Cikgu Fadli Salleh Rupanya Dibesarkan Dalam ‘Keluarga Guru’. 9 Beradik, 8 Ipar, Semua Guru!

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Itu perumpamaan sesuai buat sebuah keluarga pendidik ini apabila kesemua sembilan adik beradik menjadi guru sebagaimana mengikut jejak langkah arwah ayah mereka iaitu Allahyarham Mohamed Salleh Hussain yang juga merupakan mantan Pengarah IPGM Kota Bharu.

Cikgu Fadli Salleh Rupanya Dibesarkan Dalam ‘Keluarga Guru’. 9 Beradik, 8 Ipar Semua Guru!

Sembilan beradik yang dimaksudkan ini adalah Cikgu Norhana; Cikgu Norasma; Cikgu Mohd Ariff; Cikgu Solihah; Cikgu Dr Salbiah; Cikgu Mohd Fadli; Cikgu Nur Afifah; Cikgu Ahmad dan Cikgu Siti Faizah yang sememangnya dikenali ramai dan telah berjaya dalam karier masing-masing hasil didikan ibu bapa mereka.

Menjengah di entri terkini salah seorang antara sembilan adik beradik pendidik ini, Cikgu Fadli Salleh yang sebelum ini menggempar satu Malaysia kerana cukup berani menyuarakan pandangan dan kebenaran di dalam sistem Pendidikan negara ada berkongsi gambar mereka di akaun facebook miliknya.

9 adik-beradik, semuanya guru. Ada yang bergelar Dr (Phd), beberapa orang ada master, selebihnya degree.

Aku sorang ja diploma. Anak paling nakal katakan.

Menantu ma dan abah, 8 orang guru, seorang arkitek.

Semua anak-anak warisi jiwa pendidikan dari arwah abah, mantan Pengarah IPGM Kota Bharu, penerima pingat Ahli Mangku Negara dari Yang Dipertuan Agong dan pingat Sri Kelantan dari Sultan Kelantan.

ARTIKEL BERKAITAN : “Ma Lihat LIVE Li Sebelum Ni Agak Keras…”- Cikgu Fadli Ambil Maklum Nasihat Ibu!

IKLAN

LAGI ARTIKEL MENARIK:Bukan Calang-Calang Cikgu Mohd Fadli Salleh, Tidak Pernah Berkira Buat Kebajikan

Cikgu Fadli Salleh Rupanya Dibesarkan Dalam ‘Keluarga Guru’. 9 Beradik, 8 Ipar Semua Guru!

Beberapa projek inovasi pendidikan peringkat Antarabangsa adik-beradik kami join bersama dan alhamdulillah berjaya dapat Gold Medal.

Sedikit sebanyak tentang keluarga Cikgu Fadli, seorang guru biasa yang menggegarkan tanah air kerana jujur dalam bicara.

Semoga ahli keluarga kami sentiasa mendapat rahmat dari Allah taala dan dilindungi dari fitnah serta niat jahat orang.

Anak Saudara Di IPGM

IKLAN

Lupa nak tambah, 4 orang anak saudara yang paling dewasa, semuanya berada di IPGM sekarang. Bakal guru juga. Boleh buka sekolah sendiri dah ahli keluarga kami ni,” jelasnya bercerita.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet tumpang bangga dengan keluarga yang berjiwa besar mendidik anak bangsa. Malah tidak dinafikan ramai juga yang teruja dan menyokong hasrat Cikgu Fadli untuk membuka sekolah sendiri.

Sumber : Mohd Fadli Salleh 

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

IKLAN

 

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Cikgu Fadli Salleh Rupanya Dibesarkan Dalam ‘Keluarga Guru’. 9 Beradik, 8 Ipar Semua Guru!

 

Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI

Cikgu Fadli Salleh Rupanya Dibesarkan Dalam ‘Keluarga Guru’. 9 Beradik, 8 Ipar Semua Guru!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI