Menyediakan kuih karipap untuk dimakan bersama keluarga, bab memasak intinya untuk pastikan rasanya enak mungkin ramai antara kita tahu menyeimbangkan rasa rempah, masin dan pedas.

Namun bab mengadun ramuan tepung untuk pastikan mudah dicanai dan seterusnya apabila digoreng terasa rangup kulitnya, mungkin ramai belum mengetahui rahsianya.

Untuk itu, chef Noah Asfa melalui akaun Fbnya berkongsi tip dan resipi untuk hasilkan karipap yang mempunyai rasa yang enak dan rangup. Nak tahu lanjut, jom semak.

Karipap Ranggup Padu

Chef Ni Kongsi Tip Untuk Dapatkan Kulit Karipap Mudah Dicanai & Ranggup Digoreng!

IKLAN

Bahan-bahan:
500gm tepung gandum( multipurpose flour)
1/2 cawan minyak masak
2 sudu makan margerine
3g rfb
1- 2 sk garam
air sejuk dari peti ais/ais batu bukan batu jalan

Chef Ni Kongsi Tip Untuk Dapatkan Kulit Karipap Mudah Dicanai & Ranggup Digoreng!

IKLAN

Cara-cara membuat doh
1. Panaskan minyak hingga berdesir dan masukkan margerine. Tutup api dan biarkan margerine cair.
2. Masukkan tepung dalam mangkuk besar dan buatkan lubang ditengah-tengah tepung. Campur garam. Curahkan minyak panas ke dalam tepung dan gaul dengan senduk. Bila minyak sudah agak sejuk ramas tepung dengan hujung jari menjadi seperti serbuk roti. 3.Tuang air sikit-sikit dan uli hingga lembut. Tutup dengan towel atau simpan dalam bekas bertutup lebih kurang 20-30 minit selepas itu masukkan rfb uli bagi rata, biarkan dalam 10minit dan potong doh mengikut berat. Nak buat doh pusing pun ikut lah idea masing-masing.

Inti karipap

IKLAN

Bahan-bahan:
500gm keledek putih
1 biji bawang besar (saiz sedang) dihiris
2 sudu makan cili kisar (nak pedas lebihkan)
1 gengam udang geragau (rendam sekejap)
1- 2 sudu makan rempah kari daging
1/2 (cekek)daun sup
minyak, garam, gula,( serbuk perasa jika perlu)

Cara-cara :
1. Bersihkan keledek dan dipotong dadu. Udang geragau ditumbuk sedikit. Bancuh rempah kari dengan sedikit air. Daun sup dipotong halus.
2. Panaskan minyak tumis bawang besar dan cili kisar. Gaul rata hingga cili masak dan masukkan udang geragau. Kacau-kacau dan masukkan rempah kari. Bila rempah sudah masak masukkan sedikit air, garam, gula dan keledek. Jika air sudah kering dan keledek belum empuk tambah sedikit-sedikit air hingga keledek empuk dan inti agak kering. Taburkan daun sup dan gaul rata dan tutup api. Sejukkan sebelum diguna.

Buat seperti karipap biasa. Semasa menggoreng gunakan minyak yang banyak dan goreng dengan api yang perlahan/sederhana supaya karipap cantik licin dan tidak menggerutu.

Tip
1. Den guna tepung cap sauh sebab tepung ini senang diuli dan tidak ‘kejang’ bila dicanai.
2. Guna keledek yang kulitnya bewarna kecoklatan dan isinya putih sebab ia lebih lembut. Keledek oren menyerap banyak air dan membuatkan inti agak lembab dan tidak tahan lama.
3.Daun sup memberikan rasa yang berlainan pada inti karipap.
4. Gunakan kuali yang tebal untuk mengelakkan minyak menjadi sangat panas dan karipap yang terhasil menjadi cantik.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI