Tiba musim cuti sekolah, inilah masa yang terbaik untuk kita seisi keluarga dapat manfaat masa bersama anak-anak agar lebih mesra dan rapat. Apa yang pasti, macam-macam perkara boleh dilakukan di rumah dan salah satunya dengan menyediakan menu yang ringkas dan enak seperti Choco Jar ini.
Pasti saat menyediakan menu ini anak-anak akan terasa teruja, dan tidak sabar untuk menikmatinya. Ini sekali gus menimbulkan rasa keriangan kepada anak-anak, sekurang-kurangnya masa cuti mereka terisi dengan aktiviti yang menggembirakan mereka.
Jadi apa kata, ketahui dahulu ramuan yang diperlukan sebagaimana yang dikongsikan ini. Jom semak.
Sempena musim cuti sekolah, boleh la buatkan untuk anak-anak choco jar leleh ni. Bukan setakat anak-anak je suka,mak pun suka sama..ok saya share resepi,dan cara membuatnya nya Ada di setiap gambar
1 kotak cereal(nak pakai cereal apa- apa pun boleh)
500gm coklat
250ml minyak masak
Saya guna cereal milo
Ads
Step 1 : Masukkan cereal ke dalam bekas
Step 2 : Masukkan coklat, ke dalam bekas untuk dicairkan
Ads
Step 3 : Setelah coklat cair,masukkan minyak masak
Step 4 : Kacau sebati coklat Dan minyak masak
Ads
Step 5 : Ok,dah sebati Kita sejuk kan seketika
Step 6 : Dah sejuk, kita tuang coklat tadi ke dalam bekas yang berisi cereal
Mengenang beberapa jenis kek yang biasa ibu kita masak, selain kek pandan dan kek belang tidak dinafikan kek marble juga menjadi antara pilihan kek yang digemari ramai pada zaman dulu. Walau dimasak dengan menggunakan bahan-bahan yang asas, namun keaslian dan keenakan rasanya tetap tiada tandingan.
Bercerita tentang kek marble ini juga, melalui satu perkongsian dari seorang lelaki yang juga merupakan ayah kepada dua orang anak ini, siapa sangka sewaktu kecilnya dahulu menggemari rasa kek marble dan kini dia sendiri boleh sediakan dan berkongsi resipi di laman sosial.
Untuk yang ingin mencuba membuat kek ringkas ini, jom semak resipi yang dikongsikanya ini.
Dahulu waktu kecil, emak selalu membeli kek Marble yang dijual oleh seorang pak cik di pasar. Kek Marble yang sederhana kecil untuk dimakan waktu Hari Raya. Itulah kek Marble yang paling sedap aku makan.
Mungkin menikmatinya kala kita tidak ada banyak pengalaman makan kek pelbagai rasa. Mungkin kerana kek itu dibungkus dengan kenangan zaman anak kecil. Jadi, kita akan bias terhadapnya. Segalanya mungkin. Namun , tetap kek Marble yang sedap rasanya.
Tak sangka sekarang aku boleh buat kek Marble sendiri yang aku rasa antara yang sedap. Jadi, apa yang membuatkan kek Marble itu sedap?
Bagi aku, kek itu tak begitu ‘crumbly’. Padat tetapi gebu pada masa yang sama. Ini bermakna proses ‘aeration’ berjaya dilakukan dengan sempurna. Dan, lembut ‘moist’ tidak terlalu manis. Tidak terhidu bau telur ada bau vanilla yang wangi serta rasa coklat yang sedikit pahit.
Inilah resipi kek Marble yang diadaptasi dan ubah suai sendiri.
1. Panaskan ketuhar setinggi suhu 170 darjah selsius.15 minit sebelum bakar.
2. Sapukan marjerin pada loyang. Adunan ini dapat hasilkan kek sederhana kecil sahaja . Saiz 6 inci bulat atau petak sesuai. (Aku gunakan loyang petak 8x3x3)
3. Ayak tepung dengan serbuk penaik. Guna tepung halus (superfine). Kenapa perlu ayak? Tepung biasanya akan ‘terkumpul’ tidak berserak jadi jika tidak ayak akan menjadikan kek itu kematu, keras dan tidak gebu.
4. Potongkan mentega potongan kecil secara kiub (besar sikit daripada kiub ayam) memudahkan mixing nanti.
5. Putar bersama gula tadi selama lebih kurang 4 – 5 minit. Proses ‘creaming’ ini bertujuan melarutkan gula betul-betul. Dan, memasukkan udara (aeration process) dalam mentega dan gula. Proses ini akan menunjukkan adunan menjadi kembang, ringan dan lebih putih. Jangan ‘overbeat’ . Terlebih pukul akan menyebabkan terpisah lemak dan gula semula.
6. Masukkan telur satu demi satu (telur dikeluarkan awal daripada peti sejuk sekurang-kurang 15 minit untuk elakkan split batter). Masuk satu telur putar kemudian masuk sedikit tepung. Sesudu kecil untuk satukan semula dengan adunan. Masa ini mesin mixing jangan laju sangat. Tukar power kepada sederhana berbanding masa putar mentega gula tadi.(boleh laju selama 4-5 minit)
7. Sudah lengkap masuk semua telur tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Saya masukkan sesudu demi sesudu. Bukan sekali harung. Kenapa? Sekali lagi, untuk tidak cacatkan proses aeration tadi. Dah elok kembangkan telur dan mentega tetapi kita masukkan tepung sekaligus. It is a big no. Bubuh sesudu demi sesudu menghasilkan batter yang baik.
Ni aku belajar daripada siri Brittish Bake Off oleh chef terkena Chef Mary.
8. Dah habis semua tepung masuk , kacau tepi bawah hujung mangkuk supaya sekata.
9. Bahagikan adunan kepada dua adunan (dua mangkuk berbeza) Perlukan timbang elektronik kalau mahu buat kek ni. Bukan main agak-agak.
10. Untuk bahagian coklat adunan itu asing 1/4 sahaja. Mengapa? Coklat gelap sebanyak 50 gram itu kita telah cairkan dahulu (cara steam bath/microwave 1 minit) kita masukkan dalam adunan tadi. Dan, kacau. memandangkan kita sudah tambah coklat adunan itu akan bertambah amaunnya. Jadi, dua adunan menjadi sama.
11. Gunakan dua sudu/senduk (aku gunakan ice cream scope- boleh beli di MR.DIY, murah sahaja) untuk masukkan ke dalam loyang selang seli dan untuk dapatkan sempurna kejadiannya.
12. Macam mana nak ‘marble’kan? Tengok foto bawah. Yang itu salah satu cara ya. Banyak cara sebenarnya. Bukan gambar saya. Gambar daripada internet. Akhir sekali guna skewer/lidi/pisau kecil buat pusingan swirl ikut sesuka hati sendiri.
13. Bakar selama 30 minit api atas bawah. 25 minit sebelum 5 minit akhir boleh cuba tengok kemasakannya dengan mencucuk ke bawah. Jika tiada terlekat. Mungkin , sudah masak.
EKSTRA INFO
* Setiap ketuhar/oven ada emosi perangai sendiri. Mungkin cepat panas, atau lambat panas. Tidak sama. Engkau perlukan oven thermometer letak dalam untuk pastikan suhu yang betul.
* Kandungan gula sudah dibuang lebih 30 peratus untuk mengurangkan manis. Aku tidak suka kek terlalu manis.
* Resipi asal menggunakan Milk Chocolate tetapi aku tukar guna Dark Chocolate, Milk Chocolate sangat manis dan kurang kandungan coklat sebaliknya Dark Chocolate kurang manis dan lebih entiti coklatnya. Tidak, resipi ini tidak guna serbuk koko.
Selamat mencuba. Kek ini sedap dimakan bersama kopi pahit atau teh hijau. Kek orang-orang dahulu yang tidak perlukan krim manis. Nampak tak foto bawah tu. Sedap sangat. Alhamdulillah. Memang sungguh menikmatinya.
Pantang ada perkongsian petua berkaitan untuk memastikan bahan-bahan dapur kekal segar dan tahan lama, pastinya kita rasa teruja untuk mencubanya. Maklumlah, taklah kita bimbang jika stok makanan tersebut tidak dapat dihabiskan dalam jangka masa pendik.
Ternyata, memang banyak petua-petua sepertinya itu dikongsikan di media sosial. Ini sebagai mana yang turut dilakukan oleh Noor Hafiza Muhamad, turut terpanggil untuk berkongsi beberapa petua yang diamalkannya dan telah di share di dua postingnya yang berbeza. Jom semak.
PETUA UDANG, SOTONG DAN IKAN KEKAL SEGAR DAN TAHAN LAMA DALAM FREEZER
Masak Selalu Je Tak Jadi! Resepi Coklat Cupcake Ni Garenti Jadi!
Coklat. Perkataan kegemaran kanak-kanak dan sesetengah dewasa. Resepi kek cawan coklat atau “chocolate cupcake” ini dikongsikan di sebuah laman Facebook yang penuh dengan resepi-resepi lain yang mudah dan lazat!
Jangan risau jika anda tidak mahir dalam “baking” kerana resepi ini “guarantee” akan berhasil!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Bahan-Bahan
Cara membuat Coklat Cupcake Guarantee Jadi!
Resepi Coklat Cupcake
Langkah 1: Putar semua bahan mengikut urutan dari atas sehingga sebati.
Langkah 2: Masukkan bancuhan ke dalam acuan cupcake. Panaskan ketuhar 170°c selama 10 minit. Masukkan adunan ke dalam ketuhar dan masak selama 40 minit atau sehingga masak. Guna api atas bawah.
Resepi Topping Cupcake (Coklat Ganache)
300g coklat compound/ coklat coin
Langkah 1: Dengan cara double boil, panaskan whipping cream sehingga agak-agak panas tetapi jangan sampai mendidih. Api perlahan sahaja.
Langkah 2: Kemudian masukkan coklat dan gaul sebati. Kalau guna coklat compound, potong dahulu supaya cepat dan mudah cair.
Langkah 3: Bila sudah sebati dan tiada ketulan, tutup api dah alihkan mangkuk coklat dari periuk berisi air tadi. Masukkan butter pada campuran coklat tadi dan gaul sebati.
*Kesan menggunakan butter dalam ganache ini adalah ia akan memberi kesan berkilat!
Langkah 4: Biarkan sejuk dan coklat agak kental, barulah hias di atas cupcake anda mengikut citarasa.
Semoga resepi ini dapat menghilangkan ketakutan anda terhadap “baking”. Semestinya coklat cupcake ini akan menjadi popular di rumah tangga anda!
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.