu memberitahu, mereka mulanya terkejut apabila ibunya memberitahu hamil lagi, namun menerimanya dengan hati terbuka kerana memang sudah lama menginginkan adik.
“Kegembiraan kami berganda apabila mengetahui ibu hamil kembar dan pada masa yang sama bimbang kerana usia ibu sudah 40 tahun.
“Namun, semuanya berjalan lancar sehingga ibu selamat melahirkan adik kembar kami dan keadaan mereka juga sihat,” ujarnya.
Kini, Yuliyani dan kembarnya turut membantu ibu mereka menjaga adik kembarnya.
Biarpun cukup terkenal dengan watak antagonisnya ketika di layar perak, namun sikap penyayang yang ditunjukkan pelakon, Sharnaaz Ahmad cukup ketara.
Bapa penyayang ini sempat membingkis ucapan paling manis buat anaknya, Jebat Jayden selepas sama-sama bercuti ke Jepun.
Percutian anak beranak itu bukan hanya berdua tetapi turut ditemani bekas isterinya, Noor Nabila serta kekasih hati Sharnaz, Amelia Lim.
Menerusi Instagramnya, Sharnaaz berkongsi bait-bait manis ditujukan buat Jebat.
“Anakku, Jebat Jayden Ahmad, thank you for this trip, you have the most beautiful heart inside and out.
“Baba syukur ada anak yang bijak, pintar, lawak dan sihat. Thank you teman baba main crane game dan menang banyak hadiah.
“Main snow, e most beautiful thing in this trip is your time with me not the location that matters.
“Selagi Boi ada sebelah baba, im the happiest man on earth. I do this all for you and only you,” tulisnya.
Percutian keluarga kecil itu pastinya cukup bermakna buat Sharnaaz kerana dapat meluangkan masa bersama anaknya pada tempoh yang lama.
Tidak hanya Sharnaaz, bahkan video perkongsian Jebat yang cukup mesra bersama Amelia turut menarik perhatian ramai.
Bukan itu sahaja, bahkan kematangan Sharnaaz dan bekas isterinya Nabila yang begitu sporting untuk bercuti bersama demi kebahagiaan Jebat menjadi inspirasi untuk pasangan lain yang telah berpisah.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Merai Syawal bagi kita umumnya akan disambut sebulan lamanya, dan tidak hairanlah sehingga hari ini kita masih lagi dalam mood berhari raya dan boleh dikatakan setiap hujung minggu pasti ada undangan open house di sana sini.
Sebut saja rumah terbuka semua orang tahu, hatta kanak-kanak pun mudah memahaminya dan suka melakukan aktiviti ziarah tersebut. Pun begitu, dalam seronok berkunjung-kunjungan jangan dilupa adab-adab yang perlu difahami oleh tetamu dan tuan rumah. Ini perlu dipelajari agar tuan rumah selesa menerima tetamu dan tetamu pula seronok diraikan oleh tuan rumah.
Jangan pula sampai terjadi sesuatu perkara yang boleh mengundang rasa tidak puas hati atau marah di kedua-dua belah pihak seperti mana berlakunya beberapa kes viral sebelum ini. Dan ini pula perkongsian Aman Mokhtar.
Lagi Kes Bila Anak-anak Beraya
Before this heboh pasal anak kucing mati kena rendam dlm air & tv plasma tuan ruman jatuh dan pecah..dua2 pasal kes dtng beraya bawa anak2 yg hyperactive tp tak pantau. And now 1 of my friend on IG ikan2 dlm kolam dia banyak mati sbb kes yg sama, bawa anak dtng beraya tak pantau jaga. Ni kes tabur sebalang makan kat ikan mcm tu je pastu ikan x makan n effect kat air kolam….esok nya 20 ekor semua terapung mati.
Peringatan Bersama
Please lah ya yg ada anak2 kecik tu terutamanya.jaga elok2 n pantau seketat yg mungkin…kalau boleh ikat tangan anak tu ngan tgn sndri. Nak bawa anak2 kecik boleh tapi Jgn sedap nak penuhkan perut sendiri je pastu membawang rancak smpai anak sendiri tak terpandang perangai kt tempat orng.
ikan2 kolam ni bukan murah nk beli. Last gambar tu ikan tu dh ready nk bertelur tp dh sampai ajal…kesian tuan rumah.lain kali kalau tau anak tu dh perangai buas sngt n sendiri x reti nak control,better tinggal jelah anak kt rumah. jgn nnti menyusahkn orng lain..ni datang beraya rumah orang tau…ada adab mengunjung, bukan kat padang bola boleh terkinja-kinja.
“Rumah orang bukan PLAYZONE”!!!
sumber : Aman Mokhtar
Diharapkan perkongsian ini bukan untuk menuding siapa yang salah. Cuma diharapkan sama ada tetamu mahu pun tuan rumah, kita ada adab yang perlu dipatuhi dalam amalan kunjung berkunjung ini.
Di sini dikongsikan bersama video Ustaz Azhar Idrus tentang Adab Bertandang Ke Rumah Orang, semoga memberi manfaat bersama.
Antara tip untuk tuan rumah & tetamu adalah seperti :-
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.