Semalam kita dikejutkan dengan berita sedih pemergian ibu cef selebriti terkemuka, Chef Wan. Malah, umum tahu bahawa Chef Wan sememangnya tidak berkira dan sanggup membelanjakan ratusan ribu ringgit demi memastikan kebajikan ibunya, Che Ani terbela sehingga ke saat akhir.

Terbaharu, Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail berkongsi luahan perasaan mengenai pemergiaan ibunya menerusi sebuah posting di laman Instagram pada pagi Jumaat.

“Saya adalah orang terakhir meninggalkan arwah ibu setelah 45 minit orang lain beransur pulang. Kaki saya berasa amat berat untuk melangkah pergi meninggalkan ibu sendirian di kawasan tanah perkuburan,” tulisnya.

Chef Wan berkata, walaupun dia sedih dengan pemergiaan ibu tercinta, namun dia terpaksa menerima segala kebenaran meskipun pahit telan.

“Saya yakin, kehilangan seseorang sangatlah menyedihkan dan mengambil masa agak lama untuk kembali pulih ke sediakala sepertimana pernah dilalui semasa arwah bapa meninggal dunia sejak lapan tahun lalu.

“Setiap kali saya berduka, saya cuba ubati hati dengan memikirkan kenangan manis kami seperti membuat dia gelak tawa dan bahagia,” luahnya.

IKLAN

Tambah cef selebriti berusia 65 tahun, tiada apa yang perlu dikesalinya dengan pemergiaan ibu kerana dia sudah sedaya upaya mengembirakan hati orang tuanya sehingga ke akhir nyawa wanita itu.

“Tiada rasa apa-apa kesalan pun , malahan terasa bangga dan bahagia yang amat sangat. Serta merta Allah berikan saya kebahagiaan dan senyuman. Tidak dapat digambarkan tetapi semua itu diperoleh apabila seseorang anak melakukan perbuatan baik kepada ibu bapa mereka,” luahnya lagi.

Chef Wan Tak Kesal, Malah Bangga Dapat Berbakti Pada Orang Tua “Serta Merta Allah Beri Kebahagiaan & Senyuman”

Dalam pada itu, Chef Wan menitipkan pesanan buat semua agar menghargai ibu bapa disaat mereka masih ada di dunia ini sebelum semuanya terlambat dan menyesal dikemudian hari.

IKLAN

Sebagai seorang anak adalah lebih mereka merancang dengan menyediakan perbelanjaan perubatan bagi mendapatkan rawatan terbaik dan berkualiti seperti membeli insurans.

“Beberapa tahun lalu, saya telah memperuntukkan sekitar RM350,000 untuk perbelanjaan perubatan ibu saya untuk perjalanan terakhirnya.

“Saya telah merancang selama ini dan tidak membazir wang untuk sesuatu yang lain.

“Jika anda ingin memberikan ibu bapa anda rawatan perubatan yang berkualiti, anda mesti mula menyediakan dana atau membeli insurans perubatan mereka secepat mungkin,”tambahnya.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

 Terdahulu, ibu kepada cef selebriti terkemuka, Chef Wan iaitu Che Ani meninggal dunia ketika tidur di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur kira-kira jam 6.20 pagi tadi.

Beliau yang kerap berkongsi mengenai keadaan ibunya memaklumkan keadaan kesihatan Allahyarham semakin merosot akibat penyakit kanser. Allahyarham yang berusia 93 tahun itu turut menghidapi beberapa penyakit termasuk Alzheimer dan dimentia.

Sumber: Instagram @_chefwan58

https://www.youtube.com/watch?v=Yb_zk_ekL2M&t=199s

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI