Sudah tentu ramai yang menggemari muffin. Cara penyediaannya sama seperti kaedah membuat ringkas dan mudah. Malah tidak mengambil tempoh yang lama untuk dihasilkan. Dari segi rasa pula, ia semakin enak semasa dimakan panas. Anak-anak tentu suka.
IKUTI PERKONGSIAN INI
Ain first time buat muffin peanut butter ni sebab biasa mesti buat coklat, vanilla atau buah-buah. Excited betul masa baking, berdebar nak tahu rasa dia macam mana. Sedap ke tak kan. Finally, alhamdulillah rasa sedap & tektur muffin lembut. Cara pun mudah sgt tau, korang pun boleh cuba buat jugak!
Berkebun memang seronok kan, tambah lagi jika tanaman kita hidup subur. Tak sabar rasanya nak menuai hasil titrik peluh sendiri. Bagi yang memiliki kawasan yang terhad, biasanya pasu menjadi pilihan utama.
Begitu pun, kena ambil tahu juga apakah jenis tanaman yang sesuai untuk di tanam di dalam pasu. Selain itu, penggunaan tanah juga penting.
Apabila kita berkebun menggunakan pasu, antara perkara penting perlu kita fokuskan adalah pada medium tanaman yang kita gunakan. Ramai yang membeli campuran tanah yang dijual di nurseri pokok dan kedai pertanian.
Tetapi tahukah anda bahawa sebenarnya kita boleh buat sendiri campuran tanah ini?
Saya akan terangkan tiga formula yang biasa digunakan oleh pekebun nurseri dalam menanam tanaman mereka dalam pasu.
Sebelum itu, kita ketahui dahulu bahan-bahan asas yang perlu ada dalam campuran tanah ini.
Tanah atas adalah lapisan tanah yang paling atas di atas tanah (sama seperti namanya). Tanah atas ini berfungsi membekalkan nutrien dan menyimpan air untuk akar pokok nanti.
Kalau kita nak tahu, tanah atas yang terbaik adalah tanah atas yang diambil di pinggir hutan. Tanah yang hitam kaya dengan bahan organik.
Jika tiada, gunakan tanah merah.
Jika tiada juga, boleh guna tanah campuran yang dijual di nurseri.
Bahan organik berfungsi sebagai pemberi nutrien dan kesuburan tanah.
Contoh bahan organik yang ada adalah mana-mana najis haiwan ternakan (ayam, arnab, kambing, lembu, kuda), kompos, dan sabut kelapa halus. Mana-mana bahan organik kita boleh gunakan dalam campuran tanah nanti.
Pasir berfungsi memberi ruang rongga pada campuran tanah. Ruang rongga ini memberi ruang untuk akar berkembang dengan baik. Seterusnya dapat menyerap oksigen dengan baik.
Pasir yang terbaik adalah pasir sungai atau pasir lombong. Untuk mudah, kita boleh gunakan pasir yang dibeli di kedai hardware. Alah, pasir buat rumah tu?
Pasir pantai tidak sesuai digunakan atas sebab pasir pantai terlalu halus dan mengandungi garam yang tinggi. Ini akan merencat pertumbuhan tanaman kita nanti.
Alternatif lain, kita boleh ganti pasir dengan perlit, vermikulit ataupun zeolit. Ketiga-tiga bahan ini sesuai untuk menjaga struktur tanah campuran.
Setelah kita tahu tiga asas dalam campuran tanah, barulah kita masuk ke dalam formulasi campuran tanah ini.
Selain daripada tiga bahan asas yang saya nyatakan di atas, kita boleh menambah sabut kelapa halus, sekam padi, dan sekam bakar sebagai bahan tambahan. Bahan tambahan ini membantu perkembangan bibit dalam pasu.
Formula 3:2:1 paling banyak digunakan oleh pekebun nurseri untuk tanaman pasu. Nisbah 3:2:1 ini dimulai dengan tanah atas, bahan organik dan pasir.
Secara mudahnya, 3 tanah atas, 2 bahan organik dan 1 pasir.
Formula ini sesuai untuk segala jenis tanaman termasuk sayur, buah dan bunga.
Campuran 2:1:1 ini sesuai untuk tanaman sayur. 2 tanah atas, 1 kompos, 1 sabut kelapa halus. Ramuan ini mampu memberi nutrien dan penyerapan air yang bagus untuk pokok.
Campuran tanah 1:1:1 ini sesuai untuk tanaman semaian. Kita boleh gunakan campuran ini untuk menyemai benih sayur dahulu sebelum terus dipindahkan atas batas atau pasu lebih besar.
Setelah kita campurkan semua bahan-bahan di atas, kita perlu gaulkan sehingga semua bahan menjadi sebati.
Apabila kita membuat campuran tanah ini, perkembangan pokok akan lebih teratur dan subur.
Sudah tentu ramai yang teringin nak makan bebola daging Ikea atau meatball Ikea yang menjadi kegemaran ramai. Kesedapan aroma dan tekstur daging sertanya sosnya menjadikan meatball IKEA jadi igauan ramai.
Sejak penularan covid-19, dalam tempoh tiga bulan gedung ini tidak beroperasi, namun kini dalam tempoh PKPP, walapun sudah dibuka kepada orang ramai, masih ramai yang beratur panjang untuk memasuki gedung membeli belah terkenal ini. Malah sudah tentu, ruang makan begitu terhad dan beratur panjang.
Baru-baru ini, seorang wanita telah berkongsi resepi untuk memasak meatball IKEA. Menarik, boleh lah cuba membuat sendiri di rumah!
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Kisah semalam teringin nak makan meatball IKEA sebelum mula puasa Ramadhan. Tinggal kat luar negara ni memang tak dapat nak beli meatball kat IKEA macam kat Malaysia nun. Maka, kena buat sendiri. Nasib baik IKEA share resepi rahsia dorang. Ikut sebijik sama macam dalam resepi, cuma of course tak guna pork mince ya, ganti pakai halal beef mince 100% sahaja.
Resepi ada dalam gambar pertama.
Untuk yang tak dapat baca resepi dalam gambar, berikut saya sertakan resepi:
Bahan-bahan:
750g daging cincang 100g serbuk roti 1 biji bawang besar – cincang halus 1 ulas bawang putih – cincang halus 1 biji telur 5 sudu besar susu full cream Garam dan lada hitam
Penyediaan:
1. Campur semua bahan di atas sampai sebati. Bulatkan jadi bentuk bebola daging. 2. Simpan dalam peti beku 20 minit sebelum masak. 3. Goreng sebentar atas kuali sampai sedikit perang. 4. Masukkan dalam oven selama 30 minit, suhu 180 darjah celcius (oven biasa) atau 160 darjah celcius (fan force oven)
Sos
40g mentega 40g tepung gandum 2 kiub pati daging 300ml air 2 sudu kecil kicap lemak manis 1 sudu kecil Dijon mustard 150ml krim masakan/dairy whipping cream
1. Cairkan mentega. Masukkan tepung dan kacau untuk 2 minit. 2. Masukkan kiub pati daging, hancurkan. 3. Masukkan air sambil kacau oerlahan untuk elakkan berketul. 4. Masukkan kicap, dijon mustard dan krim. 5. Kacau sampai pekat dan tidak berketul.
Resepi ni saya dapat dari official page IKEA Australia. Ada beberapa perubahan yang saya buat:
1) Tak guna pork mince (daging babi). Hanya beef mince sahaja 750g.
2) Tak guna vegetable stock dan beef stock. Gantikan dengan 2 kiub pati daging dan 300ml air.
3) Untuk soy sauce (kicap), saya guna kicap lemak manis
Siap gentel meatball. Lenguh juga nak buat ni. Pastikan kepal dengan padat meatball ni supaya tak pecah masa nak masak. Simpan kejap dalam peti beku, lebih kurang 20 minit nak bagi keras sikit.
Goreng kejap dalam kuali. Tak perlu letak minyak banyak, sikit je sebab meatball ni keluarkan minyak semasa masak.
Dah nampak brown sikit, terus masukkan dalam oven. Kalau guna kuali yg tangkai besi macam ni, boleh masuk terus dalam oven. Kalau kuali tangkai plastik, jangan tau. Tak pasal-pasal cair nanti.
Cairkan butter, masukkan tepung. Kacau dalam 2 minit.
Tambahkan air 300ml. Pastikan masuk sikit-sikit dan kacau supaya tak berketul.
ni penting untuk dapatkan rasa kuah sama macam kat IKEA. Dijon mustard. Pastikan Dijon ye, bukan mustard kuning biasa tu. Saya tak pasti kat Malaysia ada jual kat mana. Mungkin pasaraya besar ada jual.
Masukkan kicap. Saya guna kicap lemak manis. Tak guna kicap masin sebab kiub daging dah masin.
Masukkan dairy cream 150ml.
Kacau sampai tak berketul. Kuah siap!
Hidangkan dengan meatball yang dah siap masak tadi. Letak sikit jem. Kalau ada lingonberry jem, memang sama 100% macam IKEA. Saya guna jem strawberry je.
Ayam goreng bolehlah dianggap sebagai menu paling mudah dan menyelerakan untuk dihidang semasa berbuka puasa. Pun begitu, jika anda ingin mengubah selera selain ayam digoreng dengan perapan garam dan serbuk kunyit semata-mata, apa kata anda mencuba menyediakan Ayam Goreng Serai Thai ini.
Ketika digoreng, baunya memang ‘menggoda’ rasa begitu semerbak beraroma dan membuatkan tidak sabar untuk dijamah usai digoreng.
Jika tak percaya, cubalah sediakan dan bahan-bahan yang digunakan cukup mudah dan rasanya dijamin enak. Selamat mencuba!
AYAM GORENG SERAI THAI
1/2 ekor ayam – dipotong sederhana kecil
3 batang serai
5 ulas bawang putih
2 akar ketumbar
2 sudu kecil lada hitam
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil gula
2 sudu besar telung jagung
Daun limau purut – dihiris halus
Minyak untuk menggoreng
1. Potong serai panjang lebih kurang 4 cm. Ini supaya bila serai ditumbuk. Seratnya jadi cantik panjang². Bila goreng nanti jadi rangup.
2. Tumbuk-tumbuk kasar jew..
3. Ini bahan tumbuk bagi perapan, bawang putih, akar daun ketumbar & lada hitam.
4. Tumbuk bahan perapan, tak perlu terlalu hancur. Kasar sedikit tak pe.
5. Masukkan semua bahan kecuali daun limau purut bersama ayam ke dalam mangkuk. Daun limau purut untuk ditaburkan last skali.
6. Sambil tu carik-carikkan serai supaya tak bergumpal. Nanti bila goreng jadi tak cantik.
7. Panaskan minyak dan gorengkan sehingga nampak agak garing. Angkat & toskan. Sambil-sambil goreng ni baunya harum sungguh.
Tadaa.. dah siap. Nak bagi cantik dan nak tambah kesedapannya taburkan daun limau purut. Cicahkan dengan sos cili thai, rasanya memang padu. Bagai pinang dibelah gitew.. selamat mencuba.